Chapter 14

Fated To Be With You

 

 


Masing-masing memandang satu sama lain. “Ermm...saya duduk ni sebab takda seat lain dah. Tinggal yang ni je kosong.”

 

“Oh, okay..” Baekhyun kembali mendengar lagu.

 

Yi kyung  memandang Baekhyun yang sedang khusyuk mendengar lagu. Matanya dipejam dan sebab itulah Yi kyung dapat memerhati raut wajahnya. Entah kenapa Yi kyung tersenyum sendirian melihatnya.

 

“Apa yang awak pandang tu?”

 

“Huh?? Mana ada pandang..” Dia terus membuka novel itu dan membacanya. Yi kyung menutup muka dengan novel sambil menahan malu.

*****

 

“BAIKLAH BEBERAPA MINIT LAGI KITA AKAN MENDARAT, SILA PAKAI TALI PINGGANG KESELAMATAN!!”

 

Yi kyung menarik tali pinggang keselamatan dan memakainya. Sebenarnya dia agak takut kerana ini pertama kali dia menaiki kapal terbang. Tangannya mula berpeluh. Dia melihat Baekhyun yang sedang memandangnya. “Wae?”

 

“Saya rasa saya yang patut tanya. Kenapa muka awak nampak pucat?”

 

“Ermm..ye ke?”

 

“ha’ah”

 

“Sebenarnya saya takut sikit bila...

Belum sempat Yi kyung menghabiskan kata-katanya, Baekhyun menarik tangannya dan memegangnya dengan erat.

 

“Huh?” Yi kyung memandang Baekhyun dengan reaksi yang terkejut. Baekhyun mengalihkan pandangannya dari Yi kyung dan memejam matanya. Yi kyung cuba menenangkan jantungnya yang sedang berdegup kencang. Dia turut memejamkan matanya, perlahan-lahan dia berasa tenang kerana dia berasa seakan-akan memegang tangan eommanya.

*****

 

“Wah!! Daebakk!!! Aku baru je nak menyesal datang sini.” Kata Chen lalu melompat ke atas katil.

 

“Ha’ah..lawa la tempat ni. “ kata Chanyeol sambil membuka tingkap bilik hotel.

 

“Kyungsoo aaa...laparlah, tolong masak..” Xiumin menggosok-gosok perutnya.

 

“Kaja!!! Ikut aku pergi dapur. Chen tolong aku jugak tau.” Kyungsoo menarik tangan Xiumin manakala Xiumin hanya mengikutnya.

 

“Mana Baekhyun?? Aku tak nampak batang hidung dia dari tadi lagi.”

 

“Entahlah, lepas je dia letak barang-barang dia kat dalam bilik, dia terus keluar. Aku tak sempat pulak nak tanya.” Jawab Chen lalu menuju ke dapur meninggalkan Chanyeol yang memandang keluar tingkap.

 

Baekhyun berjalan-jalan sekitar lobi hotel. Sudah lama dia tidak pergi bercuti, maklumlah sejak perpisahan ibu bapanya, eommanya langsung tidak membawanya keluar dari kota Seoul. Kakinya perlahan melangkah sambil tangannya berada di dalam poket.

 

Dia menekan punat lif dan menunggu lif itu sehingga terbuka. ~TINK~

 

Kakinya melangkah masuk ke dalam lif selepas lif itu terbuka. Dia menekan punat tertulis 'Ground Floor' dan membiarkan lif itu tertutup. 

 

"Tunggu!!!" Lif itu terbuka semula. Baekhyun memandang ke arah perempuan di depannya.

 

"Huh? Yi kyung?"

 

"Ermmm...saya nak cakap sesuatu dengan awak." jawab Yi kyung itu.

 

Baekhyun memandangnya sambil mengangkat keningnya.

 

"Cakaplah." Yi kyung melangkah masuk ke dalam lif. Pintu lif tertutup dan masing-masing mendiamkan diri. 

 

"Sebenarnya....

 

Dengan pantas Baekhyun menarik tangannya menyebabkan kata-katanya tergantung. "Nak pergi mana ni?"
 

 

"Ikut je."

 

*****

 

“Mana Yi kyung ni malam ni dah la ada aktiviti. Sekarang ni dah pukul 8, takkanlah tak balik-balik lagi. Dia ni beli selipar ke buat selipar. Haishh..." rungut Irene sambil melihat jam pada dinding bilik hotel.

 

Flashback

"Yi kyung, awak tak nak kemas barang lagi ke. Malam ni dah tak sempat sebab ada aktiviti."

 

"Malas lagilah. Penat."

 

"Hurmm okay. Awak bawa berapa pasang selipar? Sebab saya bawa sepasang je, so saya takut kalu selipar ni putus, saya takda dah selipar lain. Mana tahu saya boleh pinjam dari awak .Hhehe..boleh ye..." Irene melemparkan senyumannya kearah Yi kyung dengan muka comelnya itu.

 

"Boleh je. Jap saya check ada berapa saya bawak." Yi kyung turun dari katil dan mencari selipar yang dibawanya dalam beg bagasinya.

 

Dia membuka begnya dan mencari selipar yang dimaksudkan."WAIT!! Apasal takde langsung ni?"

 

"Takda apa?"
 

"Selipar tu lah. Irene....saya rasa saya tertinggallah beg satu lagi kat dalam kereta oppa saya. Dan dalam tu ada selipar saya. Aaarghhh!!! Macam mana ni?"
 


"Saya rasa dekat sekitar hotel ni mesti ada jual selipar. Baik awak pergi beli, lagipun selipar tu penting bila nak buat aktiviti nanti."

 

"Betul jugak tu. Oklah saya turun bawah dululah."

 

"Nak saya teman ke?"

 

"Takpelah. Awak sambung kemas barang-barang awak."

 

"Oh nae"

 

Yi kyung keluar dari biliknya dan menuju ke pintu lif. Dalam perjalanan menuju ke pintu lif dia ternampak Baekhyun yang sedang berdiri sambil menunggu lif. 

 

Aku rasa aku patut minta maaf lah, mesti kata-kata eomma aku haritu yang buat dia dingin dengan aku. Lagipun alang-alang tu kawannya yang lain takda. So takda lah awkward sangat.

 

 Kakinya pantas berlari menuju kearah Baekhyun kerana pintu lif tadi itu sudahpun terbuka.

 

End flashback

*****

"Yi kyung!!! Belakang awak!!" jerit Baekhyun

 

Yi kyung menoleh ke belakang. "Aaarghhh!!!"

 

 

 

 

 

 

TO BE CONTINUED...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hazy_exoL
chapter 15 updated!!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Baek and kookie berkongsi appa..jht la appa dia.buat derp je bila jumpa ank kandung ...chen memang seswai buat jeritan manja kn?auww gitu.kedua2 org hero dlm citer ni bias sy.x tahu nk ship yi kyung dgn sape..btw,update soon...dont forget
butterfly_kiss
#2
Chapter 15: Citer awk mmg best. Tak sabar nk thu next chapter
Iqa_bl #3
Chapter 14: Ha?!!
Ape jadi kat Yikyung?!!!
kenapa baek jerit kat die?!!!
BabySprinkle98
#4
Chapter 12: Klau btol tu Appa Baekhyun smpai ht die x lyn Baekhyun bleh plk x mngaku tu bkn ank die *tembak* pkai shotgun bru tau >_<......haha klkrlh si Chen ni xnk prg lwtn tu konon last2 kena gnt bdk kls sblh yg dpt prg pdn mke hehe (^^,)......Soyou tu btul2 nk brkwn dgn Yi Kyung ke?......ehh Baekhyun ni lau tu srt cinta dr sasaeng fans xdeny mrka snggh2 nk bri lbh baik buang lam tong smph je hihi 프ㅂ프......UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!
luhankiss #5
Chapter 12: hahaha...best..tak tahu kneapa tetibe je dlm cite ni saya rsa cam berminat dgn chen si camel.huhu.dia nampak comel dlm ni. keep update authornim..
lyly_ameera #6
Chapter 11: hah? appa? tpi klau betul appa jungkook tu appa baekhyun, diorang dua tu adik beradik tiri lah. mcm mne lh penerimaan baekhyun agaknya. kesian tengok baekhyun ngn yi kyung. mulut mak yi kyung tu mcm mintak kaki je. btw, sye boleh bygkan muka jungkook masa dia paut tgn mak dia tu. come nyeeeee ^^
Iqa_bl #7
Chapter 11: Pelik betul bunyi pintu tu...hahaha
Btw...palli update