Permulaan

Bila Kingka Jatuh Cinta

 

Mark mengeluh, tangannya diletak atas dahi walaupun pokok rendang di atasnya telah menahan cahaya terik matahari daripada terkena wajahnya.

Bambam menjulingkan matanya ke atas. “Menyampah pulak aku tengok mamat ni angau macam ni dari malam tadi. Nak aje aku rasuah si Namjoo suruh dia date kau.”

“Kau tak tengok dia senyum kat aku semalam, Bam. Comel gila, siot. Apasal lah susah sangat nak accept aku? Aku handsome apa? Pandai pulak tu. Yang penting aku bukan playboy. Camtu pun tak nak ke? Aku tak fahamlah perempuan ni.”

“Kau tu yang bermasalah. Banyak lagi perempuan kat luar sana nak kat kau, jual mahal pulak.”

“Aku tak nak yang lain-lain. Aku nak Namjoo jugak sebab dia awesome.”

“Aku bunuh jugak mamat ni karang.” Perhatian Bambam terganggu apabila melihat seorang gadis mendekati mereka. “Hah, tu. Ada awek datang. Pandai-pandai kaulah, aku blah dulu.”

Mark mengalihkan lengannya lalu bingkas bangun. Benar seperti yang Bambam katakan, ada seorang gadis mendekatinya. Bambam dah hilang entah ke mana maka tinggal Mark dan gadis itu saja di pinggir taman dalam kampus tersebut. Air muka Mark berubah serta-merta. Dia nampak dingin, sedikit pun tidak ramah.

“Hai, Mark.” Gadis itu menyapa lembut.

Naeun, gadis yang pernah ambil kelas Sastera dengan Mark dahulu. Mark rasa tak sedap hati.

“Awak ada dapat mesej saya?”

Mark menggosok rambutnya jadi serabut dengan satu tangan. “Ada,” akuinya jujur.

 

Mark, saya dah lama suka kat awak. Saya tahu awak pernah beritahu saya supaya lupakan awak lama dulu, namun ternyata saya tak boleh lupakan awak. Saya kerap teringatkan senyuman awak, wajah awak selama ni. Jujur saya akui saya dah jatuh hati pada awak. Perasaan saya terhadap awak masih sama, Mark. Saya dengar awak ada suka pada seseorang. Boleh kita jumpa di taman tengah hari nanti? Ada sesuatu yang saya nak bincang dengan awak.

 

“Mark-”

“Lupakan jelah.”

“Maaf?”

“Aku tak berminat.”

“T-tapi…”

“Kita bukannya kenal sangat. KIta sama kelas untuk satu sem je masa first year dulu. Macam mana kau tahu kau dah jatuh hati kat aku?”

“Saya tak boleh tipu perasaan saya, Mark.”

“Lupakan je aku, okey? Aku suka kat orang lain.”

Naeun menggigit bibir. “Jadi, betullah yang awak suka pada gadis yang kerja kat Chatime tu?”

“Aku suka kat siapa tu bukan hal kau.”

“Awak kejam, Mark!” Naeun pantas berlalu dengan linangan air mata di pipinya. Mark turut bangun. Dia dah hilang mood untuk tidur sebentar di bawah pohon rendang tersebut. Tanpa di sangka, apabila dia menoleh ke belakang, Namjoo tercegat di situ. Gadis itu cepat-cepat mengalih pandangannya.

“Sorry, saya terdengar semua tadi.” Namjoo berterus-terang.

“It’s okay.”

Mark terdiam. Dia malu. Namun dia tak ada pilihan. Jika dia terlalu baik, banyak gadis akan terus-menerus menaruh harapan padanya. Mereka berdua terus terdiam, masing-masing tidak bergerak.

“Awak tak rasa…” Namjoo tiba-tiba memecah sunyi, “apa yang awak buat kat dia tadi sama macam apa yang saya buat kat awak?”

“Awak ada sebab awak, kan? Saya pun ada sebab saya tersendiri.”

Ada betulnya, namun jawapan tersebut tidak cukup untuk meyakinkan Namjoo. Di matanya, Mark berlaku biadab terhadap gadis tadi.

 

-

 

9.00 malam.
Perpustakaan universiti.

 

Namjoo membawa buku rujukan yang dipilih ke mesin pinjaman buku. Selesai urusan, ada seseorang menyapa dari tepi dalam perjalanan ke pintu utama.

"Eh, Namjoo. Pinjam buku ke?" Ceria saja nadanya.

Namjoo menoleh ke tepi dan melihat Mark tersengih. Kedua-dua tangannya di seluk ke poket seluar. Tak ada sebarang buku di tangan.

Ada sesetengah orang sukar nak berputus asa. Hati kering? Muka tembok adalah.

"Taklah, cuci baju," balas Namjoo dengan wajah selamba.

Mark batuk kecil, tersedak. Kemudian dia berdehem. "Kebetulan saya pun cuci baju gak. Saya teman awak baliklah." Dia menyengih.

Namjoo menggeleng kepala. Tak apalah. Lambat-laun pasti dia mengalah juga. Sambil mereka menuruni tangga di pintu utama perpustakaan, Mark berjalan lambat-lambat agar dia sedikit ketinggalan. Dia masih ingat kata-kata Namjoo beberapa hari lepas, yang gadis tersebut tidak suka dilihat berdua bersamanya. Sekurang-kurangnya sehingga mereka meninggalkan kawasan kampus. Apabila mereka berjalan di lorong pejalan kaki yang sedikit gelap, Mark melajukan langkahnya semula.

"Hoi, Mark Tuan!"

Ada suara menegur kasar. Mark menghentikan langkahnya, begitu juga Namjoo. Namjoo terkejut; siapa yang memanggil dengan nada yang biadab tersebut?

Seorang pelajar lelaki sebaya Mark melangkah laju ke arah jejaka tinggi lampai tersebut.

Mark merenung tajam. Dia tidak mengenali lelaki tersebut, namun hanya ada perasaan buruk yang bersarang di mindanya.

"Apahal?" Mark membalas ringkas, suranya perlahan dan dingin, sangat berbeza dengan nada cerianya ketika menegur Namjoo tadi.

Sebaik saja lelaki tersebut berada dekat dengan Mark, satu tumbukan dilepaskan ke wajah Mark. Tubuhnya jatuh terhempas ke bumi. Namjoo terbeliak melihat aksi radikal lelaki tersebut.

"Kau apahal gila?!" Mark membentak keras.

Lelaki tersebut menggenggam kolar baju Mark dan memaksanya berdiri semula. "Jangan buat-buat tanya! Kau kacau awek aku kan?!"

"Kenapa? Kau kena dump dengan awek kau ke?"

Satu lagi tumbukan dilepaskan ke rahang Mark. Mark jatuh seklai lagi. Kali ini Mark menderam perlahan, tidak dapat menahan kesakitannya. Namjoo pantas berlari ke sisinya.

"Hei, cukuplah tu!" Namjoo menegur tegas.

"Mulut kau jangan celaka sangat!" Amaran Namjoo tidak dihiraukan sama sekali.

"Antara kau dan awek kau tak ada kena-mengena dengan aku. Jangan tuduh sembarangan." Mark masih tidak mengalah. Buku limanya digenggam erat hingga menggigil. Namjoo sedar semua itu. Dalam hatinya dia bersyukur Mark tidak membalas tingkah ganas pelajar tadi.

"Aku tak nak dengar semua tu. Aku nak kau berhenti kacau Naeun! Jangan sesekali jumpa dia lagi!" Lelaki itu mendekati Mark semula, namun Namjoo menghalangnya daripada berbuat demikian. Dengan sepenuh kudrat, Namjoo menolak lelaki tersebut di bahagian dadanya.

"Aku cakap hentikan!" Namjoo menaikkan suara.

"Kau jangan sibuk!" Mudah saja lelaki tersebut menolak Namjoo ke tepi sehingga gadis kecil tersebut terjelepuk ke tanah. Mark bingkas bangun lalu mencengkam leher lelaki tadi. Nafas Mark semakin berat, matanya memerah. Lelaki tadi meronta untuk melepaskan diri, namun dia tidak menyangka kekuatan Mark tidak terlawan untuknya. Wajahnya mula panik apabila dia mengalami kesukaran bernafas.

"Kau boyfriend Naeun kan?" Nada suara Mark sangat rendah dan dingin, menggerunkan sesiapa yang mendengar. "Aku dah cakap, jangan tuduh sembarangan. Sepatutnya kau faham perangai awek kau sendiri. Aku tak libatkan diri dengan sebarangan perempuan, terutamanya awek orang.  Satu lagi amaran untuk kau, sekali lagi aku nampak kau sentuh perempuan macam tadi, nahas kau." Mark akhirnya melepaskan lelaki tadi dengan kasar, lalu menghampiri Namjoo dengan tenang.

"A-aku lepaskan kau kali ni. Jaga kau!" Lelaki tadi sempat memberi amaran sebelum cepat-cepat melarikan diri.

Mark mengeluh lalu membantu Namjoo berdiri semula. Buku-buku rujukan Namjoo yang tebal dan berat segera dikutip untuk gadis tersebut.

"Awak okey tak?" Mark menyoal, kini suaranya lembut dan tenang semula.

Namjoo sedikit terkejut dengan peristiwa tadi namun masih mampu bertenang. Namjoo mengangguk, menyembunyikan luka di kedua telapak tangannya. Dia lebih risaukan Mark.

"Awak..." Namjoo menyeluk kocek, mencari-cari sesuatu, kemudian menyeluk beg galasnya pula. Namjoo membawa keluar sekeping sapu tangan lalu dihulur kepada Mark. Namjoo masih kelu lidah, dia sekadar menggunakan bahasa isyarat, menunjuk ke arah bibirnya.

Mark tidak mengambil sapu tangan tersebut, sebaliknya terus menyentuh bibirnya lalu melihat kesan darah di jarinya. "Ah, !" Mark berbisik.

Namjoo mencapai tangan Mark lalu mengheretnya ke bangku taman berdekatan. Berkerut wajah Mark memikirkan peristiwa tadi. Dia kesal Namjoo terlibat sama, malah melihat dia hilang kawalan diri sebentar tadi.

Namjoo mencurah air ke sapu tangannya lalu mengelap luka Mark perlahan-lahan. Mark menggosok rambutnya yang dah sedia ada tak terurus.

Sorry, awak terjebak dengan semua benda tadi.”

"Kenapa dengan mamat tadi tu?" Namjoo menyoal perlahan, sekaligus mengelakkan rasa janggal.

"Entah. Saya tak kenal dia pun." Mark berkerut sedikit, pedih apabila lukanya disentuh.

"Kalau tak kenal, kenapa dia pukul awak tiba-tiba?"

"Dia boyfriend Naeun, gadis yang saya reject pagi tadi. Mungkin dia cemburu sebab Naeun luahkan perasaan kat saya. Kadang-kadang jadi benda macm ni. Sebelum ni ada beberapa boyfriend orang bagi warning kat saya. Sama ada depan-depan atau mesej kat telefon. Padahal saya tak kenal awek dia orang pun. Ini first time kena pukul, heh," Mark tersenyum tawar.

Timbul rasa kasihan dalam hati Namjoo.

"Sebab tu saya tak nak layan sangat kalau budak-budak perempuan hantar surat cinta. Saya tak pernah reject dia orang mentah-mentah. Saya baca semua surat cinta yang saya terima walaupun lepas tu saya koyak depan dia orang. Saya saja buat macam tu, biar dia orang give up. Kalau dia orang benci saya lagi bagus."

"Dalam ramai-ramai yang confess kat awak, takkan tak ada satu pun yang awak berkenan?"

"Saya kecewa sebab semuanya bagi alasan tertawan dengan senyuman sayalah, tak boleh lupakan wajah sayalah... Semuanya tak lebih daripada tarikan fizikal. Agaknya kalau muka saya macam katak, tak ada siapa yang pandang." Mark tertunduk, bibirnya tersenyum tawar. "Kalau saya ada pilihan untuk jadi tak popular, dah lama saya ambil pilhan tu."

"Tapi kenapa awak berminat nak berkawan dengan saya apula? Padahal saya dah bagitahu yang saya tak berminat."

"Sebab saya tahu Namjoo tak macam kebanyakan gadis. Awak bijak, dan awak tulus. Awak tak pandang paras rupa. Sebab tu saya suka kat awak." Mark tersengih.

Namjoo rasa malu dipuji begitu, namun dia buat-buat tak peduli. Wajahnya kosong saja sedangkan dalam hati jantung dah berdegup laju. Ish, Namjoo tak suruh pun jantung dia jadi begitu, pandai-pandai saja si jantung ni berdebar-debar macam nak terkeluar daripada dadanya.

"Mana awak tahu saya macam tu? Entah-entah saya jahat, apa awak tahu?" Namjoo sengaja menguji.

"Sebab ada cupid dah panah jantung saya kot, mata saya cuma nampak awak je." Mark berseloroh, namun Namjoo menjeling tajam apabila mendengarkan jawapan mengarut sebegitu.

Mark tersengih malu.

"Saya dengar dari Bambam, kawan sekelas awak. Yang lain-lain tu berdasarkan pemerhatian saya. Betul kata awak, saya bukannya kenal awak sangat, sebab tulah nak berkenalan dengan awak."

Namjoo ambil nafas dalam-dalam. "Nak kenal tu bolehlah, tapi jangan berharap lebih-lebih pulak sebab saya paling tak suka tige jenis lelaki ni: Lelaki handsome, lelaki popular, dan lelaki yang suka loyar buruk dan cheesy."

Mark tersengih saja, walaupun bibirnya masih pedih. Amaran Namjoo tegas, namun di telinga Mark, semuanya kedengaran manis.

 

-

 

5.00 petang
Gelanggang Bola Keranjang

 

Seusai kuliah petang, Namjoo menyorot basikalnya sambil menikmati udara segar di sekitar kampusnya. Kebetulan dia melalui geanggang bola keranjang yang sedang digunakan sekumpulan pelajar lelaki. Namjoo kenal beberapa orang daripada mereka. Yugyeom, Bambam, Youngjae, Jinyoung dan... Mark. Ada beberapa orang lagi yang Namjoo kurang cam. Kesemua mereka sedang leka bermain, tersenyum ceria, termasuklah Mark.

Namjoo tercegat saja di pinggir gelanggang tersebut. Di minda Namjoo, peristiwa malam tadi asyik diulang tayang tanpa kerelaannya. Berbeza sungguh Mark yang sedang naik marah malam tadi dengan Mark yang tampak gembira hari ini. Seolah-olah kejadian semalam tak pernah berlaku.

"Eh!" Jinyoung yang sedang bermain bola keranjang berhenti sebentar untuk melambai tangan kepada Namjoo. Melihatkan Jinyoung, Mark baru menyedari kehadiran gadis tersebut. Ada sedikit cemburu di hatinya melihatkan reaksi Namjoo yang begitu mudah mengukir senyuman terhadap Jinyoung, malah membalas lambaian rakannya. Saat yang lain-lain meneruskan permainan, Mark berlari ke hujung gelanggang, mendekati Namjoo.

"Hai, Namjoo. Baru balik kelas ke?" Mark tersenyum lebar, menunjukkan barisan giginya yang putih dan rapi.

Namjoo sekadar mengangguk. Masih dingin terhadap Mark.

"Ingatkan awak datang untuk bawakan Matcha Tea Latte untuk saya." Mark tersengih.

Namjoo mengerutkan wajah. "Tak muak ke minum Matcha Tea hari-hari?"

"Selagi awak kerja kat Chatime selagi tu saya tak muak." Sengih Mark melebar. Namjoo menjulingkan mata ke atas. Gedik boleh tahan anak Encik Tuan ni.

Perbualan Mark dan Namjoo terganggu apabila ada sekumpulan gadis menghampiri gelanggang bola keranjang tersebut. Mereka tertawa sesama sendiri sambil menjeling manja ke arah Mark.

Mark lekas-lekas memadam senyuman di wajahnya lalu berdehem kecil. "Saya pergi dulu," ujarnya perlahan sambil merendahkan pandangannya. Mark berlalu dan menyertai permainan bola keranjang tersebut semula. Kumpulan gadis tadi menjerit namanya untuk memberi sokongan namun Mark buat tak dengar saja. Wajahnya serius, tidak ceria seperti tadi.

"Hm..." Namjoo mengeluh kecil. "Sombong," Namjoo ujar sendirian. Ketika dia berlalu pergi, terukir senyuman kecil di bibirnya.

Mark membuat jaringan tiga mata dari jarak jauh dengan jayanya. Rakan-rakan sepasukannya berlari kearahnya sambil berteriak kuat dengan senyuman lebar. Mark mencuri pandang ke arah Namjoo namun sayang, gadis tersebut sudah pun membelakangi gelanggang dan berlalu pergi sambil menyorot basikalnya.


 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lunaticmoon
Ke hadapan subscribers...
Harap tak ada yang terkejut kalau tetiba ada 'Updated!' untuk citer ni ya. Saya saja nak bump cerita ni so that newer readers boleh discover cerita ni. Kalau dah habis baca boleh lah nak unsubscribe, tapi hopefully tinggalkan la komen sikit baru la beretika, ye tak? :D

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 4: Ingatkan betul namjoo dengan jin young..nasib baiklah tak.kalau tak,frust menonggenglah si mark Tuan tu..
Haimin #2
Chapter 4: Fighting
thelucidream
#3
Chapter 4: This is epic! Omaigad! Mark tak boleh ke kau jadi comel lagi? Hahahhaa untung Namjoo xD mamat hati kering syok kat dia. Haih, tapi lelaki ni memang rata-rata macam si Mark. Nampak je cool kat luar, tapi bila dah angau, rasa-rasanya member semua jadi macam Bambam. Anyway, nice story! I ❤ it! C:
starlightkim_
#4
Dari tadi asyik tersengih macam kerang busuk..sweetlah diaorg ni..nasib baiklah authornim satukan mark dan namjoo..kalau tak..maunya saya menangis sampai keluar hingus..XD apa-apapun..great job authornim..
soohanfeels
#5
Chapter 4: Yasssss finally dah confess pun >< so sweet :') sedih pun ada bila baca part Mark give up tu x'D
starlightkim_
#6
Chapter 3: Oh goshh..sweetnya mark..tak sangka dia seorang yang baik dan bekas ahli persatuan khidmat masyarakat..patutlah dia jadi macam tu..and because of populariti yang tinggi..dia tak dapat nak buat charity..update soon authornim
soohanfeels
#7
Chapter 3: Gila aa sweet badabass Mark kat Namjoo :D kalau lah bebetul jadi MarkJoo *.*
blackheartz
#8
Chapter 2: cutelah fanfic ni..tersengih-sengih seorang diri saya membacanya..kipidap authornim