#16

#17
Please Subscribe to read the full chapter
    #16 ❝Ashira,❞ SATU TAHUN YANG LALU Mirai e, nyanyian artis duet Jepun bernama Kiroro kekal ialah muzik kegemaran Dara, meskipun ada beratus lagu di dalam playlist mp3-nya. Pada saat kaki mula melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah, lagu tersebut berkumandang indah di seluruh pelusuk rumah banglo milik keluarga Sandara. Hari lahirnya yang ke 16 jatuh pada hari yang begitu menyenangkan, senyuman tidak lekang daripada bibir Dara. Malahan semenjak bangun daripada tidur, perkara baik-baik menimpa dirinya pada hari yang istimewa itu. Sambil memejam mata memohon berdoa di hadapan sebuah pokok beringin yang gagah di tengah-tengah halaman rumah tersebut, Dara menanam hasrat agar hari jadinya yang ke tujuh belas juga menampung kegembiraan yang sama. Siap menyarungkan gaun putih ala-ala puteri yang dihadiahi kedua orang tuanya, jam di dinding pun sudah menunjukkan waktu pukul dua petang. Menerusi tingkap dari biliknya, orang ramai kelihatan sedang berpusu-pusu bertandang ke rumah mereka. 'TOK TOK TOK' Ketukan pada bilik membuatkan Dara segera menuju ke arah pintu. "Ashira!" Serunya selepas pintu dibuka. Riang ria wajahnya terserlah apabila melihat kelibat teman baiknnya itu. "Masuklah!" Pelawanya masuk.  Ashira menundukkan pandangan ke tepi seraya melangkah setapak demi setapak ke dalam bilik Dara. Tidak sampai tiga saat, langkahnya tiba-tiba terhenti. "Ashira?" tegur Dara. Pada masa yang sama, langkahnya turut terbantut hendak mencapai pengikat rambut di meja solek yang terletak di sebelah jendela bilik. Ashira tercenggang dengan mulutnya yang terlopong luas. Wajahnya bermandian keringat; anak matanya membulat besar. Dara segera mencapai alat kawalan jauh untuk penghawa dingin dalam biliknya itu. "Oh? Patutlah panas, saya lupa on benda ni," ujarnya bersahaja. "Maaf ye Ashira. Silap saya tak on air cond tadi. Patut pun panas...kamu pun dah berpeluh-peluh macam ni," Katanya diekori tawaan yang kecil. Meski begitu, Ashira masih statik pada tempatnya berdiri sejak tadi. Pandangan matanya seolah-olah terpaku di satu sudut dalam bilik Dara itu. "Ashira? Apa yang kau tengok tu?" soal Dara lagi. Kalut dia memalingkan kepala ke arah yang sama namun apa yang dilihatnya cuma lah tingkap yang tidak bertutup. Sambungnya lagi, "Erm, kau nak aku tutup tingkap tu ke? Kenapa? Sejuk eh? T-Tapi kau berpeluh kuat ni..." Kata-katanya terputus apabila dia melihat Ashira menelan liurnya, perlahan-lahan melarikan anak matanya daripada kawasan tingkap tersebut. Kedua-dua tangan Ashira bertindak menggengam erat bajunya di sisi. Dara berasa pelik dengan siatuasi ini. Tidak semena-mena, dia menaikkan kening kanannya lalu menggaru-garu kulit kepala yang t
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: Wahhh..... Baru jumpa balik ff ni XD
bestbest bestXDD
aquariusxpisces
#2
Chapter 1: waaaaaaa apa jadi pastu????? xD keep updating authornim!!