Menang

Wonderland

Mereka berdua mula melawan di atas meja pejabat. Tangan masing-masing cuba menikam badan pihak lawan tapi nampaknya pihak lawan begitu tangkas. Chen pantas melompat ke bawah meja dan membaling pisau ke lutut Choi Kim dan ia terkena! Choi Kim mengerang kesakitan sambil memegang erat lututnya. Dia tidak dapat berdiri dengan baik. Lututnya retak dan darahnya tidak henti mengalir. Sememangnya Chen memang pandai mengambil peluang untuk melemahkan pihak lawan. Segera Chen mendekati Choi Kim dan menarik pisau keluar dari lutut Choi. Makin sakit Choi Kim mengerang. Tapi tangan kanannya sempat memegang lengan Chen.

 

“k-kau...haahh...tak d-dapat lari dari aku..!”ucap Choi Kim membuatkan Chen terkejut. Dia memegang kuat lengan Chen.

 

“LEPAS!!”teriak Chen yang menggelupur menarik lengannya dari cengkaman tangan Choi Kim.

 

Tangan kiri Choi Kim yang memegang pisau segera menusuk lengan kiri Chen. Darah memancut keluar dari lengannya.

 

“ARGH!!!”teriak Chen kesakitan.

 

Choi Kim segera melepaskan tangannya daripada memegang lengan Chen. Pisau dipegangnya masih ada di lengan Chen. Chen segera menarik keluar pisau dari lengannya.

 

“haha....kau nampak teruk..,”Choi Kim tersenyum keji sambil memegang lututnya yang tercedera.

 

“tak guna..,”kata Chen, dia memegang lengannya yang berdarah. Ditangan kanannya terdapat 2 pisau Choi Kim. “tapi aku yang akan menang..,”

 

Choi Kim tak faham maksud Chen. Segera Chen membaling sebilah pisau ke muka Choi Kim. Segera Choi Kim mengelak ke tepi. Pisau tadi terus melayang hingga ke tangan Mingyu menangkapnya. Mingyu sampai tepat pada masanya.

 

“KAU!!”Choi Kim menjerit kemarahan.

 

Chen segera membaling pisau tepat ke mata Choi Kim manakala Mingyu baling pisau ke arah tengkuk Choi Kim sampai lehernya hampir terputus. Choi Kim rebah dan mati di atas meja. Mingyu berlari mendekati Chen.

 

“tangan kau nampak teruk!”risau Mingyu. “aku terlambat. Maaf..,”

 

“wey! aku akan ok selagi kau hidup. Kalau kau mati, aku pun akan mati tahu tak?!”kata Chen untuk melegakan hati Mingyu.

 

“betul juga...,”jawab Mingyu perlahan berserta anggukan kepalanya.

 

Akhirnya Choi Kim mati. Tinggal Choi Min sahaja yang masih berada di tingkat paling atas itu. Jonghyun pengsan disebabkan kepalanya terhentak kuat saat ditolak kasar oleh Choi Min. Kini, Choa cubamelawan Choi Min yang sedikit besar darinya. Dia tak boleh kalah. Dia membaling semua barang yang ada di tingkat ini untuk melengahkan Choi Min datang mendekatinya.

 

“Jangan!!”Choa menjerit pabila Choi Min segera melompat dan memegang pergelangan tangannya. “lepas kan aku!!”

 

“Tak kan!!”dengan kuat, tangan Choi Min yang besar segera menghempas Choa ke dinding. Choa menjerit kesakitan.

 

“uarghh!!”teriak Choa yang dihempas berkali-kali di dinding sehingga dahinya berdarah. “s-sakit!!”

 

“hah!”Choi Min terus menolak Choa sehingga terjatuh ke lantai. “ambil ni!!”dia memijak paha Choa dengan kuat.

 

Semakin kuat Choa menjerit sehingga berdarah memercik ke muka Choa. Muka Choa menjadi pucat lesi. Ada sebilah anak panah menembusi dada Choi Min. Akhirnya Choi Min rebah dan mati di situ. Siapa yang buat perkara yang keji lagi menakutkan ini?! Choa segera bangkit dari lantai dan dia terkejut, rupanya Mr. Snake yang memanah Choi Min dari belakang. Dia berdiri kaku menghadap Mr. Snake yang menggerunkan itu.

 

“k-kenapa kau panah dia?!”Choa menjerit kemarahan serta ketakutan.

 

“sebab pasangan dia dah mati. Jadi aku perlu bunuh dia..,”jelasnya sebelum beredar dari tingkat tersebut. Dia langsung mengendahkan kesemua soalan yang Choa tanya padanya. Lalu dia teringat akan Jonghyun.

 

“Jonghyun!!”Choa segera berlari ke tempat Jonghyun pengsan tadi.

 

Jonghyun belum menyedarkan dirinya. Dengan itu, Choa berlutut disisi Jonghyun sambil menggoyangkan lengan Jonghyun dengan lembut. Walaupun keadaan menjadi selamat, dia perlu mengejutkan Jonghyun sebelum permainan ini tamat. Takkan lah nak biarkan Jonghyun pengsan macam tu je.

 

“Jonghyun...bangun..bangun..,”panggil Choa perlahan. Tangannya masih menggoyang lengan Jonghyun.

 

Jonghyun mengerang perlahan sambil memegang kepalanya yang sakit. “aduh...,”

 

“kau dah bangun!!”Choa kelihatan gembira. Dia segera membantu Jonghyun bangun dari tempat dia pengsan.

 

“em..,”dia menggosok kepalanya yang sakit dan memandang Choa pula. “Choa?!”

 

“kenapa?”hairan Choa ketika melihat wajah Jonghyun yang terkejut.

 

“dahi kau terluka!”Jonghyun mengusap dahi Choa dengan lembut. “sakit tak?”

 

Choa tersenyum. Dia mengangguk kepalanya. Jonghyun hanya tersenyum lega bahawa mereka berdua selamat. Patung arnab masih selamat ditangan mereka. Setelah mereka berdua bersedia untuk keluar dariTelefon Weather milik Choa berdering. Choa menjawab panggilan dari Mingyu.

 

“Mingyu!! Chen!! Korang ok tak?!”risau Choa lalu membuka loud speaker supaya Jonghyun pun dapat dengar.

 

“[aku ok. Cuma Chen yang tercedera. Sekarang ni kitorang dekat tingkat 3.]”jelas Mingyu yang berada disebelah Chen.

 

“ye ke? kalau macam tu, kitorang berdua turun sekarang juga,”kata Choa sebelum menutup telefon Weather nya.

 

Dengan pantas Choa dan Jonghyun segera menaiki lif dan turun ke tingkat 3. Sesampai disana, mereka melihat Mingyu sibuk membalut luka Chen dengan berhati-hati. Melihat Choa dan Jonghyun terselamat juga, Mingyu serta Chen memeluk 2 orang sahabat mereka.

 

Bunyi siren yang kuat kedengaran sehingga bergema satu Wonderland City. Menunjukkan permainan Patung Arnab telah pun tamat. Keempat-empat sahabat menjadi lega selama beberapa jam mempertahankan diri daripada musuh yang menggerunkan itu. Tiba-tiba mereka mendengar bunyi speaker.

 

“[Perhatian! Perhatian! Permainan sudah tamat! Sila kembali ke stadium untuk menerima ganjaran!]”akhirnya speaker itu menyatakan permainan kejam ini tamat.

 

Mereka berempat terus keluar daripada bangunan dan berjalan kaki ke stadium besar. Dari pandangan mereka, banyak mayat bergelimpangan di atas jalan. Sungguh menakutkan. Siapa yang sanggup buat semua ni? siapa yang dirikan Wonderland ni?!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
JEON_JI #1
Chapter 7: omg lama x bca ff ni XD keep update pls ~ *puppy eyes*
Elrina #2
Chapter 7: nk jgk dduk dkt Wonderland sbb boleh shopping!! xD
Tpi rse tkut pulak sbb ade game seram tu!!
BTW, update soon!
aquariusxpisces
#3
Chapter 7: Waahhhh bestnya ganjaran dia xD
Tapi tak sanggup nak berlawan dngan orang gila huhuhu serammm!!!!
aquariusxpisces
#4
Chapter 5: Cuba ff ni jadi novel!!!! XD
Macam tengah tengok movie haaajahhaajah
aquariusxpisces
#5
Chapter 4: wahhhhh apaa niiiiiii pasangan menyebookkkkkkkkk
aquariusxpisces
#6
Chapter 3: wuuuuu......apa kaitan mingyu????
JEON_JI #7
Chapter 3: Wuish O_O Tak sabar nak tahu apa yang terjadi lepasni. Apa kaitan Mingyu dengan Wonderland dan si misteri tu?? Woaah~ Menarik ni. Cepat update lagi tau!! ^-^
Ifahzira
#8
Chapter 1: Update soon! ><
Seul-ssi #9
Chapter 1: best lah!!! cepat update tau!!! ^^