Chapter 10

My Husband So Lovely
Please Subscribe to read the full chapter

Jazmina mendapatkan Sehun yang sedang bersantai di laman rumah. Dirapati Sehun yang asyik memerhatikan pemandangan yang mendamaikan itu. Dia menepuk bahu Sehun perlahan.

"Teringatkan siapa tu?" Tegur Jazmina sambil tersenyum riang.

Sehun sedikit tersentak. Terus dia menguntumkan senyuman apabila melihatkan Jazmina. 

"Teringatkan awaklah. Siapa lagi?" 

Jazmina menjulingkan mata mendengar jawapan Sehun. "Banyaklah awak gulakan saya. Ni apa awak buat kat sini ni?"

"Tak ada. Saya saja layan blues. Kenapa? Salah ke?" Tanya Sehun kembali. Sengaja dia mahu melapangkan fikirannya yang kusut dengan masalah kerja yang takkan pernah selesai.

"Tak kata pun salah. Hmm, esok awak free tak?" Penat berdiri, Jazmina melabuhkan duduknya di sebelah Sehun.

"Esok? Tak rasanya. Nak ajak saya dating ke?" Sehun menolak bahu Jazmina perlahan dengan menggunakan bahunya. Keningnya di angkat - angkat.

"Eh tak ada makna nak ajak dating. Saya nak ajak balik rumah Ibu lah. Lama dah tak jumpa ibu."

"Oh, nak balik rumah Ibu? Boleh jugak. Kita gerak awal sikitlah. Dapat lama sikit kat rumah Ibu." Jawab Sehun. Dia hampir terlupa tentang ibu mertuanya itu. Nasib baik Jazmina mengajaknya pulang ke sana. Jikalau tidak, berkemungkinan dia boleh dianggap sebagai menantu derhaka.

"Okay! Saya pergi kemas barang sekarang." Jazmina mula bangkit dan sebelum dia masuk ke dalam rumah, dia sempat mencium tepi kening kiri Sehun. 

Sehun terkaku sekali lagi apabila mendapat ciuman itu. Dia memandang Jazmina yang sedang tersenyum mesra.

"Upah." Ujar Jazmina tersenyum manis sebelum dia berlari anak masuk ke rumah.

Mendengar jawapan Jazmina itu membuatkan dia tersenyum lebar. Nampaknya di situlah tempat kegemaran Jazmina untuk menciumnya.

****

"Sorry, Ibu. Sehun tak bawak Jazmina jenguk Ibu awal awal lagi. Sehun terlupa. Banyak sangat kerja." Ucap Sehun semasa dia beriringan masuk ke dalam rumah bersama Puan Jasmin.

"Tak apa, Sehun. Lagipun Mina sudah jadi milik kamu sekarang. Ini kamu bawak Mina balik sini pun ibu dah bersyukur." Jawab Puan Jasmin mesra. 

"Ibu masak apa hari ni? Lama Mina tak makan masakan ibu. Rinduuuu." Jazmina memeluk tubuh Puan Jasmin erat dan disandarkan kepalanya ke bahu ibunya.

"Ei dah besar panjang pun berkepit dengan ibu lagi. Tak malu ke dengan suami awak tu?" Puan Jasmin menepuk lengan Jazmina perlahan. Segan dia kepada Sehun dengan perangai lepas laku Jazmina itu.

"Tak apalah. Sehun tak kisah. Kan, awak?" Jazmina memandang Sehun, mengharapkan Sehun bersetuju dengannya.

"Ya, ibu. Saya tak kisah pun. Lagi pun dah lama, Min tak jumpa Ibu." Sehun menghulurkan senyuman kepada dua beranak itu.

"Tengok. Kan Mina dah kata Sehun tak kisah." Semakin erat Jazmina memel

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
khunfanny_94 #1
Chapter 12: sambung je cerita ni ^_^ Btw, klau nk buat cerita baru buat Sehun x OC..Gomawo
kuchens
#2
Chapter 12: Sambung la sbb cerita Ni best & sweet ^^
Heart_love
#3
Chapter 14: kesian Jazmina.harap baby dan Jazmina okay...macam pelik je ayat saya ni.hahahaha.update soon.awak prgi konsert EXO?untungnya...
Heart_love
#4
Chapter 12: Wuuu,update jgk akhirnya.lama tunggu tau.btw,update soon yaa!
ilirsyana #5
Chapter 12: lamanya baru update btw thankyouu update lagi tau
amalinnasuha07 #6
Chapter 11: Update soon
ibc_xxx
#7
Chapter 9: asdfghjk..UPDATE SOOOOOOOOOOOOONNNNNNNN!!!!!!!!!!!!!!!!
LOVE THIS FF ~~!! :D
minlee123 #8
Chapter 9: so sweet update soon
ilirsyana #9
Chapter 7: nk yg lagi sweet huhu . ommo virus sehun dh dtgg dh haih