YES,I'M THE NEW STUDENT! SO SHUT UP!

Study With Infinite

-Bell rings-

Kelas sudah tamat tapi cikgu yang ditugas tak datang.Pelajar keluar dari kelas dan menuju ke kafeteria untuk membeli makanan. you menutup buku latihan Englishnya dan mengeluarkan sebuah lagi buku dari begnya yang berwarna merah jambu.Dia keluar dari kelas.Sementara itu,Sunggyu dan rakan-rakannya memerhatikannya dari belakang.

"Kamu rasa perempuan tu comel tak?"

"ert." Myungsoo menjeling Sunggyu dengan jelingannya yang menyeramkan.

"What? Betullah apa yang saya cakap.Dia memang comel dan saya sukakannya."

"Playboy." Myungsoo menyambung lagi.

"YAH!KIM MYUNGSOO! Kamu dah melebih-lebih." Sunggyu mengejar Myungsoo sementara ahli yang lain hanya tersengih melihat gelagat mereka berdua.

you berjalan-jalan di sekeliling sekolah barunya.

*Besar juga sekolah ni.* Setelah penat berjalan,dia duduk di bangku berdekatan dengan taman bunga dan membaca buku yang dibawanya. 

 

Kedengaran suara beberapa orang lelaki sedang berborak. you tidak mengendahkannya.

"Minsoo,kamu tahu tak ada pelajar perempuan yang baru dalam kelas 2-1?"

"Tak kenapa?" Lelaki bernama Minsoo itu tertarik dengan cerita rakannya.

"Menurut Seyong dan gengnya,perempuan tu cantik,comel dan innocent."

"Kau biar betul ni,Byunghun."

"Betul lah.Seyong dan geng dia bagitahu." Lelaki yang bernama Byunghun itu menceritakan lagi tentang you di depan rakannya itu.

you yang pada ketika itu berdekatan dengan mereka terdengar perbualan mereka lalu menggigit bibirnya.Dia terus bangun betul-betul depan Minsoo dan Byunghun menyebabkan mereka terkejut. you memandang dua orang lelaki itu dengan bengis dan berlalu dari situ.

"Perempuan itulah yang dimaksudkan Seyong,Minsoo."

"Lebih comel yang saya sangkakan." Byunghun memandang you lalu tersenyum.

you berjalan menuju ke kelasnya.Tetapi malangnya dia tidak ingat di mana kelasnya.Dia memerhatikan di sekelilingnya.Perempuan-perempuan berbisik sambil melihatnya. you menjadi gelisah.Tiba-tiba,bahunya dipegang.

"Sesat,erk?" Seorang perempuan yang lebih tinggi dari you tersenyum kepadanya. you cuma mengangguk malu.

*Siapa perempuan ni?Dia kenal saya.Kenapa saya tak kenal dia?* Perempuan itu menarik tangannya dan menuju ke kelas.

"Ini kelas kamu.Kamu pergi kelas 2-6 tadi." you mengangguk lalu memandang ke lantai.

*Tingginya dia.I'm so envy of her.*

"Oh,saya lupa nak memperkenalkan diri.Nama saya Jung Eunji.Saya sama kelas dengan kamu." Ujar perempuan bernama Eunji lalu menghulurkan tangannya. you menyambut salamannya lalu tersenyum.

"Kalau kamu nak kenal pasti kelas kamu,kamu tengok jer kat depan kelas kita." you melihat ke arah yang dimaksudkan oleh Eunji.Terdapat sebuah vending machine yang besar di depan kelasnya.

"Oh,I see! Terima kasih."

"Sama-sama.Satu lagi.Saya nak warning kepada kamu.Jangan layan sangat lelaki-lelaki yang kacau kamu pagi tadi."

"Siapa? Sunggyu,Dongwoo,Woohyun,Hoya,Sungyeol,Myungsoo,Sungjong dan Seyong?"

"Wah,kamu menghafal nama mereka!Kecuali Seyong.Dia baik dan peramah."

"Oh."

"Kalau saya nak tanya sesuatu boleh?"

"Boleh."

"Kenapa kamu tidak suka bergaul dengan orang.Kasihan saya tengok kamu dibuli saja.Maaf.Soalan saya biadap sangat."

"Oh,tak mengapa! Saya memang dari kecil tak suka bergaul dengan orang yang saya tak kenal sangat terutama sekali lelaki."

"I understand.Still,we can be friend right?"

"Sure.Why not." you tersenyum begitu juga dengan Eunji.Akhirnya you berkenalan dengan rakan baru di sekolahnya.

-Bell rings-

Semua pelajar masuk ke kelas masing-masing. you duduk di kerusinya iaitu bersebelahan dengan Da Rae.Da Rae muncul dan duduk di sebelahnya.

"Kau tahu tak.Habis satu sekolah ni kecoh pasal kau."

"Apa salah saya?"

"Kau memang bersalah dari mula kau masuk sekolah ni.Semua lelaki di sekolah ni asyik memuji-muji kecantikkan engkau.Sakit telinga dengar." you tidak memberi tindak balas.

"Tapi malangnya,ada sesetengah orang kata kau tu sombong." you masih lagi tidak memberi tindak balas. Seorang cikgu lelaki muncul dan seperti biasa pelajar akan berdiri dan tunduk hormat kepadanya. Suasana menjadi sunyi.Tiada satu bunyi pun kedengaran.Cikgu lelaki tersebut memandang di sekelilingnya.

Dengan secara tidak sengaja, you terbatuk.Semua pelajar memandang ke arahnya.Da Rae pula tersenyum. you berasa hairan. Cikgu lelaki tersebut memandang ke arah you

"Jadi,kamulah budak baru tu.Tolong memperkenalkan diri." Cikgu tersebut berjalan ke arah you . you bangun dari kerusi dan memperkenalkan diri.

"Kamu boleh duduk.Nama saya Mr. Moon Eric dan kamu boleh panggil saya Mr. Eric dan saya akan mengajar subjek Science." Mr. Eric berjalan ke depan semula dan mula mengajar kelas 2-1.

Secara mengejut,Mr. Eric membuat satu ujian bertulis.Pelajar kelak  2-1 menjadi gementara.Biasanya, Mr. Eric akan memberi soalan yang sukar dan akan mendenda sesiapa sahaja yang tidak melepasi gred yang dia targetkan.

you juga gelisah pada waktu itu.Seorang demi seorang pelajar menerima kertas yang diedarkan oleh Mr. Eric.

"Kalau dah siap.Sila hantar dan cikgu akan menyemak secepat mungkin.Sesiapa yang kurang daripada 20 akan didenda."

Ujian bermula selama 45 minit.Kertas tersebut mengandungi 30 soalan bertulis.Pada minit yang ke 35, you dengan gagahnya berdiri dan menghantar kertas soalan tersebut kepada Mr. Eric.

"Dah siap? Cepat jugak.Harap-harap kamu tak main tembak. Kamu boleh duduk." you duduk semula di tempatnya. Mr. Eric memandang kertas yang diberikan oleh you . Dia terkejut memandang ke semua jawapannya .Mr. Eric memandang ke arah you yang ketika itu sedang menundukkan kepalanya.

*Wah,semua betul.Budak ini genius.Jadi, memang betullah apa yang dikatakan oleh Mr.Kyung.Dia memang pelajar yang genius.Memang jarang pelajar di sekolah ini mendapat semua betul.Soalan saya sepatutnya susah.*

-Kring! Kring!-

Jam loceng yang disetkan oleh Mr. Eric berbunyi.Semua pelajar meletakkan pen dan pensel mereka di atas meja dan berhenti menulis.Mr. Eric berjalan ke setiap meja dan mengutip kertas soalan tersebut.Ada pelajar yang mengeluh kerana soalan yang dibuat oleh Mr. Eric sangat susah. Sunggyu dan Woohyun pula tersenyum kerana bagi mereka soalan yang dibuat oleh Mr. Eric sangat senang.

"Mesti saya dapat markah paling tinggi." Kata Sunggyu dengan bangga.

"Sayalah.Kamu tak akan dapat menandingi kepintaran saya." Woohyun pula tidak mahu kalah. Sementara itu,Mr. Eric menyemak kertas-kertas pelajarnya.

15 minit kemudian,Mr. Eric berdiri dan mengedar kertas soalan.

"Yes! Saya dapat 28 soalan yang betul.Kamu Woohyun?"

"Saya dapat 24 soalan yang betul.4 soalan lagi untuk saya mengejar kamu."

"Haha.Nampaknya sayalah yang akan dapat markah paling tinggi.Dongwoo kamu dapat berapa?"

"Saya?Saya dapat 22 soalan yang betul."

"Sungyeol,kamu dapat berapa?"

"Saya dapat 23 yang betul."

"Myungsoo?"

"24 soalan yang betul."

"Sungjong?"

"22 soalan yang betul."

"Hoya?"

"Saya dapat 24."

"Haha.Nampaknya saya menang lagi." Sunggyu menjadi bangga dan menyangka dia mendapat markah yang paling tinggi.Mr. Eric menuju ke depan setelah kertas diedarkan.

"Hari ini saya berbangga dengan kamu sebab tiada sesiapa pun yang rendah dari 20.Tahniah saya ucapkan." Kelas 2-1 bersorak dan menepuk tangan masing-masing.

"Dan saya juga bangga sebab ada seorang yang mendapat markah yang paling tinggi di dalam kelas ini." Sunggyu tersenyum dan menunjukkan isyarat 'itu aku' kepada Woohyun.

"Berikan tepukkan kepada Miss you kerana mendapat markah penuh iaitu 30/30." Semua orang terkejut lalu memandang ke arah you . you juga terkejut.Semua orang memberikan tepukkan kepada you terutama sekali rakan barunya,Eunji .Sunggyu tidak bergerak langsung selepas mengetahui you mendapat markah yang tertinggi.Mulutnya ternganga.

-------------------- -------------------- -------------------- -------------------- ------------------

Akhirnya siap juga C4.Huhuhu.Syukur Alhamdulillah demam pengarang semakin pulih.Terima

kasih kerana mendoakan pengarang. ^^

Gifs/images:

[Teen Top] L.Joe for you guys today. ^^

 

© fyteentop@tumblr

X-Tra!~ 

[B1A4] CNU's new look~ ^^

 

© myvillageidiots@tumblr

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
houkigumo
OMG! This story will come to the end and it will be the saddest ending ever (I hope so)! XDD

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Chapter 79: Akhirnya bahagia~
Yana_xoxo
#2
Chapter 72: Kris cemburu T_T haha rindu Kris haha
Yana_xoxo
#3
Chapter 72: Kris cemburu T_T haha rindu Kris haha
Yana_xoxo
#4
Chapter 71: haha WOOHYUN omo kenapa sweet sangat ni haha...
Yana_xoxo
#5
Chapter 56: Yahh!! Apasal kau lari ke arah doktor tu? Sepatutnya larilah pegi arah lain. Saja nak jadikan cerita lagi panjang you ni. Tampo kang ? ???.
Yana_xoxo
#6
Chapter 24: Ala ala...
Yana_xoxo
#7
Chapter 18: haha part ni comel, woohyun wuuu...
Yana_xoxo
#8
Chapter 3: Teringat masa sekolah rendah dulu, cikgu panggil ke depan suruh selesaikan soalan math tapi saya tak dapat selesaikan hahahaha. Berjam-jam berdiri dekat depan dengan hanya garu kepala. Siapa terror math memang tabik gila haha.
hjkyung #9
Btw nice one
hjkyung #10
I saw my username