EMPAT

H O P E

Jisoo POV

"Weyh Jisoo, aku dah sampai Daegu ni. Kau kat rumah hati-hati tau! Mungkin seminar aku ni ambik masa 3 hari jugak.Take care ye...jaga rumah elok-elok..." Somi yang berada di hujung talian menasihati aku.

"Okay okay...kau tu jaga diri jugak.Aku ni lagi risau tau?"

"Ye la...eh program dah nak start ni. aku pergi dulu tau. Bye!" Somi menamatkan panggilan. Aku meletakkan telefon bimbitku di atas laci.Aku segera melangkah keluar dari bilikku dan menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan.Aku membuka peti sejuk.

Haish..nak masak apa eh? Barang pun dah sikit ni...hurmm..arghh..malasnya!"

Aku bercadang untuk pergi ke pasar raya untuk membeli sedikit keperluan.Tapi..aku malaslah.Aku mengambil bungkusan roti yang terletak di atas meja lalu menuju ke ruang tamu.Aku membuka bungkusan itu dengan harapan ia boleh mengenyangkan perut aku.Namun, semuanya tidaklah begitu indah.Roti tinggal sekeping je!

Aku mengambil roti itu lalu menyumbatkannya ke dalam mulut. 

Erm...tak cukup nak buat aku kenyang..terpaksalah pergi kedai camni..huhuhu

Akhirnya aku menggagahkan diri  untuk bersiap dan pergi ke kedai.Pintu rumah segera aku kunci.Basikalku yang masih tersandar di dinding aku tegakkan.Belum sempat aku menaiki basikal...

'Pin!... Pin!'

Aku memalingkan mukaku ke arah pagar.Aku lihat ada sebuah kereta sedan berwarna hitam di hadapan pagar rumah.

Kereta sape pulak tu??

Aku tidak boleh melihat siapa yang memandu kerana cermin kereta itu terlalu gelap.Aku hanya merenung cermin kereta dan cuba untuk melihatnya tetapi tetap gagal.

Cermin kereta di sebelah pemandu diturunkan. Wajah pemandu jelas kelihatan.Myungsoo.Kereta lain..patutlah tak kenal.

"JIsoo, awak nak pergi mana?" Myungsoo menjerit dari dalam keretanya.Aku memandangnya dan basikalku silih berganti.

"O..oh! Saya nak pergi kedai sekejap! Barang dapur dah nak habis."Aku berkata sambil tersenyum simpul.

"Jomlah saya hantarkan awak pergi kedai.Saya boleh temankan." Aku berfikir sejenak.

Melihatkan aku yang berfikir terlalu lama, Myungsoo keluar dari keretanya dan menuju ke arah aku. "Jomlah..." Myungsoo menghulurkan tangannya dan menunggu sambutan dari aku.

"Ok.." Aku menyambut tangannya dan dia membawaku ke arah keretanya.Pintu dibuka oleh Myungsoo. Aku masuk tanpa berkata apa-apa.

Myungsoo duduk di tempat duduk pemandu dan mula memandu ke pasar raya.Suasana di dalam kereta agak janggal.

"Kenapa awak tak call saya? Suruh hantar awak pergi kedai?" tanya Myungsoo kepadaku.Matanya fokus memandang jalan raya di hadapan.

"Saya taknak susahkan awak...lagipun saya boleh je naik basikal tu..."

"Naik basikal letih nak mengayuh.Kalau naik kereta kan senang..."

Perbualan kami semakin rancak dan suasana bertukar daripada janggal ke selesa.

--------------------

Author POV

Troli ditolak oleh Myungsoo di bahagian barangan basah.Senarai barang yang hendak dibeli diteliti sekali lagi oleh Jisoo yang berjalan di hadapan Myungsoo.Jisoo menuju ke bahagian menjual ayam.

"Tinggal beli ayam je, pastu kita boleh balik.." Jisoo memalingkan muka ke arah Myungsoo yang berdiri di sebelahnya.

"Ok!" Myungsoo melihat ayam-ayam yang dipamerkan di rak ais.

Jisoo segera mendapatkan ayam yang telah dipotong oleh pekerja dan memasukkannya ke dalam troli. Mereka terus berjalan di koridor bahagian itu.Jisoo berjalan di sebelah Myungsoo sambil meneliti senarai barangan.

"Semua dah dibeli.Terima kasih sebab temankan saya beli barang." Jisoo berkata sambil tangannya sibuk memasukkan senarai itu ke dalam poket seluar slacknya.

Tiba-tiba,

'AAAHHH!!'

Jisoo tergelincir disebabkan lantai basah. Myungsoo segera menyambutnya daripada terjatuh di atas lantai.Mata Jisoo terkunci pada mata Myungsoo.Mereka saling berpandangan selama 3 saat.Muka mereka begitu dekat antara satu sama lain.Jantung Jisoo berdegup dengan kencang .Bagai nak terkeluar jantungya dari dadanya.

Myungsoo mengenyitkan matanya dan serta merta Jisoo tersedar dari lamunannya.Dia segera berdiri, membetulkan posturnya.

"Thanks..." Jisoo menundukkan wajahnya dan rambutnya yang ikal mayang menyembunyikan wajahnya yang jelita itu.Malunya...panas pipi aku..

Jisoo menepuk lembut kedua belah pipinya.Myungsoo tertawa kecil melihatkan gelagat Jisoo yang cemerkap itu.

"Sama-sama.Awak ok tak? Tu lah..jalan pandang depan.." Myungsoo menyelak rambut yang menutupi wajah Jisoo dan menyangkutkannya di telinga Jisoo.

"Nae..a-arraseo.."

Jisoo yang menggelabah berjalan dengan pantas meninggalkan Myungsoo di belakang.Namun, tanpa dia sedari Myungsoo tersenyum sinis penuh makna.

--------------------

Suasana di dalam kereta kembali janggal disebabkan masing-masing teringat insiden di dalam pasar raya tadi.

'GRUUUR'

Perut JIsoo berkeroncong dengan agak kuat kerana dari pagi tadi dia tidak makan.Jisoo mengerling jam tangannya.Patutlah..dah nak masuk tengah hari dah. Aduhai..malunya!! Kenapalah aku lupa sarapan..

"Erm..kita pergi makan dululah sebelum saya hantar awak balik rumah." ucap Myungsoo.

"Lagipun, saya dengar perut awak tu berkeroncong sangat tu.." Myungsoo tergelak kecil mengucapkan kata-kata itu.

Jisoo hanya berdiam diri.Dia mengangguk, mengiakan kata-kata Myungsoo.Pipinya terasa bahang akibat menahan malu.Mesti rupanya seperti udang dibakar sekarang.

--------------------

Jisoo duduk di ruang tamu setelah dia siap makan tengah hari. Rancangan televisyen yang menyiarkan rancangan realiti terkenal, RunningMan ditonton dengan penuh minat. Biskut jejari yang baru dibeli tadi dijadikan snek.Seluruh ruang tamu bergema dengan gelak tawa Jisoo yang tercetus apabila melihat gelagat peserta RM yang kelakar dan cemerkap.

Fikirannya melayang mengingatkan momentnya bersama Myungsoo sebentar tadi.Senyuman mekar di bibirnya.Pipinya kembali merona merah apabila teringat saat di mana mereka bertentangan mata.

Namun...

Senyumannya pudar tatkala peristiwa di kafe bermain di minda.

 

Flashback

"Awak kerja apa, Myungsoo?" Jisoo bertanya kepada Myungsoo yang duduk di hadapannya.Myungsoo yang sedang ralit dengan smartphonenya mengangkat wajahnya.Dia memandang Jisoo dengan pandangan kosong.

"Awak tanya apa? Sorry..saya tak berapa dengar."

"Saya tanya..awak kerja apa?"

"Saya buat bisnes." Myungsoo menjawab ringkas.

"Mesti bisnes besarkan?" Jisoo menebak.

"Bolehlah..tapi syarikat kecil je.."

"Ouh..k.." Jisoo menyedut minumannya melalui straw. Myungsoo kembali fokus dengan smartphonenya. Mata Jisoo melilau ke seluruh kafe.

 

Ketika itu, matanya tertumpu kepada seorang gadis yang baru masuk ke dalam kafe.Gadis itu begitu cantik dan sedikit seksi bagi pandangan Jisoo.Dia memakai blous berwarna putih dengan skirt biru paras lutut. Kasut tumit tinggi berwarna hitam melengkapkan lagi imej gadis itu.

Myungsoo memandang Jisoo.Dia menoleh ke arah yang dipandang Jisoo.Myungsoo meneliti gadis itu atas dan bawah. Jisoo kembali memandang Myungsoo.

Myungsoo segera mengalihkan pandangannya.

 

Myungsoo membuat bayaran di kaunter sementara Jisoo duduk bermain smartphonenya. Pada masa yang sama, gadis tadi juga membuat bayaran.

 

Myungsoo POV

Aku mendapati gadis tadi berdiri di sebelahku.Bau wangiannya menusuk hidungku.Dia membuat bayaran terlebih dahulu.

"Meja no.15" gadis itu berkata dengan suara yang lembut.

Juruwang itu menyatakan jumlah yang perlu dibayar.Gadis itu mencari dompetnya di dalam handbag.Lama juga dia mencari.

"Meja no.12, kira sekali." Aku berkata kepada juruwang sambil menuding jari ke arah gadis itu menandakan aku ingi membayar bagi pihaknya.

"Nae.." Juruwang menyatakan jumlah yang perlu dibayar.Aku menghulurkan beberapa keping not 1000 W kepada juruwang.

"Kamsahamnida..encik.."

"Myungsoo."

Gadis itu tersenyum manis.

"Ouh..nama saya Kyulkyung.Just call me Pinky."

"Such a beautiful name.."

Aku menyeluk poket kananku.

"Ni kad saya.."

"Thanks.."

Aku melontarkan senyuman killerku kepadanya lalu menuju ke mejaku semula.

 

Jisoo POV

Aku berpaling ke arah kaunter. Aku melihat Myungsoo sedang berbual dengan gadis tersebut.Aku nampak Myungsoo memberikan sesuatu kepadanya.Mereka kelihatan mesra sekali.Minda ku mula berfikir perkara bukan-bukan.

Aku segera membuang tanggapan negatif itu jauh-jauh sebaik sahaja aku melihat Myungsoo menuju ke arahku.

 

End of flashback

 

--------------------

Jungkook POV

"Aunty Min ada bincang dengan omma..pasal family kita." Aku hanya mendengar dengan tekun apa yang cuba disampaikan oleh omma.

"Ok..apa dia omma??" Hyung seperti tidak sabar untuk mendengarnya.

"Dia kata dia nak tolong family kita.."

"Selama ni, diorang memang tolong kita kan?" Aku mencelah sebelum omma menghabiskan kata-katanya.

"Kau ni Jungkook..omma tak habis cakap lagi. Shhh.." Hyung meletakkan jari telunjuknya di bibir, menyuruh aku untuk diam.

"Aunty Min nak kita pindah rumah.Dia akan sediakan rumah untuk kita."omma bersuara setelah sekian lama berdiam.

"Jungkook tak setuju.." Aku segera membangkang.

"Wonwoo tak kisah..ikut je.." Hyung berkata lalu menyandarkan badannya di sofa.Aku membangkang dengan sebab aku sendiri.

"Kenapa Jungkook tak setuju??" omma menyoal aku dengan lembut.Aku menghembus nafasku berat.

"Jungkook taknak diorang anggap keluarga kita ni meminta-minta.Cukup lah bagi sokongan macam sekarang je.Bagi duit sikit setiap bulan." Aku menyatakan pendapat ku dengan cara yang paling sopan.

"Tapi bukan kita yang mintak ,Jungkook.Diorang yang bagi kan??" Wonwoo hyung berkata kepadaku.

"Memanglah..itu kata kita. Pandangan family Aunty Min. Tapi, pandangan orang lain? Hyung tak fikir ke?? "

Wonwoo hyung terdiam. Mungkin sedang berfikir tentang perkara yang baru aku sampaikan.

"Jiran mesti fikir yang kita ni menumpang kesenangan orang lain.Kita ni meminta-minta.Mulut orang kita tak boleh tutup , omma..hyung."

" Aunty Min cakap..bincang lah dulu dengan korang semua.Minta persetujuan." omma mengeluh kecil."Kalau kamu tak setuju..nanti omma bagitau Aunty Min kamu."

Aku memandang omma dengan rasa kasihan tetapi aku mempunyai sebab tersendiri.

--------------------

Jisoo POV

Sejak akhir-akhir ini, Myungsoo tidak lagi menghabiskan masa denganku.Aku berfikiran positif.Mungkin dia sibuk bekerja.

Kalau dia luangkan masa dengan aku, mesti dia sentiasa dengan phone dia. Positif Jisoo.

Aku meneruskan kerjaku mengemas kaunter. Beberapa orang pelanggan memasuki kedai runcit.

 

Jungkook POV

Aku melangkah masuk ke dalam ruangan lobi syarikat SK Telecom. Aku menuju ke kaunter di lobi syarikat tersebut.Aku menyapa noona receptionist.Namanya Jennie.

"Selamat pagi, Jungkook!" Jennie noona menyapa aku.

"Selamat pagi noona!"

"Ini dokumen untuk hari ni." aku meletakkan beberapa keping dokumen di atas kaunter.

'Jennie.'

Kedengaran suara dari intercom.

"Nae boss?" Jennie noona membalas.

'Jungkook ada kat situ tak?'

"Ada boss."

'Suruh dia ke bilik saya sekarang.'

"ok boss."

"Jungkook, boss nak jumpa. Kat pejabat dia.Sekarang." Jennie noona berpaling kearah ku.

Aku hanya mengangguk faham dan segera menuju ke lif utama. Aku menekan butang bernombor 7 di panel kawalan.

--------------------

'Knock knock'

Aku mengetuk pintu pejabat Suga hyung.

"Masuk!"

Tombol pintu aku pulas lalu melangkahkan kakiku masuk ke dalam pejabatnya.Aku tunduk hormat kepadanya. Aku duduk setelah mendapat izin Suga hyung.

Suga hyung mendekatkan kerusinya ke meja.Tangannya diletakkan di atas meja.Aku hanya memandangnya kosong.Dia mengeluh.

"Kenapa Jungkook tak setuju dengan cadangan Aunty??" Hyung memulakan bicara.Aku mengeluh berat sebelum membalas pertanyaannya.

"Sebab Jungkook tak nak orang lain pandang family Kookie dengan pandangan serong tau. Kita tak boleh nak ubah fikiran orang lain.Mulut diorang akan sentiasa cakap yang kitorang ni menumpang kesenangan orang lain." Aku menjelaskan pendirianku kepada Suga hyung.

"Sampai bila kau nak hidup dengan dengar cakap orang, Jungkook? Memang mulut orang kita tak boleh tutup.Tapi, kitorang ni kan family korang jugak, bukannya sesiapapun." Suga hyung kelihatan tegas dengan pendapatnya.Aku bersandar pada kerusi.

"Memang betul apa yang hyung kata, tapi yang hadapnya kami sekeluarga.Bukannya keluarga hyung.Maaflah hyung kalau Jungkook macam kurang ajar...tapi Kookie tetap dengan keputusan Kookie."

Suga hyung mengeluh dan menganggukkan kepalanya."Terserahlah...tapi kalau korang ada masalah ke apa, cari kitorang tau?"

"Nae,hyung"

'Knock knock'

"Masuk!"

Kelihatan seorang wanita melangkah masuk ke dalam ruangan pejabat sambil menatang dulang berisi dua cawan air. Dia menuju ke arah kami dan meletakkan satu persatu cawan di atas meja.

"Terima kasih. Somi, perkenalkan ni sepupu saya, Jeon Jungkook."

"Jungkook, ni secretary hyung, Somi."

Suga hyung menunjuk ke arahku.Aku bangun dan tunduk hormat kepada Somi. Dia membalas tunduk hormatku.

Dia meneliti mukaku.Aku berasa pelik.Kenapa dengan muka aku ? Ada apa-apa yang tak kena ke?

"Minta maaf...tapi..ni bukan despatch syarikat Choi Holdings tu ke?" Somi bertanya kepada Suga hyung.

"Memang..memang dia despatch syarikat tu.Dia yang tak nak jadi office boy kat sini.Kalau tak saya dah bagi dah jawatan yang bagus untuk dia."

Aku berdehem, menghilangkan rasa perit di tekak.

"Oh, sorry Jungkook." Dia menundukkan badannya sedikit tanda minta maaf.Aku membalasnya sambil tersenyum.

"Hyung, Jungkook mintak diri dulu."

"Ok.Ingat apa yang hyung cakap."

Aku menuju ke pintu lalu melangkahkan kakiku keluar.

--------------------

Jisoo POV

Esok, genaplah 2 bulan aku bersama Myungsoo.Aku bercadang untuk menyediakan kejutan untuknya.Aku ingin memasak untuknya dan aku akan ke rumahnya esok.Tak sabarnya!

 

Aku duduk di birai katil.Tanganku erat menggenggam kunci rumah Myungsoo.Dia yang beri kepadaku sewaktu aku melawat rumahnya tempoh hari.

 

Semoga esok berjalan dengan lancar.

 

TO BE CONTINUED...

 


Mimpi yang indah berkekalan sekiranya dikawal dengan baik oleh sang pemimpi


 

Chapter 4 siap!!

HAHAHAHAHAH

Kepada readers semua, semoga korang enjoy dengan chapter ni!

Share pendapat korang tentang chapter ni di ruangan komen di bawah!

Apa ramalan korang, idea..elemen yang korang nak saya sampaikan dalam cerita ni...

just comment and no harsh words okay!!

 

seperti biasa lah eh...

 

- SUBSCRIBE -

- COMMENT -

- UPVOTE -



Thanks yeorobun!!!!
 

 

 

 

 

 

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nanadjiyongie_01
[HIATUS NOTICE]
Maaf sangat sangat kat korang semua yang mungkin tunggu saya update 😭 tapi buat masa sekarang ni saya tak sempat nak update apa apa. Minta maaf sangat-sangat 💜

Comments

You must be logged in to comment
Darborjes #1
Chapter 10: Next please.........................
k-hope
#2
Chapter 9: Semuanya perfect kak. Saya dah baca sampai bab 9. Saya suka sangat citer ni. One day, saya harap sgt dapat collab dgn akak. Hehehe.
sunshine_blue
#3
yeahhh!!! Dah update!!*Dance Dance with me~~
sunshine_blue
#4
Chapter 5: omoo..boleh tahan gak penceritaan awak ni..tambah2 pula aku ni peminat black pink,BLINK lah katakan...btw,bila ada masa update tau,tak sabar nak tau apa yg jadi lepas ni..hwaiting authornim~~
bigbangtanboys
#5
Chapter 3: Kak...I'm waiting for the next chapter...hehehe...puas sye pikir tu lirik apa...dan bru sye tau yg I DONT KNOW xD...ingatkan tu lagu svt..rupanya exo..hohoho
aquariusxpisces
#6
Chapter 2: haih mungkin myungsoo akan kecewakan jisoo pulak......
Kesyieka_Qimieka
#7
Chapter 1: Biasalah tu setiap kali dengan orang baru mesti rasa dia lah satu-satunya..
Nice author.. Cepat update nye ya!