Epilogue
My Heart is YoursA/N : Final chapter a. k. a. Epilogue! ^^
Daniel tersenyum memerhatikan beberapa kanak-kanak saling mengejar antara satu sama lain di majlis resepsi Jonghyun dan Changhyun. Kini sudah hampir setahun berlalu peristiwa di mana Daniel tidak ingin mengingatinya kembali. Peristiwa dia hampir bercerai dengan Minsoo, suami yang dicintai. Mujur ikatan antara mereka sangat kuat. Walaupun mereka diuji dengan pelbagai dugaan, namun mereka tetap bersama akhirnya. Dia juga kini tidak lagi tinggal bersama dengan Byunghyun dan Chanhee malah telah kembali mendiami rumah dua tingkat pemberian keluarga mertuanya bersama suami dan anak mereka, Damin.
Daniel telah mengundurkan diri sebagai artis dari syarikat Top Media. Keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Byunghyun dan Chanhee dan juga suaminya. Walaupun terasa berat untuk melepaskan karier itu, namun setelah menimbang baik buruknya, Daniel menguatkan hatinya. Antara sebab dia membuat keputusan itu adalah dia tidak ingin anaknya kekurangan kasih sayang apabila dia terlalu sibuk dengan jadual persembahan. Walau bagaimanapun, dia tidak menolak sekiranya dia diberi peluang untuk membuat persembahan sekali-sekala. Daniel larut dalam pemikirannya membuatnya dirinya tidak menyedari sosok tubuh yang berdiri di belakangnya. Lengan kekar memeluk dari belakang.
“Hi, Niellie. Miss me?”bisiknya. Daniel terkedu. Dia berpaling sedikit kepalanya.
“Yeobo…when you’re arrived?”tanya Daniel tidak percaya apabila melihat suaminya berada di depan mata. Minsoo pergi ke Jepun sejak seminggu lalu untuk memantau pergerakan anak syarikat yang diuruskan Eunhyuk.
“Just now. Surprise!”balas Minsoo tersenyum. Daniel memeluk suaminya. Erat.
“Of course, I’m surprised. But, I also missed you.”ujar Daniel sambil menyembamkan mukanya ke dada Minsoo.
“How’s our Sooniel?”tanya Minsoo kemudiannya sambil mengusap lembut kandungan Daniel yang telah sarat.
Dua bulan yang lalu, mereka berdua telah berkunjung ke hospital untuk sesi pemeriksaan kandungan Daniel. Doktor telah mengesahkan bayi dikandung oleh Daniel adalah bayi perempuan. Berita itu disambut dengan rasa gembira oleh semua orang. Mr Bang dan Mrs Bang telah mengadakan majlis ‘baby shower’ untuk anak dan menantu mereka. Malah, anak mereka, Minsoo juga telah membuat kejutan istimewa untuk manantu mereka dengan menjemput sahabat baik Daniel, Jongsuk dan Woo Bin yang sudah lama terputus hubungan untuk menghadiri majlis tersebut.
“She’s alright. She’s also missed her father.”balas Daniel sambil
Comments