Last Memory

Nothing Better Than You

“Okay semua hantar latihan yang cikgu tugaskan semalam.. Kyungsoo tolong kutip dan letak di atas meja cikgu.” Arah Puan Kim

 

 

“Nae..” jawab Kyungsoo.

 

 

Aku mengeluarkan latihan itu dan menghulurkannya kepada Kyungsoo yang berada di hadapanku. “Kamsa hamnida..next?” tanya Kyungsoo kepada orang disebelahku iaitu Naeun.

 

 

“Ermmm..sebelum balik saya hantar sendiri nanti..sebab sikit lagi tak siap..hehe” jawab Naeun

 

 

“Okay..next?” Kyungsoo berjalan sambil mengutip latihan yang ditugaskan  sehingga ke meja belakang.

 

 

Aku berpaling ke belakang untuk melihat pelajar yang duduk di meja belakang. “Baekhyun..mana buku?” tanya Kyungsoo sambil memandang Baekhyun dengan muka yang serious.

 

 

“Entahlah, pagi tadi ada sekarang entah hilang kemana. Tunggu jap.” Baekhyun menilik-nilik isi begnya namun gagal menjumpai buku itu. Mukanya nampak gelisah.

 

 

“Yaa..chanmi aa..kenapa dengan buah hati kau tu? Tak pernah pun dia selama ni jadi macam tu.” kata Naeun.

 

 

“Hishh kau ni nanti orang dengar macam mana..tu pun kau tahu kan ada orang yang dah tahu aku suka dia..”

 

 

“Sesiapa yang gagal menghantar bukunya hari ini, jumpa cikgu di bilik bawah. Sebab harini cikgu kena hantar kepada ketua panitia untuk ditandatangani” Puan Kim seperti memberi amaran. Sekarang bukan Baekhyun sahaja yang gelisah tetapi Naeun turut serta.

 

 

“Huh??!! Chincha..Chanmi aku takutlah. Baik aku buat sekarang” kata Naeun.

 

 

“Wait!!” Tiba-tiba seorang pelajar perempuan bernama Taeyeon mula bersuara.

 

 

Semua mata memandang kearahnya. Dia bangun dan berjalan kearah Baekhyun sambil tersenyum. “Chanmi tengok musuh kau nak buat apa tu?” kata Naeun

 

 

“Shhh” jawabku

 

 

“Hehe,,mianhei” jawab Naeun.

 

 

“Tadi awak kata pagi tadi buku awak masih ada tapi sekarang lesap kan? Awak tak rasa ada seseorang yang nak aniayai awak, huh? “ kata Taeyeon

 

 

“Hishh dia ni nak berdramalah pulak..” jawab Naeun sambil tangannya laju menyiapkan kerja.

 

 

“Ada sesiapa nampak kertas latihan Baekhyun?” tanya Puan Kim

 

 

Semua orang menggelengkan kepala masing-masing. Mereka kembali memandang Taeyeon dengan muka yang menyampah.

 

 

“Orang kalau dah ambik takkan nak mengaku kan?? Cuba check dalam beg atau bawah meja masing-masing” arah Taeyeon

 

 

“Haishh dia ni menyusahkan betul” semua orang mengeluh dengan tindakannya itu. Maklumlah hampir semua tidak suka dengan perangainya yang suka mengarahkan orang.

 

 

Aku dan Naeun segera memeriksa laci meja dan beg masing-masing. Aku memeriksa beg aku. “Takde pon” Aku memeriksa laci mejaku. Aku menarik beberapa helaian kertas yang terselit di bawah mejaku. “Huh??!! Andwae...”

 

 

“Waeyo, Chanmi?” tanya Taeyeon sambil berjalan mendekati aku yang sedang kaku.

 

 

Aku mendengar kerusi di meja belakang ditolak, dan aku terdengar tapak kasut yang sangat familiar denganku. Dengan pantas seseorang menarik kertas itu dari tanganku.

 

 

“Kau buat apa dengan kertas aku, huh? Haritu kau basahkan beg aku, buang lirik lagu aku dan sekarang kau nak rosakkan reputasi aku dalam kelas ni pulak, huh??!!!!!” jerit Baekhyun

 

 

Air mataku mula bertakung dan perlahan-lahan mengalir di pipiku. Aku seolah-olah kaku sehingga tidak dapat mengeluarkan sebarang perkataan dari mulutku. Aku dapat rasa yang dia betul-betul bencikan aku.

 

 

“Kau tak payah menangislah depan aku. Aku tak hairan pun.” Baekhyun ingin melangkah pergi namun tangannya ditarik Taeyeon sehingga langkahnya terhenti. “Baekhyun aa..kan saya dah cakap haritu awak tak nak dengar.”

 

 

“Sudahla!!!” Baekhyun merentap tangan Taeyeon dan berlalu keluar dari kelas. Taeyeon terkejut dengan tindakan Baekhyun namun dia masih tersenyum sinis.

 

 

Aku betul-betul tidak mampu menahan perasaan sedihku. Aku kecewa dengan diri sendiri kerana setiap kali aku dimarahinya atas kesalahan yang aku tak buat, mesti mulutku akan terkunci. Dan itu mungkin sebab dia membenci aku.

 

 

“Chanmi aaa..janganlah nangis, saya tahu awak tak buat semua tu.” Naeun memelukku dari tepi sambil mengusap rambutku. Aku sangat bertuah kerana mempunyai chingu seperti Naeun, dia sentiasa memahamiku.

 

 

“Chanmi..lepas ni jumpa cikgu” kata Puan Kim dan terus keluar.

 

 

Sekarang semua mata memandang kearah aku yang sedang menangis teresak-esak. Ada yang mengata dan ada yang menyokong aku. Perlahan-lahan aku bangun. “Chanmi kau nak pergi mana tu?” tanya Naeun. “Cikgu kan nak jumpa aku. Nanti kalau kau nak balik dulu baliklah. Sebab aku balik lewat sikit.” Naeun mengangguk setelah aku mula bersuara.

 

 

Aku mengelap air mataku dan keluar dari kelas. Setelah aku keluar dari kelas aku menuju ke bilik guru. Aku segera menundukkan mukaku kerana aku ternampak Baekhyun dan kawan-kawannya. Aku tahu dia pasti mengenali aku walaupun aku tunduk tetapi aku tak nak bertentang mata dengannya.

 

 

Setelah dia melepasi aku, aku terus mengangkat muka aku dan segera ke bilik guru.

 

 

 “Baek?” tanya Kai

 

 

“Huh?”

 

 

“ Aku rasa dia tu peminat sasaeng kau lah. Dan aku nasihatkan kau janganlah kesian kat pompuan macam tu.” Kata Kai

 

 

“Ishh..tak baiklah kau ni..Aku tengok dia okay jelah” Chanyeol menyampuk sambil mengunyah gula-gula getah. “Lagipun Baek ni masih simpan perasaan pada dia, betul tak?”

 

 

“Yaaa!! Mana ada..itu kisah lama okay..Ikut suka hati korang lah . Lagipun harini aku kene balik awal, sejak kebelakangan ni family aku banyak problem.”

 

 

“Tapi betul ke aku dengar appa kau ada cari pasal dengan appa Jiyong? Aku just dengar je dari perbualan appa aku.” Kata Suho

 

 

“Korang ni ada-ada je. Appa aku bukan macam tu.”

 

 

“Tapi kalu betul apa yang Suho cakap tu, aku tak rasa keluarga kau boleh selamat. Maklumlah appa Jiyong ketua gangster yang paling berpengaruh di Seoul.” Jawab Kai sambil membuat mimik muka terkejut

 

 

“Yaaa!!! Apa yang kau cakap ni??!! Aku nak balik dululah.”

 

*****

 

 

Aku menolak pintu bilik guru itu dan keluar. Aku masih tidak dapat lupakan kata-kata Baekhyun tadi. Aku tak sanggup untuk berhadapan bukan saja dengan dia malah classmate aku. Mesti ramai yang membenci aku nanti kerana Baekhyun merupakan lelaki yang menjadi kegilaan ramai di dalam kelas aku.

 

 

Aku masuk ke kelas aku yang kosong dan mengambil beg galasku. Setelah aku mengambil beg aku berjalan menuju ke taman belakang kelas aku. Dari taman itu aku boleh nampak suasana pagar belakang sekolah. Aku duduk di bawah sebatang pokok lalu mengeluarkan diariku.

 

 

Aku membelek-belek diari aku. Aku mengingati beberapa peristiwa yang aku coretkan didalam diariku. Itu antara permulaan peristiwa hitam hidupku.

 

 

Flashback

“Baekhyun aa...saya nak bagi sesuatu kat awak ni. Sorilah kalau tulisan saya tak berapa nak elok.” Aku menghulurkan sepucuk surat kepadanya.

 

 

“Oh okay. Terima kasih.” Baekhyun tersenyum dengan menunjukkan giginya yang tersusun rapi.

 

 

Selepas aku memberi surat itu kepada Baekhyun aku berlari menuju kekelas. Perasaan gembira dan teruja aku ketika itu tak dapat digambarkan. Aku masuk kekelas dan memberitahu Naeun tentang hal itu. Dia turut gembira. Beberapa minit kemudian, bunyi hentakan pintu yang kuat mengejutkan gelakanku dan Naeun.

 

 

“Yaaahh!!! Chanmi !!! Kalau awak nak perburuk-burukkan saya, tak payahlah sampai nak tulis-tulis surat berbagai. Cakap je depan-depan. “ Perasaan gembira aku seolah-olah musnah dan tidak boleh diperbaiki lagi. Aku terkejut dengan kata-katanya begitu juga dengan Naeun.

 

 

Aku berasa begitu bodoh kerana membiarkan perkara itu berlaku. Aku masih ingat ketika itu aku langsung tidak menerangkan hal yang sebenar berlaku dan seterusnya menambahkan kebenciannya pada diri aku yang lemah ini.

 

 

Dari jauh Taeyeon dan sahabat baiknya Seohyun saling memandang sambil tersenyum sinis. Kata Naeun mungkin mereka ada menukar isi kandungan surat itu sewaktu aku keluar rehat, namun sampai sekarang aku masih tidak mengetahuinya. Tetapi kali ini aku bertekad untuk mempertahankan diri aku walau apapun yang berlaku.

 

 

End Flashback

 

 

“Chanmi!!! Sini jap. “

 

 

Aku tidak menghiraukan mereka berdua. Aku tetap menunduk sambil menulis diari.

 

 

“Yaaah!!! Kau ni pekak ke apa??!!! Aku cakap bangun tu bangunlah.

 

 

Aku bangun dan memandang kearahnya. “Kenapa?!!”

 

 

“Aku nak warning kau sekali lagi, kalu kau dekat lagi dengan boyfriend aku tu, siap kau.”

 

 

“Tchhh..boyfriend? Perasan betul kau ni. Aku tak pernah tahu pulak, setahu aku dia tak pernah anggap kau tu wujud pun.”

 

 

“Yaaahh!!! How dare you”

 

 

Aku dapat melihat tangannya diangkat untuk menampar aku.  Namun...

 

 

“Taeyeon aa!!! Hajima!!”

 

 

Kami bertiga memandang ke arah suara itu. Aku melihat Baekhyun berjalan kearah kami. Aku hanya mendiamkan diri.

 

 

“Huh?? Baekhyun aa...awak tahu tak tadi Chanmi buruk-burukkan awak, sebab tu la saya buat macam tu. Saya Cuma nak pertahankan awak.”

 

 

“Tak payah nak tipu. Saya dah dengar semua tadi. Pergi sekarang!!”

 

 

“Tapi....

 

 

“Hishhh kau ni, jomlah..” Seohyun menarik tangan Taeyeon dan mereka berlalu pergi.

 

 

Baekhyun memandang aku. Aku terus menundukkan muka aku. “Gomawo”

 

 

Dia tidak menjawab apa-apa. Dia terus berjalan kearah pintu pagar sekolah. Aku melihatnya selalu tunggu di situ setiap pulang kesekolah. Aku melihat jam di tangan. Jam menunjukkan 4.30 petang. “Hrmmm dah lewat ni.”

 

 

Aku mengemas barang-barang aku dan mengayuh basikal aku. Sewaktu aku ingin melalui pagar sekolah aku ternampak sebuah van hitam menghampiri Baekhyun. Aku terus memberhentikan basikal dan memerhati gerak-geri van itu. Tiba-tiba dua orang lelaki keluar dari van itu, mereka bersenjata. Aku terkejut kerana mereka semakin dekat dengan Baekhyun.

 

*****

 

 

 

“Oh...So kaulah yang pukul anak aku haritu? Tak sangka bukan aku dan appa kau je bermusuh, tapi kau dan anak aku pun sama.Hah!!! Bagus!! Jiyong, kau uruskan dia. Aku ada urusan penting dengan Mr Byun.” Arah lelaki itu dengan tegas.

 

 

“Oh beres  bos!”

 

 

Aku terdengar bunyi pintu dihempas dengan kuat menandakan lelaki itu sudah keluar.

 

 

“Hahahaha..kesian kau..aku rasa kalau kau nak menangis, menangislah sekarang sebab aku rasa beberapa jam lagi kau dah tak dapat nak tengok dunia ni dah. Kalau kau tanya kenapa kau jadi macam ni, tanya appa kau tu!!! ”

 

 

~TTUH!!!~

 

 

Aku mendengar Baekhyun meludahkan salivanya mungkin ke muka Jiyong atau pun ke tanah.

 

 

Tanganku tergetar-getar mendengar apa yang berlaku. Basikalku yangku sandar pada dinding itu terjatuh kerana ia terlepas dari peganganku.

 

 

“Hah!!! Sape tu??!!!” jerit Jiyong.

 

 

Bunyi basikalku yang jatuh mengejutkan Jiyong. Aku jadi tidak tentu arah, hatiku berdebar-debar. Aku mendengar bunyi tapak kasut seseorang tapi sebelum aku sempat menoleh kebelakang.

 

 

~DDUSH!!~

 

 

Entah kenapa tiba-tiba aku rasa belakang badanku terasa sangat sakit dan itu perkara terakhir aku ingat.

 

*****

 

 

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Kepalaku berasa sangat sakit. Aku melihat sekeliling, aku seperti berada di sebuah gudang lama yang tidak berpenghuni. Rumput-rumput liar tumbuh di merata tempat. Tingkap di sekitarnya juga kebanyakkannya sudah pecah. Aku membuka mataku dengan lebih luas. Aku melihat seseorang di sebelahku. Mungkinkah dia penjenayah itu?

 

 

Penglihatanku agak kabur. Aku melihatnya sedang tidur. Kepalanya berlumuran darah, begitu juga dengan bibirnya. Mukanya kelihatan pucat. Lama-kelamaan aku seperti dapat meneka siapa dia sebenarnya kerana aku ternampak sapu tangan kecil di dalam genggamannyaa.

 

 

Aku masih ingat sapu tangan itu mirip sapu tangan yang aku berikan kepadanya sewaktu pertama kali aku bertemu dengannya. Namun aku tidak menyangka dia menggunakannya. Air mataku mula gugur sehingga menyebabkan pipiku kebasahan.

 

 

“Baekhyun shhii??”

 

 

“Baekhyun..

 

 

“Baekhyun...

 

 

 

 

“Baekhyun...” Aku menyahut namanya beberapa kali namun dia tetap tidak sedarkan diri.

 

 

“Chan....mi...”

 

 

“Huh??” Aku mendengar dia menyebut namaku. Aku melihat matanya perlahan-lahan dibuka.  Dahinya berkerut-kerut sewaktu ingin mebuka mata, mungkin dia sedang menahan kesakitan yang dialami.

 

 

 

 

“Mianhei..chanmi aaa...saya....

 

 

“It’s okay...awak

 

 

“Saya banyak buat salah kat awak. Saya bodoh kerana tidak mempercayai awak. Saya bodoh sebab saya tidak pernah mengikut kata hati saya sendiri. Saya bodoh kerana mensia-siakan peluang untuk bersama awak.”

 

 

“Huh?” Apa yang dia cakap ni? Aku terkejut dengan kata-katanya. Bukan ke selama ini dia membenci aku? Apa maksud semua ini?

 

 

~DOOOM~

 

 

Bunyi pintu ditolak dengan kuat mengejutkan kami berdua. “Baekhyun!!! Hahaha!! “ Aku melihat kelibat seorang lelaki masuk sambil menjerit nama Baekhyun.

 

 

“Eomma dan appa kau memang bodoh. Dasar pengecut!! Diorang ingat dengan melaporkan ke pihak polis dapat menyelamatkan kau!! Oh tidakk...tidakk..betapa bodohnya!! Diorang tak tahu yang diorang berhadapan dengan siapa.”

 

 

“Jiyong kau bereskan diorang sebelum polis sampai. Aku nak uruskan tiket penerbangan ke Amerika.” Kata salah seorang daripada mereka.

 

 

“Beres!!”

 

 

Air mataku tidak berhenti mengalir. Aku menangis teresak-esak sambil memandang Baekhyun. Aku melihat lelaki tadi berjalan kearah Baekhyun.

 

 

~DDUSH~

 

 

Sepakan demi sepakan singgah di tubuh Baekhyun yang lemah. Aku tidak mampu melihat kesakitan yang dialami Baekhyun didepan mataku. Tubuhnya yang longlai, percikan darah yang keluar menyebabkan aku seperti dapat merasakan kesakitannya.

 

 

“ANDWAE!!!!! HAJIMA!!!” Aku menjerit. Lelaki itu berhenti dan terus memandang aku. Baekhyun perlahan-lahan mencapai tanganku dan menggenggamnya dengan erat.

 

 

“Waeyo??” Lelaki itu mengangkat keningnya sambil memandang aku.

 

 

“Jiyong!!! Pihak polis dah sampai!! Cepat bereskan diorang!” jerit seseorang dari luar.

 

 

Bunyi siren kereta polis jelas kedengaran .Lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol dan menghalanya kearah Baekhyun yang sedang terbaring.. Aku melihat lelaki itu ingin melepaskan tembakan kearah Baekhyun, namun...

 

 

~BANG~

 

 

Aku menahannya daripada terkena tubuh Baekhyun. Perlahan-lahan aku rebah ke lantai. Aku dapat merasakan peluru itu menusuk ke tubuhku. Lelaki tadi segera melarikan diri kerana pihak polis telahpun menyerbu gudang itu. Tanganku masih lagi digenggam erat olehnya. “Chanmi aa!!” Suara Baekhyun tergetar-getar menyahut namaku. “Mianhei, Chanmi aa...

 

 

 Baekhyun menguatkan dirinya untuk bangun dan memelutku dengan erat.

 

 

“Chanmi...bangun...tolong...ini semua salah saya...awak tak perlu berkorban untuk saya...“ Suaranya semakin lama semakin tenggelam. Mindaku mula bercelaru memikirkan pelbagai perkara. Aku dapat rasakan degupan jantungku semakin perlahan. Air mata Baekhyun yang jatuh membasahi bibirku yang dipenuhi darah.

 

 

Aku tahu mungkin ini detik terakhir aku. Walapun selama ini aku tidak pernah menjangka semua ini berlaku namun aku berpuas hati, aku bukan sahaja dapat berkorban untuknya, malah dia sudah mengetahui perkara yang sebenar. Masa yang terluang mungkin singkat namun aku akan simpan memori ini sebagai memori terindah dan terpahit buatku.

 

 

BECAUSE

 

 

NOTHING  BETTER THAN YOU

 

 

AND

 

 

NOTHING  BITTER THAN YOU

 

 

THE END

 

 

 

 

 

 

*Annyeong!! Saya nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada yang sudi membaca dan kepada yang subscribe (2). Jangan malu untuk mengomen dan upvote amatlah dihargai..segala kekurangan dalam story saya kali ini harap dimaafkan.Bye2.. *waving*

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hazy_exoL
completed..oh finally!!

Comments

You must be logged in to comment
CardGames #1
Looking forward to the rest.