Insomnia

#17
Please Subscribe to read the full chapter
    INSOMNIA ❝Atau...realiti?❞ Semenjak dari tadi Encik Samuel tidak lekang memerhatikan tindak-tanduk isterinya, Mari. Seperti ada sesuatu yang mengacau fikirannya, anak mata pun berulang-alik di antara surat khabar pada genggamannya dan si isteri yang sedang termangu di hadapan jendela rumah mereka. Kegelisahan menembusi akal dan perasaannya lantas menerbitkan keraguan meninggalkan isterinya untuk ke tempat kerja pada pagi itu. Batukan yang disengajakan dibebaskan dari hujung mulut si suami, dan ini merupakan yang kedua kalinya. 'Kenapa dengan dia ini?' Fikir si suami di dalam hati. Lima minit berlalu namun tiada respon daripada isterinya. "Awak..." Setelah lama berdebat dengan perasaan sendiri, akhirnya Encik Samuel berkeputusan memanggil isterinya. Rasa terpanggil, Puan Mari berpaling lemah ke arah suara tersebut. "Ya bang?" sahutnya bersahaja.  "Awak ni dah kenapa?" Encik Samuel bertanya lembut seraya menaikkan kening kanannya. Seperti berada di alam yang lain, Puan Mari sekadar mengangkat kedua-dua kening di samping mengiringkan tubuh agar berhadapan dengan Samuel. "Awak tak sihat ke ape?" Melihat kepada reaksi yang dipamerkan oleh Mari tadi, serba salah pula si suami hendak memaksa beliau untuk menjawab soalannya. Diiringi keluhan kecil, mahu tidak mahu beliau bangkit dari tempat duduknya dan bergerak perlahan mendekati isterinya. "Awak," Ujarnya sambil menggerakkan langkah. "Sebagai suami isteri, kalau ada apa-apa baik buat berbincang, tak elok simpan di dalam hati. Merana seorang diri, apa baiknya?" Encik Samuel menggayakan tangannya di udara, memimik seorang pemidato. Puan Mari menelan liur pahit di saat suaminya melabuhkan punggung di tempat duduk sebelahnya. Siapa lah dia untuk menafikan kebenaran di dalam kata-kata yang ditaburkan oleh suaminya tadi. Namun seperti di luar kawalan, anak matanya seakan enggan bertentangan mata dengan suaminya. "Cakap lah wahai isteriku. Kenapa diam seribu bahasa macam malu pun ada nih..." Ujar Encik Samuel bermain dengan nada mengusik. Puan Mari menggeleng-gelengkan kepala seraya mempamerkan segaris senyuman di hujung bibir. Memang ada sesuatu yang membelenggu fikirannya, cumanya dia sungguh buntu bagaimana hendak membicarakannya. "B-Bukan niat Mari untuk menyimpan sesuatu daripada abang tapi-" Apabila saja kata-kata mulai meluncur keluar, ternganga mulut si suami cuba mahu menghadam terhadap apa yang diperkatakan dengan penuh perhatian. "D-Dara...anak kita tu-" Belum pun sempat Mari menerus kata, Encik Samuel sudah bingkas bangun sambil mencekak pinggangnya dan menapak langkah ke hadapan. Reaksinya ketika itu seolah-olah dia sudah tahu apa yang hendak disampaikan oleh isterinya. "Dah banyak kali benda ni berlaku dekat Dara, bang! Hampir setiap malam d-dia m-menjerit-" Puan Mari menggenggam tangan yang turut bergetar menerusi setiap patah perkataan yang diucapkannya. Sambil menggigit bahagian bawah bibir, pandangannya dilontar jauh ke tingkap rumah. "Ba-Bagaimana kalau s-semua ni b-bukan disebabkan oleh k-kurang tidur seperti yang dokt
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: Wahhh..... Baru jumpa balik ff ni XD
bestbest bestXDD
aquariusxpisces
#2
Chapter 1: waaaaaaa apa jadi pastu????? xD keep updating authornim!!