Chapter 1
Fated To Be With You
Suasana pagi yang nyaman sedikit sebanyak menghilangkan masalah yang dihadapi dirinya. Patut ke aku beritahu eomma dan appa yang aku dah ada orang yang aku suka? Lagipun itulah salah satu cara aku batalkan perkahwinan itu. Dia bertanya kepada dirinya.
Dia seolah-olah keliru dengan perasaannya sendiri. Dia tidak mahu melukakan hati sesiapa lebih-lebih lagi eomma dan appa. Dia memandang ke langit yang biru sambil mengikat tali kasutnya. Dia mengambil beg sekolah lalu menggalasnya.
“Eomma!! Appa!! Yi Kyung pergi dulu. Dah lewat ni.” Dia menjerit lalu berlari kearah pintu pagar rumahnya dan keluar dari rumah. “Yi Kyung !! Ni kamu tertinggal bekal makanan kamu! “ Eoommanya menyahut namanya namun Yi Kyung telah pun jauh dari kawasan rumahnya. “Haishh Yi Kyung ni selalu aje tertinggal makanannya..” Eommanya mengeluh sambil memegang bekal makanan ditangan.
*******
Di Exodus Art School...
Yi Kyung memandang ke arah Mrs Jihyo, guru Matematiknya. Walaupun dia menyukai subjek ini, dia tidak tahu kenapa, fikirannya melayang memikirkan keputusan yang akan dibuatnya. Semua yang dicurahkan cikgunya ketika itu, langsung tidak masuk ke otak kecilnya itu. Mrs Jihyo menyedari kelakuannya kerana kebiasaanya Yi Kyung akan selalu bertanyakan soalan kepadanya, tetapi hari ini tidak.
“Yi Kyung, cikgu nak kamu jawab soalan yang cikgu buat di depan.” Yi Kyung masih berada dalam dunianya. “Yi Kyung!!” jerit Mrs Jihyo. “Huh?? Maafkan saya cikgu.”Dia tersedar dan terus masuk ke alam yang nyata dimana diantara dia dan Mrs Jihyo. “Kenapa cikgu” tanya Yi Kyung sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Cikgu nampak kamu tak memberi perhatian sewaktu cikgu mengajar. Nah, ambil marker ni dan buat soalan yang cikgu buat tu kat depan.”
“Haishh...” Yi Kyung mengeluh kecil. Dia berjalan ke hadapan sambil menundukkan wajahnya. Tiba-tiba dia tersepak kaki seseorang yang sengaja dihulurkan ke laluannya itu sehingga menyebabkan dia tersadung ke hadapan.
~Gedebushh!!!!!~
“Aarghhh!!!!” Dia menjerit sambil melihat kakinya yang terseliuh. Dia tidak menghiraukan mata-mata yang memandangnya. Namun dia dapat mendengar gelak ketawa murid di dalam kelasnya. Dia memegang kakinya sambil mengadu kesakitan. “Yi Kyung...gwaenchana?” Dia mendengar seseorang bertanya namun dia tidak menghiraukannya.
“Choi Yi Kyung...awak okay?” tanya Mrs Jihyo. “Nae...”jawab Yi Kyung dengan perlahan. Yi Kyung cuba untuk bangun namun kakinya yang terseliuh itu tidak mampu menampung badannya. Air matanya mula bertakung namun dia tetap dengan pendiriannya iaitu jangan sesekali menangis, lebih-lebih lagi di depan classmatenya.
“Yaa!! Awak yang buat dia jatuh tadi!! Bangun sekarang dan bawa dia ke bilik sakit.” Jerit Mrs Jihyo. Kebiasaannya Mrs Jihyo jarang memarahi anak muridnya namun ketika itu tahap kemarahannya telah sampai ke tahap yang tinggi.
“Tapi...cikgu...saya....” budak lelaki itu ingin menafikannya tapi dia tidak mampu berbuat apa-apa apabila melihat Mrs Jihyo menjegilkan kedua biji mata ke arahnya. “Kau pergi je..nanti kang tak pasal kau kena ‘makan’ dengan pengetua.” Kata Chanyeol. Dia akur dengan arahan itu lalu bangun dari tempat duduknya. “ Sini...tangan...” Yi Kyung serba salah untuk menghulurkan tangannya tapi lelaki itu terus menarik tangannya dan memapahnya keluar dari kelas menuju ke bilik sakit.
Di bilik sakit....
Dia meletakkan Yi Kyung dengan perlahan di atas katil di bilik sakit itu. “Kau duduk sini diam-diam aku pergi ambil ubat untuk kaki kau ni.” Dia terus melangkah keluar dari bilik itu. Yi Kyung melihat sekeliling bilik itu sambil menunggu lelaki tadi pergi mengambil ubat. Dia mula menguap. Tanpa dia sedari matanya mula tertutup perlahan-lahan.
Apabila dia membuka matanya, dia melihat seseorang sedang tidur di sebelahnya. Lelaki tadi ke? Dia tunggu aku sampai sekarang? Aku ingat dia dah pergi.. Yi Kyung melihat kakinya tadi telah pun dibalut kemas. Yi Kyung tersenyum sendirian. Dia cuba untuk bangun dengan perlahan-lahan kerana dia tidak mahu mengejutkan lelaki itu yang sedang nyenyak tidur. Namun sewaktu dia ingin turun dari katil itu, seseorang menarik tangannya.
“Huh?? Waeyo?” Yi Kyung pelik dengan kelakuan lelaki itu. “Appa..jangan tinggalkan Baekhyun.” Huh? Appa? Kenapa dengan dia ni? Dia kesian melihat dahi lelaki itu berkerut-kerut. Dia menekan dahi lelaki itu sehingga kerutan di dahinya mula hilang. “Ye..appa takkan tinggalkan Baekhyun” Dia bertindak untuk melayan saja lelaki itu. Selepas beberapa minit dia melangkah keluar dari bilik itu dan meninggalkan sekeping nota.
Comments