Final Chapter

Misteri Kelas Malam Jumaat
Please Subscribe to read the full chapter

Keesokan harinya, Luhan, Gikwang, Mark, Baekhyun dan V lewat datang ke sekolah kerana kurang tidur. Sebenarnya, tidur mereka terganggu akibat mengingatkan perkara menyeramkan berlaku malam tadi. Oleh kerana lewat hadir, mereka juga didenda berdiri di depan tiang bendera sekolah bersebelahan dengan blok bilik guru.

"Aku rasa aku tak sedap badanlah," V bersuara lemah sambil memeluk tubuhnya dalam keadaan menggigil. Baekhyun di sebelahnya memeriksa suhu di dahi V. Terbuntang mata Baekhyun merasa suhu V.

"Suhu kau panaslah! Kau demam ke?" Baekhyun mula berasa cemas. Mata mata mereka semua tertumpu ke arah V.

"Ha, itulah kau. Cakap besar. Kata nampak hantu, kau nak rakam. Ni nampak hantu je kau demam." sempat Luhan berleter.

"Kalau tak larat, jangan berdiri kat sini." tegur Mark sambil matanya mengarah ke sekeliling, mencari kerusi untuk V berteduh. Namun begitu, lain pula dia jumpa. Mereka ternampak cikgu Donghae sedang berjalan menuju ke bilik guru. Mereka menjerit kuat memanggil cikgu Donghae membuat niat cikgu ke bilik guru terhenti dan terus ke arah mereka.

 

"Ada apa panggil cikgu? Kenapa kamu semua berdiri tercegat kat tengah tengah panas ni? Kan sekarang ni waktu belajar, tak masuk kelas ke?" Pertanyaan bertubi tubi dari cikgu membuat mereka agak sedikit bengang.

"Sebab cikgulah kitorang kena denda berdiri kat sini!" Mark bersuara meninggi membuat Cikgu Donghae terkejut.

"Cikgu? Kenapa cikgu pulak?" Cikgu bertanya... hairan.

"Cikgu ni buat buat lupa ke? Malam tadi kami berdua cari cikgu, tak jumpa jumpa. Cikgu pergi mana?!" Baekhyun bertanya marah.

"Kamu cari cikgu? Malam tadi?" Tanya cikgu bertambah hairan.

"Yalah! Cikgu kata cikgu adakan kelas tambahan malam tadi, kitorang semua datanglah! Malam tadi cikgu pergi mana?" Pertanyaan Baekhyun sudah cukup mengejutkan cikgu. Cuba memproses segala persoalan dari murid muridnya.

"Apa benda yang kamu semua cakap ni? Kelas tambahan? Malam tadi? Bila masa pulak cikgu buat kelas tambahan?" Kali ini mereka pula agak terkejut dengar soalan bertubi tubi dari cikgu.

"Cikgu jangan buat buat tak tau pulak ye. Bukan ke lewat petang semalam cikgu jumpa kitorang kat taman sekolah dan suruh kitorang datang kelas tambahan pukul 8 malam tadi? Kitorang semua datanglah. Cikgu dah lupa ke?" jelas Luhan.

"Apa yang kamu semua cakap ni? lewat petang? kelas tambahan? malam tadi?" Cikgu berkerut dahi memandang mereka, keliru dengan penjelasan dari mereka.

"Yelah, cikgu yang cakap macam tu!" kali ini V pula bersuara.

"Chop chop chop! First, semalam cikgu cuti sehari sebab nak jaga ibu cikgu sakit. Cikgu tak de pun pergi taman sekolah jumpa kamu semua lewat petang yang kamu cakapkan tu. And second, cikgu tak pernah buat kelas tambahan waktu malam bagai. Bukan ke pagi semalam cikgu tak masuk kelas waktu math? Korang dah lupa ke?" ujar cikgu Donghae panjang lebar.

Mereka terpempan disitu. Kalau cikgu Donghae cuti semalam, habis siapa cikgu yang...

 

"Cikgu!" Mereka tersentak apabila terdengar suara jerit seorang pelajar lelaki berlari ke arah cikgu Donghae.

 

"Ha, Youngjae. Ada apa?"

"Nah, ni failnya. Sorry lambat hantar. Saya pergi tandas tadi." Kata pelajar yang dikenali sebagai Youngjae sambil menyerahkan fail itu ke tangan Cikgu Donghae.

 

Gikwang amat mengenali Youngjae. Setahu dia, Youngjae dari kelas 4A. Jadi, dia sekelas dengan Myungsoo.

 

 

 

"Youngjae, kau dari kelas 4A kan?" tegur Gikwang.

"A'ah, aku dari kelas 4A. Apehal?" Youngjae bertanya. Cik

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
inspirebunny
E.N.D....thank you banyak2 sudi baca & sanggup tunggu update fanfic ni, jemput komen semua ^_^

Comments

You must be logged in to comment
allysara #1
Chapter 8: Seram giler!tapi terbaek la authornim.baca siang2 hari pun perut rasa kecut and meremang bulu roma.keep up the good work!
sw2tie #2
Chapter 2: Saya pown ada cerita seram
Masa 2 years ago saya form1 sklh sesi petang .. biasa la petangkn sklh sunyi je dlm pkol 5 camtu saya ngan kwn saya pegi tandas masa balik dr tandas tu kitaorng nmpk ada orng lambai dr kelas form 5 sbb kels dorng dekat dgn tandas , tapi klao nk kata form 5 takkan dah lambat camni x balik lagi ... yela form 2-5 sklh pagi ....kwn saya pown ckp jgn tegur sbb saya je yg nmpk ... tapi bkn tuje lps tu kitaorng tlng cikgu nk balik kelas tetiba saya terdngr orng tngh berkawat terus lari masuk kelas ... sampai skang bila teringat balik rasa seram giler la
nissa3131 #3
Chapter 2: Huishh...daebak..authornim masukkn cerita yg benar2 berlaku ok....?himneseyo fighting!!!
Nabilah98
#4
Chapter 4: Author...kenapa seram sangat?saya baca pukul 9 pagi pun kecut perut baca.....
youngminbfminwoo
#5
Chapter 7: Nak terkeluar jantung saya baca ff ni. Memang seram, siang siang baca pun still dapat rasa serammnya tuu
kaeiyramel #6
Chapter 7: Seramnyeeeee duhh.. meremang bulu roma ni haaa T_T
baekki_kook #7
Chapter 10: Chapter 7:Seram gila..dah la waktu tengah malam Jumaat ni ><!!memang sesuai..Btw,best!!!
Zyxzhangyixing
#8
Chapter 7: Seram btul 0_0...Tapi Daebak! ^-^
imraen_
#9
Chapter 7: Di sebabkan ada watak gikwang , saya tetap terus baca waktu malam ni (T_T) /sobs