Prolog

#17
Please Subscribe to read the full chapter
    PROLOG ❝Menuntut takdir...❞ "Api! Apii! Apiii!" Bergema bak penggera teriakan seorang pelajar lelaki yang berlari merentasi setiap kelas. Sesaat lalu, pelajar-pelajar serta para guru mula berduyun-duyun beresakan di luar kelas, mahu menyaksikan sendiri 'api' yang diuar-uarkan tadi. Di bangunan yang bertentangan—di blok bangunan lama, api berwarna jingga kemerah-merahan kelihatan semakin merebak dan merajai tingkat dua. Bahang api yang tersebar melalui udara itu terasa membakar di permukaan kulit. Bukan buku teks, ataupun syarahan guru-guru yang menjadi tumpuan pada awal pagi tersebut tetapi adalah asap berkepul-kepul dari bilik air perempuan yang terletak di tingkat dua Blok A telah memancing perhatian penghuni-penghuni Sekolah Menengah Handa. Keadaan berubah di luar kawalan apabila terdapat pelajar menjerit memanggil rakan-rakan mereka dari dalam kelas. Dan sekalut keadaan macam mana sekalipun, tidak kurang juga yang sempat mengambil gambar serta merakam video menggunakan telefon bimbit masing-masing. Tidak lama, pengumuman melalui pembesar suara berkumandang, pada masa yang sama, laungan siren bomba turut kedengaran, bersilih-ganti dengan pengumuman umum tersebut. "Cikgu! Cikgu! Cikgu Sara!" Salah seorang pelajar perempuan memanggil penuh desak nama Cikgu Sora yang sedang membuat rondaan ke setiap kelas untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir. Menyedari namanya diseru, wanita berambut warna perang yang disanggul tinggi itu segera berpaling ke ara
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: Wahhh..... Baru jumpa balik ff ni XD
bestbest bestXDD
aquariusxpisces
#2
Chapter 1: waaaaaaa apa jadi pastu????? xD keep updating authornim!!