Hey, Princess !
Description
Satu perkataan yang melambangkan Rara bagi Seungcheol :
MENYUSAHKAN !
Satu perkataan yang melambangkan Seungcheol bagi Rara:
MENYAMPAH !
Seungcheol dan Rara tak pernah sehaluan.
Seorang ke timur dan seorang lagi ke barat.
Bila Seungcheol cakap A, Rara akan cakap B.
Bila Rara suruh buat itu, Seungcheol akan buat ini.
Kesimpulannya di sini adalah Seungcheol dan Rara memang tak sekepala. Tak langsung !
Tapi yang hairannya…
Dalam banyak-banyak pembantu peribadi yang pernah berkhidmat dengan Rara, cuma Seungcheol seorang yang paling tabah dan kebal dengan gadis banyak songeh itu.
“Seungcheol ! Aku nak air oren ! Yang manis ! Tak nak ada rasa masam langsung.”
“Cik Rara oii ! Aku ni P.A bukannya maid kau. Lagi satu, manis mana pun jus oren tu, kalau sampai kat tangan kau mesti rasa masam jugak. Hahaha!”
Rutin harian mereka adalah bergaduh. Jarang sangat nak tengok dua manusia ni berbaik. Tengking-menengking adalah perkara biasa. Kata-kata kesat dah jadi benda normal bagi mereka dan Seungcheol dah kebal dengan serangan handbag bertubi-tubi Rara. Semua tu normal. Hubungan yang sangat normal bagi dua majikan dan pekerja ini.
Namun,
Bila ‘bom jangka’ terbesar Rara meletus dan ‘tangki kesabaran’ Seungcheol sampai ke limit terakhirnya, satu pergaduhan besar antara yang terbesar telah berlaku.
“Sedar la diri tu sikit ! Selama ni, kau tu kerja makan gaji dengan aku. Kalau aku dengan daddy aku tak ada, sampah macam kau ni dah jadi gelandangan tau tak? Kalau bukan sebab duit keluarga aku, kau dengan keluarga kau yang miskin ni belum tentu dapat hidup !”
“Hoi , perempuan ! Jangan nak hina keluarga aku la ! Kau boleh nak hina aku ! Tapi jangan main nama keluarga aku dalam ni !”
Hubungan normal yang tak berapa nak normal itu akhirnya tamat bila Seungcheol angkat tangan tanda berhenti gara-gara pergaduhan besar yang terjadi dan Rara tetap dengan egonya untuk tak mengendahkan Seungcheol.
Tapi,
Bila hidup Rara tiba-tiba berpusing 360 darjah, gadis itu mula terumbang-ambing. Di saat semua orang pergi dari hidupnya dan membiarkan dia menderita sendirian, hanya seorang saja yang menjadi harapan Rara.
“Kalau kau nak tinggal kat sini, kau kena kerja dengan aku.”
“Kerja apa pulak?”
“Jadi orang gaji tak berbayar kat rumah ni.”
“Apa? Yah ! Choi Seungcheol !”
"Cik, kalau sehari tak susahkan hidup aku memang tak boleh kan?"
"Dalam banyak-banyak orang dalam dunia ni, kau sorang je yang aku percaya"
"Kau anggap la aku ni 'unnie' kau. Err...walaupun aku lelaki."
"Abang je la harapan kami semua."
THEME SONG (LOL!! XD)
-Sebab lagu ni 'penaik' mood untuk saya tulis 'Hey, Princess !'-
Foreword
Ok. Selepas 'Runaway Groom And His 'Wonder Woman' , ini adalah fanfics Seventeen kedua saya :) / tepuk tangan sorang-sorang/
Kalau dulu Wonwoo dah jadi hero, apa kata kali ni kita bagi Seungcheol a.k.a Scoups si leader peluang pulak? Honestly, saya suka personaliti Scoups. Dia nampak berkarisma. Handsome? Memang tak payah nak cakap la. Dia la manusia yang saya rasa handsome dan comel dalam satu masa. Idk...macam mana nak describe. Haha XD
Apa-apa pun,
Saya harap ada yang berminat untuk baca cerita ni ^^
Sekiranya anda suka, jangan lupa untuk...
Subscribe, Vote dan Comment. It made my day :)Saya sangat hargai semua tu.
P/S : Cerita adalah rekaan semata-mata dan tak ada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. Apa-apa perkara yang dah buat readers berasa tersinggung atau berasa hati, saya memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Please enjoy this story. OK?
P/S/S : Jalan cerita Hey, Princess akan ditulis semula dan diberi nafas baru. Mohon maaf atas segala kesilapan dan kesulitan :) Nantikan 'Hey, Princess !' yang terbaru !
POSTER CREDIT TO :
-Thank for the awesome and super cute poster-
Comments