Bermulanya...

Wonderland

 

?????? POV

 

“tuan. Ni senarai nama yang akan datang dekat Wonderland..”Mr. Rabbit menyerahkan sekeping kertas yang tertulis 4 nama.

 

Aku mengambilnya. “jadi ni senarai nama yang terpilih eh? Menarik”aku tersenyum lebar bila terpandang satu nama, iaitu nama Mingyu. “cepat bawa mereka ke wonderland dengan segera”

 

“baik, tuan”Mr Rabbit hanya tersenyum manis. “tuan tak kisahkan kalau saya guna cara ‘teruk’?”

 

“semestinya....itulah cara yang kita selalu gunakan?”aku memandangnya.

 

“saya faham”Mr. Rabbit segera meninggalkan aku sendirian didalam bilik yang dipenuhi kepala manusia.

 

“seronok pandang ‘collection’ kepala yang aku simpan dekat dalam bilik ni...”aku memegang satu kepala manusia yang masih lagi cukup sifat di wajahnya kecuali kedua matanya berlubang kerana matanya dikorek kerana kalah dalam permainan. “agaknya..aku nak letak mana pulak kepala ni?”

 

End ???? POV

 

****

 

Di dalam stor sekolah

 

“hhaaaacchhuuuu!!!!”Mingyu terbersin kerana dia sibuk menyapu habuk di lantai. “kenapa kelas kita kena bersihkan stor ni pulak!!”rungutnya.

 

“sebab ni giliran kita untuk bersihkan kelas lah!!!!!”dah tiga kali Jonghyun jelaskan kepada Mingyu yang asyik merungut tak habis-habis.

 

“malaslah~~”Mingyu melemparkan penyapu ke tepi sambil memandang ke lain. Tangannya perlahan menggosok di lehernya kerana tengkuknya terasa sakit kerana dari tadi asyik tunduk ke bawah bila sapu sampah.

 

“ish! kau ni buat sikit kerja merungut. Cepat bersihkannya!”Choa menendang kaki Mingyu.

 

 “aahh!!”Mingyu jerit kesakitan.

 

 

Choa pun mula nak bergaduh dengan Mingyu tetapi Chen segera menyelamatkan keadaan.

 

“stop-stop!”Chen berdiri diantara Choa dan Mingyu. “kalau nak gaduh, korang boleh gaduh bila dah habis kerja pembersihan stor ni dulu”

 

Jonghyun yang berdiri disebelah Mingyu pun turut memberi nasihat pada Choa dan Mingyu berhenti bergaduh.

 

Keadaan kembali seperti biasa. Semua pelajar sibuk mengemas barang ke dalam kotak yang sedikit lembik tapi masih mampu meletakkan barang di dalamnya. Choa dan Mingyu kena bawa plastik sampah berwarna hitam keluar dari stor. Disebabkan Chen dan Jonghyun tak senang hati tengok mereka berdua keluar berduaan takut bergaduh lagi, jadi, Chen dan Jonghyun pun keluar untuk melihat keadaan Choa dan Mingyu. Mereka berdua pura-pura membantu Choa dan Mingyu angkat sampah.

 

Dalam masa yang sama, di dalam stor. Semua pelajar masih sibuk bersihkan stor. Lalu, terdapat seorang pelajar lelaki menjumpai satu benda yang mencurigakan. Dari tadi benda tu asyik membuat bunyi ‘tik’ seperti bunyi jarum panjang berdetik.

 

“apa ni?”soal salah satu pelajar perempuan saat melihat seorang pelajar memegang objek yang berbentuk kotak besi.

 

“entah..”kata pelajar yang memegang kotak besi itu.

 

Tiba-tiba kotak besi tu keluarkan bunyi. “time to kill! time to kill!!”

 

BOOMMMMMNNNNN!!!

 

Stor tersebut meletup kuat sambil menghasilkan gegaran yang kuat sehingga Mingyu, Choa, Chen dan Jonghyun tercampak ke tepi stor.

 

“KORANG SEMUAAAA!!!!!”Choa menjerit melihat kesemua kawan kelasnya yang berada didalam stor. “TAK!!!!!!!!!”teriaknya.

 

Chen, selaku ketua kelas 3 Lily tak dapat berbuat apa-apa, hanya menyaksikan api yang semakin marak membakar stor dihadapan matanya sendiri.

 

“semua.....??”Jonghyun berjalan longlai menuju ke stor yang masih terbakar.

 

“Jonghyun!! Berhenti!!”Mingyu segera menarik lengan baju Jonghyun supaya memberhentikan langkah kakinya yang semakin menghampiri api yang marak.

 

 

‘itulah kejadian yang telah memusnahkan kehidupan kami semua.......segalanya’

 

 

****

 

 

‘inilah prolog bagi kehidupan kami......’

 

 

“Mingyu, Chen, Choa dan Jonghyun. Kamu semua dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun kerana telah meragut nyawa pelajar 3 Lily seramai 30 orang pelajar..”Ketua Hakim telah membuat keputusan yang yang sewajarnya. Kemudian dia ketuk dengan kayunya itu di mejanya. “Tak! Tak!”

 

 

‘kami dijatuhkan hukuman penjara kerana semasa siasatan polis berjalan, pihak polis menjumpai beberapa biji bom didalam bilik kami. Kami sendiri pun tak tahu ada bom di dalam bilik kami. Ni sememangnya tak masuk akal!! Kami fikir ada seseorang nak kami dipersalahkan. Tapi kenapa?? Apa yang kami berempat buat salah sampai ada orang berdendam dengan kami semua??’

 

 

“kamu semua akan dihantar ke sebuah penjara nanti.”kata seorang polis yang bernama Chun Jae semasa memasang gari ditangan Mingyu dan beberapa orang polis memasang gari pada Chen, Choa dan Jonghyun.

 

 

‘ni sememangnya mimpi buruk kami semua. Kami tak rasa nak nangis, jerit, marah atau apa-apa pun sebab tiada siapa yang percaya kami. Kami ni pembunuh kawan kelas sendiri....sedangkan kami sendiri tidak melakukannya..’

 

 

Mingyu, Choa, Chen dan Jonghyun diiringi bersama polis. Mereka berempat berjalan menuju ke lori untuk banduan yang akan ke penjara nanti. Masa tu jugak ramai orang membaling pelbagai macam pada mereka. Telur, tomato, daging busuk dan bermacam lagi. Ada jugak mak bapak kelas 3 Lily berada di balai polis begitu juga wartawan kerana ia merupakan berita tergempar di Korea bahawa mereka berempat membunuh rakan kelas sendiri.

 

“kenapa kau bunuh anak aku!!!!!”jerit salah seorang ibu kawan kelas 3 Lily.

 

“kembalikan anak aku semula!!! waarrgghhhh!!!”nangis ibu bapa yang lain.

 

Semua orang yang ada di situ memandang jijik kepada mereka semua. Chen tabah dan cuba menahan air matanya daripada mengalir. Dia nak cakap kebenarannya tapi entah kenapa mulutnya terkunci. Choa pula asyik memandang ke bawah sambil menangis. Mingyu kelihatan marah tapi dia cuba bertenang manakala Jonghyun kelihatan murung.

 

 

‘bukan itu je. Ada benda buruk yang terjadi menimpa kami. Adakah ini takdir??’

 

 

Tiba-tiba lori yang membawa banduan terberhenti saat ada seseorang memakai kostume arnab yang berdiri seorang diri di tengah jalan.

 

“hello~ saya datang ni sebab nak jemput patung kesayangan Tuan saya!!”Mr. Rabbit segera mengeluarkan pistol lalu menembak pemandu lori banduan kemudian menembak beberapa orang polis yang ingin menembaknya. Dia segera ambil kunci lalu membuka pintu lori yang bermangga.

 

Beberapa banduan ingat Mr. Rabbit membebaskan mereka tapi mereka ditembak mati. Tinggal Mingyu, Choa, Chen dan Jonghyun.

 

“kamu semua ni peserta di tempat Wonderland~ sebab tulah saya tak bunuh kamu semua!!”dia jawab dengan nada suaranya yang ceria.

 

“huhh??”mereka terdiam semula, tidak mengatakan apa-apa pun.

 

 

‘Wonderland.....kami ingat tempat tu selamat tapi sangkaan kami meleset. Akhirnya....kami tahu apa sebabnya rakan kelas kami dibunuh....kenapa diri kami dipilih??!’

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
JEON_JI #1
Chapter 7: omg lama x bca ff ni XD keep update pls ~ *puppy eyes*
Elrina #2
Chapter 7: nk jgk dduk dkt Wonderland sbb boleh shopping!! xD
Tpi rse tkut pulak sbb ade game seram tu!!
BTW, update soon!
aquariusxpisces
#3
Chapter 7: Waahhhh bestnya ganjaran dia xD
Tapi tak sanggup nak berlawan dngan orang gila huhuhu serammm!!!!
aquariusxpisces
#4
Chapter 5: Cuba ff ni jadi novel!!!! XD
Macam tengah tengok movie haaajahhaajah
aquariusxpisces
#5
Chapter 4: wahhhhh apaa niiiiiii pasangan menyebookkkkkkkkk
aquariusxpisces
#6
Chapter 3: wuuuuu......apa kaitan mingyu????
JEON_JI #7
Chapter 3: Wuish O_O Tak sabar nak tahu apa yang terjadi lepasni. Apa kaitan Mingyu dengan Wonderland dan si misteri tu?? Woaah~ Menarik ni. Cepat update lagi tau!! ^-^
Ifahzira
#8
Chapter 1: Update soon! ><
Seul-ssi #9
Chapter 1: best lah!!! cepat update tau!!! ^^