Chapter 21
My Heart is YoursA/N : Chapter 21
Sejak petengkaran mereka tempoh hari, Daniel berlagak seperti tidak pernah berlaku apa-apa. Dia berusaha menyembunyikan rasa kecewanya di lubuk hatinya yang paling dalam. Dia tidak mahu keluarga mertuanya dan ibunya menyedari hubungan dingin antara mereka berdua. Dia berpura-pura berlakon di hadapan mereka bahawa semuanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Hari ini, seperti biasa, dia bangun dari tidurnya untuk menyiapkan sarapan untuk suaminya. Sarapan yang disediakan olehnya selalu tidak terusik oleh si suami, namun, Daniel tidak jemu untuk menjalankan kewajipannya sebagai seorang isteri.
“Yeobo, let’s breakfast.”panggil Daniel tidak jemu sambil menata pinggan di atas meja. Dia kemudiannya memandang ke arah tangga yang selalu dituruni suaminya apabila tidak terdengar sebarang derapan langkah. Hening. Daniel berasa pelik. Dia memandang jam dinding.
“He’s never late. Maybe he overslept. I should woke him up.”ujar Daniel mengambil keputusan untuk menjenguk si suami. Dia menaiki tangga dan memberanikan diri masuk ke bilik suaminya. Mereka tidak tidur sebilik kerana Minsoo, suaminya telah memberi amaran kepadanya untuk tidak mengganggu privasi hidupnya. Dia melihat suaminya masih membungkuskan dirinya dengan selimut yang tebal.
“Yeobo…”Daniel cuba mengerakkan tubuh suaminya. Dia mendengar erangan suaminya. Dia duduk di sisi katil dan merasai dahi suaminya.
“Omo…you are having a fever. W
Comments