Peluang

Bila Kingka Jatuh Cinta

 

Mark memang suka duduk baris depan. Sebab? Semua orang tak suka baris depan, baik lelaki mahupun perempuan. Senang, tak banyak orang kacau. Kadang-kadang pensyarah panggil nama untuk jawab soalan, tapi bagi Mark tak ada masalah memandangkan dia memang selalu tumpukan perhatian pada kuliah. Lagipun, pensyarah lebih gemar panggil nama orang yang tengah berangan atau duduk di bahagian belakang.

Dan kalau ada sesiapa tinggalkan surat cinta di tempat duduk baris depan, itupun perkara biasa.

Respon Mark? Dia baca sepintas lalu. Sebelum keluar kelas dia akan koyak saja surat cinta tu. Biar si pengirim nampak, biar gadis-gadis seluruh kelas nampak. Lebih baik lagi kalau mereka hebahkan satu kampus yang Mark, si pengoyak surat cinta tak akan bagi peluang kepada mereka walau secebis pun.

 

-

 

Hari ke-13.

 

Masa untuk Chatime.

Red Bean Matcha Tea Latte lagi.

Ini bukan usaha mendapatkan diabetes mahupun satu pembaziran. Pelaburan, ikut kata Mark. Bambam cakap buang masa (dan tentu sekali, buang duit), tapi bagi Mark ini brilliant.

“Kau minta jela nombor dia. Dengan muka handsome camtu, tak petik jari lagi, baru angkat jari perempuan dah beratur,” Bambam merungut sambil menghirup Matcha Tea tersebut. Itu minuman kegemaran Mark, bukan Bambam, tapi kalau sejak tiga belas hari yang lepas hari-hari Mark beli minuman tersebut, dia sendiri pun naik muak. Sudahnya Bambam yang jadi tukang sedut, sebab bagi dia semua benda free sedap.

“Itulah kau. Dia bukan macam perempuan lain. Kau petik jari ke, buat akrobatik ke, sebelah mata pun dia tak pandang. Tapi dengan strategi aku ni, gerenti muka aku dah terpacak dalam otak dia. Silap-silap boleh terbawa ke mimpi.”

Bambam menjulingkan matanya. Memanglah, kalau hampir dua minggu hari-hari datang pesan air yang sama, dia rasa semua pekerja di gerai Chatime di kampusnya kenal muka Mark tu.  Siap study lagi shift Namjoo dari pukul berapa ke pukul berapa. Kalau bukan Namjoo yang jaga cash, Mark tak nak beli. Bambam menggeleng kepala.

Angau tahap kronik. Nak masuk tahap stalker pun ada.

“Yang kau syok sangat kat Namjoo tu apahal? Tak adalah cun mana pun.”

“Wei, mulut jaga sikit.” Mark sempat menghadiahkan sedas buku lima ke kepala Bambam. “Kau tak nampak ke betapa seriusnya dia kerja hari-hari? Banyak kot mamat hot datang usik-usik dia tapi dia buat tak layan je. Dahlah pandai, tiap-tiap sem dapat anugerah dekan. Tak banyak cakap pula tu! Itulah gadis idaman aku yang aku cari selama ni.”

Bambam geleng kepala. Sumpah tak faham. Tak menarik langsung si Namjoo tu. Muka boleh tahan comel, tapi perangai tak comel langsung. Muka serius memanjang; menakutkan adalah.

So, when is the next step?” Bambam sekadar bertanya. Dia tak berminat pun apa yang bakal terjadi pada Mark. Silap haribulan frust menonggeng.

“Esok. Genap hari ke empat belas, aku up kan game aku.”

Well, good luck kawan.” Bambam menepuk bahu Mark.

 

-

 

Hari ke-14.

 

Chatime, Mark datang lagi. Macam biasa, Namjoo menyambut kehadirannya dengan wajah kosong. Tiada senyuman. Kalaulah Namjoo tersenyum, mahu cair lutut Mark disitu juga.

“Red bean Matcha Tea Latte?” Namjoo bertanya. Mark tersenyum.

“Yup.” Rasa bangga apabila Namjoo dah tahu pesananannya sebelum Mark buka mulut. Seolah kewujudan Mark diakui gadis tersebut.

Mark hulurkan sejumlah wang, yang itu pun dia dah hafal sebelum Namjoo sempat masukkan harga di mesin wang. Tapi hari ni, dia terasa sedikit debaran kerana bersama wang tersebut, disertakan sekali sekeping nota kecil.

Harap awak sudi berkenalan dengan saya – Mark Tuan

Turut tercatat nombor telefon di bawah namanya.

Mark berlalu tanpa menanti reaksi gadis tersebut, jaga cool. Pada masa yang sama, Namjoo terkedu sehingga dia lupa menyampaikan pesanan Mark tadi kepada tukang buat air. Mujur tak ada pelanggan lain pada waktu itu, kalau tak mungkin dah lama kena jerit. Namjoo pernah mengesyaki bahawa Mark mungkin ada agenda tersembunyi kerana mengunjungi gerai tersebut setiap hari, namun tak pula terlintas di fikirannya yang Mark datang demi dirinya! Mark merupakan antara jejaka yang sangat popular di kampus tersebut. Macam tak masuk akal pula bila terima nota tadi daripada dia!

Patutkah dia berterus terang atau cari alasan lain?

Namjoo cepat-cepat sembunyikan nota kecil tadi lalu meneruskan kerjanya seperti biasa apabila ada pengunjung lain membuat pesanan.

Mark mengambil minumannya yang siap disediakan. Ada nota kecil tertampal di cawannya.

Maaf, saya tak berminat.

Seolah seiring dengan ribut taufan yang melanda jiwanya, awan mendung mula berarak, guruh berdentum di langit. Tatkala hujan lebat membasahi bumi (dan seluruh tubuhnya), Mark masih sukar menerima kenyataan yang telah jelas tersurat.

 

-

 

Berdekah-dekah Bambam, Jackson dan JB ketawa mendengarkan pengakhiran kisah pemburuan cinta Mark.

“Aku tak sangka minah ni hardcore jugak! Beriya kau usha dia, camtu je dia reply!” Jackson menekan perut.

“Tulah kau Mark, jual mahal sangat. Banyak-banyak awek nak kat kau, awek rare jugak yang kau cari,” JB berseloroh.

Mark sekadar berdiam. Dia tak puas hati. Kenapa Namjoo tak berminat? Adakah dia ada seseorang yang disukainya? Adakah orang tu lebih kacak dan lebih pandai daripada Mark? Mungkin mereka rasa semua ni kedengaran kelakar, namun tidak pada Mark. Mark dah berangan jauh, mahu memperisterikan Namjoo, membina keluarga bersama dengan gadis yang dirasakan cukup istimewa di matanya.

Mark mahukan penjelasan. Dia tidak mahu beralah begitu saja selepas berusaha keras selama dua minggu yang lepas.

“Lupakan jelah Namjoo tu.” Bambam menepuk belakang Mark.

“Bam, kau ada ambil kelas yang sama dengan Namjoo kan?” Mark bertanya, tak ambil hirau sisa hilai tawa rakan-rakannya.

JB dan Jackson menepuk dahi. Kalau tak degil tu namanya bukan Mark Tuan. Nampak je senyap tapi tegar juga mamat seorang ni.

“Ah, jangan tanya aku. Aku tak tahu apa-apa.” Bambam cepat-cepat berdalih.

“Ciri-ciri lelaki idaman dia ke… Ex dia ke…”

Bambam menggaru kepala. “Masa first year dulu, cam ada dengar skandal dia dengan Jinyoung. Tapi cam tak menjadi je. Tak tahulah. Sekali tu je aku dengar orang kaitkan nama dia dengan lelaki.”

Mark mengambil nafas dalam-dalam. Dia kenal siapa Jinyoung. Salah seorang teman yang disenanginya, walaupun tak ambil kursus yang sama dengan dia. Jinyoung budak Psikologi, Mark budak Art and Design. Macam Mark, Jinyoung sangat popular disebabkan paras rupanya yang kacak. Namun dia ramah dan baik hati, tak macam Mark yang kejam terhadap budak-budak perempuan yang menaruh hati padanya.

Dan setahu dia, Jinyoung sangat setia pada teman wanitanya.

 

 

 

“Namjoo, akak dengar budak handsome famous yang suka koyak surat cinta tu – Mark, kan, dia bagi surat cinta kat awak ek?” Bomi tersenyum nakal.

Namjoo buat-buat tak kisah apabila teman serumahnya bertanya sedangkan wajahnya dah terasa hangat.

“Ish, mana ada,” jawab Namjoo ringkas. Matanya masih setia pada buku nota di atas meja belajar.

“Tipuuu… Satu kampus dah tahu… Yang Mark datang Chatime hari-hari tu, sebenarnya nak usha awak,” Bomi tersengih. “Dasyatlah adik akak ni. Dapat surat cinta dari Kingka tu! Bukan sebarang Kingka, Kingka hati kering yang reject semua perempuan yang syok kat dia tu!”

Namjoo mengeluh. Cepat sungguh khabar angin tersebar. Daripada nota sekecil kad nama, jadi surat cinta. Agaknya khabar angin bodoh tu dah berkembang jadi cerita apa sekarang? Mungkin 'budak siapa-siapa entah yang jaga gerai Chatime tu main ilmu pukau kat Mark'.

Itulah, mungkin disebabkan Mark terlalu popular, setiap gerak-gerinya mendapat perhatian.

Dan Namjoo cukup tak suka pada perhatian.

“Jadi, apa awak bagitahu dia?”

“Em…” Namjoo terasa berat untuk berkongsi cerita, namun dia tahu Bomi boleh dipercayai. “Saya cakap saya tak berminat.”

“HAH?!” Mata Bomi membundar. “Macam tu je? Walaupun dia datang usha kamu hari-hari?”

Namjoo terdiam sebentar. “Saya tak nak ambil risiko, kak.”

“Kenapa? Cuba berkenalan dengan dia dulu. Walaupun Mark tu nampak macam kurang ajar, tapi dia bukan buaya. Mungkin sebenarnya dia baik?”

Namjoo mengeluh kecil. “Entahlah kak. Namjoo tak suka lelaki popular. Nanti banyak budak perempuan cari pasal pulak.”

Bomi menggeleng kepala. “Hmm, nasib kaulah Mark. Mentah-mentah kena reject.”

 

-

 

9.00 malam.
Gerai Chatime

 

Dah masuk tiga hari Mark tidak mengunjungi Chatime. Rasa aneh pula bila dia tiada. Seolah Namjoo dah tertunggu-tunggu kehadiran dia. Tapi, lebih baik begini. Tak adalah ramai sangat yang memerhati gerak-geri Namjoo hari ni. Sepanjang tiga hari ni, Namjoo kerap terfikir kata-kata Bomi.

 

“Hmm, nasib kaulah Mark. Mentah-mentah kena reject.”

 

Namjoo ada sedikit rasa bersalah. Adakah dia terlalu kejam terhadap Mark? Namun bukankah Mark juga sering beitu? Mematahkan hati para gadis yang menyimpan perasaan terhadapnya?

Biarlah. Namjoo berhak untuk menolak dia dan itu bukan satu kesalahan, betul tak?

Namjoo menanggalkan apron Chatime setelah waktu bekerjanya tamat. Dia mencapai begnya lalu mengucap selamat tinggal pada teman sekerja yang lain. Sebaik saja dia meninggalkan bangunan di kampus tersebut, dia disapa seseorang.

“Hai, awak.”

Namjoo hampir melompat, terkejut apabila melihat seseorang dalam gelap sedang memerhati dirinya. Lelaki yang bersandar pada dinding tadi menegakkan tubuhnya, limpahan cahaya lampu jalan menerangi wajahnya. Apabila diamati betul-betul, rupanya itu Mark Tuan.

“Awak…” kata-kata Namjoo mati di tengah jalan.

“Saya Mark. Awak Namjoo, kan? Saya tunggu awak habis kerja tadi.”

“Oh…” Nak stay ke nak lari ni? Ish, rasa janggal yang teramat sangat dah ni. Kalau boleh nak jadi burung unta, sorok kepala dalam tanah.

“Awak nak balikkan? Saya teman awak.”

“Em…” Namjoo ingin menolak namun-

“Bahaya tau perempuan jalan sorang-sorang waktu malam ni.”

Namjoo tak mahu memanjangkan perbualan, nanti jadi perdebatan pula. Dia diamkan saja lalu mula berjalan, membiarkan Mark mengekorinya dua langkah dari belakang. Dari kampus ke rumah yang disewa Namjoo bersama beberapa rakan lain tak jauh, dalam lima belas minit berjalan. Ada benarnya kata Mark, agak bahaya, malah sedikit menakutkan untuk berjalan seorang diri pada waktu malam walaupun tak begitu lewat.

“Namjoo, awak pernah dengar orang cakap pasal saya tak?” Mark memulakan perbualan apabila mereka sudah jauh seidkit dari kampus, sambil itu tangannya menggosok rambutnya jadi serabut. Mark melajukan sedikit langkahnya agar dapat berjalan seiring dengan Namjoo.

“Pernah.”

“Apa yang awak dengar?”

“Yang awak selalu koyak surat cinta. Awak sombong. Hati kering. Bajet hot.”

“Awak rasa saya macam tu?”

“Saya tak kenal awak, saya tak tahu.”

Mark tersneyum. Benar seperti yang disangka. Namjoo bukan jenis yang mudah percaya pada khabar angin. Gadis bijak tak mudah terpengaruh dengan benda-benda mengarut macam tu.

“Jadi kenapa awak tolak permintaan saya? Saya nak berkenalan pun tak boleh ke?”

“Kalau setakat nak berkenalan, banyak lagi orang kat kampus ni awak boleh nak kenal. Saya tak nak terlibat dengan awak.”

Mark menggenggam bajunya di bahagian dada. “Aduh, sakitnya tuh di sini.” Dia bergurau. Dalam hati, memang sakit pun. Gadis yang disukainya tak mahu beri peluang walau sebesar kacang merah dalam Matcha Tea Latte kesukaannya. Namun, tanpa disangka, Namjoo tersenyum kecil melihat aksinya sebentar tadi.

Fuh, comel gila. Kawal diri, Mark, kawal diri. Jangan sampai jatuh terjelepuk depan Namjoo, hilang macho.

“Sampai hati awak…”

“Maaf, Mark. Kalau orang nampak kita berdua macam ni mesti ramai yang buat cerita. Saya tak suka benda-benda macam tu.”

Mark tersenyum hambar. Dia sangat suka sifat Namjoo yang berterus-terang, namun tak sangka kesannya begitu menyakitkan. Dia kena reject bukan sebab dia hodoh, bukan juga sebab perangai dia buruk, tapi sebab dia popular. Popular, hah. Mark rasa macam nak tendang diri sendiri waktu ni.

Mark ambil nafas dalam-dalam. “Saya ikhlas nak berkawan dengan awak, saya harap awak boleh pertimbangkan lagi. Beri saya peluang,” Perlahan saja Mark ucapkan. Buat Namjoo rasa bersalah pula.

Mereka terus terdiam sehinggalah sampai ke bangunan apartmen yang didiami Namjoo. Namjoo sempat ucapkan terima kasih sebelum meninggalkan Mark. Hatinya terasa berat. Namjoo masih kekal dengan keputusannya walaupun dia berasa sedikit goyah. Rayuan Mark terngiang-ngiang di telinganya.

Mungkin benar apa yang Bomi kata. Mungkin Mark sebenarnya baik hati, bukannya hati kering dan bajet hot macam yang orang cakap; walaupun Namjoo tak pernah ambil kisah tentang semua itu.

Patutkah dia beri peluang kepada Mark?

 

 

 


 

Author's notes: Thanks semua readers dan subscribers! harap korang enjoy citer ni!

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lunaticmoon
Ke hadapan subscribers...
Harap tak ada yang terkejut kalau tetiba ada 'Updated!' untuk citer ni ya. Saya saja nak bump cerita ni so that newer readers boleh discover cerita ni. Kalau dah habis baca boleh lah nak unsubscribe, tapi hopefully tinggalkan la komen sikit baru la beretika, ye tak? :D

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 4: Ingatkan betul namjoo dengan jin young..nasib baiklah tak.kalau tak,frust menonggenglah si mark Tuan tu..
Haimin #2
Chapter 4: Fighting
thelucidream
#3
Chapter 4: This is epic! Omaigad! Mark tak boleh ke kau jadi comel lagi? Hahahhaa untung Namjoo xD mamat hati kering syok kat dia. Haih, tapi lelaki ni memang rata-rata macam si Mark. Nampak je cool kat luar, tapi bila dah angau, rasa-rasanya member semua jadi macam Bambam. Anyway, nice story! I ❤ it! C:
starlightkim_
#4
Dari tadi asyik tersengih macam kerang busuk..sweetlah diaorg ni..nasib baiklah authornim satukan mark dan namjoo..kalau tak..maunya saya menangis sampai keluar hingus..XD apa-apapun..great job authornim..
soohanfeels
#5
Chapter 4: Yasssss finally dah confess pun >< so sweet :') sedih pun ada bila baca part Mark give up tu x'D
starlightkim_
#6
Chapter 3: Oh goshh..sweetnya mark..tak sangka dia seorang yang baik dan bekas ahli persatuan khidmat masyarakat..patutlah dia jadi macam tu..and because of populariti yang tinggi..dia tak dapat nak buat charity..update soon authornim
soohanfeels
#7
Chapter 3: Gila aa sweet badabass Mark kat Namjoo :D kalau lah bebetul jadi MarkJoo *.*
blackheartz
#8
Chapter 2: cutelah fanfic ni..tersengih-sengih seorang diri saya membacanya..kipidap authornim