Chapter 3

Mistik Banglo
Please Subscribe to read the full chapter

"Sepanjang cuti kat sini, saya stay kat rumah saudara. Kamu jaga mereka. Enjoy with them. Kalau ada apa-apa, call saya. Okay?" kata Mr. Kang dengan nada sedikit tegas.

Zafril dan Joshua hanya mengiyakan tanpa bantahan, walaupun sebenarnya fikiran mereka masih melayang dengan kejadian tadi.

"Oh lagi satu! Bagitahu mereka jangan upload or update apa-apa kat akaun Instagram dan Weibo sepanjang aktiviti holiday ni. Kalau apa-apa jadi nanti kita semua susah. Faham?" Mr. Kang mengingatkan mereka.

"Okay,"

"Hoi Zaf! Sampai bila kami terperuk dalam keta ni?! Bila nak jalan?" teriak Chen. Mereka yang lain sudahpun masuk ke dalam kereta Zafril lebih awal. Sebenarnya, mereka tak sabar untuk tinggal di rumah banglo besar seperti yang dikatakan oleh Zafril sebelum ini.

"Sabarlah mangkuk!" balas Zafril, sedikit geram.

Zafril dan Joshua berlari tergesa-gesa menuju ke kereta. Pintu kereta dibuka dan masuk ke dalam. Joshua duduk di kerusi pemandu. Pada saat Zafril start enjin kereta, dia menarik nafasnya dan hembus perlahan-lahan.

"Bismillah,"

Perjalanan ke rumah banglo bermula. Zafril dan Joshua harap tiada kejadian berulang seperti tadi.

 

 

----------------------

 

 

 

 

Mereka tiba di hadapan sebuah rumah banglo yang besar dan tersergam indah. Catnya putih bersih tanpa sebarang cela atau retak. Burung-burung berkicauan kedengaran jelas mewarnai suasana. Pagar berjeriji besi kira-kira satu meter dengan cat berwarna kuning keemasan mengelilingi banglo itu. Rumput nan hijau serta pokok-pokok kecil yang ditumbuhi bunga raya merah mekar di sudut hadapan seolah menjemput kedatangan mereka.

"Whooaaa...."

Semua ahli kumpulan Exo M terkesima buat seketika memandang panorama banglo dari luar tingkap.

Tetapi, tidak pada Zafril dan Joshua!

Tercengang. Mana tidaknya, semalam banglo itu bukan main lagi berlalang-lalang panjang, cat dindingnya jelas luntur, mengelupas dan siap retak habis seperti ditinggalkan berpuluh tahun tetapi suasana banglo hari ini jauh amat berbeza sama sekali. Melihat sekeping papan berukir nombor rumah banglo iaitu no.6969, Zafril yakin yang dia tak salah rumah.

"Weh, Zaf! Serius kita menginap kat sini?! Haevenlah!" suara Kris menyentak mereka berdua dari lamunan, saling berpandangan buat seketika.

"A'ah...iii...iya..." Zafril teragak-agak untuk menjawab, masih keliru.

"Ta...tapi kan-"

Belum sempat Joshua meneruskan kata, Xiumin terus membuka pintu kereta dan keluar diikuti mereka yang lain. Udara segar menerpa ke tubuhnya sekaligus menyamankan nafasnya.

Tanpa berlengah, mereka mengambil beg sandang masing-masing dari belakang bonet kereta. Sebenarnya mereka tidak banyak membawa barang peribadi atau pakaian mereka memandangkan cuti mereka tidak lama.

Sebenarnya sejak tadi Xiumin perasan melihat riak wajah Zafril dan Joshua agak tak kena dimatanya. Wajah Joshua jelas mengukir perasaan gelisah. Zafril pula sedikit berpeluh dan tangannya menggigil. Seperti ada sesuatu yang mereka berdua sembunyikan ataupun ada sesuatu yang membuat mereka

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
always_es #1
Chapter 7: fuhhhh....sya baca cerita ni malam hari....tk ingt pulak hari dh mlm sbb syok sgt baca cerita ni...
aquariusxpisces
#2
Chapter 8: Wow....walaupun kepala saya berbelit membacanya tapi ff ni sentiasa jjang!
aquariusxpisces
#3
Chapter 7: yeayhh ff unnie mmg sentiasa terbaik :3
Piqachuu #4
Chapter 7: Bestnyerr!!!authornim..Chen saya dh matiii!!!
Omo!!
UPDATE UPDATE UPDATE!!
lyly_ameera #5
Chapter 6: series authornim, ff ni memang kisah seram sebuah banglo yang paling terbaik pernah saya baca. tak tahulah nk ckp mcm mna tpi apa yg sye yakin, authornim memang ni memang sifu XD
Betul! sye rasa klau sye sentiasa mengikuti cerita2 authornim in sha Allah boleh membantu sye mempertingkatkan lgi sye punya penulisan. Memang best lah authornim! thumbs up!
lurimamikah1509 #6
Chapter 5: What what waaaaaffttttty! Wth just happened?! Serious yg tu tak sangka like WOW! Im crying wuuu