Wonderland City?

Wonderland

“ikut aku...”Mr. Rabbit berjalan dihadapan mereka berempat.

 

Mereka berjalan disebuah lorong yang gelap kecuali cahaya lilin yang dipegang oleh Mr. Rabbit. Mingyu ingin tahu siapakah disebalik kostume Mr. Rabbit ni. Agaknya seseorang yang dia kenal ke? Haraplah bukan, kalau ya, ni menambahkan lagi konflik dalam waktu macam ni kan?

 

“kejap lagi kita sampai...”kata Mr. Rabbit.

 

Lama-kelamaan mereka semua nampak sebuah cahaya dihujung lorong gelap ni. Mereka berempat mula rasa berdebar dan mereka ingin tahu bagaimana rupa Wonderland ni.  Mereka pun memasuki di bawah cahaya di hujung lorong itu dengan risau sekali.

 

“kita dah sampai....‘ahli’ Wonderland..”Mr.Rabbit segera berdiri di bawa signboard yang tertulis ‘Welcome to Wonderland’.

 

“ni...W-Wonderland??”Chen kali pertama melihat Wonderland.

 

Mereka semua kagum melihat Wonderland ni kerana Wonderland ni macam kelihatan bandar Seoul. Memang sama rupanya. Terdapat pusat membeli-belah, restoran, kedai aksesori, pawagam, taman rekreasi dan pelbagai lagi yang ada di situ. Semua kelihatan begitu ceria tapi hanya satu je! Kenapa orang yang ada di Wonderland kelihatan muram dan ketakutan ada yang nampak gembira juga.

 

“En-Encik....”panggil Choa kepada Mr. Rabbit.

 

Mr. Rabbit memalingkan wajahnya ke arah Choa. “tak perlu panggil encik. Panggil aku Mr. Rabbit. Boleh?”

 

“errm...Mr. Rabbit. Kenapa kami dihantar ke sini??”soal Choa.

 

“hmm....aku rasa sebab korang semua perlu bermain ‘permainan’ yang akan disediakan disini”jawabnya. Katanya lagi, “sebelum tu, ambil gelang tangan dan pakai sekarang juga.”

 

Mr. Rabbit menyerahkan empat gelang yang berwarna silver kepada mereka. Mingyu, Jonghyun, Choa dan Chen turuti kata-kata Mr. Rabbit tanpa membantah. Selepas memakainya, Mr. Rabbit menyerahkan mereka satu beg yang berbentuk panda dan dalam beg itu berisi kad Wonderland, pisau dapur, buku peraturan di Wonderland, 500 WD iaitu duit bergambarkan Wonderland dan telefon pintar yang diubah suai.

 

“mulai sekarang, korang semua pandai-pandai jaga diri dan cari makan sendiri. Bila permainan nak bermula, kamu akan dengar pengumuman yang dibuat oleh Datuk Bandar Wonderland atau lebih tepat...ketua Wonderland disini. Semoga berjaya...”Mr Rabbit segera meninggalkan mereka berempat.

 

Mereka berdiri dihadapan pintu gerbang Wonderland ni. Apa patut mereka buat? Mereka dah tak boleh berpatah balik lagi. Dunia dihadapan mereka telah menanti mereka. Mereka patut pergi sebab ada sesuatu mengganggu fikiran mereka.

 

“Chen...aku rasa pasal bom tu...ada kaitan dengan ni ke?”soal Jonghyun pada Chen.

 

Chen mengangguk kepalanya. “mungkin. Kita siasat apa yang jadi dekat sini. Itulah ‘tugas’ kita kan?”

 

“jangan cakap banyak. Kita teruskan apa yang kita perlu buat”Mingyu menyampuk perbualan Chen dan Jonghyun.

 

“apa yang korang cakap ni??”Choa menyertai perbualan diantara Mingyu, Chen dan Jonghyun.

 

“pasal Wonderland...”kata Mingyu.

 

Choa tersenyum kecil. “itu aku tahu. Jom! Kita cari tempat tinggal dulu lepas tu baru pergi makan”

 

“macam kau ni pernah ada dekat sini pulak”Jonghyun rasa Choa cuba menyesuaikan diri di Wonderland. “apa-apa pun. Betul cakap Choa. Mari kita semua pergi cari tempat tinggal!!”

 

Mereka berempat berjalan perlahan sambil melihat disekeliling Wonderland. Ramai orang lakukan hal masing-masing seperti tidak menghiraukan mereka berempat yang baru sampai disini. Ada orang kelihatan takut atau pun cemas tapi ada juga orang yang kelihatan seperti biasa dan kelihatan tidak berasa gentar. Pelik. Agaknya apa permainan yang akan mereka bermain di Wonderland nanti?

 

“mati....atau...hidup..?”ada seorang lelaki berjalan lemah longlai seperti tiada harapan.

 

Mingyu berjalan mendekati lelaki itu. “kau ok??”

 

Muka lelaki itu berubah menjadi takut kemudian memegang bahu Mingyu dengan rapat. “kau akan mati!!!!”

 

“u-uwaah!!”terperanjat Mingyu. Badannya tidak dapat bergerak disebabkan lelaki itu memegang bahunya. “kau ni dah kenapa??!!!!”

 

“permainan akan bermula kejap lagi!! Kita akan mati!!! Mati!!”teriak lelaki itu.

 

Jonghyun segera melepaskan tangan lelaki itu dari bahu Mingyu. “apa hal dengan kau ni??! dah gila eh?!!”

 

Lelaki itu terdiam. Dia berkata lagi, “kau akan faham apa yang aku cakap ni. kalau korang bernasib baik...korang akan terselamat. Kalau tak...resultnya pasti mati”

 

Lelaki itu segera meninggalkan Mingyu, Jonghyun, Choa dan Chen. Mati? Permainan apa yang akan mereka main sehingga melibatkan nyawa?

 

???? POV

 

“semuanya dah sampai, tuan!!”kata Mr. Rabbit pada seseorang yang misteri.

 

“bagus! Mulakan permainan tu tepat pada 11.30 malam”kata ku sebelum menyuruh Mr. Rabbit meninggalkan bilik aku ni. “kau boleh pergi sekarang”

 

“baiklah tuan!”Mr. Rabbit berjalan keluar dari bilik ku.

 

“tak sabar nak tengok Mingyu main permainan yang disediakan oleh aku sendiri....”aku duduk bersandar di kerusi pejabatku yang empuk ni. “death game...will begin!”

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
JEON_JI #1
Chapter 7: omg lama x bca ff ni XD keep update pls ~ *puppy eyes*
Elrina #2
Chapter 7: nk jgk dduk dkt Wonderland sbb boleh shopping!! xD
Tpi rse tkut pulak sbb ade game seram tu!!
BTW, update soon!
aquariusxpisces
#3
Chapter 7: Waahhhh bestnya ganjaran dia xD
Tapi tak sanggup nak berlawan dngan orang gila huhuhu serammm!!!!
aquariusxpisces
#4
Chapter 5: Cuba ff ni jadi novel!!!! XD
Macam tengah tengok movie haaajahhaajah
aquariusxpisces
#5
Chapter 4: wahhhhh apaa niiiiiii pasangan menyebookkkkkkkkk
aquariusxpisces
#6
Chapter 3: wuuuuu......apa kaitan mingyu????
JEON_JI #7
Chapter 3: Wuish O_O Tak sabar nak tahu apa yang terjadi lepasni. Apa kaitan Mingyu dengan Wonderland dan si misteri tu?? Woaah~ Menarik ni. Cepat update lagi tau!! ^-^
Ifahzira
#8
Chapter 1: Update soon! ><
Seul-ssi #9
Chapter 1: best lah!!! cepat update tau!!! ^^