Chapter 2

My Husband So Lovely
Please Subscribe to read the full chapter

“Lambat turun hari ni Sehun? Tak kerja ke?” Soal Puan Min-ah yang sedang menuangkan teh ke dalam cawan yang diletakkan di atas meja.

“Kerja Omma. Lewat sikit. Settlekan hal keluarga dengan Jazmina sekejap.” Luah Sehun sambil ketawa. Geli hati mengenangkan peristiwa pagi tadi.

Puan Min-ah berasal daripada korea selatan dan berkahwin dengan Encik Raziff. Mereka berkenalan sewaktu Puan Min-ah datang ke Malaysia untuk menyambung pelajaran. Berkahwin dengan restu kedua-dua belah keluarga dan kini Puan Min-ah lebih selesa hidup di Malaysia disamping suami, anak dan menantunya.

“Keluarga kecil pun ada masalah, Sehun? Kamu kena jaga rumah tangga dengan baik. Lagipun Jazmina tu anak manja dan masih muda.” Nasihat Puan Min-ah. Kalau boleh dia mahu hidup anak menantunya bahagia.

“Ya, Omma. Sehun faham. Bukan masalah besar pun. Omma pun tahu Jazmina tu anak manja, perkara kecil pun dia besarkan.”

“Sehun kena layan dia baik-baik. Tak salah kalau kamu mahu manjakan dia. Sebab dia dah jadi isteri...” Puan Min-ah tak jadi menghabiskan ayatnya apabila menyedari Sharifah Jazmina sedang menuju ke arah mereka.

“Mina tak ada kelas harini?” Sharifah Jazmina masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dan berada di tahun akhir ijazah sarjana muda.

“Hari ni tak ada, Omma. Mina cuma nak pergi mall carik bahan untuk presentation jumaat ni.”

Sehun tersedak teh yang diminumnya apabila melihat leher Sharifah Jazmina yang terdedah. Sharifah Jazmina dan Puan Min-ah mengalihkan pandangannya ke arah Sehun. Hairan dengan sikap Sehun yang secara tiba-tiba tersedak.

“Omma, tolong ambilkan tisu.” Pinta Sehun sambil menahan pedih di dada. Bergegas Puan Min-ah ke dapur mendapatkan tisu.

“Kolar baju  tu betulkan sikit. Malu kalau orang nampak.” Tegur Sehun sebaik saja Puan Min-ah hilang dari pandangan mata.

Sharifah Jazmina memandang ke lehernya dan menjerit kecil apabila ternampak kesan merah di sekitar lehernya. Ini pasti kerja Sehun semalam.

“Ini semua awak punya pasal. Sebab awak lah jadi macam ni. Eiii.” Sharifah Jazmina menggengam tangannya dan mengacah mahu memukul bahu Sehun .

“Tak habis lagi hal keluarga kamu berdua?”

“Habis dah Omma. Ni Jazmina sengaja nak bergurau. Kan Jazmina?”

“Ya, Omma. Barulah kami jadi lebih mesra.”

“Ada je kamu berdua ni. Baguslah kalau begitu. Tak salahlah keputusan kami untuk kahwinkan kamu berdua. Nampak sungguh serasi.”

Sehun dan Sharifah Jazmina hanya mampu tersenyum kelat mendengar ayat yang keluar daripada mulut Puan Min-ah.

 

 

 

 

“Hari ni kau nampak ceria semacam je. Ada apa-apa ke? Isteri kau mengandung eh?” Teka Hanif sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

“Banyaklah kau punya mengandung. Baru dua bulan kot aku kahwin. Agak-agaklah.” Baru sentuh sikit dah menangis nak rak macam aku cabul dia. Getus hati Sehun. Bukan Hanif tak tahu dia berkahwin dengan pilihan keluarga. Tapi kalau nak diikutkan budak Jazmina tu takdelah teruk sangat. Elok je dia tu.

“Mana tahu bunting pelamin ke. Kau kan terror.”

“Ish kau ni. Gaya mengusik macam dah ada pengalaman. Padahal awek pun tak ada.”

“Eh jangan nak pandang rendah sangat kat aku. Walaupun aku ni tak ada korean look macam kau, tapi aku ada ramai peminat tau.” Hanif meninggi diri.

“Ya lah tu. Kau ingat aku suka sangat ada iras macam artis korea tu. Mana-mana pergi mesti ada yang pandang macam nak telan. Nasib baik isteri aku tak macam tu tau.”

“Kau kan hot. Mestilah ramai yang nak cuci mata. Memang patut Omma kau carikkan kau jodoh. Kalau tak mesti ramai yang nak masuk meminang kau.”

Sehun menolak bahu Hanif mesra. “Kau ingat aku ni gadis pingitan ke?”

“Tengok iras adalah sikit.”

“Banyaklah. Tak ke aku ni saing saing Lee Min Ho hero korea tu?”

“Nama siapa yang kau sebut tu? Kau ingat aku ni kaki kpop ke?” Hanif mengerutkan dahi. Anak cina mana yang Sehun cakapkan ni.

“Nama ni lah yang si Jazmina tu selalu sebut bila tengok drama korea petang petang. Sekarang ni dia suka praktis cakap korea dengan Omma.” Sehun menghirup air tembikai laici kegemarannya.

“Untunglah kau. Isteri kau nak jugak belajar bahasa korea untuk kau.” Jawab Hanif. Sweet jugak Sharifah Jazmina itu berbanding wajahnya yang jarang tersenyum.

“Mana pulak dia belajar untuk aku.” Sehun berkata perlahan.

“Habis tu?”

“Senang dia nak bercakap dengan artis-artis kpop dia tu.”

Hanif dah jatuh rahangnya mendengar jawapan Sehun. Ada pulak macam tu. Pelik betul si Sharifah Jazmina ni.

 

 

 

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
khunfanny_94 #1
Chapter 12: sambung je cerita ni ^_^ Btw, klau nk buat cerita baru buat Sehun x OC..Gomawo
kuchens
#2
Chapter 12: Sambung la sbb cerita Ni best & sweet ^^
Heart_love
#3
Chapter 14: kesian Jazmina.harap baby dan Jazmina okay...macam pelik je ayat saya ni.hahahaha.update soon.awak prgi konsert EXO?untungnya...
Heart_love
#4
Chapter 12: Wuuu,update jgk akhirnya.lama tunggu tau.btw,update soon yaa!
ilirsyana #5
Chapter 12: lamanya baru update btw thankyouu update lagi tau
amalinnasuha07 #6
Chapter 11: Update soon
ibc_xxx
#7
Chapter 9: asdfghjk..UPDATE SOOOOOOOOOOOOONNNNNNNN!!!!!!!!!!!!!!!!
LOVE THIS FF ~~!! :D
minlee123 #8
Chapter 9: so sweet update soon
ilirsyana #9
Chapter 7: nk yg lagi sweet huhu . ommo virus sehun dh dtgg dh haih