Ngeri

#17
Please Subscribe to read the full chapter
    NGERI ❝Dia datang...❞ "Oi bodoh! Kau cakap apa dekat kelas tadi uh?! Oi bengong, bull*hit! Apa tengok-tengok? Dah tak puas hidup eh? Buat hati aku panas sampai macam ni kau ni dah memang gila, tau tak? Lebih baik mati! Ah, pergi ah mati!" Lengan baju Dara hampir koyak ekoran daripada heretan kasar oleh Effah dari kelas mereka. Siap hentak kaki lagi si Effah, sampai kan kasut baru yang pertama kali dipakai pada hari itu pun sudah tercalar tepinya.Dara yang seolah-olah berada di dimensi lain itu kekal membatukan dirinya biarpun kata-kata berunsur hinaan dan tomahan tadi dilontarkan bertubi-tubi  terhadapnya. Ada ketika,wajahnya akan menunjukkan sedih namun sesaat berlalu, raut mukanya berubah menjadi seperti biasa. Perwatakannya yang mirip simptom-simptom orang kurang siuman itu membuatkan Feeza diselubungi perasaan tidak sedap hati, takut pun ada. 20 minit berlalu semenjak Effah mengugut Dara lalu mengheretnya ke bilik air perempuan yang terletak di Tingkat 2, Blok A itu. Feeza menggigit kukunya seraya berkata, "E-Effah, s-sudah lah tu! Aku tengok dia ni macam tak betul je! Buat bulu roma aku tegak semacam...jom ah balik kelas, ayuh!"Effah menoleh ke arah Feeza yang kini berada setapak dari pintu bilik air tersebut. "Yang kau ni ape hal? Jangan nak buat-buat drama pulak dengan aku! Daripada Tingkatan 1 lagi kot kita buat macam ni dengan dia! 4 tahun kau steady je...dan sekarang apa? Takut?" Sambil menjulingkan kedua matanya ke atas, Effah mencekak pinggang seraya mengerling ke arah Feeza. "Buat malu je nak takut dekat orang bunian macam pompuan ni!" Jari telunjuknya dihalakan tepat ke hadapan wajah Dara. Rahang Feeza bagai hendak terjatuh dek terdengar kata-kata kurang ajar daripada Effah itu tadi. Biar macam mana masak dia dengan perangai degil tahap kerabat diraja si Effah sekalipun, dah kalau dia menggila macam ni, pilihan terbaik ialah menjauhkan diri. Siap haribulan, dengan dia sekali kena tengking. Tadi pun kena dah. Itu baru mukadimah. Mentang-mentang lah orang tu ialah anak Penolong Kanan di sekolah mereka...jikalau memanjang-manjangkan kata dekat orang seperti Effah malah akan diprotesnya lagi, bak kata pepatah, bagaikan membuang garam ke laut.  "So, apesal awak diam pula ni? Ta..kut? Setakat sumpah mati mati ni aku tak takut okay? Hey, come on! tThat's so lame!" Kata-kata ibarat peluru berpandu daripada Effah tadi kedengaran perit sekali di tepi telinga Feeza.  Tanpa berfikir dua kali, Feeza langsung melontarkan pandangan tidak puas hati kepada teman setianya sejak daripada sekolah rendah lagi itu."Whatever Effah! I'm so so so done with you, and your s*itty words!" Seusai kata, tanpa berlengah dia memalingkan wajah dan badannya dari kawasan tersebut, dan dalam beberapa saat terus lenyap dari pandangan mata. Effah mengenggam erat tangan. Hatinya sudah mulai membara. Dengan langkah pantas, dia maju ke hadapan pintu, menutup lalu mengunci pintu bilik air tersebut. Lantaran itu, dia berpaling semula ke arah Dara yang berdiri pada jarak lima meter darinya. Mana kan tidak, riak wajah Dara yang kekal tenang mengh
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: Wahhh..... Baru jumpa balik ff ni XD
bestbest bestXDD
aquariusxpisces
#2
Chapter 1: waaaaaaa apa jadi pastu????? xD keep updating authornim!!