Chapter 4

Fated To Be With You

 

~~TUKK! TUKK! TUKK!~~

Yi Kyung membuka pintu bilik Baekhyun lalu masuk ke dalam sambil membawa makanan dan minuman. Yi Kyung menutup pintu dengan perlahan-lahan lalu meletakkan makanan itu di atas meja berdekatan denngan katil. Kelihatan Baekhyun sedang berehat. Dahinya berkerut seperti mana ketika dia tidur di bilik sakit kelmarin. Yi Kyung menekan kerutan pada dahinya sehingga ia tidak kelihatan lagi.

 

Tiba-tiba Baekhyun memegang tangan Yi Kyung lalu meletakkannya di dadanya. “Appa, tolong kali ni je, jangan tinggalkan Baekhyun..” rayu Baekhyun dalam tidurnya. Yi Kyung duduk di sebelah kiri katil Baekhyun. Kali ni aku tak nak menipunya lagi. Kata Yi Kyung di dalam hatinya.

 

 “Mianhei..Baekhyun aa..ni Yi Kyung..” jawab Yi Kyung walaupun dia berasa serba salah. Mata Baekhyun perlahan-lahan dibuka. Mereka saling memandang, entah kenapa Yi Kyung merasakan jantungnya berdegup kencang.

 

Baekhyun melepaskan tangan Yi Kyung yang dipegangnya tadi. Yi Kyung masih tidak mengalihkan pandangannya pada Baekhyun. Baekhyun terus berpaling ke sebelah kanannya. Dia malu ingin berdepan dengan Yi Kyung. “Nah, makanlah sikit,tadi awak tak makan pun. Nanti awak sakit. Kata Yi Kyung. “Tak nak. Bawak keluar makanan tu. Saya tak ada selera nak makan.” Jawab Baekhyun.

 

 “Kalau awak tak nak makan, minum susu ni sikit. Lagipun awak kena ada tenaga sebelum awak...” Belum sempat Yi Kyung menghabiskan kata-katanya Baekhyun menepis susu itu sehingga terjatuh ke lantai. “Saya kata tak nak tu tak naklah” jerit Baekhyun. Air susu itu tertumpah ke muka Yi Kyung hingga dia kebasahan.

 

Air matanya mula bertakung, dan lama-kelamaan gugur di rongga pipinya. Baekhyun terkejut melihat keadaan Yi Kyung yang basah. Puan Byun yang mendengar bunyi bising terus menuju ke bilik Baekhyun.

 

Puan Byun membuka pintu lalu melihat Yi Kyung sedang menangis. “Kenapa ni Yi Kyung? Tanya Puan Byun. Yi Kyung bingkas bangun dan keluar dari bilik itu sambil menangis. Dia turun ke bawah dan mengambil beg sekolahnya di ruang tamu. Dia membuka pintu rumah lalu berlari menuju ke pagar rumah itu.

 

Tiba-tiba dia terlanggar seseorang, namun dia tidak menghiraukannya. “Yi......Kyung aaa...waeyo??” Dia menarik tangan Yi Kyung  sehingga Yi Kyung berhenti. “Neo, gwaenchana?” tanya Chanyeol.

 

“Jega-gwaenchana” jawab Yi Kyung tergetar-getar sambil mengelap air matanya. “Jeongmal?” tanya Chanyeol lagi. Ne..jeongmal gwaenchana. Geogjeong hajimaseyo (Betul, saya okey. Janganlah risau.)” Chanyeol melepaskan tangannya dan Yi Kyung berlalu pergi.

 

*******

“Apa salah saya? Kenapa aku rasa sakit bila diperlakukan sebegitu?”

Young Mi baring diatas katilnya sambil mengingat kembali peristiwa tadi. Hatinya sakit dan degupan jantungnya semakin lama, semakin laju. Kenapa aku perlu sedih ni? Bisik hati kecilnya.

 

Baekhyun P.O.V

Kenapa aku jadi macam ni? Aku tak sepatutnya buat macam tu. Maafkan aku Yi Kyung, aku tak mampu untuk kawal perasaan aku.

"Baekhyun aaaa...kenapa buat macam tu dekat Yi Kyung?"

Eomma maafkan Baekhyun. Baekhyun dikawal oleh perasaan Baekhyun tadi.

"Baekhyun aaa...jawablah..eomma tanya ni.."

:Yi Kyung tu eomma, Baek cakap taknak makan, Baek taknaklah. Dia yang nak sangat Baek makan tu kenapa..."

"Baek...Yi Kyung tu nak awak cepat sembuh bukannya terperap je dalam bilik."

"Bukannya eomma suka ke tengok Baek macam ni, tak macam dulu, Baek yang dulu nakal, jahat dan suka..."

"Baekhyun aaa...sudah la tu.. "pujuk eomma sambil menggosok-gosok belakang badan Baekhyun.

 

Walaupun aku dapat merasai kehangatan pelukan eommaku namun aku tidak mahu melayan perasaan aku. Aku melepaskan pelukan eommaku dengan perlahan-lahan lalu berbaring di atas katil. “Eomma, Baek nak berehat. Eomma keluarlah dulu.”

 

Aku nampak eomma bangun menuju keluar dari bilikku. Sebenarnya aku tidak mahu eommaku melihat aku menangis. Bagiku eommaku terlalu banyak menempuh dugaan dan cubaan sejak peristiwa itu.

Baekhyun P.O.V end

*******

Yi Kyung memandang ke tempat duduk Baekhyun. Ermm, nampaknya dia tak datang lagi hari ini. Tapi perlu ke aku sedih hanya disebabkan dia tak datang sekolah? Bisik hati kecil Yi Kyung.

 

“Yaa...Yi Kyung aaa..awak free tak petang ni?” Tanya Chanyeol.

 

“Ermm, sebenarnya saya ingat....”

 

“Hah!! Macam mana kalau awak ikut kitorang melawat Baekhyun petang ni?” Tanya Chen sambil mengeyit mata kearah Chanyeol.

 

Semua ahli Exo yang lain memandang ke arah Chanyeol sambil menahan gelak ketawa. Chanyeol memberi pandangan yang menyeramkan kearah mereka namun mereka tidak menghiraukannya malah menguatkan lagi ketawa mereka.

 

"Bolehlah, Yi Kyung...lagi pun awak tak pernah lagikan pergi rumah Baekhyun?" Tanya Chen dengan muka yang serious.

 

Chanyeol dan Yi Kyung saling memandang antara satu sama lain. “Haah..Yi Kyung, awak tak pernah lagi pergi rumah Baekhyun, kan?” Chanyeol cuba untuk menyelamatkan Yi Kyung yang buntu ingin mencari alasan.

 

“Ermm...oklah kalau macam tu. Saya ikut...Tapi saya ingat nak balik rumah kejap, nak salin pakaian dulu.” Jawab Yi Kyung.

 

“Kalau macam tu kita jumpa di taman berdekatan rumah Baekhyun ye?” Kyungsoo menyambung.

 

“Okay...” jawab mereka dengan serentak.


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hazy_exoL
chapter 15 updated!!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Baek and kookie berkongsi appa..jht la appa dia.buat derp je bila jumpa ank kandung ...chen memang seswai buat jeritan manja kn?auww gitu.kedua2 org hero dlm citer ni bias sy.x tahu nk ship yi kyung dgn sape..btw,update soon...dont forget
butterfly_kiss
#2
Chapter 15: Citer awk mmg best. Tak sabar nk thu next chapter
Iqa_bl #3
Chapter 14: Ha?!!
Ape jadi kat Yikyung?!!!
kenapa baek jerit kat die?!!!
BabySprinkle98
#4
Chapter 12: Klau btol tu Appa Baekhyun smpai ht die x lyn Baekhyun bleh plk x mngaku tu bkn ank die *tembak* pkai shotgun bru tau >_<......haha klkrlh si Chen ni xnk prg lwtn tu konon last2 kena gnt bdk kls sblh yg dpt prg pdn mke hehe (^^,)......Soyou tu btul2 nk brkwn dgn Yi Kyung ke?......ehh Baekhyun ni lau tu srt cinta dr sasaeng fans xdeny mrka snggh2 nk bri lbh baik buang lam tong smph je hihi 프ㅂ프......UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!
luhankiss #5
Chapter 12: hahaha...best..tak tahu kneapa tetibe je dlm cite ni saya rsa cam berminat dgn chen si camel.huhu.dia nampak comel dlm ni. keep update authornim..
lyly_ameera #6
Chapter 11: hah? appa? tpi klau betul appa jungkook tu appa baekhyun, diorang dua tu adik beradik tiri lah. mcm mne lh penerimaan baekhyun agaknya. kesian tengok baekhyun ngn yi kyung. mulut mak yi kyung tu mcm mintak kaki je. btw, sye boleh bygkan muka jungkook masa dia paut tgn mak dia tu. come nyeeeee ^^
Iqa_bl #7
Chapter 11: Pelik betul bunyi pintu tu...hahaha
Btw...palli update