Jawapan

Bila Kingka Jatuh Cinta

 

Sejak Mark menghadiahkan charm bracelet kepada Namjoo, mereka jarang berjumpa dalam masa sebulan kebelakangan ini. Sesekali, Mark akan singgah di Chatime untuk memesan Matcha Tea kegemarannya, namun tidak dapat berbual lama dengan Namjoo memandangkan itu waktu bekerjanya. Kedua-dua Namjoo dan Mark sibuk dengan kertas kerja masing-masing. Walaupun mereka sudah saling bertukar nombor telefon, Namjoo tidak begitu peramah di telefon. Mungkin sebab Mark masih belum lulus, masih dalam ‘tempoh percubaan’, atau mungkinkah Namjoo menaruh perasaan pada orang lain?

Mark menjadi semakin sensitif pada keadaan semasa. Satu khabar angin sedang ligat merentasi kampus; bahawa Jinyoung sudah menemui pengganti Naeun, iaitu Namjoo. Sahabat baik Mark itu dikatakan sering kelihatan berdua bersama Namjoo. Sama ada di perpustakaan atau di kafeteria, kedua-dua mereka sering bersama.

Mark pernah bertanya pada Jinyoung status hubungannya dengan Namjoo.

“Rileklah bro. Kitorang kawan je.”

Jelas Jinyoung penuh santai.

Namun datang pula mesej-mesej yang berunsur fitnah daripada Naeun. Dia menghantar gambar-gambar aksi Namjoo bersama Jinyoung. Mereka duduk rapat bersama, tertawa. Ada satu gambar Namjoo sedang berbisik ke telinga Jinyoung. Nampak rapat sekali sehingga membuatkan darah Mark mendidih dengan cemburu.

Ya, mereka nampak rapat dalam gambar tersebut, dan walaupun berjaya membangkitkan rasa cemburu, namun tak cukup untuk jadi bukti yang Namjoo kini bersama Jinyoung secara rasminya. Malah, Mark cukup yakin Jinyoung takkan mengkhianati rakan baiknya sendiri.

Namun jika bercerita tentang Namjoo, Mark kurang pasti. Adakah Namjoo masih menaruh perasaan terhadap Jinyoung?

Mark fikir mungkin lebih baik dia berterus–terang dengan Namjoo.

 

Hai Namjoo. Nak dinner sama tak malam ni?

Ok.

 

Entah kenapa, Mark rasa berdebar-debar. Dia tak mahu tertanya-tanya atau main tarik tali. Malam ni, Mark mahukan penjelasan. Hitam putih. Dia tak berniat untuk memaksa Namjoo memberi jawapan malam ini juga, tapi dia mahu berterus-terang. Dia mahu Namjoo jadi teman wanitanya. Jadi miliknya. Dan dia hanya mahu satu antara dua jawapan, sama ada ya atau tidak.

 

 

 

Mark masih berlegar di seberang jalan restoran yang dipilih sebagai tempat temu janjinya dengan Namjoo. Dia gusar. Rasa tak senang duduk. Dadanya berdebar-debar, setiap saat semakin kencang saat dia mengatur ayat dalam kepalanya. Setiap perkataan dipilih sebaiknya, tidak mahu kedengaran terdesak atau mendesak.

Sambil dia bermundar-mandir di seberang jalan, matanya tertancap pada gadis yang dinanti-nantikan kehadirannya.  Mark menarik nafas dalam-dalam, mula mengangkat kaki untuk menyeberangi jalan namun terhenti.

Gadis kegilaan Mark disapa seseorang yang dikenal. Jinyoung. Namjoo tersenyum riang, bibirnya petah berbicara, tak seperti ketika dia bersama Mark. Mark diugut rasa cemburu lagi, terutamanya saat Namjoo tertawa manis. Kedua mereka berbual kecil di luar kedai. Namjoo menyentuh lengan Jinyoung, memujuknya agar masuk bersama ke dalam restoran tersebut. Jinyoung seperti ragu-ragu namun Namjoo mengeratkan jemarinya di lengan Jinyoung, mengheret jejaka kacak tersebut bersamanya masuk ke restoran tersebut.

Mark mengeluh.

Segala rancangan dan harapan Mark mati serta-merta. Akhirnya dia sekadar berpaling dan berlalu pergi.

 

 

 

Namjoo.

Saya nak terus-terang dengan awak.

Saya sangat sukakan awak.

Saya tak dapat bayangkan diri saya dengan gadis lain.

Ikhlas. Mungkin awak dah banyak bagi hint yang awak tak suka kat saya, atau mungkin awak ada perasaan kat orang lain. Saya harap awak pun sudi berterus-terang dengan saya.

Sudikah awak jadi teman wanita saya?

 

Salah seorang pekerja sambilan Chatime berpaling melihat telefon yang mengeluarkan bunyi notification. Dia menghentikan kerjanya sementara waktu memandangkan pelanggan pun tiada.

“Eh, ni phone Namjoo. Hai... Telefon pun boleh tertinggal.” Pemuda tersebut lantas mencapai telefon pintar tersebut lalu disimpan ke dalam poket seluar. Dalam perjalanan balik nanti boleh pulangkan pada gadis itu. Namun ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Notis yang muncul di lock screen sebentar tadi.

Pemuda tersebut mengeluarkan semua telefon tadi daripada kocek seluar.

Matanya membulat, dia tersengih lebar.

“Wei, korang! Mark confess kat Namjoo kot!”

“Serius?!” Pekerja lain bergegas mendekati.

“Wei, tak baik tengok mesej orang!” Salah seorang pekerja perempuan memberi amaran namun kedua lelaki tadi sekadar tersengih sumbing.

“Siapa suruh tinggal phone merata?” Pemuda tadi tersenyum jahat lantas melarikan jarinya ke atas skrin telefon.

 

 

 

Jinyoung tersedak teh kurma merah yang dipesannya sebentar tadi.

“Janganlah macam tu!” Tegur Namjoo, mengerutkan wajahnya. Bibirnya mencebik. Apa, dia ingat Namjoo buat lawak ke?

Jinyoung cepat-cepat minta maaf sambil mencapai tisu untuk mengelap dagunya yang dibasahi teh kurma merah kegemarannya.

“Bukan apa... Minah kental yang aku kenal selama ni, akhirnya mengaku dia dah jatuh hati. Hebat juga Mark Tuan ni, nampak je cam loser.”

Namjoo tertawa. “Loser? Kenapa pulak?”

Jinyoung tersengih. “Ha, yang nampak macho, nampak cool to semua berlakon je. Yang sebenar-benarnya, dia tu dah angau kat kau sampai ke tahap dua minit sekali mengeluh pastu golek-golek atas katil sebab rindu kat kau katanya.”

Wajah Namjoo terasa hangat. Biar benar jejaka popular tersebut suka kepadanya sampai tahap macam tu sekali? Dadanya berdebar-debar sekadar memikirkan bahawa kemungkinan yang dia akan menjadi teman wanita Mark bukanlah sesuatu yang tak mustahil.

Namjoo tertunduk.

“Aku ingat nak beritahu dia sekejap lagi, tapi aku nervouslah.” Namjoo menggumam.

“Pukul berapa janji korang ni?”

“Dalam sepuluh minit lagi patutnya dia sampai.”

“Rileklah Namjoo. NAk nervous apa? Kalaulah si Mark tu tahu dia tak bertepuk sebelah tangan, mesti dah melompat sampai ke bulan.”

“Tapi, macam mana nak beritahu dia? Aku...” Namjoo terdiam. Dia tidak pernah meluahkan perasaan kepada sesiapa. Jarinya asyik meramas sesama sendiri.

“Cakap je straight to the point. Aku suka kat kau. Mark tu sama je macam kau, cakap direct. Cuma loyar buruk je lebih sikit.”

Namjoo tertawa kecil. “Thanks, Jinyoung. Nasib baik ada kau. Eh, Mark suka makan apa ek? Bolehlah aku order untuk dia dulu.”

“Alah, dia telan je semua. Kau order air favourite dia. Selain daripada Matcha tea Chatime tu, dia suka carrot susu.”

“Terbaiklah Jinyoung.”

“No problem, kawan.”

 

Namjoo.

Saya nak terus-terang dengan awak.

Saya sangat sukakan awak.

Saya tak dapat bayangkan diri saya dengan gadis lain.

Ikhlas. Mungkin awak dah banyak bagi hint yang awak tak suka kat saya, atau mungkin awak ada perasaan kat orang lain. Saya harap awak pun sudi berterus-terang dengan saya.

Sudikah awak jadi teman wanita saya?

 

Mesej sudah bertanda biru, namun masih tiada jawapan. Satu jam empat puluh enam minit sudah berlalu.

 

Sudah hampir dua jam Namjoo menunggu, namun Mark masih tak muncul-muncul. Mahu saja Namjoo memukul dirinya sendiri kerana terlalu cuai hinggakan telefon bimbitnya pun boleh tertinggal di tempat kerja. Dia tertanya-tanya apa yang telah terjadi kerana Mark masih tidak hadir sedangkan mereka sudah berjanji untuk makan malam bersama.  Akhirnya, Namjoo berputus asa dan mengambil keputusan untuk pulang walaupun air lobak susu kegemaran Mark masih tak bersentuh.

Namjoo sudah letih menunggu, dia berhasrat untuk pulang saja ke rumah. Mungkin di rumah nanti dia boleh hubungi teman sekerjanya berkenaan telefonnya. Manalah tahu ada mesej penting daripada Mark mungkin?

Langkah Namjoo mati di tengah jalan apabila melihat tubuh lampai Mark di luar bangunan apartment yang didiami Namjoo, mungkin menunggu kepulangan. Namjoo hairan, kenapa Mark tidak jumpa di restoran tadi saja?

Perlahan-lahan, Namjoo mendekati jejaka tersebut yang masih tidak menyedari kehadiran Namjoo. Dia tertunduk, kakinya menguis batu di jalan tar.

“Mark. Apa awak buat kat sini?”

Mark mendongak. Dia menegakkan badannya. Kedua-dua tangannya diseluk ke poket, bahunya sedikit membongkok. Dia kelihatan seperti dalam kesejukan. Mungkin dah lama menunggu di sini? Namjoo bertambah hairan.

“Namjoo.” Dia berdehem, suranya sedikit serak. “Saya dengar tadi awak ada jumpa Jinyoung?”

“Oh,” Namjoo terdiam sebentar “Ya, tadi saya ada jumpa dia kejap.” Namjoo semakin berdebar. Jinyoung ada beritahu apa-apa pada Mark ke? Adakah Mark dah tak ada perasaan pada Namjoo lagi, sebab tu dia tak jadi berjumpa di restoran tadi? Ah, mungkin sekarang Namjoo saja yang bertepuk sebelah tangan. Tulah kau, Namjoo! Lambat sangat, kan dah melepas! Pelbagai tanggapan negatif bermain di fikiran Namjoo. Gadis itu tertunduk malu, hatinya sudah bersedia untuk ditemukan, menanti kata-kata seterusnya yang bakal diucapkan jejaka yang telah mengetuk pintu hatinya.

“Nampaknya, betullah apa yang saya sangkakan. Maaf. Saya tak tahu kehadiran saya telah mengganggu hidup awak.”

Namjoo masih tertunduk. Dia mengetap bibir. Sah. Mark mahu menolak perasaannya.

“Cuma, saya kecewa sebab awak tak nak jelaskan elok-elok pada saya. Kenapa awak tak balas mesej saya? Kenapa buat saya tertunggu-tunggu? Saya tahu, awak tak ada perasaan kat saya… Tapi janganlah buat macam ni kat saya. Apa awak ingat selama ni saya main-main je ke? Saya... perasaan saya terhadap awak, betul-betul ikhlas.” Nada Mark semakin sedih dan lemah.

Eh, nanti. Apa yang Mark cakap ni? Mesej? Mark ada mesej apa-apa ke? Ah, sudah!

“Tak apalah. Awak tak perlu jelaskan apa-apa. Saya dah faham. Saya... tak nak jadi penghalang antara awak dan Jinyoung lagi. Saya minta maaf untuk segalanya. Saya takkan muncul depan awak, dan saya takkan ganggu awak lagi.” Mark menoleh ke tepi lalu beredar dengan langkah yang berat.

“Mark, nanti!”

Mark terkejut, langkahnya mati serta-merta apabila pergelangan tangannya dicapai Namjoo secara tiba-tiba.

Mark menoleh ke belakang semula.

Namjoo berada betul-betul hampir dengannya. Gadis tersebut menjengket lalu-

Chu!

Namjoo menghadiahkan satu kucupan kecil di pipi Mark. Jejaka itu lantas terkedu, matanya membulat. Dia merenung Namjoo tak berkelip selama beberapa saat, kaku.

“Maafkan saya sebab tak tahu apa-apa langsung tentang mesej awak sebab saya tertinggal telefon saya kat Chatime. Tapi, awak tahu yang orang kata awak sobong, hati kering dan bajet hot kan? Awak nak tahu apa yang saya fikir?”

Mark menelan air liur. Lidahnya terlalu kelu untuk berkata hatta sepatah ‘ya’ sekalipun.

“Pada saya, Mark Tuan seorang yang comel, kelakar, dan baik hati. Dan saya paling suka tiga jenis lelaki ni.”

“Namjoo… awak… Apa maksud awak…?” Mark menggumam.

Namjoo tertawa sambil menggelengkan kepala. “Mark, saya pun suka kat awaklah. Saya minta maaf sebab ambil masa yang terlalu lama untuk sedar bahawa pandangan dan kata-kata orang lain tak penting. Yang penting, keikhlasan awak terhadap saya.” Namjoo tersenyum manis. Pipinya memerah, dan Mark juga begitu. Namjoo hampir saja tertawa sekali lagi melihatkan wajah dan telinga Mark yang merah menyala. Kalau dalam tv ni, dah keluar efek asap agaknya.

“S-sejak bila?”

Namjoo mengangkat bahu. “Entah. Mungkin sejak awak layangkan ‘surat cinta’ awak kat saya. Mula-mula saya fikir ‘berani mamat ni nak ngorat aku?’” Namjoo tertawa kecil, Mark juga begitu. Kemudian Namjoo menyambung, “Tapi lepas tu, saya asyik terfikir tentang awak. Setiap tindak-tanduk awak menarik perhatian saya.”

Mark tersengih lagi. Dia menggigit bibir bawahnya, menahan malu. Kemudian dia menghulur tanagannya. “Awak dah makan malam?”

Namjoo memuncung, menggelengkan kepalanya. “Tunggu awak punya pasal, saya tak makan lagi sampai sekarang.”

Mark tersengih. “Sorry sangat-sangat. Saya belanja dinner?” Mark menghulurkan tangannya.

Namjoo mengangguk lalu menyambut tangan Mark.




 


Yup, finally habis juga cerita ni. Maaf sangat sebab ambil masa lama sangat dan thanks a lot to all who read. If you guys enjoyed this story, sudi-sudilah tinggalkan komen sikit ya^^

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
lunaticmoon
Ke hadapan subscribers...
Harap tak ada yang terkejut kalau tetiba ada 'Updated!' untuk citer ni ya. Saya saja nak bump cerita ni so that newer readers boleh discover cerita ni. Kalau dah habis baca boleh lah nak unsubscribe, tapi hopefully tinggalkan la komen sikit baru la beretika, ye tak? :D

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 4: Ingatkan betul namjoo dengan jin young..nasib baiklah tak.kalau tak,frust menonggenglah si mark Tuan tu..
Haimin #2
Chapter 4: Fighting
thelucidream
#3
Chapter 4: This is epic! Omaigad! Mark tak boleh ke kau jadi comel lagi? Hahahhaa untung Namjoo xD mamat hati kering syok kat dia. Haih, tapi lelaki ni memang rata-rata macam si Mark. Nampak je cool kat luar, tapi bila dah angau, rasa-rasanya member semua jadi macam Bambam. Anyway, nice story! I ❤ it! C:
starlightkim_
#4
Dari tadi asyik tersengih macam kerang busuk..sweetlah diaorg ni..nasib baiklah authornim satukan mark dan namjoo..kalau tak..maunya saya menangis sampai keluar hingus..XD apa-apapun..great job authornim..
soohanfeels
#5
Chapter 4: Yasssss finally dah confess pun >< so sweet :') sedih pun ada bila baca part Mark give up tu x'D
starlightkim_
#6
Chapter 3: Oh goshh..sweetnya mark..tak sangka dia seorang yang baik dan bekas ahli persatuan khidmat masyarakat..patutlah dia jadi macam tu..and because of populariti yang tinggi..dia tak dapat nak buat charity..update soon authornim
soohanfeels
#7
Chapter 3: Gila aa sweet badabass Mark kat Namjoo :D kalau lah bebetul jadi MarkJoo *.*
blackheartz
#8
Chapter 2: cutelah fanfic ni..tersengih-sengih seorang diri saya membacanya..kipidap authornim