Soal Hati

Bila Kingka Jatuh Cinta

 

"Bro, pinjam-" Bambam terkedu di muka pintu bilik Mark apabila melihat si panjang tersebut terbaring di atas katil, mengeluh panjang dengan lemah bersama sekeping sapu tangan (yang katanya dihadiahkan oleh gadis idamannya) di atas muka.

"Argh..." Bambam menarik rambut, "wei, korang! Tolong tengokkan sikit budak ni! Dah parah dah! Baik korang tengokkan dia sebelum aku tikam dia!"

Jinyoung yang mendengarkan panggilan kecemasan tersebut dari bilik sebelah bangkit dari kerusinya lalu menjenguk ke bilik Mark. Jinyoung tertawa kecil sambil menggeleng kepala melihat keadaaan Mark.

"Tengoklah tu. Kau tak rasa macam nak bunuh?" Bambam menggeleng kepala sebelum berlalu.

"Wei, mulut jaga sikit..." Mark embalas. Bambam ynag bertembung dengan Jackson di luar sekadar berbalas high five dan tertawa nakal.

"Hai... Siapa sangka? Si pengoyak surat cinta yang orang kata sombong, hati kering dan bajet hot ni sebenarnya sentimental, jiwang karat, dan loser macam ni?" Jinyoung masuk ke bilik Mark lalu duduk di atas kerusi belajar Mark.

"Kau ni dah kenapa, bro?" Soal Jinyoung lagi.

"Namjoo..."

"Hah... Apa citer kau dengan Namjoo sebenarnya ni?"

"Entahlah bro... Kadang-kadang aku rasa macam dia nak bagi peluang kat aku. Kadang-kadang rasa macam tak ada harapan dah..."

"Relaxlah Mark. Namjoo tu memang kental sikit, memang sesuailah dengan nama jolokan dia, awek rare. Dia tak minat cintan-cintun ni, mamat-mamat average memang tak ada peluanglah. Kalau ikutkan reputasi kau, memang dah kategori above average. Usaha je kena lebih sikit. The best man wins, bro."

"Jinyoung..."

"Apa dia?"

"Kau dah lama kenal Namjoo kan?"

"Yup, dari sekolah menengah lagi."

"Korang rapat ke?"

"Sangat."

"Betul ke cerita masa first year dulu... korang ada skandal?"

"Oh, tu..." Jinyoung tertawa tawar, ada rasa bersalah terpancar di wajahnya. "Yup, dia ada confess kat aku masa first year dulu. Aku tak sangka, sebab masa tu aku date Naeun. Tapi sekarang kitorang kawan biasa je, kau jangan fikir bukan-bukan pula."

"Hm... Speaking of Naeun... Apa citer dengan korang? Aku tahu korang memang banyak kali on off sepanjang tiga tahun ni, tapi sejak bila pula dia ada boyfriend baru?"

"Aku dengan Naeun dah betul-betul clash... Dua bulan lepas... Aku malas nak cerita kat korang, nak cool off dulu."

"Serius? Kau biar betul, bro?" Mata Mark membundar, terkejut dengan pengakuan Jinyoung. Walaupun banyak kali bertekak dnegan Naeun, Jinyoung tak pernah putus asa. Dia pasti akan berusaha untuk menjernihkan semula hubungan mereka. Malah, di awal hubungan mereka dulu, Naeun penah tinggalkan Jinyoung kerana menaruh hati pada Mark, namun Jinyoung tetap memujuk Naeun selepas Mark menolak cinta Naeun. Jinyoung benar-benar sayangkan Naeun dan jika dia berkata yang mereka dah 'clash', pasti itu bukan satu gurauan.

"Aku rasa baik aku lepaskan dia saja. Tak laratlah wei, patah hati berkali-kali. Aku tak tahu pula dia dah ada boyfriend baru, tapi biarlah dia. Asalkan dia bahagia."

Baru dua bulan, dan Naeun dah ada boyfriend baru. Malah, lelaki tersbeut turut menjadi mangsanya apabila Naeun masih lagi mahukan Mark. Mark tak sampai hati nak beritahu bahagian akhir tu pada Jinyoung. Jinyoung dah terlalu banyak berkorban demi Naeun.

"Gilalah perempuan tu."

Jinyoung menepuk bahu Mark. "Apa-apa hal, good luck untuk kau. Namjoo tu budak baik, kau takkan kecewa punya."

"Thanks, bro."

"Hah, assignment kau yang nak kena hantar Isnin tu dah siap belum?"

"Agh... Belum!"

"Hah, pergi siapkan!"

 

-

 

"Hoi, menung ingat boyfriend ke?" Bomi sengaja mengusik saat dia menjenguk Namjoo di biliknya.

Namjoo memuncungkan bibir. "Eh, mana ada. Orang tengah fikir je."

"Fikir apa yang khusyuk sangat tu?"

"Fikir... zaman smartphone ni... Semua orang pakai whatsapp, kakao, dan lain-lain... Ada lagi ke orang bagi surat cinta?"

"Hah!" Bomi menepuk tangan lalu tertawa kuat. "Ha, tengah fikir pasal Mark rupanya!"

"M-mana ada!" Wajah Namjoo mula ranum dengan rona merah jambu, "orang tengah cakap pasal hal amlah! General topic!"

"Takyah nafikan lah dik oi, akak bukan beranak semalam." Bomi melabuhkan punggung di atas katil Namjoo. "Of courselah orang bagi surat cinta, kalau itu je cara untuk berkomunikasi dengan mamat jual mahal tu!"

"Takkanlah kawan sekelas pun takde nombor dia?"

Bomi menggeleng kepala. "Nombor dia memang top secret. Kawan rapat dia je yang tahu."

"Mana akak tahu semua ni?"

"Sebab dulu akak ada ambil subjek yang sama dengan dia. Sama-sama dengan Naeun dan Jinyoung. Ha, itulah titik bersejarah permulaan kisah si pengoyak surat cinta."

"Ha?"

"Masa tu Mark tak kisah bagi nombor kat kawan sekelas. Masa tu juga Jinyoung baru date Naeun kan? Alkisahnya, Naeun selalu balas-balas mesej dengan Mark. Rupa-rupanya dia ada hati dengan Mark. Bila Naeun confess, Mark reject dia dan terus tukar nombor. Dia rasa bersalah kat Jinyoung, salah satu member rapat dia. Sejak hari tu dia memang kedekut bagi nombor. Dia tak nak dah budak perempuan approach dia. So, budak-budak perempuan ni start hantar surat cinta pula kat dia. Dari situlah bermulanya kisah koyak-koyak surat cinta ni."

"Oh..." Namjoo pantas teringat nota kecil Mark yang tercatat nombor telefonnya. Tak sangka, nombor yang dia rahsiakan selama ni dia berikan pada Namjoo begitu sahaja.

"Dulu Mark lain. Dulu dia comel je, friendly. Sekarang ni je cam sombong sikit, itupun akak rasa sebab dia tak nak layan budak-budak perempuan yang tergedik-gedik kat dia. Sebab tulah akak okey je bila dia syok kat kamu."

Betu juga kata-kata Bomi. Dengan orang lain dia nampak sombong, tapi apabila dengan Namjoo...

Namjoo tersenyum sambil geleng-geleng kepala.

 

-

 

"Ta-da!" Namjoo muncul di meja kafeteria yang dihuni JInyoung. Biasanya jejaka tersebut dilihat berdua bersama teman wanitanya, namun kali ini dia berseorangan.

"Eh, Namjoo!" Jinyoung tersenyum.

"Nah, aku belanja!" Namjoo meletakkan secawan Pearl Milk Tea di hadapan Jinyoung.

“Eh? Hari ni ada apa-apa yang special ke?”

“Tak adalah, ada orang tu tengah berduka-lara sebab baru kena tinggal girlfriend. Aku nak cheer up kan kau je.”

Jinyoung tertawa kecil. “Thanks. Kau ni memang terbaiklah.”

“Kan?”

“So, macam mana dengan exhibition minggu depan tu?”

Namjoo memuncung. “Ada masalah sikitlah.”

“Masalah apa?”

“Designer yang kita orang hire tu. Dia janji nak bagi draf poster minggu lepas. Tapi sampai hari ni tak ada khabar berita. Call pun tak dapat.”

“Ek eleh, camtu pulak. Korang dah habis bayar ke?”

“Tak, tapi dah bagi deposit lima puluh peratus.”

“Kurang ajar.”

“Tulah. Kitorang pun tengah serabut ni. Nak upah designer baru, takut bajet lari pula.”

“Hm… Tak apa, aku rasa ada jalan penyelesaiannya. Hah, panjang umur!”

Tiba-tiba perhatian Jinyoung teralih. Melihatkan arah mata Jinyoung, Namjoo turut berpaling untuk mengambil tahu. Rupanya Mark sedang memerhati dari jauh. Dia melarikan pandangannya daripada Namjoo namun terlambat.

“Eh, Mark, sini jap!” Jinyoung melambai. Mark bangkit dari mejanya perlahan-lahan, lagaknya serba-salah. Namjoo hairan melihat Mark berperangai sedemikian.

“Hei.” Mark menegur, namun masih lagi tidak mahu memandang Namjoo. Namjoo semakin pelik melihat kelakuan Mark. Mungkin dia masih takut-takut dilihat mesra dengan Namjoo?

“Ha, duduk, duduk.” Jinyoung mempelawa. “Aku rasa, Mark boleh tolong kau.”

Namjoo memandang Mark, dan jejaka tampan tersebut pula mengangkat kening.

“Tolong apa?”

“Tolong buat design poster dan grafik untuk pameran yang Persatuan Khidmat Masyarakat anjurkan sepanjang minggu konvo minggu depan.”

Namjoo mengangguk. “Tajuk pameran tu ‘Sunshine for Tomorrow’. Kami nak tingkatkan kesedaran orang ramai untuk hulur bantuan pada anak-anak yatim. Jadi kami sangat-sangat perlukan designer untuk reka poster, flyer, backdrop, macam-macam lagilah untuk pameran tu nanti.”

“Oh, untuk Persatuan Khidmat Masyarakat ke? Tak ada hal.” Mark tersenyum kecil. Gerak tubuhnya beransur relaks berbanding mula-mula dia datang tadi.

“Em, tapi macam mana dengan caj dia ya? Kitorang punya budget agak tight sebenarnya.”

“Pameran ni pun untuk kebajikan kan? Saya rasa tak elok saya minta upah. Bahagian printing pun saya boleh uruskan. Saya selalu pergi satu kedai printing ni. Owner dia pun dah kenal saya. Dia boleh bagi harga murah sikit.”

Namjoo memandang Jinyoung lalau tersenyum lebar. Syukur, semuanya selesai!

 

-

 

Sehari sebelum hari pameran, Namjoo semakin sibuk di lokasi pameran. Ketika dia sedang memastikan semuanya berjalan lancar, Mark muncul dengan satu bekas tiub hitam besar di belakangnya. Dia melambai pada Namjoo yang tersneyum lebar tatkala menyedari kedatangan jejaka tinggi lampai tersebut.

Namjoo menghembus nafas lega.

"Semua dah settle?" Namjoo bertanya.

Mark mengangguk seraya menanggalkan tiub plastik hitam di belakangnya. Dia melonggarkan penutup lalu menarik keluar gulungan poster pameran Sunshine for Tomorrow yang baru diambilnya daripada kedai percetakan.

Mata Namjoo bersinar-sinar melihat poster dan grafik lain yang dibawa Mark.

"Terima kasih sangat-sangat, awak. Kalau tak ada awak, tak tahulah apa nak jadi," ujar Namjoo ikhlas, membuatkan Mark tersengih malu-malu sendiri sementara Namjoo membelek poster-poster tersebut.

"Biar saya tolong pasang sekali," Mark lantas mengambil poster tersebut.

"Eh, tak perlulah susah-susah. Awak dah banyak tolong saya."

Mark tersenyum penuh yakin. "Saya bukan tak biasa dengan persatuan ni."

Kening Namjoo terangkat. Apa maksudnya? Namjoo cepat-cepat mengekori Mark ke pintu masuk untuk menggantung bunting banner. Kedua-duanya penuh tangan mengusung poster dan banner.

Sebelum Namjoo smepat membuka mulut untuk bertanya lebih lanjut, beberapa pelajar senior yang juga merupakan ahli persatuan tersebut melintas lalu dan menegur Mark.

"Eh, Mark! Lama tak nampak!"

"Wei! Yongguk!" Mark tersenyum lebar melihat sahabat lamanya. Namjoo sekadar memerhati tatkala seniornya, Yongguk dan Himchan mendekati Mark dan saling berjabat tangan.

"Wei, terima kasih banyak la kawan, tolong design poster ni semua," ujar Yongguk.

"Tak ada hal la. Korang pun, bukannya nak gitau awal-awal. Lain kali gitau aku je, aku mesti tolong punya."

"Eleh, camne nak minta tolong? Kau tu yang kedekut nombor sangat. Takkan nak mintak tolong design poster kena hantar surat cinta kot. Nasib baik Namjoo ada," balas Himchan pula.

Mark sekadar tersengih. "La, Jinyoung ngan JB kan ada. Apa la korang ni."

Mereka bertukar-tukar cerita buat seketika sebelum Yongguk dan Himchan beredar untuk uruskan hal-hal lain berkenaan pameran tersebut. Mark dan Namjoo turut meneruskan kerja-kerja pemasangan bunting dan poster bersama-sama.

"Awak kenal diorang?" Namjoo akhirnya mengutarakan persoalan setelahlama berdiam diri.

"Kenal. Dulu, saya ahli persatuan ni juga."

Mata Namjoo membundar. Dia langsung tak menyangka. "Ya? Kenapa saya tak tahu pun?"

"Awak dah berapa lama join persatuan ni?"

"Setahun."

"Memang patutlah. Saya keluar pun setahun yang lepas. Rasa tak selesa pula nak lama-lama."

"Kenapa ya?"

"Em..." Mark kelihtan keberatan untuk bercerita, sekadar tersenyum hambar. "Lebih kurang setahun lepas saya join, banyak sangat budak perempuan join sama. Tapi, diorang tak banyak membantu pun. Presiden persatuan jadi kecewa bila benda tu berlaku. Saya rasa segan dengan ahli yang lain, sebab tulah saya berhenti."

Namjoo mengeluh kecil. Kasihan Mark. Nak berjasa pada masyarakat pun susah, semuanya disebabkan populariti.

"Sebab tulah saya tak berkira sangat bila awak kata nak minta tolong. Bnayak kawan-kawan saya masih aktif dalam Persatuan Khidmat Masyarakat ni." Mark tersenyum ceria semula. Perkara yang lepas biarlah lepas. Tak semestinya jadi ahli Persatuan Khidmat Masyarakat baru boleh membantu.

Namjoo turut tersenyum melihatkan jejaka tampan tersebut tersengih bagaikan anak kecil.

"Mark, terimas kasih sangat tau."

"Tak ada hal lah. Okey, kat sini dah siap, kita nak pasang kat mana lagi?"

"Jom, ikut saya."

 

-

 

Ketika pameran berlangsung, Mark sekali lagi mengunjungi Namjoo untuk meninjau suasana pameran, dan semestinya untuk menatap wajah gadis kesukaannnya. Awalnya, beberapa ahli persatuan sekadar mengusik mereka berdua, namun akhirnya Namjoo dikecualikan daripada tugasannya memandangkan dia telah bertungkus-lumus mendirikan pameran tersebut sejak semalam. Ahli persatuan lain, termasuklah Yongguk dan Himchan masing-masing menggesa Mark supaya membawa Namjoo berjalan-jalan.

 

Kalau diikutkan, ini baru kali yang kedua, atau mungkin ketiga buat Namjoo berjalan bersama dengan Mark. Janggal, sebab sebelum ni Namjoo ada alasan untuk tak menghiraukan Mark. Tapi Mark dah buktikan pada Namjoo yang dia seperti orang lain juga, orang biasa-biasa, teman sepelajaran. Malah, Mark sebenarnya seorang yang baik dan lembut hati. Biadab rasanya kalau Namjoo tidak mengendahkannya seolah dia bukan manusia biasa.

“Awak tak busy ke hari ni?” Namjoo sekadar bertanya, memecah sunyi antara mereka yang semakin janggal walaupun ada hiruk-pikuk gerai jalanan di sekitar.

“Em,” Mark memuncungkan mulutnya, gayanya bersahaja, “tak ada apa. Kalau saya tak datang tolong awak- er, Persatuan Khidmat Masyarakat tadi, mesti saya tengah duduk kat rumah main game. Tak pun, tak bangun tidur lagi.” Mark tersengih kecil, membuatkan Namjoo turut tersenyum sama.

“Maaf sebab ganggu masa rehat awak.”

“Taklah. Saya happy dapat jumpa kawan-kawan lama.” Dan happy juga dapat luangkan masa dengan awak. Tapi sebelum Namjoo naik menyampah dengan ayat-ayat cheesy dia, Mark simpan saja dalam hati. “Boleh jalan-jalan, tengok gerai-gerai ni.”

Namjoo turut memandang gerai-gerai di sekeliling. Dia sukakan minggu konvo, meriah dengan para peniaga di sekitar kampus. Ada pelbagai jenis snek, ada jualan novel terpakai, baju, pameran. Namjoo dan Mark berbual kecil sambil melihat gerai-gerai yang mereka lalui. Mereka berhenti seketika meninjau gerai yang menjual aksesori hip hop. Mark sangat berminat dengan snapback yang dipamerkan, namun sekadar meninjau saja. Seterusnya, Namjoo belanja Mark aiskrim pasu kerana jejaka tersebut sangat teruja melihat aiskrim tersebut buat pertama kali.

“Mark, saya nak tengok ni jap.”

Mark mengangkat kening, tertanya-tanya apa yang menarik perhatian Namjoo. Dia mengekori Namjoo ke sebuah gerai yang menawarkan charm bracelet yang dibuat mengikut pilihan pelanggan.

“Cantiknya,” Namjoo menggumam sendirian saat dia memerhati sebutir manik berwarna merah jambu di antara dua jarinya.

“Kira macam mana ni kak?” Mark bertanya pada tuan kedai.

“Hah, setiap charm tu ada harga masing-masing. Adik pilih je mana yang nak, nanti akak buatkan gelang dia. Pilihlah dik, cantik-cantik semua.” Tuan kedai menoleh ke arah Namjoo pula, “Suruhlah boyfriend kamu belanja. Sekali-sekala apa salahnya.” Tuan kedai tersebut tersenyum simpul. Si Mark tersengih-sengih manakala Namjoo terus terdiam, malu diusik begitu. Namjoo baru sahaja hendak membuka mulut untukmenafikan prasangka kakak terlebih peramah tu, namun Mark terlebih dahulu menegur Namjoo.

“Awak pilihlah apa-apa yang awak nak. Saya belanja.” Mark tersenyum lembut.

“Eh, tak payahlah. Saya nak tengok-tengok je.” Pipi Namjoo semakin ranum dnegan tona merah.

Mark sekadar tersenyum. Tanpa sebarang kata, Mark mengambil manik yang berada di tangan Namjoo, kemudian menambah beberapa biji manik lagi.

“Saya rasa kombinasi ni sesuai untuk awak. Awak rasa okey tak?” Mark menunjukkan manik-manik dan seketul charm berbentuk daun semanggi empat kelopak.

“Cantik,” puji Namjoo. Sejujurnya, Namjo sangat berkenan dengan charm yang Mark pilih. Rasa malu semakin menebal dalam diri, Namjoo tutup dengan berdiam diri.

“Ni, kak.” Mark menyerahkan kombinasi manik dan charm tersebut kepada empunya gerai. Tuan kedai tersebut tersenyum lebar.

“Pandai kamu pilih. Bertuah adik ni ada boyfriend macam kamu,” pujinya sambil menyediakan gelang tangan pilihan Mark tadi.

Mark semakin tersengih lebar.

Namjoo tertunduk malu sepanjang menunggu gelangnya siap. Tuan kedai tadi menyerahkan bungkusan gelang tersebut kepada Mark, seolah sengaja. Ketika Namjoo tidak memandangnya, Mark tarik nafas dalam-dalam. Dia mencapai pergelangan tangan Namjoo lalu terus memakaikan gelang tadi buat gadis tersebut.

Namjoo tergamam, terkejut sehingga kelu lidah dan tidak membantah.

“Cantik. Sesuai dengan awak,” puji Mark, suaranya perlahan dan lembut. “Pakai selalu tau.” Dia tersengih lagi.

Walaupaun perasaan amlu masih menebal dalm diri, Namjoo memaksa seukir senyuman kecil di bibirnya, “terima kasih.” 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lunaticmoon
Ke hadapan subscribers...
Harap tak ada yang terkejut kalau tetiba ada 'Updated!' untuk citer ni ya. Saya saja nak bump cerita ni so that newer readers boleh discover cerita ni. Kalau dah habis baca boleh lah nak unsubscribe, tapi hopefully tinggalkan la komen sikit baru la beretika, ye tak? :D

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 4: Ingatkan betul namjoo dengan jin young..nasib baiklah tak.kalau tak,frust menonggenglah si mark Tuan tu..
Haimin #2
Chapter 4: Fighting
thelucidream
#3
Chapter 4: This is epic! Omaigad! Mark tak boleh ke kau jadi comel lagi? Hahahhaa untung Namjoo xD mamat hati kering syok kat dia. Haih, tapi lelaki ni memang rata-rata macam si Mark. Nampak je cool kat luar, tapi bila dah angau, rasa-rasanya member semua jadi macam Bambam. Anyway, nice story! I ❤ it! C:
starlightkim_
#4
Dari tadi asyik tersengih macam kerang busuk..sweetlah diaorg ni..nasib baiklah authornim satukan mark dan namjoo..kalau tak..maunya saya menangis sampai keluar hingus..XD apa-apapun..great job authornim..
soohanfeels
#5
Chapter 4: Yasssss finally dah confess pun >< so sweet :') sedih pun ada bila baca part Mark give up tu x'D
starlightkim_
#6
Chapter 3: Oh goshh..sweetnya mark..tak sangka dia seorang yang baik dan bekas ahli persatuan khidmat masyarakat..patutlah dia jadi macam tu..and because of populariti yang tinggi..dia tak dapat nak buat charity..update soon authornim
soohanfeels
#7
Chapter 3: Gila aa sweet badabass Mark kat Namjoo :D kalau lah bebetul jadi MarkJoo *.*
blackheartz
#8
Chapter 2: cutelah fanfic ni..tersengih-sengih seorang diri saya membacanya..kipidap authornim