Chapter 7

Fated To Be With You

 


“Wish?!!! Birthday??!!!”

 

“Nae..harini kan birthday Baekhyun. Sebab tu la eomma Baekhyun jemput kita datang rumah dia. Irene dan Soyou pun datang. Chanyeol tak cakap ke?"

 

"Anie..Chanyeol tak cakap apa-apa..” Rasa bersalahnya kian bertambah setelah mengetahui dia tidak datang ke majlis itu. Bukan itu sahaja, kawan baiknya Irene turut datang. Tetapi dia sendiri sebenarnya masih belum pasti bahawa Irene dan dia masih lagi kawan baik atau tidak, kerana sejak kehadiran Soyou, hubungan persahabatannya mula goyah.

 

“Bukan ke...Baekhyun tak suka orang sambut birthday dia ke? Tanya Yi kyung.

 

“Memang pun. Tapi semalam dia ada keluar kejap pergi tengok-tengokkan eommanya di dapur. Kitorang pun sebenarnya terkejut sebab first time dia keluar bilik waktu hari lahir dia. Biasanya dia terperap je dalam bilik macam kimchi. Tapi satu lagi yang kitorang pelik lepas je kitorang cakap yang awak tak dapat datang dia terus masuk bilik dan tak keluar-keluar."

 

“Oh ye ke.. Hurmm..Oklah saya nak tidur dulu.. Dah mengantuklah.”

 

“Okay..Jumpa esok.Bye...”

 

Selepas dia mematikan telefonnya dia melihat jam pada dinding biliknya.

 

 

 

“Hurmm..sempat lagi ni. Dia terus mencapai telefonnya dan mendail nombor Baekhyun.

 

TUT...TUT...TUT...TUT...TUT...TUT...

 

 

TUT...TUT...TUT...TUT...TUT...TUT...

 

 

“Haishh..kenapa dia tak angkat ni? Ke tak payah ye? Tapi nanti apa pulak fikir eomma Baekhyun. Eommanya mesti sedih.

 

"Hah!!!" Dia mula terfikir satu idea. Dia mencapai sweaternya lalu memulakan langkahnya keluar dari bilik dengan perlahan. Dia memanjangkan lehernya kearah bilik eomma dan appanya. “Hurmm..nampaknya eomma dah tidur ni..”

 

Lantai rumahnya perlahan-lahan dipijaknya. Tangga yang dituruninya agak kabur kerana suasana rumahnya amat gelap. Maklumlah seluruh isi rumah sudah pun berada dialam mimpi, kecuali dia.

 

Setelah selesai dia merentasi tangga rumahnya, pintu utama rumahnya dibuka seperlahan yang mungkin. “Fuhh..” Dia mengelap peluh didahinya lalu mula melancarkan ideanya tadi.

 

*******

Matanya melilau kearah sebuah rumah yang berada dihadapannya. Mindanya hanya memikirkan Puan Byun. Muka muram dan sedih eomma Baekhyun seakan-akan menguasai mindanya.Tiba-tiba dia ternampak seseorang seperti menghendap tingkap bilik rumah itu dari luar. Darahnya mula berderau. Fikirannya menjadi tidak tentu arah. “Mungkinkah tu perompak yang famous dalam akhbar haritu?”

 

Entah kenapa dia memberanikan dirinya untuk cuba mendekati perompak itu. “Ni je satu-satunya cara nak tebus kesalahanku dan sudah pasti aku akan membanteras segala jenis jenayah di negara ini..Hahahaha!!!” Dia ketawa dengan jahat sambil membuat mimik muka seperti Superman versi perempan yang ingin menyelamatkan dunia. Tangannya yang kesejukan diletakkannya ke dalam poket sweaternya.

 

Dia masuk ke kawasan halaman rumah Puan Byun dengan pantas. Dia membongkokkan badannya sedikit sehingga posisinya kini semakin dekat dengan perompak itu. Dengan pantas, dia mengeluarkan tangannya dari poket lalu menutup mata perompak itu dari belakang.

 

“Haiyaaa!!!” Dia menjerit sekuat hati sehingga memeranjatkan perompak itu. Lalu dia menunjukkan skil hapkidonya

 

“Umphh...umphh..umphh!!” Perompak tadi meronta-ronta seperti orang gila. Dia memusingkan kepala perompak itu.

 

“Aarghhhh!!!!”

 

Dengan serta merta dia melepaskan perompak itu. Alangkah terkejutnya, lelaki yang disangka perompak itu ialah anak kepada tuan punya rumah ini...Byun Baekhyun.

 

Dia cuba untuk lari namun Baekhyun menarik tangannya dengan pantas menyebabkannya terjatuh diriba Baekhyun. Mata mereka saling memandang dan jantung mereka berdegup kencang.

 

“Siapa tu?!!” jerit Puan Byun dari biliknya. Mungkin dia mendengar kekecohan yang berlaku sebentar tadi.

 

Baekhyun terus menarik Yi kyung dan membawanya masuk kedalam rumah. Dia menyorok di belakang sebuah almari berdekatan dengan bilik eommanya. Dia melihat eommanya keluar dari rumah untuk memeriksa apa yang berlaku.

 

“Palliwa..” kata Baekhyun sambil menarik Yi kyung kebiliknya yang berada di tingkat atas. Yi kyung hanya mengikutnya dari belakang sambil memegang erat tangan Baekhyun. Setelah sampai kebiliknya, dia menyandarkan Yi kyung pada dinding biliknya. Pandangannya tepat kearah mata Yi kyung.

 

“Yi kyung aaa..waeyo? wae?” tanya Baekhyun dengan suaranya yang lantang

 

“Huh?” Yi kyung berasa pelik dengan kelakuan Baekhyun. Kenapa dia tanya macam tu? Takkanlah dia marah sebab saya tak datang birthday party dia..

 

“Kenapa awak buat macam ni pada saya??” kali ini suara Baekhyun berubah seperti suara orang yang sedang merayu sesuatu.

 

“Baekhyun aaa....

 

 

 

 

TO BE CONTINUED...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hazy_exoL
chapter 15 updated!!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Baek and kookie berkongsi appa..jht la appa dia.buat derp je bila jumpa ank kandung ...chen memang seswai buat jeritan manja kn?auww gitu.kedua2 org hero dlm citer ni bias sy.x tahu nk ship yi kyung dgn sape..btw,update soon...dont forget
butterfly_kiss
#2
Chapter 15: Citer awk mmg best. Tak sabar nk thu next chapter
Iqa_bl #3
Chapter 14: Ha?!!
Ape jadi kat Yikyung?!!!
kenapa baek jerit kat die?!!!
BabySprinkle98
#4
Chapter 12: Klau btol tu Appa Baekhyun smpai ht die x lyn Baekhyun bleh plk x mngaku tu bkn ank die *tembak* pkai shotgun bru tau >_<......haha klkrlh si Chen ni xnk prg lwtn tu konon last2 kena gnt bdk kls sblh yg dpt prg pdn mke hehe (^^,)......Soyou tu btul2 nk brkwn dgn Yi Kyung ke?......ehh Baekhyun ni lau tu srt cinta dr sasaeng fans xdeny mrka snggh2 nk bri lbh baik buang lam tong smph je hihi 프ㅂ프......UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!
luhankiss #5
Chapter 12: hahaha...best..tak tahu kneapa tetibe je dlm cite ni saya rsa cam berminat dgn chen si camel.huhu.dia nampak comel dlm ni. keep update authornim..
lyly_ameera #6
Chapter 11: hah? appa? tpi klau betul appa jungkook tu appa baekhyun, diorang dua tu adik beradik tiri lah. mcm mne lh penerimaan baekhyun agaknya. kesian tengok baekhyun ngn yi kyung. mulut mak yi kyung tu mcm mintak kaki je. btw, sye boleh bygkan muka jungkook masa dia paut tgn mak dia tu. come nyeeeee ^^
Iqa_bl #7
Chapter 11: Pelik betul bunyi pintu tu...hahaha
Btw...palli update