SEPULUH

H O P E

Author POV 

"Apa awak buat kat sini?" Jisoo berkata tanpa memandang Jungkook."Oh! Saya cuma nak pulangkan ni.." Jungkook menyeluk saku jacketnya.Gelang tangan Jisoo yang tertanggal tempoh hari berada di tapak tangannya.Jisoo memandang tapak tangan Jungkook dengan rasa terkejut.Dia mengambil kembali gelang tangannya itu lalu disimpan ke dalam poket seluarnya."T-terima kasih.." Jisoo kembali menyusun tin-tin itu dengan segera.Jungkook hanya memerhatikan Jisoo melakukan kerjanya.Tangan Jisoo berhenti menyusun tin minuman.Dia berpaling ke belakang."Awak ni tak reti nak balik ke?" Jungkook tersentak. "Ah..erm..saya nak tanya..shift awak habis pukul berapa?" Jungkook bertanya dengan mukanya yang innocent.

"Pukul 10." Jisoo menjawab sepatah.Jungkook mengangguk anggukkan kepalanya.Jisoo menutup pintu peti sejuk dan mengangkat kotak tin minuman itu lalu berjalan menuju ke stor. Jungkook mengikut langkah Jisoo."Erm..kalau awak sudi..boleh tak kita lepak..eh maksud saya keluar pergi makan ke..pergi taman ke..boleh?" Jungkook menepuk dahinya kerana terlepas cakap.Mereka sekarang berada di hadapan stor.Jisoo meletakkan kotak di atas rak dan menutup pintu stor.

"Kenapa saya kena keluar dengan awak?" kata Jisoo sambil berpeluk tubuh.Pandangan matanya kelihatan kosong.Takde perasaan.

"Sebab saya nak awak...jadi kawan saya?" Jisoo menjeling siling lalu mengorak langkah ke arah kaunter.Jungkook masih mengikuti langkah Jisoo."Kenapa saya kena jadi  kawan awak? Awak takde kawan ke?" 

"Bukan macam tu..cuma saya..ikhlas nak kawan dengan awak.So,awak nak tak keluar dengan saya lepas ni?" Jisoo memandang ke arah Jungkook dengan pandangan kosong.

"Please..."Jungkook merapatkan kedua-dua belah tangannya di hadapan muka,mengharapkan Jisoo menerima pelawaannya.

Pergi je la Jisoo.Apa salahnya kau berkawan dengan dia ni. Dia pun nampak macam baik and ikhlas nak berkawan dengan kau. Jisoo menghela nafas berat ."Hm,okay. Tunggu saya habis kerja dulu."

Mata Jungkook bersinar-sinar. "Betul ke?! Okay kalau camtu saya tunggu awak kat luar!" Jungkook segera berlari menuju ke luar kedai lalu melabuhkan punggungnya di atas bangku panjang.Dia memandang ke arah Jisoo yang berada di dalam kedai  melalui cermin kedai runcit tersebut.Dia menjulang penumbuknya ke udara sambil menjerit 'Hwaiting' untuk memberi semangat kepada Jisoo untuk melakukan kerjanya.Jisoo hanya melihat perangai childish Jungkook dengan pandangan kosong.Namun, dalam hatinya tiada siapa yang tahu.

--------------------

Jisoo melangkah keluar daripada kedai runcit itu setelah Sungjae mengambil alih tugasnya.Dia terlihat Jungkook sedang duduk di atas bangku panjang,ralit bermain smartphonenya.Jungkook yang sedar akan kehadiran Jisoo bingkas bangkit dari duduknya.Smartphone dimasukkan kembali ke dalam poket seluarnya.

"So,kita nak pergi mana ni?" Jisoo bertanya kepada Jungkook yang sedang berdiri di hadapannya."Saya nak bawak awak pergi satu cafe baru ni.Mesti awak suka! Kkaja," Jungkook begitu gembira apabila Jisoo mahu keluar bersamanya.Mereka berjalan beriringan menuju ke cafe yang berada tidak jauh dari kedai runcit tersebut.

 

 

Meow..

Seekor kucing datang ke arah Jisoo lalu menggesel-geselkan badannya pada kaki Jisoo yang sedang duduk di kerusi berhampiran tingkap kafe bertemakan kucing tersebut.Jisoo tersenyum lalu mengusap kepala kucing berloket biru itu.

"Terima kasih.." Jungkook menundukkan badannya sedikit kepada juruwang itu lalu menatang dulang berisi pesanan yang telah dipesan.Dia berjalan ke arah meja di mana Jisoo berada.Secawan latte dan iced americano diletakkan di atas meja.Jungkook begitu gembira melihat Jisoo tersenyum gembira ketika bermain dengan kucing tersebut.

"Masa kafe ni baru dibuka,saya terus teringatkan awak.Awak kan suka sangat kat kucing,"Jungkook berkata lalu menghirup iced americano kegemarannya.Jisoo yang leka bermain dengan kucing itu mengangkat wajahnya dan memandang Jungkook dengan penuh tanda tanya.

"Macam mana awak tau saya suka kucing?" Eii,mamat ni stalker ke apa? Seram baii

"Haritu, saya ada nampak awak bagi makan kucing depan kedai runcit awak.Saya nampak awak happy sangat.So, saya fikir mesti awak suka gila kat kucing." Jungkook tersenyum sambil teringat kembali peristiwa di mana Jisoo sedang memberi makan seekor kucing jalanan yang selalu berada di hadapan kedai runcit tersebut.

"Oh.." Jisoo kembali membuat muka kosongnya. Dia kembali tersenyum apabila terpandang latte yang dilukis dengan wajah seekor kucing.Ahh! Comelnya! Sayang pulak nak minum.Huhu

"Minumlah.." Jungkook yang dari tadi hanya memandang wajah Jisoo berkata sambil tersenyum.Jisoo hanya buat poker face lalu menghirup lattenya.

Setelah 1 jam berada di kafe tersebut,Jungkook bercadang untuk menghantar Jisoo pulang ke rumah memandangkan hari sudah lewat malam.Jungkook baru tahu bahawa selama ini dia duduk berdekatan dengan rumah Jisoo.Rumahnya hanya selang empat blok dari rumah Jisoo.Sepanjang perjalanan menuju ke rumah Jisoo,mereka hanya berdiam sahaja.Malam ditemani angin dingin memandangkan musim luruh hampir tiba.Jungkook mendapati Jisoo asyik termenung sahaja.Entah apa yang difikirkannya itu.Jungkook tidak suka meihat Jisoo bersedih,lebih-lebih lagi selepas tragedi yang menimpanya dulu.

Jisoo berhenti secara tiba-tiba.Dia berpaling ke arah Jungkook lalu berkata,"Kenapa awak nak sangat kawan dengan saya? Betul ke awak ikhlas? Entah-entah awak sama je macam lelaki lain." Jisoo memandang wajah Jungkook dengan pandangan tajam.Jungkook berasa terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Jisoo.

"Saya memang ikhlas nak kawan dengan awak.Saya tak tau tapi ada satu perasaan yang buatkan saya nak lindungi awak."kata Jungkook dengan panjang lebar.Jisoo menjeling Jungkook lalu smirk."Memanglah.Mula-mula memang ada perasaan macam tu.Lama-lama,bila dah rasa bosan,mulalah buang perempuan ni macam sampah kan.Tsk,lelaki memang sama je la!" Merah padam muka Jisoo menahan geram.Air matanya mula bergenang kerana terlalu geram.Jungkook tergamam apabila melihat Jisoo sebegitu.Hatinya berasa begitu lemah tatkala melihat keadaan Jisoo.Secara tiba-tiba,Jungkook memegang kedua-dua belah bahu Jisoo untuk membuatkan Jisoo memandangnya.

"Awak kena kuat Jisoo.Jangan jadi lemah hanya kerana lelaki yang tak layak mencintai awak! Mungkin selama ni semua lelaki tu tak tau menghargai cinta awak.Tak tau menghargai diri awak.Anggaplah diorang tu semua adalah satu kesilapan dalam hidup awak.Tapi,tolonglah percaya yang saya bukan macam tu.Saya betul-betul ikhlas berkawan dengan awak! Tolonglah percaya!"Jungkook berkata dengan tegas sambil menggoncangkan badan Jisoo yang sedang berdiri kaku dihadapannya.

Sedar akan Jisoo yang tergamam itu,Jungkook melepaskan pegangannya daripada bahu Jisoo dengan kekok."Ergh,sorry..erm saya balik dulu okay?" Jungkook berundur beberapa langkah lalu berpaling ke belakang sambil menggaru lehernya yang tidak gatal.Dia meneruskan perjalanannya ke rumah apabila sedar mereka sudah tiba di persimpangan.Apa yang aku merepek tadi.Kau ni kena sampuk ke apa,Jeon Jungkook..

"Jung-" Jisoo yang dari tadi kaku baru tersedar.Namun,sudah terlambat untuk memanggil lelaki tersebut kerana Jungkook telah hilang dari pandangannya.Jisoo mengeluh berat.Dia terfikir akan kata-kata Jungkook sebentar tadi.Jisoo tersandar pada dinding sebuah bangunan sambil memikirkan kembali kata-kata lelaki yang baru dia kenali itu.

Ada betul jugak cakap Jungkook.Maybe,aku je yang buta selama ni.Pilih orang yang tak tau hargai aku.Tapi..macam mana kalau ni adalah taktik semata-mata?Biarkan aku jatuh cinta pada dia dengan sikap naif dia?

"Argh!!!Aku tak tau!" Jisoo menjerit dengan rasa kusut.Orang yang lalu lalang tidak dipedulikannya.Lalu,Jisoo kembali ke rumahnya dengan rasa keliru.

--------------------

Beberapa minggu telah berlalu.Di rumah Jisoo.

"Weyh..aku nak tanya pendapat kau." kata Jisoo kepada Somi yang sedang menonton televisyen.Harini hari Sabtu.Jisoo dan Somi tidak bekerja pada hari ini.

"Apa dia?"tanya Somi sambil mengunyah honey potato chips.

"Macam ni..."

 

Flashback

Pada hari Jumaat.

Jisoo yang bosan kerana tiada sesiapa yang datang ke kedai mula bermain smartphone.Aplikasi Instagram dibukanya.Gambar-gambar artis kegemarannya ditatap penuh minat.Butang like ditekan sambil tersenyum.

"Ehem,ehem.." Jisoo mengangkat wajahnya."Jungkook." 

Jungkook tersenyum nipis."Saya nak ajak awak keluar pergi taman malam esok.So,awak sudi tak?"

End of flashback

 

"Macam tulah ceritanya.." Jisoo berkata sambil mengunyah honey potato chips yang dicuri daripada Somi.Somi mengangguk-anggukkan kepalanya."Aku rasa kau patut keluar dengan dia la.Aku tengok dia tu baik orangnya.Tak mungkin lah dia cuma nak amik kesempatan kat kau.."

Jisoo mengusutkan rambutnya."Hish..aku tak tau la..aku sendiri tak pasti dengan diri aku sendiri.." Somi hanya mengeluh lalu berkata,"Pergi je la.Bagi peluang kat dia, and bagi peluang kat diri kau jugak untuk rasa bahagia."

"Aku just keliru.Aku takut aku sakit lagi."

Somi memeluk bahu rakan karibnya itu."No worries.I think he is the right one for you.Trust me." Jisoo hanya tersenyum lemah.Harap-harapnya macam tu la..

 

 

TO BE CONTINUED..


Semua orang ada hak untuk bahagia dalam dunia ni


 

Hai semua!

Chapter ni agak pendek tapi haha saya update jugak kan..hehe sorry la

Nanti saya update lagi.Sikit je lagi nak habis ni.Hm..dalam 5 chapter lagi kot (or lebih..) tatau nak agak la XD

 

aaaaa macam biasa la

SUBSCRIBE 
COMMENT
UPVOTE

 

Kepada yang dah subscribe and upvote serta tinggalkan komen, terima kasih sangat sangat!

Komen korang semua amatlah membina dan menggembirakan hati saya.

Rasa dihargai huhu.

bye!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nanadjiyongie_01
[HIATUS NOTICE]
Maaf sangat sangat kat korang semua yang mungkin tunggu saya update 😭 tapi buat masa sekarang ni saya tak sempat nak update apa apa. Minta maaf sangat-sangat 💜

Comments

You must be logged in to comment
Darborjes #1
Chapter 10: Next please.........................
k-hope
#2
Chapter 9: Semuanya perfect kak. Saya dah baca sampai bab 9. Saya suka sangat citer ni. One day, saya harap sgt dapat collab dgn akak. Hehehe.
sunshine_blue
#3
yeahhh!!! Dah update!!*Dance Dance with me~~
sunshine_blue
#4
Chapter 5: omoo..boleh tahan gak penceritaan awak ni..tambah2 pula aku ni peminat black pink,BLINK lah katakan...btw,bila ada masa update tau,tak sabar nak tau apa yg jadi lepas ni..hwaiting authornim~~
bigbangtanboys
#5
Chapter 3: Kak...I'm waiting for the next chapter...hehehe...puas sye pikir tu lirik apa...dan bru sye tau yg I DONT KNOW xD...ingatkan tu lagu svt..rupanya exo..hohoho
aquariusxpisces
#6
Chapter 2: haih mungkin myungsoo akan kecewakan jisoo pulak......
Kesyieka_Qimieka
#7
Chapter 1: Biasalah tu setiap kali dengan orang baru mesti rasa dia lah satu-satunya..
Nice author.. Cepat update nye ya!