Pertaruhan

Wonderland

Pasangan yang berada didalam lif memandang mereka berempat dengan senyuman yang menyeramkan. Tak sangka pasangan ini menjumpai 2 patung arnab dalam satu masa. Mereka dipanggil Choi Kim dan Choi Min. Merupakan pasangan yang paling ganas dan bertahan lama di Wonderland.

 

“kita beruntung betul lah hari ni...,”suara garau Choi Kim kedengaran sambil memandang adik perempuannya, Choi Min.

 

“oppa, jangan takut kan diorang...,”Choi Min tersenyum keji memandang Mingyu, Chen, Choa dan Jonghyun. “kita tak boleh lepaskan mereka semua kali ni..,”

 

Langkah Jonghyun dan Choa semakin kebelakang. Mingyu dan Chen masih tidak bergerak dari tempat mereka berdiri. Tiada langsung perasaan gentar dalam hati mereka. Lebih baik berhadapan musuh daripada lari.

 

“kalau berani cuba ambil patung ni,”cabar Mingyu, Chen pula mula menunggu saat pasangan ganas ini menyerang mereka.

 

“kau tak takut mati ya?”tanya Choi Kim sehingga menimbulkan senyuman lebarnya.

 

“semua orang akan mati juga,”balas Mingyu, dia memang tak takut mati tapi dia takut kehilangan kawan-kawannya.

 

Choi Kim segera mengeluarkan pisau begitu juga Choi Min. Choi Kim berhadapan dengan Mingyu dan Chen manakala Choi Min akan menghadap Jonghyun dan Choa. Keadaan sekeliling seperti berhenti berdetik. Begitu lama juga perasaan mereka yang ingin melawan untuk menyelamatkan diri masing-masing.

 

“kalau kau nak sangat mampus, boleh juga!”Choi Kim segera melangkah kehadapan dan mengejar mereka berdua.

 

“Chen!! Jauhkan diri kau dari dia!! aku cuba tangani dia!”arahnya dan Chen memeluk patung arnab menuju ke pintu lif.

 

Chen menekan-nekan suis lif. Berharap lif buka dengan segera. Mingyu pula masih berlawan dengan Choi Kim. Dia memegang kedua tangan lelaki ganas itu sambil melihat Chen menunggu cemas dihadapan pintu lif. Dia berharap dapat menahan Choi Kim buat sementara waktu.

 

“bukak lah!!”teriak Chen cemas. Pabila bunyi tin kedengaran, pintu lif terbuka luas.

 

Chen berlari masuk dan cuba menekan suis menutup pinti lif.

 

“lepas!!”kedua-dua tangan Choi masih dipegang kuat oleh Mingyu. “kau memang nak cari mati hah?!”

 

Selama 3 minit mereka cuba melawan sesama mereka. Keletihan Mingyu semakin bertambah, jari-jemarinya tidak kuat untuk menahan pergelangan tangan Choi Kim. Kekuatan Choi Kim dapat mengalahkan Mingyu, dia menolak Mingyu dan segera mengejar Chen. Dia segera naik lif.

 

“Chen!”Mingyu pula terus menelfon Chen menggunakan telefon pintar Weather. “hello?! Chen!”

 

Chen menjawab panggilan dari Mingyu. “[Mingyu! Dia terlepas ke?!]”

 

“Ya!! kau dekat tingkat mana?!”soalnya dengan cemas.

 

“[tingkat 3! Dia turun naik lif ke?]”tanya Chen yang sedang menyorok bawah meja pejabat.

 

“ya! Kau tunggu je dekat situ! Nanti aku pergi sana!! Jangan pergi mana-mana tau!”arah Mingyu lalu menutup telefonnya. Dia berlari menuju ke pintu tangga. Dia rasa lebih baik guna tangga daripada lif.

 

Satu tingkat demi satu tingkat Choi Kim periksa. Dia tidak menjumpai apa-apa langsung. Kini dia sedang memeriksa tingkat 4. Matanya yang tajam melihat sekeliling dengan teliti. Dia langsung periksa sesuatu kalau ada yang tidak kena. Tangan kanannya memegang erat pisau tajam yang selalu berada disisinya. Kalau dia jumpa Chen nanti, semestinya dia ingin bunuhnya sebelum merampas patung arnab tersebut.

 

Di tingkat 3 yang sunyi dan berselerak ini, membuatkan hati Chen berdegup kencang. Setiap masa dia berharap Mingyu cepat sampai sebelum lelaki ganas itu sampai. Kalau dia ada senjata, dia boleh sahaja melawan Choi Kim yang kuat itu. Dia memang pandai menggunakan senjata daripada melawan tanpa senjata. Kalau dia tiada senjata, ini menyukarkan dia untuk menumpaskan musuh yang berada dihadapan matanya.

 

Tin!

 

Bunyi lif kedengaran. Chen meneguk air liurnya. Pasti Choi Kim yang sampai di tingkat itu. Semakin erat Chen memeluk patung arnab tersebut. Badannya bermandikan peluh. Matanya dipejam erat. Harap Mingyu sampai cepat sebelum Choi Kim menemuinya. Bernasib baik, tingkat 3 ini mempunyai 6 bilik dan ia sangat besar, dipenuhi meja-meja pejabat serta kerusi dan almari.

 

“Mingyu!! Kau dekat mana?!!”desis hati Chen.

 

Bunyi setapak demi setapak mula kedengaran. Choi Kim mula berada di hadapan bilik Chen sedang menyorok.

 

“mana kau...,”Choi Kim mula masuk ke bilik tersebut. Dia memeriksa satu demi satu meja. “kau tak boleh lari...,”

 

Chen rasa dia perlu keluar dari bilik ni. Duduk dan menyorok disini tidak membantunya. Dia kena pertahankan patung arnab walau apa pun terjadi. Kalau dia mati, Mingyu pun akan mati. Nasib dia dan Mingyu terletak dalam patung arnab ni.

 

Chen mula bergerak keluar dari meja tapi dia dengar ketukan atas meja dia menyorok. Rupanya Choi Kim mengetuknya. Dia tahu Chen menyorok bawah meja tersebut. Chen bagaikan tikus ditangkap pemangsa. Choi Kim mula tersenyum ngeri. Mangsanya dihadapannya.

 

“tsk!!”Chen keluar dari meja dan menolak meja kehadapan. Membuatkan Choi Kim terjatuh ke lantai.

 

“kau!!”dia kelihatan marah dan terus baling pisau ke arah Chen.

 

Chen mengelak pantas, pisau itu terus melayang dan menusuk dinding dibelakangnya. Punya kuat Choi Kim ni sehingga pisau tajam itu tertusuk ke ‘dalam’ dinding. Tanpa berlengah lagi, Chen mengambil pisau lalu menghadap Choi Kim. Tangannya masih memegang erat patung arnab tersebut.

 

“kau nak lawan kan? nak patung ni kan? cuba kalahkan aku dulu!”Chen menaikkan kemarahan Choi Kim.

 

“kalau itu yang kau nak..,”dia terus melompat ke atas meja. “lawan kalau berani,”

 

Pertaruhan mereka ialah patung arnab. Chen meletakkan patung arnab di atas kerusi di tepinya. Lalu melompat meja disebelah Choi Kim. Tangan Chen bermain-main pisau Choi Kim tadi. Kini senjata berada ditangannya. Choi Kim mengeluarkan sebilah pisau lagi yang sama bentuk dengan pisau Chen pegang. Mereka bersedia menghadap antara satu sama lain. Siapa menang? Siapa kalah? Dan siapa yang dapat patung arnab tu?


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
JEON_JI #1
Chapter 7: omg lama x bca ff ni XD keep update pls ~ *puppy eyes*
Elrina #2
Chapter 7: nk jgk dduk dkt Wonderland sbb boleh shopping!! xD
Tpi rse tkut pulak sbb ade game seram tu!!
BTW, update soon!
aquariusxpisces
#3
Chapter 7: Waahhhh bestnya ganjaran dia xD
Tapi tak sanggup nak berlawan dngan orang gila huhuhu serammm!!!!
aquariusxpisces
#4
Chapter 5: Cuba ff ni jadi novel!!!! XD
Macam tengah tengok movie haaajahhaajah
aquariusxpisces
#5
Chapter 4: wahhhhh apaa niiiiiii pasangan menyebookkkkkkkkk
aquariusxpisces
#6
Chapter 3: wuuuuu......apa kaitan mingyu????
JEON_JI #7
Chapter 3: Wuish O_O Tak sabar nak tahu apa yang terjadi lepasni. Apa kaitan Mingyu dengan Wonderland dan si misteri tu?? Woaah~ Menarik ni. Cepat update lagi tau!! ^-^
Ifahzira
#8
Chapter 1: Update soon! ><
Seul-ssi #9
Chapter 1: best lah!!! cepat update tau!!! ^^