TIGA

H O P E

Author POV

Tombol pintu dipulas.Kaki kanan melangkah masuk ke rumah.Jungkook terus ke biliknya sebaik sahaja pintu utama dikunci.Sling bagnya diletakkan di atas meja berdekatan cermin.Jungkook mengorak langkah ke katilnya lalu menghempaskan tubuhnya ke atas katil.Jam loceng dikerling lalu dicapai.Kunci di belakang jam loceng dilaraskan bagi membetulkan kedudukan jarum jam dan minit. Jam loceng diletakkan kembali.

Jungkook memandang siling biliknya.Fikirannya kosong.Sesekali bayangan omma,appa dan hyungnya bermain di mindanya.Peristiwa pilu seakan dimainkan semula di kotak fikirannya.

Flashback

"Sayang.. hari ni balik awal ya? Saya ada masak special untuk sayang.Jangan balik lambat tau.." kata Puan Jeon kepada suaminya di hujung talian."Ok,saya akan balik awal.Tak sabarnya nak sambut anniversary kita yang ke...." "Ke -12  la sayang..." "Oh! Haah..sorry.Ok la, saya ada banyak kerja.Saya nak siapkan cepat ni...bye!" "Bye!" Puan Jeon menamatkan panggilan telefon dan terus ke dapur bagi menyiapkan makan malam istimewa sempena ulangtahun perkahwinannya yang ke 12 bersama Encik Jeon. Mereka telah mengikat tali perkahwinan pada tahun 1990 , di mana Puan Jeon baru berusia 20 tahun manakala suaminya tua setahun darinya. Setahun selepas itu mereka dikurniakan seorang putera bernama Jeon Wonwoo.Jungkook pula dilahirkan tiga tahun selepas itu.

"Omma!" Jungkook yang baru berusia 8 tahun berlari ke dapur lalu memeluk kaki Puan Jeon dengan erat.

"Waeyo? Jungkookie??" Puan Jeon memulas tombol dapur gas . Badannya dibongkokkan supaya mudah untuk bercakap dengan Jungkook.

"Wonwoo hyung ambik mainan Kookie...." Jungkook tersedu sedan menuturkan kata-katanya.Puan Jeon mengusap rambut Jungkook dengan lembut untuk menenangkannya.

"Jungkook! Kau kat mana?! Ambiklah balik mainan kau ni!" Kelihatan Wonwoo sedang berlari-lari anak menuruni tangga.Tangannya erat memegang action figure Superman milik Jungkook.Puan Jeon berdiri dan membawa Jungkook ke ruang tamu.

"Nah!" Wonwoo menghulurkan tangannya yang sedang memegang action figure itu kepada Jungkook.Jungkook perlahan-lahan menghulurkan tangan kecilnya untuk mengambil mainannya dari hyungnya.

Namun Wonwoo cepat cepat menarik tangannya kembali, menjauhkan action figure tersebut dari tangan adiknya.

"Kejarlah kalau nak!" Wonwoo berlari laju menaiki anak tangga diikuti Jungkook yang mengejarnya."Hyung!Bagilah balik!"

Dua beradik itu telahpun berada di tingkat atas.Puan Jeon hanya menggelengkan kepala melihat perangai kebudak-budakkan Wonwoo meskipun usianya telah mencecah 11 tahun.

End of flashback

 

Jungkook tersenyum sendiri tatkala mengingatkan kenangan manis itu.

Riak wajahnya berubah apabila satu peristiwa perit diputar kembali.

 

Flashback

Jam 6 petang.

Semua sudah siap.Hanya perlu menunggu kepulangan Encik Jeon sahaja.Wonwoo dan Jungkook juga sudah bersiap dengan memakai pakaian yang kemas.Mereka duduk di ruang tamu sementara menunggu kepulangan Encik Jeon.

'Ringggg'  telefon rumah berdering.Puan Jeon segera mendapatkan panggilan tersebut.

"Yeoboseyo?" Orang di hujung talian menyatakan sesuatu yang membuatkan Puan Jeon tergamam lalu terduduk, bersandar pada dinding. .Wonwoo pergi menenangkan ommanya yang mulai menitiskan air mata.Jungkook yang terduduk di sebelah ommanya seakan tidak percaya.

"Appa dah takde...."

Encik Jeon terlibat dalam tragedi langgar lari sewaktu pulang dari tempat kerja.Beliau meninggal dunia di tempat kejadian kerana terdapat kecederaan parah di bahagian kepala.

Pada mulanya Puan Jeon sukar menerima kenyataan bahawa suaminya yang tercinta sudah pergi meninggalkan mereka semua.Kini,dia merupakan ibu tunggal yang mneyara dua orang anaknya.Puan Jeon bertuah kerana mendapat sokongan moral daripada adiknya, Puan Min.Selama belasan tahun Puan Jeon cuba untuk menerima kenyataan dan meneruskan hidupnya seperti biasa.Lukanya terubat dengan adanya anak-anak di sisinya.

End of flashback

 

Malam sudahpun menjelma.

 

Jisoo POV

Aku berdiri di hadapan cermin besar di bilikku.Aku mengenakan dress berwarna soft pink kegemaran aku.

Aku berpusing-pusing di hadapan cermin, membayangkan diriku sebagai seorang puteri.Setelah penat berpusing-pusing aku duduk di atas katil dan memandang cermin.Rambutku yang sudah serabai akibat berpusing terlalu banyak aku kemaskan.Solekan nipis yang aku kenakan pada wajah aku rapikan.

"Dah cantiklah tu, wahai puteriku..." Somi berjalan perlahan memasuki bilikku melalui pintu yang tidak tertutup rapat.Dia kemudiannya duduk disisiku.

"Cantik-cantik ni nak pergi mana?" Somi menatap wajahku.

"Aku nak keluar dengan Myungsoo.." Somi mengeluh dan memalingkan mukanya memandang cermin.Aku memandangnya pelik."Kau kenapa? Tak suka eh?"

Somi memandang aku melalui cermin."Bukan...aku cuma.."

"Kau takut aku kecewa lagi? Somi jangan risaulah. Aku yakin Myungsoo ni lain dari yang sebelum ni.Ka..kalaupun dia dump aku..a..ku takkan buat kerja bodoh..." Suaraku kedengaran tidak yakin menyatakan perkara itu.Jiwaku seperti terusik dengan rasa bimbang,keliru dan semuanya bercampur baur.Aku tidak sedap hati.Aku takut aku mengulangi kesilapan yang sama.Tetapi pada masa yang sama aku berasa yakin dengan hubungan ini.

Aku menggenggam tangan Somi,cuba untuk menyakinkannya.

'Ting Tong....Ting Tong...' Loceng rumah berbunyi.

"Jom! Tu mesti Myungsoo!" Aku segera menarik tangan Somi keluar dari bilikku menuju ke pintu utama.Tombol pintu pantas ku pulas.Di sebalik pintu, berdirinya Myungsoo yang segak berpakaian kasual seperti biasa.

"Bye, Somi. Aku pergi dulu tau."

"Ok, take care."

 

Aku segera mengenakan kasut tumit tinggiku dan berjalan bersama Myungsoo, berpegangan tangan.

 

Myungsoo POV

Aku menekan loceng rumahnya beberapa kali sehingga naik lenguh jari aku. Perempuan memang lambat nak siap ke? Haish..

Akku memandang sekeliling.Aku berjalan perlahan, meneroka halaman rumahnya yang sederhana besar, bersesuaian dengan jenis rumahnya.Kawasan kejiranannya agak sunyi.Banyak jiran yang tiada di rumah.Sedang aku leka memerhati keadaan sekeliling, pintu rumah Jisoo dikuak perlahan.Aku berdiri di hadapan pintu setelah aku melihat Jisoo keluar dari rumah. Aku dapati ada seorang perempuan sedang berdiri di belakangnya. Housemate mungkin.

 

"Bye, Somi. Aku pergi dulu tau."

"Ok, take care."

Aku terpegun dengan kecantikan Jisoo pada malam ini.Dress berwarna pink memang sesuai dengan warna kulitnya yang cerah.Aku hanya tersenyum dengan senyuman yang paling menawan.

Aku menghulurkan tanganku kepada Jisoo.Tanganku disambut oleh tangan Jisoo yang lembut.Dia memulakan langkah ke keretaku.Aku sempat menoleh ke belakang dan melihat kawan Jisoo sedang memandang ku. Aku mengenyitkan mata kepadanya dan dia menunjukkan muka annoyed dia. Aku menoleh ke hadapan semula.Cute.Aku memandang Jisoo kembali.Aku membukakan pintu kereta untuknya.

Aku terus memandu ke Blossom Cafe.

 

Somi POV

Aku memandang lelaki yang berdiri di sebalik pintu.Wajahnya tampan, patutlah Jisoo tertarik.Mereka berpegangan tangan menuju ke kereta Myungsoo. Tiba-tiba, Myungsoo berpaling kepadaku. Dia kenyit mata?! Aku membulatkan mataku.Dasar playboy!

Aku melihat kereta Myungsoo beredar dari halaman rumah lalu aku menutup pintu.

 

Jungkook POV

Aku melangkahkan kakiku ke dalam Blossom Cafe.Hari ni hyung nak buat show atau lebih tepatnya performance. Aku mengambil tempat di tepi tingkap kedai.Jam tangan yang terlilit kemas di tanganku dilihat.Pukul 8.30 malam.

Aku hanya memandang sekeliling kedai.Setiap pelosok kedai aku lihat. Mataku tertancap pada sepasang kekasih yang baru masuk ke dalam cafe tersebut.Macam aku kenal, tapi kat mana eh? Aku menghiraukan pasangan kekasih itu lalu memesan makanan.Aku memanggil pelayan.

"Encik nak pesan apa?" tanya pelayan itu setelah dia sampai di meja ku.

"Saya nak iced americano dengan chocolate cake ...ok tu saja."

Pelayan itu beredar setelah selesai menulis segala pesananku.

Kemudian aku lihat Wonwoo hyung mendekatiku.Dia duduk di kerusi hadapan ku.

"Hyung perform pukul berapa?"

"Pukul 9 nanti...thanks sebab datang Jungkook." Wonwoo hyung mencubit pipiku. Aku mengaduh kesakitan.

"Sama-sama. Lagipun takde benda nak buat dekat rumah tu.Omma kan takde.." Pelayan meletakkan pesanan ku di atas meja. Aku segera menghirup iced americano ku.

"Apalah kau ni..minum ais malam-malam, makan chocolate cake yang manis lagi. Tak elok ah." Wonwoo hyung menasihatiku.Aku faham apa yang dia nak.

"Tak payah nak jadi doktor kat sinilah hyung. Kalau nak cakap." Wonwoo hyung tersengih.

"Tak nak pun.Hyung pergi dulu tau.Nak buat sound check." Wonwoo hyung bangun dari duduknya lalu menuju ke pentas kecil yang tersedia di dalam kafe.

Aku menikmati pesanan ku dan sekali lagi mataku tertancap pada pasangan tadi.Aku memandang muka perempuan itu kerana dia duduk menghadap aku.Aku cuba untuk mengingati wajahnya.Siapa eh? Aduh... Setelah lama aku berfikir, baru aku ingat.Oh! Perempuan yang kerja dekat kedai runcit tu lah! Aku memetik jariku setelah aku berjaya mengingati siapa gerangan perempuan itu.

Lelaki yang bersamanya pulak, aku tak kenal sebab dia duduk membelakangi aku. Mungkin lelaki tempoh hari.

 

Author POV

Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 9 malam. Segala persiapan telah dilaksananakan dan tiba masanya persembahan dimulakan.

Petikan gitar menghasilkan nada merdu.Wonwoo mula menyanyi.

 

ttattarattara ttararattara
ttararara ttarattara ttararattara
ttattarattara ttararattara
ttararara ttarattara ttararattara

dareun gonggane dareun shiganijiman
nae sarangi majeul kkeoya
barame seuchineun neoye hyanggirodo
nan neoin geol al su isseo

But I don’t know
nae mamsoge eonjebuteo niga san geonji
I don’t know
neoreul bomyeon seolleneun iyu

nareul seucheo jinagado dwae niga nal
da ijeosseunikka
niga gieokal ttaekkaji naneun neoreul
gidaril tenikka

geudaeyeo nareul barabwa jweoyo
yeojeonhi geudaedo nareul saranghanayo
geudaeyeo nae nuneul bogo yaegihae jweoyo
saranghaneun mameun sumgyeojiji anayo

neoyegen naega gyeote isseottan sashireul
jeolttaero itjineun ma
neol wihae modeun geol bachil su isseotteon
nae maeumeul jiujin ma

But I don’t know
nae mamsoge eonjebuteo niga san geonji
I don’t know
neoreul bomyeon seolleneun iyu

nareul seucheo jinagado dwae niga nal
da ijeosseunikka
niga gieokal ttaekkaji naneun neoreul
gidaril tenikka
gateun gonggan gateun shigan (Oh yeah)
hamkke itjana (hamkke itjana)
eonjerado nae gyeote wa
neoye jariro

ttattarattara ttararattara (With you)
ttararara ttarattara ttararattara
(neoreul wihaeseo)

geudaeyeo nareul barabwa jweoyo
yeojeonhi geudaedo nareul saranghanayo

XIUMIN , BAEKHYUN & CHEN - FOR YOU (OST SCARLET HEART)

 

Paduan suara Wonwoo dan penyanyi latar menghasilkan harmoni.Semua pengunjung kafe menghadiahkan tepukan yang gemuruh.Jungkook menepuk tangannya dengan begitu bersemangat.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang hadir pada malam ini.NIkmatilah juadah yang dipesan dan  terimalah sebuah lagi lagu daripada saya." ucap Wonwoo sebelum menyampaikan lagu seterusnya.

 

Di meja Jisoo dan Myungsoo.

Mereka sedang menikmati pesanan masing-masing.Tiada kata yang terungkap dari bibir mereka.Myungsoo berdehem.Jisoo berasa canggung, jadi dia memulakan bicara.

"Sedap kan makanan kat sini?" Jisoo menyuapkan lagi makanan ke dalam mulut. "Erm..sedap. Red velvet cake ni manis.." kata Myungsoo.

Jisoo tersenyum.

"Semanis senyuman awak." Myungsoo melontarkan senyuman killernya.Pipi Jisoo merona merah.Aish..malunya...

"Jisoo.."

"Erm?"

"Saya ada something nak bagi ni." Myungsoo menghulurkan sejambak bunga kepada Jisoo.Entah dari mana dia mendapatkan bunga itu tapi yang pasti sejambak bunga ros merah itu memang cantik.Jisoo menyambut pemberian Myungsoo dengan rasa terharu.Speechless.

Romantiknya Myungsoo ni..

"Awak suka tak?" tanya Myungsoo kepada Jisoo.Jisoo hanya menganggukkan kepalanya.Dia mencium bunga ros yang wangi itu.Tiba-tiba, dia ternampak ada sebentuk cincin di dalam kelopak bunga ros.Cincin diambil dan dibelek .Jisoo mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke wajah Myungsoo.

"Jisoo, will you be my girl?"

"Yes...i will..." Mata Jisoo sudah berkaca.

Myungsoo mengambil cincin itu daripada tangan Jisoo dan menyarungkannya ke jari manis Jisoo.Kini, mereka secara officialnya adalah pasangan kekasih.

"Jom, saya hantar awak balik. dah malam ni.."

Mereka membuat bayaran lalu keluar daripada kafe.

 

Jungkook POV

Persembahan hyung sudah selesai.Tetapi dia perlu mengemaskan kafe setelah ramai pelanggan sudah pulang.Aku menunggu hyung sehingga selesai walaupun hyung memintaku untuk pulang dahulu.Aku duduk di sofa di hujung kafe.Dah pukul 10 malam.

Aku memandang ke arah pentas. Mengimbas kembali persembahan hyung yang mendapat tepukan gemuruh daripada pelanggan kafe.Aku memandang meja di mana perempuan dan lelaki tempoh hari berada.Aku lihat tadi, lelaki itu telah melamar perempuan itu dengan cara yang romantis.

Mataku terasa berat.Baru sahaja aku hendak terlelap...

"Woi Jungkook, jom balik." Wonwoo hyung menyapa aku.Aku terus berdiri di hadapannya.

"Tidurlah kat rumah.Tu lah, siapa suruh tunggu." Wonwoo hyung meletakkan lengannya di atas bahuku.Aku memukul bahunya lembut.

Kami pun berjalan pulang ke rumah.

 

Jisoo POV

"dah sampai.." Myungsoo memberhentikan keretanya di hadapan rumahku.aku membuka tali pinggang keledar.

"Thanks untuk hari ni.."

Aku ingin keluar daripada kereta tetapi dihalang oleh Myungsoo.

"Goodnight Jisoo.."

Tiba-tiba , bibir  lembut Myungsoo bertemu dengan bibirku.Mataku membulat.Ciumannya tidak disangka-sangka.Akhirnya, ciuman dileraikan.

Aku dengan awkwardnya keluar dari kereta sambil memegang jambangan bunga ros.Aku melihat kereta Myungsoo beredar dari halaman rumahku.Aku tersenyum memandang langit malam yang dihiasi bintang-bintang yang sangat cantik.

Aku melangkah masuk ke dalam rumah.

 

TO BE CONTINUED...

 


 Adakah mimpi indah Jisoo akan berkekalan?


 

Anyeonghaseyo yeorobun!!

Sorry sesangat sebab lambat update lol

Sebagai tanda minta maaf ,saya sediakan chapter yang panjang ni untuk korang semua

HAHAHAHAHHA

 

Korang semua tau kan BLACKPINK dah comeback!!

I am BLACPINK stans!

Jisoo is my bias!

BUT i love them all...

 

uri sarangeun buljangnan

My love is on fire
Now burn baby burn
buljangnan
My love is on fire
So don’t play with me boy
buljangnan

 

 

As usual...

mohon comment, subscribe dan upvote jika sudi.

komen anda semua memberi semangat kepada authornim!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nanadjiyongie_01
[HIATUS NOTICE]
Maaf sangat sangat kat korang semua yang mungkin tunggu saya update 😭 tapi buat masa sekarang ni saya tak sempat nak update apa apa. Minta maaf sangat-sangat 💜

Comments

You must be logged in to comment
Darborjes #1
Chapter 10: Next please.........................
k-hope
#2
Chapter 9: Semuanya perfect kak. Saya dah baca sampai bab 9. Saya suka sangat citer ni. One day, saya harap sgt dapat collab dgn akak. Hehehe.
sunshine_blue
#3
yeahhh!!! Dah update!!*Dance Dance with me~~
sunshine_blue
#4
Chapter 5: omoo..boleh tahan gak penceritaan awak ni..tambah2 pula aku ni peminat black pink,BLINK lah katakan...btw,bila ada masa update tau,tak sabar nak tau apa yg jadi lepas ni..hwaiting authornim~~
bigbangtanboys
#5
Chapter 3: Kak...I'm waiting for the next chapter...hehehe...puas sye pikir tu lirik apa...dan bru sye tau yg I DONT KNOW xD...ingatkan tu lagu svt..rupanya exo..hohoho
aquariusxpisces
#6
Chapter 2: haih mungkin myungsoo akan kecewakan jisoo pulak......
Kesyieka_Qimieka
#7
Chapter 1: Biasalah tu setiap kali dengan orang baru mesti rasa dia lah satu-satunya..
Nice author.. Cepat update nye ya!