Chapter 38

My Heart is Yours
Please Subscribe to read the full chapter

A/N : Chapter 38. Wait! Sixth update? XD

Selepas Minsoo meninggalkan isterinya terpinga-pinga di meja makan, dia berjalan memasuki bilik tidurnya dengan pantas. Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil. Tiba-tiba, dia mengaduh kesakitan apabila dia menyedari pinggangnya yang terkena kerusi tadi masih terasa sakit. Minsoo mendudukkan dirinya sambil mengusap perlahan pinggangnya. Kemudian, dia termenung seketika.

“Why she insisted to meet me?”tanya Minsoo, terdiam memikirkan perkara itu. Minsoo menarik nafas.

“Just let her. I didn’t think it’s important to meet her. Although, we had nothing anymore.”balas Minsoo kemudiannya. Dia mencapai telefon untuk memaklumkan pada Eunhyuk, dia tidak masuk ke pejabat pada hari itu. Eunhyuk mengiakan kerana dia beranggapan Minsoo perlukan rehat, sedangkan hakikatnya Minsoo tidak mahu para pekerjanya mengusiknya setelah mereka tahu kebenarannya apabila dia asyik memegang pinggangnya yang terasa sakit. Dia lebih rela mendiamkan dirinya di rumahnya berbanding diusik oleh para pekerjanya, terutamanya Eunhyuk hyung.

‘Oh, please…’Minsoo menggeleng kepalanya apabila memikirkan perkara itu benar-benar terjadi. Dia kemudiannya merebahkan badannya lalu melelapkan matanya, bagi merehatkan dirinya.

 

 

 

 

Hari ini, Syarikat Bang mengadakan satu sambutan sempena ulang tahun penubuhan syarikat itu kali ke-25 tahun. Surat jemputan telah diedarkan kepada tetamu-tetamu khas berdasarkan senarai undangan yang dikeluarkan. Jemputan juga ditujukan kepada keluarga ahli syarikat, dan ini termasuklah Daniel, sebagai isteri CEO. Pada mulanya, Daniel tidak mahu pergi kerana dia tidak biasa dengan majlis sebegini. Dia juga beralasan dia tidak memiliki baju yang sesuai dengan majlis tersebut. Namun, Mrs Bang memujuk menantunya itu menyertai majlis itu, malah dia juga meminta (baca: memaksa) anaknya, Minsoo untuk membelikan satu pasang suit yang sesuai untuk menantunya itu.

Dan kini, Daniel berada di majlis tersebut yang diadakan di dewan besar syarikat Bang. Dia berasa kekok dalam majlis tersebut kerana dia berasa terasing di situ. Ibu dan ayah mertuanya saling berbual mengenai soal perniagaannya dengan para kenalannya. Bukannya, Daniel tidak diperkenalkan dengan para tetamu. Sudah, hanya Daniel tidak tahu bagaimana untuk bergaul dengan kelas atasan. Adik iparnya pula tidak menyertai majlis tersebut kerana dia sudah menyatakan dia mempunyai ‘date’ dengan Changhyun. Suami? Awal-lagi meninggalkan dirinya apabila dia bertemu dengan rakan perniagaannya. Jadi, Daniel membuat keputusan untuk menghiburkan dirinya yang keseorangan dengan menyibukkan dirinya memilih pelbagai jenis makanan yang dihidangkan secara buffet.

Semasa dia sedang menyibukkan dirinya memilih makanan, Daniel disapa oleh seseorang yang tidak dikenali. Dia mengerutkan wajahnya. Dia mengunjukkan dirinya. Orang itu menganggukkan kepalanya.

“Who are you? Did I know you?”tanya Daniel. Orang itu ketawa kecil.

“You’re cute.”Daniel yang tidak biasa dipuji, memerah.

“I’m not cute.”ujar Daniel sambil mengawal reaksi wajahnya daripada bertambah merah.

“I’m Lee Eunhyuk. A worker and a close friend with your husband.”ujar Eunhyuk memperkenalkan diri.

“Eunhyuk-ssi. Nice to meet you.”ujar Daniel.

“Nah, you call me Eunhyuk hyung, Niel-ah. Can I call you, that?”tanya Eunhyuk mes

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aisysam94
"My Heart is Yours (main!NAP)". Special Chapter are up.

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 64: thanks for mentioning my name hehe
i'm glad ending diorg semua happy..i love happy ending ^^
mpreggoland
#2
Chapter 63: Tamat dah? Mcm mn ngan Niel ngan baby girl diorg? Huhu...
Chanhee xleh pregnant ke? Cian..hope diorg happy ngan ank angkat tu ^^
twice10tion #3
Chapter 35: 'dia bakal menerima sesuatu berita yang tidak terduga'

Nak tau apa yang akan berlaku!!! ^^
mpreggoland
#4
Chapter 35: so, Changjo ank angkat? and what happen with Minsoo?
oh, update soon nae~
mpreggoland
#5
Chapter 31: oh my...Minsoo dah sedar ke? hahaha finally diorg akan date yippie!
mpreggoland
#6
Chapter 27: minsoo ni la, p mana la...kot la nk support bini dia hmm
I hope so, Niel...I hope so
mpreggoland
#7
Chapter 26: okay, sy bleh rasa drama akn bermula hahaha
Hyolyn, minsoo's ex? apa la nk jd nnt...
mpreggoland
#8
Chapter 21: haha nasib woobin dpt trima hakikat yg Niel bkn utk dia
mpreggoland
#9
Chapter 15: woosuk! I love them! hehe
harap woobin dpt lupakan Niel
mpreggoland
#10
Chapter 12: apa la woobin nk buat kat Niel? ish, nasib Jongsuk teman...
haha secret wedding dh terbongkar, cian minsoo