Chapter 54
My Heart is YoursA/N : Chapter 54. I chose Ha Hyun Woo because I still can't move on from all his best performances in King of Masked Singer as Music Commander. :-)
Daniel berjalan perlahan-lahan menuju ke kawasan pantai. Dia membuka kasut yang dipakai sebelum berjalan berkaki ayam di kawasan persisiran pantai.
Kawasan pantai itu sedikit sunyi. Hanya terdengar deruan ombak menemani Daniel. Dia kemudiannya berhenti di satu tunggul kayu. Daniel mendudukkan dirinya di tunggul kayu tersebut. Dia melemparkan pandangannya ke arah laut yang terbentang luas di hadapannya. Daniel termenung jauh memikirkan segala yang berlaku padanya baru-baru ini. Dia mengeluh berat.
‘Why I still can’t move on from this?’Daniel mempersoalkan dirinya kerana dirinya masih lagi bersedih dengan keputusan yang dibuatnya.
Sejak Daniel meninggalkan anaknya Damin kepada Minsoo, dia menghilangkan dirinya daripada semua orang. Daniel menutup telefon agar dirinya tidak dapat dihubungi oleh sesiapa pun termasuklah Byunghyun dan Chanhee. Di sudut hati kecil Daniel sebenarnya merindui anaknya (dan Minsoo). Tetapi dia ego untuk mengakuinya.
Daniel bangun dari tunggul kayu yang didudukinya sambil membersihkan pasir yang melekatkan pada seluarnya. Dia ingin melangkah lebih jauh tetapi tidak kesampaian apabila tiba-tiba kakinya dipeluk oleh seseorang. Daniel memandang ke arahnya. Dia melihat seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan 4 tahun sedang memeluk erat kakinya.
“Hey, what’s your n
Comments