Game Start

Wonderland

Ting! Bunyi loceng telah pun berdering.

 

 

Permainan sudah pun bermula, setiap pasangan terus berlari keluar dari stadium. Setiap dari mereka mencari daripada pelbagai tempat untuk mendapatkan patung berbentuk arnab. Mingyu dan Chen begitu risau sekarang ni. Semua orang tercari-cari keberadaan patung berbentuk arnab.

 

 

“kita nak mula dari mana?”soal Chen pada Mingyu yang merenung ke arah bangunan yang berbentuk bangunan pejabat.

 

 

“aku tak tahu. Tapi apa kata kita pergi sana?”ajak Mingyu sambil menunding jarinya ke arah bangunan tersebut.

 

 

“boleh juga..,”kata Chen lalu mereka berdua terus berlari pecut ke arah bangunan tersebut.

 

 

Semasa berlari, mereka berdua boleh nampak ramai orang bergaduh sesama sendiri untuk mendapatkan patung arnab tersebut. Mengerikan. Semua orang sanggup membunuh antara satu sama lain demi mendapatkan patung arnab itu. Mingyu dan Chen tak sanggup melihatnya. Dunia ini terlalu kejam bagi mereka yang merupakan bekas pelajar. Mereka rela duduk dipenjara daripada hidup disini. Dunia Wonderland semestinya tempat yang menakutkan. Mingyu cuba menyelamatkan 2 orang pakcik yang dapat patung tapi dipukul oleh beberapa pasangan yang lain.

 

 

“kita kena cepat!! Masa hanya tinggal satu jam je!”kata Chen yang menghalang Mingyu daripada menolong orang lain.

 

 

“t-tapi Chen! Pakcik tu...!”Mingyu dapat lihat pakcik itu ditikam dengan batang paip yang panjang. “dia dalam bahaya!!”

 

 

“Mingyu!! Kita tak boleh fikir pasal orang lain sekarang ni!! kalau kau pergi tolong dia, kau akan dibunuh sekali!!”Chen terus menarik lengan Mingyu lalu membawanya ke arah bangunan tersebut.

 

 

Kata Chen betul. Dia tak boleh buat apa-apa, jadi dia akur dengan kata-kata Chen. Mereka pun kembali berlari menuju ke arah bangunan yang semakin dekat. Bila mereka sampai di bangunan tersebut, tiada seorang pun masuk ke dalamnya. Kemungkinan patung arnab ada dalam bangunan ini. Mereka prlu cepat sebelum orang lain mendapatkannya.

 

 

Ditingkat pertama, mereka tak jumpa apa-apa kecuali beberapa mayat yang telah reput. Mungkin ada orang bunuh mereka saat game bermula. Bila mereka sampai ke tingkat dua, mereka tak jumpa lagi patung arnab itu dan bila mereka ke tingkat tiga, mereka nampak Mr. Snake yang duduk diatas kerusi sambil melihat mereka berdua. Dia langsung tidak mengapa-apakan mereka berdua. Kerana terlalu takut, mereka segera menaiki lif lalu pergi ke tingkat lain. Sesampai ke tingkat yang paling atas, mereka mencari beberapa bilik dan akhirnya mereka menjumpa patung arnab dibawah meja pejabat.

 

 

“YEAAHH!! Dah jumpa!!!”gembira Mingyu bila dia dan Chen berjaya menjumpainya. Sekarang ni tinggal 30 minit sahaja.

 

 

Tapi wajahnya mereka mula risau. Mingyu menyuruh Chen telefon Choa menggunakan telefon pintar Weather itu. Chen cuba telefon Choa tapi tidak dapat. Nampaknya Choa tidak mengangkat panggilan Chen. Mereka berdua mula risau dengan keadaan Choa dan Jonghyun.

 

 

“aku rasa tak sedap hati...,”Mingyu rasa tak senang hati lalu membuat keputusan untuk mencari mereka. “jom cari diorang!”

 

 

“c-cari diorang? Kalau orang lain nampak kita dapat patung arnab ni macam mana??!”risau Chen dan Mingyu baru terfikir tentangnya.

 

 

“macam mana ni?”Mingyu tanya balik pada Chen.

 

 

“nampaknya kita kena tunggu dekat dalam bangunan ni...kalau kita nak teruskan hidup,”Chen memandang patung arnab yang mempunyai senyuman yang mengerikan. “muka patung ni macam joker lah..seram..,”jelasnya lagi.

 

 

Pada waktu yang sama, Choa dan Jonghyun dikejar oleh beberapa pasangan yang membawa pisau, batang kayu dan sebagainya. Nampaknya Choa dan Jonghyun telah pun menjumpai patung arnab tapi malangnya pasangan yang lain nampak mereka mempunyai patung arnab tersebut.

 

 

“Jonghyun!! Kita nak pergi mana??!!”soal Choa yang berlari sambil memegang patung arnab.

 

 

Jonghyun nampak sebuah kereta ditepi kedai. “kita naik kereta!!”dia terus menarik tangan Choa lalu berlari bersama ke arah kereta itu berada.

 

 

Sesampai di kenderaan itu, Jonghyun terus duduk di tempat pemandu dan Choa duduk disebelahnya. Nasib baik ada kunci dekat dalam kereta tu. Tanpa berlengah lagi, Jonghyun terus start enjin kereta lalu menekan pedal minyak. Kereta itu terus bergerak laju dan mula meninggalkan pasangan yang mengejar mereka tadi. Jonghyun dan Choa menghembus nafas lega.

 

 

Mereka ingat mereka dalam keadaan selamat tapi malangnya sebuah kereta mengikuti mereka dari belakang. Kereta Jonghyun dan Choa terus memecut kehadapan lalu membelok ke kanan menuju ke bangunan dimana Mingyu dan Chen berada. Jonghyun terus membawa kereta dengan sangat laju. Bila mereka berdua hampir sampai ke bangunan tersebut, Jonghyun memerlahankan keretanya.

 

 

“Choa! Kita kena lompat keluar dari kereta ni!!”Jonghyun berkata sambil memegang stereng.

 

 

“hah??!! Lompat?!!”Choa terkejut dan takut untuk melompat. Tapi demi menyelamatkan diri, dia dan Jonghyun terpaksa lompat keluar dari tingkat kereta dengan cepat. “aack!!”Choa jatuh ke atas jalan sambil memeluk patung arnab tersebut.

 

 

Jonghyun pun turut terjatuh ke atas jalan tapi tidak mempunyai luka yang serius. Bila dia nampak kereta yang mengejar mereka semakin hampir mendekati mereka, Jonghyun terus menarik Choa lalu masuk ke dalam bangunan yang kelihatan tiada orang didalamnya. Mereka berdua terus masuk ke dalam lif dan menekan tingkat yang paling atas. Bila lif mula menutupi pintu, pasangan yang baru keluar dari kereta segera berlari menuju ke lif dan...mereka tak sempat nak masuk ke dalam lif.

 

 

“n-nasib baik kita sempat masuk dalam lif tadi!”lega Choa sehingga kakinya menggigil-gigil lalu jatuh terduduk. “k-kenapa...kita kena hidup m-macam ni. a-aku takut mati Jonghyun!!”air mata mengalir dipipi Choa.

 

 

Jonghyun segera memeluk Choa dan menenangkan Choa. “tak apa. Aku pasti kita semua dapat keluar dari sini..,”

 

 

“Jonghyun.....,”kata Choa yang masih dalam pelukan Jonghyun.

 

 

Bila lif sampai ditingkat paling atas dan mula buka pintunya, mereka mendapati Mingyu dan Chen tengah duduk dikerusi bersama patung arnab dipegang oleh mereka. Jonghyun dan Choa amat gembiara kerana dapat bersama dengan yang lain.

 

 

“Mingyu!!! Chen!!”teriak Choa dengan gembira lalu dia terus memeluk mereka berdua.

 

 

“hai!!”Jonghyun melambai tangannya dengan senyuman gembira.

 

 

“aku ingatkan korang belum jumpa patung arnab tu!”rasa risau dalam hati Chen pun mula menghilang.

 

 

Tapi Mingyu pelik macam mana Choa dan Jonghyun sampai di tingkat paling atas. “macam mana korang boleh sampai sini?”

 

 

Jonghyun dan Choa memandang antara satu sama lain. pasangan tadi tu...tengah kejar mereka.

 

 

“a-alamak!! Aku lupa nak bagi tahu! Tadi ada pasangan lain tengah ekori kitorang!!”jelas Choa dengan gelisah.

 

 

Mingyu dan Chen terkejut. Jadi mereka berempat terus bergerak ke pintu lif.

 

 

Ting!

 

 

Pintu lif terbuka dan pasangan yang mengekori Jonghyun dan Choa dari tadi telah pun berada didalam lif. Mereka melihat Jungkook, Chen, Choa dan Jonghyun telah pun mendapat patung arnab.

 

 

“alamak....,”kata Jonghyun.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
JEON_JI #1
Chapter 7: omg lama x bca ff ni XD keep update pls ~ *puppy eyes*
Elrina #2
Chapter 7: nk jgk dduk dkt Wonderland sbb boleh shopping!! xD
Tpi rse tkut pulak sbb ade game seram tu!!
BTW, update soon!
aquariusxpisces
#3
Chapter 7: Waahhhh bestnya ganjaran dia xD
Tapi tak sanggup nak berlawan dngan orang gila huhuhu serammm!!!!
aquariusxpisces
#4
Chapter 5: Cuba ff ni jadi novel!!!! XD
Macam tengah tengok movie haaajahhaajah
aquariusxpisces
#5
Chapter 4: wahhhhh apaa niiiiiii pasangan menyebookkkkkkkkk
aquariusxpisces
#6
Chapter 3: wuuuuu......apa kaitan mingyu????
JEON_JI #7
Chapter 3: Wuish O_O Tak sabar nak tahu apa yang terjadi lepasni. Apa kaitan Mingyu dengan Wonderland dan si misteri tu?? Woaah~ Menarik ni. Cepat update lagi tau!! ^-^
Ifahzira
#8
Chapter 1: Update soon! ><
Seul-ssi #9
Chapter 1: best lah!!! cepat update tau!!! ^^