chapter 5

Mistik Banglo
Please Subscribe to read the full chapter

 

"AARRGGHH"

Nafasnya turun naik dengan laju. Badannya panas dan berpeluh deras. Matanya melirik sekeliling. Keadaan dari dalam dapur seperti sediakala. Tiada apa yang bersepah serta angin kencang yang menerbangkan segala pekakas-pekakas dapur . Bungkusan roti paratha masih setia digengamannya.

"Huh mimpi rupanya," Joshua menarik nafas lega sambil menekup mukanya.

"Hah!" Joshua terkejut apabila bahunya ditepuk. Secara refleks dia menoleh ke belakang. Muncul Zafril duduk mencangkung sambil mempamerkan satu senyuman memandangnya.

"Ish! Kau ni buat aku terkejut je." kata Joshua, mencebik marah.

"Apamacam mimpi ngeri kau tadi? Best tak?"

Berkerut dahi Joshua hairan mendengar soalan dari mulut Zafril. Dari senyuman Zafril sepertinya ada sesuatu yang tak kena.

"Ma... maksud kau?"

"Sekarang kau tau kan... macam mana rasa sakitnya bila perut kau dikoyak?"

Joshua tergamam kehilangan kata. Sial! Macam mana dia tahu aku mimpi pasal tu tadi?!

 

"Kau cakap dengan sapa tu?!"

Joshua menoleh ke arah pemilik suara itu. Terlihat Zafril dan Xiumin berdiri di hadapan pintu dapur dengan dahi mereka berkerut, hairan memandang Joshua yang terduduk disitu.

Joshua bagai terkena rejatan elektrik. Jantungnya seakan berhenti dua atau tiga degupan. Badannya menjadi kaku buat seketika. Jika Zafril berdiri di situ bersama Xiumin, habis siapa Zafril di belakangnya tadi?

Dia kembali menoleh ke belakang. Zafril yang duduk mencangkung tadi dah hilang.

"Jo! Kau buat apa duduk situ? Kau okay ke?" soal Zafril.

"A... aku..."

"Wait!" belum sempat Joshua menghabiskan kata, Xiumin terus berlari laju lalu menarik Joshua untuk berdiri.

"Woi Min! Pehal ni?!"

Xiumin tidak menghiraukan teriakan Zafril, sebaliknya pergi menuju ke peti sejuk dan membukanya. Melihat dalam peti sejuk, Xiumin segera menekup mulutnya kerana terkejut. Tak sampai beberapa saat dia cepat-cepat menutup semula peti sejuk dan kembali memandang Joshua dan Zafril.

"Kau ni pehal Min?!" sekali lagi Zafril bertanya. Kali ini dengan nada sedikit geram.

Xiumin menarik nafas panjang sebelum dia bersuara. Hembus.

"Aku nak minta tolong sesuatu boleh?" soal Xiumin. Wajahnya berubah serius dan merenung mereka dalam-dalam.

Zafril dan Joshua saling berpandangan seketika. Keliru dengan apa yang sebenarnya di fikiran Xiumin.

"Apa dia?" soal Zafril.

"Aku mohon, jangan makan apa-apa je yang sedia dalam banglo ni."

"WHAT?!" mereka terkejut.

Zafril segera cuba membuka pintu peti sejuk tapi pantas dihalang oleh Xiumin.

"Kau ni dah kenapa Min?!" soal Zafril marah.

"Aku kata jangan! Kalau nak makan, better kita beli kat kedai. Please?" Xiumin merayu separa berbisik. Mereka makin keliru dengan kelakuan Xiumin.

"Mohon pencerahan?" soal Joshua, sambil membuat gerak tangan isyarat tanda inginkan penjelasan.

Xiumin menarik nafas panjang sekali lagi dan hembus. Kemudian, perla

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
always_es #1
Chapter 7: fuhhhh....sya baca cerita ni malam hari....tk ingt pulak hari dh mlm sbb syok sgt baca cerita ni...
aquariusxpisces
#2
Chapter 8: Wow....walaupun kepala saya berbelit membacanya tapi ff ni sentiasa jjang!
aquariusxpisces
#3
Chapter 7: yeayhh ff unnie mmg sentiasa terbaik :3
Piqachuu #4
Chapter 7: Bestnyerr!!!authornim..Chen saya dh matiii!!!
Omo!!
UPDATE UPDATE UPDATE!!
lyly_ameera #5
Chapter 6: series authornim, ff ni memang kisah seram sebuah banglo yang paling terbaik pernah saya baca. tak tahulah nk ckp mcm mna tpi apa yg sye yakin, authornim memang ni memang sifu XD
Betul! sye rasa klau sye sentiasa mengikuti cerita2 authornim in sha Allah boleh membantu sye mempertingkatkan lgi sye punya penulisan. Memang best lah authornim! thumbs up!
lurimamikah1509 #6
Chapter 5: What what waaaaaffttttty! Wth just happened?! Serious yg tu tak sangka like WOW! Im crying wuuu