MWORAGO!

Study With Infinite

Appa memanggil you supaya duduk di sebelahnya. you akur akan appanya lalu berjalan menuju ke tempat duduk appanya. Dia melabuhkan punggung di kerusi sebelah appanya. Appa membelai rambut you dengan lembut dan perlahan.

"Appa nak bagi tahu sesuatu." ujarnya dengan perlahan. you mendengar dengan teliti. Daripada riak appanya dia sudah tahu sesuatu yang tidak kena atau buruk.

"Susahlah nak cakap." appanya mengeluh dan memegang tangan anaknya itu.

"Tak mengapa,appa. Beritahulah." appanya mengangguk lalu melepaskan keluhan berat.

"Tak lama lagi, kita akan berpindah." mata you terbeliak. Dia bangun dari tempat duduknya seperti tidak percaya apa yang dikatanya oleh appanya.

"Mworago? Appa,jangan main-main." you menelan air liurnya. Hatinya begitu gelisah dan peluh turun membasahi badannya.

"Appa tak main-main. you-ah, duduk dulu. Jangan risau." you akur lalu melabuhkan punggungnya di kerusi tersebut semula.

"Appa ada dapat kerja baru di suatu daerah ini. Jadi, kita terpaksa berpindah." you cuba menahan sebaknya.

*Woohyun oppa. I'm sorry.* bisik you di dalam hati kecilnya. Air matanya mula jatuh setitik demi setitik ke atas lantai. Appanya begitu sedih melihat keadaan you lalu dia memeluk anaknya itu.

"Appa tahu, awak tak nak tinggalkan rakan-rakan awak tu. Tetapi appa tiada pilihan lain." dia membelai rambut anaknya dengan perlahan dan lembut. Air mata you jatuh ke atas peha appanya.

"Saya...Tak...Nak...Pindah..." ujar you sambil menahan sebaknya.

"Eh, you-ah, kenapa menangis ni?" tanya ommanya sebaik sahaja dia keluar dari dapur sambil membawa semangkuk sup.

"Omma, saya tak nak pindah." ommanya meletakkan mangkuk tersebut di atas meja makan lalu bergegas ke anak manjanya itu.

"Apa boleh buat, you. Kita mesti ikut appa sebab dia ketua keluarga." you mengangkat mukanya dengan perlahan lalu mengangguk.

"I know but..." you menangis dengan lebih kuat seperti budak kecil yang kehilangan ibu bapanya. Ommanya cuba menenangkan you.

"Bila kita nak berpindah?" tanya omma you kepada appa. 

"2 minggu sebelum mula sekolah."

*Singing competition!* bisiknya.

"Omma, appa. Saya nak naik atas dulu. Nanti saya turun ke bawah lagi." you berjalan ke atas dengan lemah longlai. Badannya terasa berat sekali apatah lagi hatinya untuk meninggalkan Eunji dan yang lain.

you baring di atas katilnya lalu mencapai telefon bimbit di sebelahnya.

To: Bully Boy

Erm...Bila pertandingan tu?

Dia melemparkan telefonnya di atas bantal lalu memandang ke siling yang kosong itu. Telefonnya berbunyi lalu dia mencapai telefonnya dengan sepantas kilat.

From: Bully Boy

Minggu depan, hari Isnin. Waeyo?

you berasa bersalah.

To: Bully Boy

Ani...Just asking. ;') So, dah cari lagu tu?

From: Bully Boy

Aigoo...Baru jer tengah cari ni n secara kebetulan, lagu Jason Mraz rasanya sesuai ngan kite. ;) Eh, wae the sad emoticon? :'(

you terhenti seketika apabila ditanya sebegitu.

To: Bully Boy

Ani...I'm just happy about it. Nothing's happened. ^^

Dia menekan butang 'hantar' dan meletakkan telefonnya di sebelah kirinya. Telefonnya berdering lagi.

From: Bully Boy

Cakap jer. That's okay. ^^

To: Bully Boy

Aniya. ^^ I'm okay. >3<

you tersenyum sendirian. Ternyatalah bahawa Woohyun amat mengambil berat terhadapnya. Pelbagai jawapan bermain di fikirannya menyebabkan dia bersalah bersalah terhadap Woohyun kerana telah menipunya.

From: Bully Boy

Really? I'm glad to hear it. ^^ Well, got to go now. Ppyong! I love you! >3< <3 <3 

To: Bully Boy

I love you too! >3<

you mengeluh. Air matanya keluar membasahi pipi putihnya.

*Oppa, mianhae.*

"you-ah, mari turun makan." jerit ommanya dari bawah.

"Nae!" you bangun lalu menuju ke ruang makan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
houkigumo
OMG! This story will come to the end and it will be the saddest ending ever (I hope so)! XDD

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Chapter 79: Akhirnya bahagia~
Yana_xoxo
#2
Chapter 72: Kris cemburu T_T haha rindu Kris haha
Yana_xoxo
#3
Chapter 72: Kris cemburu T_T haha rindu Kris haha
Yana_xoxo
#4
Chapter 71: haha WOOHYUN omo kenapa sweet sangat ni haha...
Yana_xoxo
#5
Chapter 56: Yahh!! Apasal kau lari ke arah doktor tu? Sepatutnya larilah pegi arah lain. Saja nak jadikan cerita lagi panjang you ni. Tampo kang ? ???.
Yana_xoxo
#6
Chapter 24: Ala ala...
Yana_xoxo
#7
Chapter 18: haha part ni comel, woohyun wuuu...
Yana_xoxo
#8
Chapter 3: Teringat masa sekolah rendah dulu, cikgu panggil ke depan suruh selesaikan soalan math tapi saya tak dapat selesaikan hahahaha. Berjam-jam berdiri dekat depan dengan hanya garu kepala. Siapa terror math memang tabik gila haha.
hjkyung #9
Btw nice one
hjkyung #10
I saw my username