chapter 6

Mistik Banglo
Please Subscribe to read the full chapter

Luhan memegang sebelah bahu kanan yang berlumuran darah.  Wajahnya berkerut sedang menahan sakit. Bukan. Terlampau sakit! Lay hampir tergelincir jatuh ketika mendekati Luhan namun mujur dia sempat mengimbangi badannya dari terjatuh. Ini kerana dia baru sahaja lepas mandi. Melihat cermin tingkap yang pecah dan batang kayu yang terpacak di dinding sebelah Luhan, Lay mengagak kayu itulah punca bahu Luhan cedera parah. Lay hairan. Kalau cermin tingkap pecah, macam mana pulak aku tak boleh dengar?

"Kau okay-"

"Woi! Apa jerit-je...rit-" sampuk Kris sebelum dia turut terkejut sebaik sahaja masuk ke bilik. Masa itu, Joshua, Zafril, Xiumin dan Tao pula bergegas masuk ke bilik.

"Ya Allah, kenapa ni?!"

"Aku tak tau Zaf. Aku baru pas mandi, tetiba jadi camni!"

"Tu...tuu..." Tangan Luhan terketar-ketar menunding ke arah tingkap. Lalu Kris dan Joshua segera berlari menuju ke arah tingkap dan memandang ke bawah. Namun tiada apa-apa yang mencurigakan. Hanya pokok-pokok yang tebal dan tinggi jelas kawasan tersebut adalah kawasan hutan tebal dan gelap di belakang banglo serta daun-daun kering memenuhi ruang lantai tanah.

Ketika Xiumin menghampiri ke arah tingkap dan memandang kawasan tersebut, matanya terbeliak besar. Tapak demi tapak dia mengundur ke belakang sambil mengeleng-geleng kepala. Kedua tangannya menutup mulut. Kris dan Joshua memandang Xiumin. Dari lagaknya, dia seolah tahu apa yang sebenarnya dia lihat. Lebih tepat, matanya jelas nampak sesuatu di luar tingkap.

"Min, kau kenapa ni?!" soal Kris.

"Kau... tak nampak ke apa kat luar tuh?" Xiumin menyoal sambil menunding ke arah tingkap. Kris dan Joshua memandang luar tingkap semula namun masih tiada apa-apa.

"Tak nampak pun." jawab Joshua.

"Kau nampak ke Min?" Luhan bertanya, laju Xiumin mengangguk-angguk kepalanya sebagai jawapan ya.

"Apa kau nampak?!" Tao terkejut.

Nafas Xiumin tercungap-cungap. Wajanya pucat lesu dan badannya mula berpeluh. "Aku... aku nampak..." belum sempat dia menghabiskan katanya, tiba-tiba dia menekup kedua telinganya dan kepalanya terteleng ke kiri dan ke kanan. Seolah tidak dapat kawal diri.

"AARRRGGGHHH!" Xiumin menjerit nyaring seketika sebelum dia rebah ke lantai dalam sekelip mata.

"Xiumin!" Kris menghampiri Xiumin, "Min! Bangun Min!" Kris terus mengangkat kepala Xiumin ke pehanya kemudian menampar lembut pipi Xiumin. Mereka yang lain makin cemas.

"Min! Xiumin! Bangun!" giliran Joshua cuba mengejutkan Xiumin.

"Kris, tolong angkat dia ke katil!" teriak Zafril.

Tanpa berlengah, perlahan-lahan Kris mengangkat d

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
always_es #1
Chapter 7: fuhhhh....sya baca cerita ni malam hari....tk ingt pulak hari dh mlm sbb syok sgt baca cerita ni...
aquariusxpisces
#2
Chapter 8: Wow....walaupun kepala saya berbelit membacanya tapi ff ni sentiasa jjang!
aquariusxpisces
#3
Chapter 7: yeayhh ff unnie mmg sentiasa terbaik :3
Piqachuu #4
Chapter 7: Bestnyerr!!!authornim..Chen saya dh matiii!!!
Omo!!
UPDATE UPDATE UPDATE!!
lyly_ameera #5
Chapter 6: series authornim, ff ni memang kisah seram sebuah banglo yang paling terbaik pernah saya baca. tak tahulah nk ckp mcm mna tpi apa yg sye yakin, authornim memang ni memang sifu XD
Betul! sye rasa klau sye sentiasa mengikuti cerita2 authornim in sha Allah boleh membantu sye mempertingkatkan lgi sye punya penulisan. Memang best lah authornim! thumbs up!
lurimamikah1509 #6
Chapter 5: What what waaaaaffttttty! Wth just happened?! Serious yg tu tak sangka like WOW! Im crying wuuu