Chapter 5

My Husband So Lovely
Please Subscribe to read the full chapter

Jazmina tak senang duduk daripada tadi. Sekejap dia berbaring di katil, sekejap dia berdiri di balkoni, sekejap dia mundar mandir. Sehun yang sedang menyiapkan kerjanya di meja mula merasa rimas. 

"Awak ni kenapa? Duduk setempat tak boleh?" Tanya Sehun sambil memerhatikan Jazmina yang sedang berjalan sambil mengigit kuku. 

"Saya risau la, Sehun." Luah Jazmina perlahan.

Sehun menghampiri Jazmina apabila mendengar jawapan itu. "Apa yang buat awak risau ni? Perkara yang Omma cakap tadi ke?" 

Jazmina mengangguk perlahan. Membenarkan tekaan Sehun.

"Kenapa awak nak risau? Bukan ada apa-apa pun. Senang je." 

"Awak lelaki boleh lah cakap macam tu. Lagipun awak dah biasa. Lainlah saya ni." Balas Jazmina semula. Dia mula mundar mandir seperti tadi. 

Sehun pantas menarik tangan Jazmina lalu isterinya jatuh ke atas  pangkuannya. Tangannya menjalar memeluk pinggang Jazmina. Jazmina menelan air liur perlahan. Mana pernah dia dan Sehun serapat ni. 

"Mana ada saya dah biasa." Bisik Sehun perlahan di telinga Jazmina. 

Jazmina pantas menjarakkan tubuhnya daripada Sehun. Dia cuba bangun dan menjauhkan diri daripada Sehun. 

"Adik awak tu macam scary sikit. Dulu masa kita kahwin, dia pandang saya macam nak telan. Sebab itu lah saya risau ni." 

Perkara yang omma beritahu adalah adik Sehun, ShinHye yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara akan pulang ke Malaysia sempena cuti semesternya. Jazmina sempat berjumpa dengan ShinHye tak sampai seminggu tetapi dia dapat merasakan aura kebencian yang kuat dari ShinHye. 

"ShinHye memang begitu. Dia kan tua setahun dari awak. Tentu dia kekok ada kakak ipar muda dari dia. Tak ada apa lah." Sehun bangun dari duduknya dan mengosok kepala Jazmina perlahan.

Jazmina hanya mendiamkan diri. Dia mengeluh perlahan.

"Sudahlah. Tak ada apa yang dirisaukan. Pergi tidur, okay?" Arah Sehun. 

"Awak?" Jazmina memandang Sehun dengan mata kuyu.

Sehun memandang Jazmina lama sebelum dia tunduk mencium ubun-ubun Jazmina.

"Awak tidur dulu. Saya nak siapkan kerja." Balas Sehun perlahan lalu dia menjauhi Jazmina. Suis 

lampu ditutup dan lampu tidur dipasang.

 

Jazmina segera menaiki katil dan pantas dia menarik comforter menutupi wajahnya yang membahang akibat perbuatan Sehun sebentar tadi. 

 

 

 

 

 

 

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
khunfanny_94 #1
Chapter 12: sambung je cerita ni ^_^ Btw, klau nk buat cerita baru buat Sehun x OC..Gomawo
kuchens
#2
Chapter 12: Sambung la sbb cerita Ni best & sweet ^^
Heart_love
#3
Chapter 14: kesian Jazmina.harap baby dan Jazmina okay...macam pelik je ayat saya ni.hahahaha.update soon.awak prgi konsert EXO?untungnya...
Heart_love
#4
Chapter 12: Wuuu,update jgk akhirnya.lama tunggu tau.btw,update soon yaa!
ilirsyana #5
Chapter 12: lamanya baru update btw thankyouu update lagi tau
amalinnasuha07 #6
Chapter 11: Update soon
ibc_xxx
#7
Chapter 9: asdfghjk..UPDATE SOOOOOOOOOOOOONNNNNNNN!!!!!!!!!!!!!!!!
LOVE THIS FF ~~!! :D
minlee123 #8
Chapter 9: so sweet update soon
ilirsyana #9
Chapter 7: nk yg lagi sweet huhu . ommo virus sehun dh dtgg dh haih