Ganjaran

Wonderland

 

Mereka berempat berjalan masuk ke pintu utama stadium tadi. Ramai juga pasangan yang dapat patung arnab tu. Ada yang tercedera dan ada yang dalam ketakutan. Boleh dikatakan tak ramai pasangan terselamat sebelum pertandingan dimulakan. Buat masa ni Mingyu, Chen, Choa dan Jonghyun masih terselamat. Permainan Patung Arnab memang hampir meragut nyawa mereka iaitu berjumpa pasangan Choi Kim dan Choi Min. Pasangan paling taksub untuk membunuh dan mencapai kemenangan.

 

Bagi Mingyu, kemungkinan ada orang yang lebih hebat dari Pasangan Choi dan berharap tidak ‘bertembung’ disaat permainan dimulakan lagi. Kelelahan dan kerisauan mereka terhenti apabila diberitahu mendapat ‘ganjaran’ setelah berjaya mendapatkan patung arnab. Ganjaran apa yang akan mereka dapat nanti?

 

Bunyi speaker kedengaran dan orang yang tengah bercakap sudah pasti Mr. Rabbit. “[Hoi! Hoi! Tahniah kerana berjaya dalam permainan ini. Sebagai balasan, Kami warga Wonderland memberikan ganjaran istimewa kali ini. Nak tahu? Dalam patung arnab tu ada ganjaran. Silakan ambil dan selamat berjumpa ke permainan seterusnya! Stay Tune!!]”

 

“ganjaran apa dalam patung ni?”tertanya Mingyu sambil mengoyakkan isi perut arnab dan mendapati 2 keping kad emas dan sekeping kertas. “2 kad dengan kertas je?!”

 

Jonghyun yang membuka patung arnab itu pun turut menggeleng kepala. Dia dapat sama macam Mingyu dapat. 2 kad emas berserta sekeping kertas dilipat. “dapat ni je?”

 

Punya susah permainan ni tapi hanya dapat kad emas dan sekeping kertas?! Memang naik marah mereka berempat. Mereka yang cuba sedaya upaya mempertahankan nyawa demi benda ni? Biar betul!

 

Mereka pun buka kertas dan membacanya. Dan bunyi ‘oooh’ keluar dari mulut mereka. Rupanya kad emas itu seperti debit kad. Boleh beli apa-apa menggunakan kad tersebut. Nilai yang ada dalam kad emas itu sebanyak 3 juta WD. Terlopong dan punya gembira mereka semua mendapat kad tersebut. Chen yang sakit kerana cedera segera melompat bersama dengan yang lain.

 

“kita kaya!”teriak Chen kegembiraan.

 

Choa menghempuk Chen menggunakan tangannya. “kaya apa benda?! Kaya dalam Wonderland adalah! Kau tak fikir kita ni dalam situasi yang macam mana?”

 

Kata-kata Choa benar. Mingyu, Jonghyun dan Chen mengangguk benar. Kaya disini bukan kaya ‘betul-betul’. Tanpa berlengah Jonghyun mengeluarkan telefon Weather lalu membuka peta Wonderland.

 

“jadi nak pergi mana?”tanya Jonghyun yang bersedia dengan telefonnya.

 

“mesti tempat tinggal,”kata Mingyu sambil memapah Chen.

 

Jonghyun pun cari kawasan tempat tinggal di peta Wonderland dan dia mendapati tempat yang sesuai untuk didiami oleh mereka berempat, iaitu Apple Residence.

 

“kita akan pergi ke Apple Residence,”kata Jonghyun yang akan menjadi penunjuk arah.

 

“ok,”jawab mereka bertiga.

 

Sambil berjalan di bandar Wonderland, kelihatannya, kesemua mayat yang mati dalam permainan tadi telah tiada. Mungkin ‘orang’ Wonderland yang ambil saat mereka semua di stadium tadi. Kalau tengok betul-betul, mereka seperti berjalan di bandar Seoul padahal mereka di bandar Wonderland yang menyediakan banyak kemudahan. Ada kedai baju, restoran, kedai barang terpakai, pasaraya, kedai senjata pun ada dan sebagainya.

 

Tiada bandingan diantara Wonderland dengan Seoul. Cuma satu sahaja yang menyatakan kedua tempat ini berbeza. ‘kematian’. Perkataan ini lebih sesuai untuk Wonderland.

 

Sesampai dihadapan sebuah pagar yang tinggi dan berwarna putih, mereka segera ke pondok pengawal keselamatan yang bersebelahan pagar tersebut.

 

“P-Pakcik, ni Apple Residence ke?”tanya Mingyu pada pengawal keselamatan yang memakai kostume kucing.

 

“meow~ ya. Ni Apple Residence. Kamu semua nak tinggal disini ke?”tanya pengawal kucing itu pada mereka.

 

“y-ya,”jawab mereka bersama anggukan.

 

“pilihan bijak! Mari ikut pakcik,”ajak pengawal kucing itu sebelum keluar dari pondoknya lalu membuka pagar dan membenarkan mereka masuk ke dalam.

 

Mereka pun mengikuti pengawal kucing sambil melihat keindahan residence ini. Lebih dikatakan residence ini sama seperti rumah taman. Semua rumah besar, bertingkat 2 dan mempunyai pelbagai warna yang cantik. Setiap barisan rumah mempunyai warna yang tersendiri. Dalam Residence Apple ni, terdapat 6 barisan rumah. Barisan pertama warna Biru, kedua hijau, ketiga merah, keempat kuning, kelima ungu dan barisan terakhir merah jambu. Mereka berempat menuju ke barisan ketiga iaitu rumah berwarna merah.

 

“nombor rumah, 135. Ada empat bilik, ruangtamu, dapur, ruang makan, bilik bacaan dan kolam renang. Kamu semua suka?”tanya pengawal kucing yang berdiri di hadapan pagar rumah itu.

 

“wooaahh!!! Ok! kitorang suka!”ucap Choa kerana teruja. Memang boleh tahan rumah ni. Semua kelengkapan ada.

 

Mingyu, Chen dan Jonghyun mengangguk setuju. Pengawal kucing itu memberikan kunci rumah pada Choa dan Choa menerimanya dengan hati yang senang. Lalu pengawal kucing itu mengeluarkan sesuatu yang berbentuk kotak yang sebesar kotak cermin mata.

 

“harga rumah ni 800 000 WD,”kata Pengawal Kucing lalu menyuruh mereka menggunakan kad emas untuk membayar rumah tersebut.

 

“bayar? Macam mana nak bayar?”tanya Chen pula.

 

“sentuh kad emas kamu pada kotak hitam ni sambil menyatakan harga yang ingin kamu bayar untuk rumah ni,”terang Pengawal kucing itu lagi.

 

“ohhh!”mereka semua mengangguk faham.

 

Disebabkan harga rumah ni 800 000 WD, mereka bahagikan 200 000 WD setiap orang. jadi, mereka pun bayar menggunakan kad emas masing-masing sebanyak 200 000 WD. Selepas bayar, pengawal kucing beredar dari situ. Mereka dengan gembira masuk ke rumah baru itu. Mula lah mereka teroka satu rumah dan memilih bilik masing-masing. 2 bilik dari tingkat atas manakala 2 bilik lagi tingkat bawah. Chen dan Jonghyun memilih di tingkat bawah manakala Mingyu dan Choa di tingkat atas.

 

Terkejut mereka mendapati ada kolam dan bilik bacaan di bilik bawah tanah. Nampaknya tak rugi mereka membeli rumah ini. Sesuai dan selesa. Dah puas menerokai rumah, mereka membuat keputusan untuk membeli belah dekat bandar Wonderland.

 

Mereka segera menapak di Wendy World, iaitu pusat membeli-belah. Choa dengan mata bersinar-sinar melihat banyak pakaian cantik. Apa lagi? Borong lah!!

 

Teruja juga Chen, Mingyu dan Jonghyun sambil berjalan dan menyinggah beberapa kedai untuk membeli pakaian. Choa? Dia sibuk dengan dunia pakaiannya. Semua jenis pakaian ada berserta dengan pelbagai jenama. Kelakar juga bagi mereka melihat setiap jenama pakaian, beg dan kasut. Bonia ke Wonia, Bata ke Wada, Secret Victoria ke Secret Wontoria, Fipper ke Wipper, dan banyak lagi barang ciplak dalam Wendy World ni.

 

Seperti waktu yang dijanjikan, mereka berempat berjumpa semula dihadapan pintu masuk pusat membeli-belah ini. Terkejut tengok banyak barang shopping si Choa ni. Perempuan memang suka membeli belah. Mingyu, Chen dan Jonghyun mengangguk benar tentang pernyataan itu. *A/N : saya pun sama*

 

Selepas itu, mereka pulang ke rumah semula. Sampai rumah baru teringat pasal makanan. Lapar tidak terhingga dan perut mereka berkeroncong tak henti-henti. Menggunakan telefon Weather, Chen segera memesan Pizza Wut dalam talian. Semua jenis pizza disebut Chen kemudian memberi alamat rumah sebelum menutup telefonnya semula. 20 minit kemudian, Pizza sampai ke rumah dan siapa bayar? Chen kena bayar sebab memandai sebut pizaa sesuka hatinya. Dengan gembira, mereka makan dengan sepuas hati dan tertawa riang di meja makan sementara menunggu permainan maut bermula.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
JEON_JI #1
Chapter 7: omg lama x bca ff ni XD keep update pls ~ *puppy eyes*
Elrina #2
Chapter 7: nk jgk dduk dkt Wonderland sbb boleh shopping!! xD
Tpi rse tkut pulak sbb ade game seram tu!!
BTW, update soon!
aquariusxpisces
#3
Chapter 7: Waahhhh bestnya ganjaran dia xD
Tapi tak sanggup nak berlawan dngan orang gila huhuhu serammm!!!!
aquariusxpisces
#4
Chapter 5: Cuba ff ni jadi novel!!!! XD
Macam tengah tengok movie haaajahhaajah
aquariusxpisces
#5
Chapter 4: wahhhhh apaa niiiiiii pasangan menyebookkkkkkkkk
aquariusxpisces
#6
Chapter 3: wuuuuu......apa kaitan mingyu????
JEON_JI #7
Chapter 3: Wuish O_O Tak sabar nak tahu apa yang terjadi lepasni. Apa kaitan Mingyu dengan Wonderland dan si misteri tu?? Woaah~ Menarik ni. Cepat update lagi tau!! ^-^
Ifahzira
#8
Chapter 1: Update soon! ><
Seul-ssi #9
Chapter 1: best lah!!! cepat update tau!!! ^^