DUA

H O P E

Author POV

" Woi! Jungkook! Bangunlah! Pergi kerja!" laungan lelaki yang bernama Wonwoo itu sudah cukup menggegarkan seluruh rumah itu.Tangannya sibuk mengetuk pintu bilik adiknya bertalu-talu. Nasib baik tak pecah pintu tu.

Di dalam bilik, pemuda yang bernama Jungkook masih lena diulit mimpi yang indah.Dia tidak menghiraukan pekikan abangnya dari luar bilik.Jungkook menutup telinganya dengan bantal dan menyambung tidurnya. Haish! Bisinglah Wonwoo hyung ni...

"Jungkook, bangunlah! Dah pukul 9!" Wonwoo menjerit sekali lagi dan terus ke dapur untuk membantu ommanya menyiapkan sarapan pagi.

Terbeliak mata Jungkook yang sedang mamai itu. "What?! Pukul 9?!" Dia mengambil jam loceng yang terletak di atas laci dan jarum jam menunjukkan tepat pukul 9 pagi. "Habislah aku! Dah lambat sangat ni!!"

Jungkook segera terjun dari katilnya dan mengambil tuala yang digantung di belakang pintu biliknya.Tombol pintu dicapai dan pintu dibuka dengan kasar.Jungkook berlari dengan pantas menuju bilik air di tingkat bawah.Ommanya yang berada di dapur hanya mampu menggelengkan kepala melihatkan kerenah anak bongsunya itu.

 

Setelah Jungkook selesai bersiap dengan mengenakan seragam pejabatnya, dia menuju ke dapur dan terburu-buru mengambil sarapannya.

"Jungkook, duduklah dulu. Tak elok makan macam tu.Tercekik nanti." Jungkook segera mengambil tempat di hadapan Wonwoo yang sedang menikmati bihun goreng yang dimasak oleh Puan Jeon.

"Omma, Jungkook dah lambat sangat ni...patutnya pergi kerja pukul 8.15, ni dah 9.20! Aigooo..." Jungkook kelihatan begitu resah.

"HAHAHAHAHAHA" Tiba-tiba Wonwoo tergelak. "Hyung dah kenapa? Kena sampuk ke? Orang tengah serius dia boleh gelak pulak."

"Jeon Jungkook...cuba kau tengok jam tu." kata Wonwoo sambil ketawa kecil. Jungkook menoleh ke arah jam dinding yang tergantung kemas di dinding belakangnya.

"Hyung!! Saja nak kenakan Jungkook kan!" Jungkook berang apabila mendapati bahwa dia telah ditipu oleh abangnya.Baru pukul 8 sebenarnya.

"Aduhaii, seronok pulak kenakan adik aku yang sorang ni," Wonwoo ketawa sambil mengetuk meja makan. Tapikan...

"Tapi..kenapa jam loceng aku tunjuk dah pukul 9?" Jungkook bertanya kepada Wonwoo apabila dia sudah habis gelak. "Aku dah buat preparation untuk kenakan kau lah....Aku dah setkan jam loceng tu ikut waktu aku sendiri...hahahahah"

"Ish! Hyung ni kan!" Jungkook ingin sahaja memukul Wonwoo di situ. Sekarang juga. Ya tuhan...berikanlah aku kekuatan...

"Dah...Wonwoo, Jungkook..tak baik bergaduh depan rezeki. Wonwoo ni kan..asyik menyakat Jungkook je..haish. Apa-apa sajalah anak omma berdua ni.." Puan Jeon geli hati melihat kerenah dua anaknya itu.Semenjak suaminya meninggal dunia kerana terlibat dalam kes langgar lari, dirinya hanya ditemani dua anak terunanya.Hidup terasa bahagia dan lengkap walaupun setelah kehilangan suami tercinta.

"Maaf , omma!" mereka berdua terus makan dengan penuh berselera.

 

Jungkook duduk di hadapan pintu utama untuk menyarungkan kasutnya.Wonwoo pergi mendapatkan adiknya.Omma sudahpun pergi ke pasar untuk membeli sedikit keperluan makanan.

"Jungkookie..."

"Ermm?"

"Malam ni aku ada buat show dekat cafe tempat aku kerja tu...so, aku nak kau datang. Bagi support kat hyung kau yang handsome ni.." Wonwoo berkata-kata sambil bercekak pinggang.

"Oh ye ke? Tapi..omma macam mana? Takkan nak biar omma sorang-sorang kat rumah?"

"Omma bagitau hyung yang omma nak pergi rumah Aunty Min untuk dua hari. Katanya nak bincang sesuatu." kata Wonwoo sambil bersandar di bingkai pintu.Jungkook yang sedang mengikat tali kasutnya hanya mengangguk.

"Hyung,aku pergi dulu eh..dah pukul '10' ni..." Jungkook sengaja menekankan perkataan '10' bagi menyakat hyungnya. "ye la...pergi cepat nanti bos marah.." Ketawa mereka berdua berpadu, menceriakan lagi pagi yang cerah dan indah ini.

 

--------------------

Jungkook POV

"Noona, ada surat tak nak hantar hari ni?"

Kerja aku sebagai mat despatch di Choi Holdings pun bermula.Setiap hari aku akan menghantar segala dokumen atau surat penting kepada beberapa buah syarikat atau premis perniagaan.Disebabkan aku tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, aku memilih untuk bekerja sebagai despatch sahaja.Namun, aku bangga dengan kerjaya aku kerana aku dapat membantu ramai orang dan menambah pendapatan keluarga.Kerjaya hyung sebagai penyanyi di kafe bukannya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga, tapi aku yang berkeras untuk mencari kerja.Omma seringkali tidak sihat.Kami begitu bimbang dengan tahap kesihatannya.Sekurang-kurangnya, gaji aku dapat digunakan untuk membeli ubat dan keperluan lain.

"Hai, Jungkook! Awal datang hari ni...bagus adik akak ni.." Suzy noona sentiasa menyambut aku dengan senyumannya yang manis tu.Tapi aku tak boleh mengurat dia sebab dia dah kahwin.Untung suami dia.

"Hehehehehe..biasalah noona.Ni Jeon Jungkook lah."

Ketawa mereka berpadu di kaunter lobi sehingga bergema di ruangan lobi.Para pekerja yang lain tidak menghiraukannya kerana telah masak dengan perangai Jungkook dan Suzy yang bagai adik beradik itu.

"Hari ni Kookie kena hantar lima dokumen dekat Syarikat Shizura dan 2 dokumen rasmi ke SK Telecom. Ok! Itu sahaja..." Suzy noona meletakkan segala fail dan dokumen yang perlu dihantar di atas kaunter. Aku segera mengisi beg aku dengan semua dokumen tersebut.

"Kookie pergi dulu noona!" Aku melangkah keluar dari pintu utama Syarikat Choi Holdings.Udara segar aku hirup bagi mencerdaskan mindaku. Jungkook hwaiting!!

Enjin motosikal segera aku hidupkan. Motosikalku laju membelah jalan raya yang kian sibuk disebabkan warga kota yang berpusu-pusu ke tempat kerja.

 

--------------------

Author POV

Jisoo menyusun barang-barang di rak kaunter supaya kelihatan kemas dan teratur.Dia kemudiannya mengambil bulu ayam untuk mengelap kaunter, cermin dan semua rak di dalam kedai runcit itu.Bilangan pelanggan pada hari ini tidaklah seramai semalam.Keadaan di dalam kedai runcit kelihatan lengang.Sedang Jisoo leka mengemas, tiba-tiba bahunya dicuit seseorang.Jisoo tersentak lalu menoleh memandang orang yang berada di belakangnya.

"Hai Jisoo.." Myungsoo yang segak berpakaian kasual tersenyum apabila menegur Jisoo.

"Hai...Myungsoo.." Pipi Jisoo sudah merona merah. Myungsoo menggaru belakang lehernya yang tidak gatal itu.Suasana bertukar janggal.

Myungsoo berdehem sebelum berkata, "Jisoo..saya nak ajak awak makan malam ni. Awak sudi tak??" Jisoo tergamam.Myungsoo ajak aku keluar?! Yes..!

"Jisoo? Hello?" Myungsoo melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Jisoo.Jisoo tersedar dari lamunannya.

"Erm..nak makan dekat mana?"

"Blossom Cafe?"

"Ok! Pukul berapa?"

"Pukul 8.30 malam.Saya jemput awak, ok?"

"O..Ok" Myungsoo hanya tersenyum apabila pelawaannya diterima.Jisoo kemudiannya memberikan alamat rumah dan nombor telefonnya kepada Myungsoo.

Mereka berbual-bual dengan rancak memandangkan tiada pelanggan yang datang.

 

--------------------

Jungkook POV

"Terima kasih ya.."

"Sama-sama.." Aku bow 90' kepada noona receptionist yang bertugas di lobi Syarikat SK Telecom.

Baru sahaja aku hendak beredar..."Jeon Jungkook!" Kedengaran namaku dipanggil oleh satu suara yang sangat familiar.Aku menoleh.

"Oh! Suga hyung.." Aku tersenyum melihat sepupuku yang semakin menghampiriku .Aku menundukkan badan sedikit sebagai tanda hormat.

"Hantar dokumen ke?"

"Ye la hyung..macam biasa. Syarikat hyung tempat terakhir hari ni."

"Oh.." Suga hyung mengangguk.

"Jungkook.." "Ya hyung?"

"Betul ke kamu taknak kerja kat sini?" Aku sudah agak Suga hyung akan bertanyakan soalan ini kepada aku.

"Betul hyung...saya seronok dengan kerja saya sekarang."

"Ok lah kalau macam tu..tapi..kalau ada masalah ke apa..call hyung tau."

"Arasseo hyung..Jungkook pergi dulu eh.."

Sekali lagi aku tunduk hormat kepada Suga hyung sebelum beredar.

 

Sampai di pejabat...

"Oh! Jungkook...ada lagi satu dokumen, kena hantar dekat kedai runcit Dong Sdn.Bhd. Sorry noona terlupa tadi.Salah letak tempat lain."

Suzy noona meminta maaf kepada aku sebaik sahaja aku muncul di pintu lobi.Kedua-dua tangannya dirapatkan tanda meminta maaf.

"Takpe noona. Biar Jungkook hantarkan."

Aku segera beredar dan menuju ke kedai runcit tersebut.

 

Aku memarkir motosikalku di luar kedai runcit.Aku membuka sling bag aku untuk mendapatkan dokumen berkenaan kedai runcit ini.Aku menghayunkan langkahku dengan laju menuju ke dalam kedai tersebut.Mataku melilau memerhatikan sekeliling kedai.

Mana orang ni? Cashier pun takde...

Tiba-tiba mataku menangkap dua figura sedang berdiri di rak hujung sekali.Kedengaran seperti mereka sedang berbual-bual.Aku mendekati mereka secara perlahan-lahan.

 

Author POV

"Nama kita macam ada chemistry la..Jisoo, Myungsoo..kan?" Jisoo tersipu-sipu malu apabila mengatakan pernyataan itu. Myungsoo hanya mampu ketawa untuk mengiakan kata-kata Jisoo.

"Ehem...." Jungkook berdehem.Jisoo dan Myungsoo tersentak.

"Err..maaf mengganggu..saya datang nak hantar dokumen kepada Encik Dong Young Bae. Awak pekerja di sini kan?"

Jisoo berdehem."Ya, saya pekerja kat sini.Encik Taeyang keluar sekejap.Ada hal.Ermm..awak boleh serahkan dokumen tu kat saya, nanti saya sampaikan kepada Encik Taeyang." Jisoo menghulurkan tangannya untuk mendapatkan dokumen tersebut.Jungkook segera menyerahkan dokumen itu ke tangan Jisoo.

Myungsoo yang berasa janggal di situ meminta diri untuk pulang."Saya balik dululah Jisoo.Jumpa malam ni ,okey?" Jisoo mengangguk dan Myungsoo segera berlalu pergi.

Jungkook yang masih berada di situ hanya berdiri di hadapan Jisoo. Suasana agak janggal.

"Saya mintak diri dulu.." Jungkook bow 90' sebelum melangkah keluar daripada kedai runcit itu.

Jisoo meneruskan kerjanya seperti biasa apabila terdapat seorang pelanggan memasuki kedai.Jungkook pula pergi semula ke pejabat.

 

Jisoo POV

Tak sabarnya nak tunggu malam ni...haih Kim Myungsoo...you make my heart melts..

Tiba-tiba...aku teringat lelaki yang menghantar dokumen itu.Rasanya..dia dengar ke apa yang aku dan Myungsoo cakap tadi? Aigoo..malunya..

 

 

TO BE CONTINUED...

 


Apa yang bakal berlaku malam nanti? Adakah kebahagiaan tercipta? Atau..sebaliknya?


 

Anyeonghaseyo readers...

Sorry sesangat sebab lambat cket update..

honestly...saya bukannya busy sangat cuma banyak tidur //terikut perangai min suga//

jangan ikut perangai saya okey...aigooo..

 

macam biasalah...

PLEASE SUBSCRIBE, UPVOTE AND COMMENT.

THANKS KEPADA READERS YANG SUDAH SUBSCRIBE, COMMENT AND UPVOTE....

KAMSAHAMNIDA...TERIMA KASIH...THANK YOU...

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nanadjiyongie_01
[HIATUS NOTICE]
Maaf sangat sangat kat korang semua yang mungkin tunggu saya update 😭 tapi buat masa sekarang ni saya tak sempat nak update apa apa. Minta maaf sangat-sangat 💜

Comments

You must be logged in to comment
Darborjes #1
Chapter 10: Next please.........................
k-hope
#2
Chapter 9: Semuanya perfect kak. Saya dah baca sampai bab 9. Saya suka sangat citer ni. One day, saya harap sgt dapat collab dgn akak. Hehehe.
sunshine_blue
#3
yeahhh!!! Dah update!!*Dance Dance with me~~
sunshine_blue
#4
Chapter 5: omoo..boleh tahan gak penceritaan awak ni..tambah2 pula aku ni peminat black pink,BLINK lah katakan...btw,bila ada masa update tau,tak sabar nak tau apa yg jadi lepas ni..hwaiting authornim~~
bigbangtanboys
#5
Chapter 3: Kak...I'm waiting for the next chapter...hehehe...puas sye pikir tu lirik apa...dan bru sye tau yg I DONT KNOW xD...ingatkan tu lagu svt..rupanya exo..hohoho
aquariusxpisces
#6
Chapter 2: haih mungkin myungsoo akan kecewakan jisoo pulak......
Kesyieka_Qimieka
#7
Chapter 1: Biasalah tu setiap kali dengan orang baru mesti rasa dia lah satu-satunya..
Nice author.. Cepat update nye ya!