Chapter 7

My Husband So Lovely
Please Subscribe to read the full chapter

Jazmina sedang asyik meniarap di atas katil dengan macbook air yang terbuka di hadapannya. Earphone dipakai di kedua-dua belah telinga. Sehun yang sudah selesai membersihkan diri menghampiri Jazmina yang sejak tadi tak bergerak.

"Buat assignment ke?" Soal Sehun sambil menarik earphone di telinga kanan Jazmina.

"Eh! Bila awak sampai?" Soal Jazmina sedikit terkejut. Segera dia bangun dan duduk bersila. Macbook airnya ditarik rapat. Ibu pesan tak elok duduk meniarap di hadapan suami.

"Lama dah saya sampai. Dah siap mandi dah pun. Awak sibuk buat assignment ke ni?" Tanya Sehun lagi sekali.

"A'ah. Assignment shopping online."

Jazmina menghulurkan tangannya ke arah Sehun. Sehun mengangkat kening sebelum dia menepuk tangan Jazmina perlahan.

"Apa ni? Saya nak salam lah. Sini tangan tu." Jazmina menarik tangan kanan Sehun, digenggamnya dan dicium lembut.

"Oh nak salam. Ingat nak buat apa tadi." Sehun menggosok ubun-ubun Jazmina perlahan. "Sambunglah 'assignment' awak tu."

"Hmmm." Balas Jazmina bersahaja. Dia meneruskan aktivitinya melayari laman web beg tangan kegemarannya, Kate Spade.

"Awak." Panggil Jazmina pada Sehun yang sedang membuat kerjanya di meja belajar mereka.

"Ya?" Sahut Sehun perlahan.

"Bag cedar street hayden ni sesuai dengan baju kurung yang Omma beli kan untuk saya tu."

"Bag awak bukan dah banyak ke?"

"Memanglah tapi yang ni lain. Kualiti lain, design pun lain. Tak mahal pun." Pujuk Jazmina lagi.

"Tak mahal? Beli je lah. Duit yang saya bagi tu ada lagi kan?"

"Tapi itu nak guna untuk beli benda lain."

"Then tak payah beli." Jawab Sehun senang.

"Alaa, tapi kena beli jugak sebab nanti saya mengigau empat hari empat malam. Susah awak nak handle."

"Tak apa. Memang selalu sangat awak mengigau sampai saya dah lali." Sehun tergelak perlahan. Mana ada Jazmina mengigau sebenarnya.

"Sehunnnnn." Nada suara Jazmina menjadi lembut dan meleret. Dia tahu Sehun akan kalah dengan tone suaranya itu.

"Yalah. Pakai lah card saya tu."

"Thanks, Sehun. Sayang awak!" Ucap Jazmina tanpa sedar dan dia terus mengklik button add to bag dan taraa tunggu jelah bag sampai di rumah.

"Bagi beli bag je dah dapat sayang. Kalau bagi dia beli kereta, entah apa yang dapat agaknya." Omel Sehun perlahan. Dia memerhatikan Jazmina yang tersengih di hadapan macbook airnya dan dia tersenyum sendiri. Senyuman ni memang berjangkit ke?

 

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
khunfanny_94 #1
Chapter 12: sambung je cerita ni ^_^ Btw, klau nk buat cerita baru buat Sehun x OC..Gomawo
kuchens
#2
Chapter 12: Sambung la sbb cerita Ni best & sweet ^^
Heart_love
#3
Chapter 14: kesian Jazmina.harap baby dan Jazmina okay...macam pelik je ayat saya ni.hahahaha.update soon.awak prgi konsert EXO?untungnya...
Heart_love
#4
Chapter 12: Wuuu,update jgk akhirnya.lama tunggu tau.btw,update soon yaa!
ilirsyana #5
Chapter 12: lamanya baru update btw thankyouu update lagi tau
amalinnasuha07 #6
Chapter 11: Update soon
ibc_xxx
#7
Chapter 9: asdfghjk..UPDATE SOOOOOOOOOOOOONNNNNNNN!!!!!!!!!!!!!!!!
LOVE THIS FF ~~!! :D
minlee123 #8
Chapter 9: so sweet update soon
ilirsyana #9
Chapter 7: nk yg lagi sweet huhu . ommo virus sehun dh dtgg dh haih