Chapter 52
My Heart is YoursA/N : Chapter 52
Daniel menangis teresak-esak setelah beredar dari situ. Isu perceraian adalah satu-satunya perkara yang dia ingin elakkan daripada berlaku. Dia bertahan dalam tempoh lima tahun untuk tidak menuntut cerai dari si suami, tetapi kini dia melanggar janji pada dirinya sendiri. Dia tidak tahu bagaimana nantinya untuk menerangkan situasi terkini kepada anak lelakinya. Dia berasa sangat bersalah kepada Damin kerana tidak mampu memberi kebahagiaan yang selayaknya kepada anaknya itu.
Daniel tiba di hotel penginapan. Dia segera berlari memintasi kaunter lobi tanpa menyedari Byunghyun sedang menunggu dirinya di sofa. Byunghyun yang ketika itu sedang duduk di sofa sambil membaca majalah terdiam apabila dia melihat keadaan Daniel yang tidak biasa itu. Hatinya terdetik sesuatu.
‘It’s something wrong happened between Daniel and his husband?’
Byunghyun sebenarnya sengaja memeluk lama Daniel di majlis tadi kerana dia ingin melihat reaksi Minsoo sama ada dia berasa cemburu sekiranya isterinya itu dipeluk oleh orang lain. Ternyata rasa cemburu itu terpamer di wajah Minsoo tanpa empunya diri menyedari. Byunghyun sengaja buat tidak menyedari renungan tajam Minsoo melihat keintiman mereka berdua. Di hatinya bersorak riang kerana dapat membuktikan Minsoo sebenarnya cintakan Daniel. Ya lah, bukankah cemburu itu tanda cintakan seseorang.
Dan apabila Minsoo meminta untuk berbicara dengan Daniel semasa perjalanan pulang tadi, Byunghyun dengan senang hati melepaskan kerana dia menyangka Minsoo ingin memperbetulkan keadaan. Tetapi, setelah melihat keadaan Daniel baru sebentar tadi membuatkan Byunghyun berasa tidak sedap hati.
‘I think for now I just let him be.Tomorrow I faced him to know the situation.’
Daniel terjaga dari tidurnya. Dia tertidur lama selepas dia pulang dalam keadaan menangis teresak-esak tadi. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu melihat jam di telefon bimbitnya.
’11.00 pm. It’s already ten hours I slept.’
Daniel menghela nafasnya. Terasa berat.
“It’s been messed up.”u
Comments