Mimpi

#17
Please Subscribe to read the full chapter
    MIMPI ❝Wujud kah aku?❞ Insomnia meninggalkan kesan bak pembayang mata hitam di sekeliling mata Dara yang tertutup rapat sementara menyelubungi bilik tidur gadis berkulit sawo matang itu ialah alunan piano yang membuahkan nada harmoni dan gemersik kalbu. Bujur sireh menjadi alas wajah si gadis, raut muka tampak tenang bagai bermimpikan sesuatu yang indah sehinggalah... * Tik-Tok-Tik-Tok * Pabila jam menunjukkan waktu tiga pagi, keringat mulai menjajah permukaan wajah Dara. Kelopak matanya berkerdip-kerdip, seakan memberi tanda bahawa ia akan terbuka tidak lama lagi. Pada nasa yang sama, tuan empunya badan pula semakin ligat bergerak seperti disantau. “Si-Si-Sia-Siapa...” Dari luar, kelihatan seluruh tubuh si gadis mulai bermandian peluh. Melodi piano yang seminit lalu seakan menyeru perasaan nostalgia kini drastiknya bertukar dinamik kepada berat, keras malah iramanya seolah-olah tidak ketentuan. Seiringan itu, siulan yang meremangkan bulu roma pula berselang-seli berkumandang di segenap ruang beradu si gadis. Pada ketika itu lah, suara sayup-sayup yang mampu menggugurkan jantung mulai berbisik. “Kau lupa...” Seperti telah mencapai klimaks lagu, alunan piano tersebut pun terhenti secara mengejut. “Akan-ku datang menuntut tak...dir...” Dara lantas terjaga daripada tidurnya dengan matanya yang terbeliak; terjahan air mata mengalir di tepian pipi membuatkan pandangan matanya semakin kabur. Warna pucat merampas seri sang pemilik wajah, dan rekahan kulit kelihatan pada permukaan mulutnya yang terbuka luas, tidak putus-putus menyedut udara bak orang yang kesesakan nafas.  Dara, kenapa kau macam ni? Demi mengimbangi tubuh longlainya, fabrik katil digenggam erat. Seterusnya, tangan yang satu didekatkan ke atas wajah. Tangisan gadis itu bahkan akan berlanjutan lagi andai tidak dikejutkan oleh ketukan pintu bilik yang menggegarkan seluruh ruang bilik. “Dara-ah!” Suara maknya, Puan Mari semakin jelas kedengaran dari luar. Perlahan-lahan Dara mendongakkan wajah dan berpaling ke arah pintu bilik. Matanya terbelalak. Jantungnya seperti berhenti berdegup pada saat anak mata bertentangan dengan sesuatu yang sedang bertandang di hadapan pintu biliknya itu. Seorang gadis berpakaian serba putih dan berambut panjang melitupi wajahnya bertapak di daun pintu bilik. Dara segera meletakkan tangan pada mulut, air mata yang tadinya terhenti seketika kini kembali menampung kelopak matanya. Dia mengetap keras bibirnya, tetap tidak bersuara, namun perasaan yang bergelodak dalam hatinya hanya Tuhan Esa sahaja yang mengerti. Antara sedar dengan tidak, Dara mengelipkan mata beberapa kali, malah dia mengosok-gosok matanya sebelum kembali memu
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: Wahhh..... Baru jumpa balik ff ni XD
bestbest bestXDD
aquariusxpisces
#2
Chapter 1: waaaaaaa apa jadi pastu????? xD keep updating authornim!!