Nothing Better Than You

Description


“Yahh!!! Michiseo??!!! Boleh tak lain kali jangan muncul depan saya lagi? Bila awak ada dekat ngan saya je, mesti ada perkara malang berlaku pada saya. So, bermula dari sekarang jangan munculkan diri awak yang selekeh ni depan muka saya lagi. Arasseo??!!! Jerit Baekhyun.

 

Aku mengangguk perlahan sambil menundukkan mukaku. Air mataku dibiarkan bertakung, aku tidak mahu orang lain melihat aku lemah. Namun,aku berasa malu kerana diperlakukan sebegitu di depan orang ramai. Aku tidak tahu kenapa aku selalu menggelabah setiap kali berdepan dengan dia. Hatiku berdebar-debar, tangan dan kakiku bergetar-getar.

 

“Chanmi aaa..jom balik kelas..” Kawanku, Naeun menarik tanganku lalu membawaku ke sebuah taman di belakang bangunan kelas kami. Tempat itulah yang sering mendengar luahan perasaan aku. Sedih, gembira, dan segala-galanya aku luahkan disitu.

 

Perasaan sedih aku ketika itu tidak dapat aku gambarkan. Pelbagai persoalan berada di mindaku. Dia benci aku ke? Teruk sangat ke aku? Kenapa aku selalu dilukai? Mungkinkah ini takdirku ataupun inilah penderitaan terakhir buatku?


 

Foreword

Annyeong, Hazy imnida!!

Story kedua saya yang diberi tajuk, Nothing Better Than You..

Ni first time saya buat one-shot story, jadi segala kekurangan yang ada pada story saya kali ini, harap dimaafkan.

Saya tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini genre angst menjadi pilihan saya untuk dibaca. Sebab tu,kali ni saya nak cuba menghasilkan cerita genre angst sendiri. Harap pembaca suka dengan cerita saya kali ini.

 

CHARACTERS:

 

Lee Chanmi

 

 

 

Byun Baekhyun

    

 

 

 

 

 

 

hazy_exoL
completed..oh finally!!

Comments

You must be logged in to comment
CardGames #1
Looking forward to the rest.