chapter 2
Misteri Kelas Malam Jumaat
Jam sudah menunjukkan pukul 7:30 malam. Tinggal setengah jam lagi kelas malam akan bermula. Myungsoo berjalan ulang alik di koridor depan sekolah sambil menunggu mereka. Sebenarnya dia takut pergi masuk ke kelas keseorangan. Walaupun malam masih awal, tetapi keadaan di dalam sekolah agak suram dan sunyi. Kelibat pak guard sekolah entah ke mana.
"Mana semua orang ni? Aku dahlah takut." omel hati Myungsoo. Dia masih teringatkan cerita dari kawan baiknya. Ya, cerita itu membuat jantungnya berdegup lebih laju.
Tiba tiba sahaja pergerakannya terhenti. Tali beg sandang digengam erat. Dia dapat rasakan yang dia...... diperhatikan seseorang. Matanya melirik sekeliling mencari empunya tapi hampa. Keadaan di tempat yang dia berdiri sekarang ni agak sunyi. Tiada manusia yang lalu disini. Peluh dingin mula menitik ke dahi. Mahu saja dia ingin pulang ke rumah tapi demi cikgu Donghae untuk membantu pelajar lemah matematik, dia harus datang.
"Arghhh" Myungsoo terkejut sendiri tatkala bahunya ditepuk sesuatu. Dengan pantas dia menoleh ke belakang. Dia mengurut dadanya terkejut. Luhan rupanya.
"Aku terkejut lah weh!" Myungsoo bicara marah. Luhan mula tersengih membuatkan Myungsoo tambah seram.
"Eh, jangan senyum macam tu boleh tak? Kau buat aku lain macam je." ujar Myungsoo.
"Lain macam? Lain macam yang macam mana? Kau takut ea?" Bisik Luhan disertai sengihan yang semakin melebar.
"Dah dah. Jom masuk kelas. Ntah pape kat luar ni. Nanti tak pasal pasal kita kena bom dengan cikgu." Tanpa membuang masa, Myungsoo terus menarik lengan Luhan namun pergerakannya berhenti sekejap apabila mereka berdua baru sahaja ternampak sebuah kereta lalu dari pagar masuk sekolah. Mungkin Luhan fikir si kembar Baekhyun dan V dah sampa
Comments