chapter 6
Misteri Kelas Malam Jumaat
Sedar tak sedar, Myungsoo sudahpun berada di depan salah sebuah bilik gelap di blok kayu.
"Awak tunggu sini, saya nak keluar sekejap," Kata Mark sebelum keluar dari bilik.
Myungsoo mula syak sesuatu terhadap Mark tetapi dia cepat cepat menepiskan perasaan itu. Dia berasa sangat hairan kenapa Mark mengajaknya ke sebuah bilik kosong dan gelap di blok kayu. Setahu dia, blok kayu adalah blok terbiar. Dia duduk di salah sebuah kerusi habuk yang memang tersedia di dalam bilik itu.
Tak lama kemudian, dia terdengar sesuatu.
Nenek, nenek, si bongkok tiga~
Siang mengantuk, malam berjaga~
Mencari cucu dimana ada~
Nenek ku kahwin dengan anak raja~
hehe...hehe...hehehe
Jantungnya bagaikan hendak berhenti. Matanya meliar ketakutan memandang sekeliling. Wajahnya sudah pun pucat lesi terdengar nyanyian gema dan alunannya amat meremangkan bulu roma. Nafasnya bagaikan tidak stabil apabila dia dapat rasakan bahawa ada sesuatu di belakangnya. Dari ekor matanya, dia hanya dapat melihat sesuatu itu berwarna hitam dan.....tersenyum.
Kepalanya perlahan lahan cuba menoleh ke arah sesuatu dengan lebih jelas. Peluh sudah lama mengalir laju sejak tadi. Sesuatu itu adalah,
Nenek kebayan?
Dia terbangun dari kerusi dan kakinya cepat mengundur secara sendiri. Ini bukan mimpi. Apa yang berada di depannya memang betul betul nenek kebayan! Tak salah lagi itulah makhluk yang dihebohkan sejak akhir akhir ini. Wajahnya jelas hitam dan berkedut. Berpakaian serba putih dan bertongkat. Sangat bongkok.
Walaupun dalam keadaan lututnya bergetar lemah, Myungsoo sedaya upaya berlari ke arah pintu dan cuba membuka pintu. Malangnya pintu berkunci dari luar! Dia terus menjerit minta pertolongan secara sendiri. Hamp
Comments