Chapter 12

My Husband So Lovely
Please Subscribe to read the full chapter

“Besarnya perut Kak Nad. Macam nak meletup je Min tengok. Ni kalau sentuh ni terburai?” Tanya Jazmina sambil tangannya mengacah mahu mencucuk perut Nadia.

“Ish, apa Min ni. Mana ada terburai lah. Lambat lagi Kak Nad nak bersalin.” Ujar Nadia sambil dia menepuk lengan Jazmina manja. Ada ada saja adik ipar dia ni.

“Alah, Min bergurau je. Ni mesti abang dah pengaruh akak sampai tak boleh nak bergurau ni.” Selamba dia menuduh Jufri.

“Min ni dah kahwin pun perangai macam budak lagi. Seganlah sikit dengan Sehun ni. Dia perhati je tu.”

Jufri menunjuk jarinya ke arah Sehun yang daripada tadi asyik memerhatikan isterinya. Sehun hanya tersenyum mendengar ayat Jufri itu. Dia tak kisah pun Jazmina nakal begitu.

“Sehun dah tak boleh nak buat apa dah, bang. Dia dah terikat.” Jazmina gelak nakal. Sempat dikerlingnya Sehun yang sedang tersenyum tu.

“Hmm, sorry bro. Nasiblah seumur hidup kau dah terikat budak ni. Aku tumpang simpati.”

“Abang ni asyik mengusik Min je daripada tadi. Nanti dia merajuk, Sehun jugak yang susah nak pujuk.”

Jazmina merengek apabila mendengar ayat Nadia itu dan dia terus mendapatkan Sehun yang sedang duduk di sofa itu. Dia memeluk Sehun dan menyembunyikan mukanya ke dada suaminya. Sehun hanya ketawa sambil tangannya mengusap belakang badan Jazmina perlahan. Kasihan melihat isterinya menjadi mangsa usikan abang ipar dan birasnya.

Jufri dan Nadia ketawa melihat Jazmina yang sedang dalam pelukan Sehun itu. Lapang dada mereka melihat suami isteri itu kelihatan mesra dan tak kekok antara satu sama lain. Mereka mendoakan perkahwinan Sehun dan Jazmina berkekalan selamanya.

“Menyorok kat suami dia pulak.” Usik Jufri lagi.

“eiii, jahatlah abang ni!” Gumam Jazmina tak jelas tetapi tetap menjadi bahan ketawa mereka yang berada di ruang tamu itu.

___________________________________________________________________

 

“Seronok tengok perut Kak Nad besar macam tu. Lepas tu, tadi Min nampak baby bergerak. Comel sangat!”

Jelas teruja riak wajah Jazmina ketika sedang asyik bercerita. Tangannya siap terawang-awang dan bibirnya sentiasa mengukirkan senyuman. Sehun yang duduk di meja belajar itu hanya mendengar sambil jari-jemarinya ligat menekan papan kekunci komputer ribanya.

“Awak dengar tak apa yang saya cerita ni, Sehun?” Panggil Jazmina apabila dia tidak mendengar respon daripada suaminya.

“Dengar. Kan saya dah angguk tadi?”

“Awak tak excited ke?”

“Tak.” Balas Sehun sepatah.

Muka Jazmina terus berubah. Adakah Sehun tidak sukakan kanak-kanak? Sepanjang mereka berkahwin, mereka tidak pernah berbincang ataupun berbual tentang hal anak. Semestinya Jazmina menginginkan anak yang dikandung dan dilahirkan olehnya sendiri. Melihatkan dari reaksi Sehun, mungkin dia tidak dapat merealisasikan impiannya itu.

Sehun mengangkat muka apabila Jazmina mendiamkan diri beberapa ketika. “Kenapa diam tiba-tiba ni?”

“Tak ada apalah,” jawab Jazmina laju. Dia mula berbaring di katil dan tangannya menyelimuti dirinya dengan selimut. “Saya nak tid

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
khunfanny_94 #1
Chapter 12: sambung je cerita ni ^_^ Btw, klau nk buat cerita baru buat Sehun x OC..Gomawo
kuchens
#2
Chapter 12: Sambung la sbb cerita Ni best & sweet ^^
Heart_love
#3
Chapter 14: kesian Jazmina.harap baby dan Jazmina okay...macam pelik je ayat saya ni.hahahaha.update soon.awak prgi konsert EXO?untungnya...
Heart_love
#4
Chapter 12: Wuuu,update jgk akhirnya.lama tunggu tau.btw,update soon yaa!
ilirsyana #5
Chapter 12: lamanya baru update btw thankyouu update lagi tau
amalinnasuha07 #6
Chapter 11: Update soon
ibc_xxx
#7
Chapter 9: asdfghjk..UPDATE SOOOOOOOOOOOOONNNNNNNN!!!!!!!!!!!!!!!!
LOVE THIS FF ~~!! :D
minlee123 #8
Chapter 9: so sweet update soon
ilirsyana #9
Chapter 7: nk yg lagi sweet huhu . ommo virus sehun dh dtgg dh haih