Babak 2: Nak makan apa?

Drama Sebabak (One-Shot Drabbles) -HIATUS T^T-

Di kala malam sedang berlabuh tirainya, 7 manusia sedang lena melayan mimpi.

Di bilik Suga 03:30 a.m
“Kroohhh kroohh”

Bunyi dengkuran Namjoon yang bagaikan bunyi enjin kereta api lama telah mengganggu mimpi Suga.
“Haa…pakcik ni bising betul la”, Suga mengambil bantal kepala Jin lalu menekup telinga dengan bantal tersebut.

“Ban…bantal aku….”, kata Jin perlahan lalu tertidur semula dengan kepalanya yang tidak berbantal.

“Krrooohhh krroohhh”, bunyi dengkuran semakin kuat, namun Jin yang tidur di sebelah Namjoon masih lagi lena begitu juga dengan Jhope yang tidur di lantai.

Di bilik sebelah

“Dum dum dum”

“Bunyi apa tu?? Mak selamatkan adik!!”, Jungkook terjaga dari tidurnya lalu memeluk ‘bantal’ peluknya.

“Dum dum dumm”
Kedengaran bunyi barangan jatuh.
“Bu…bunyi apa tuu…”, Jungkook memeluk ‘bantal’ semakin kuat.

Di dalam kegelapan itu, terdapat sepasang kaki sedang berjuntai dari katil atas. Jungkook menelan air liurnya dan hanya menahan diri untuk menjerit.

“Mak kata jangan takut dengan hantu, kalau kita takut, hantu tu lagi suka kat kita….tapi tapiiii….”, Jungkook sedaya upaya menahan dirinya untuk menjerit namun tatkala itu…

“Hmm~~ Hmmm~~”

Bunyi hela nafas menyembur-nyembur ke pipi Jungkook.
“Hmmm…”, bunyi nafas tersebut kini mencecah ke lehernya.

“Takkan lah….”

Jungkook meraba ‘bantal’ yang sedang dipeluknya. Perlahan-lahan air liurnya ditelan. Helaian nafas semakin menderas laju.

“Geli la awak, jangan raba saya macam ni”, Jimin menepis tangan Jungkook.
“Makkkkk!!!!!!”, Jungkook menjerit sekuat hatinya tatkala mendengar suara Jimin yang betul-betul di dalam dakapannya.

“Gedebukk!!”

Jungkook mengalihkan perhatiannya pada bunyi kuat tersebut. Jimin terjaga dari tidurnya.
“Bunyi apa tu??”, tanya Jimin dalam keadaan mamai.

“Jangan tegur la!!”, marah Jungkook.

“Aduhh…belakang akuu…sakitnyaaaa”, suara Taehyung meraung kesakitan.

Jungkook menarik nafas lega lalu berjalan mencapai suis lampu lalu lampu suis dihidupkan.

Kelihatan Taehyung sedang terbaring di lantai sambil mengurut-ngurut belakang badannya dan di lantai itu jugalah terdapat bantal peluknya, headphonenya, teddy bearnya dan segala barangan milik Taehyung yang berkemungkinan terjatuh dari katil atas. (lulz)

“Kau buat terjun ala-ala Pandalela Rinong ke apa? Kuat betul bunyinya”, Jungkook memapah Taehyung untuk bangun dan dia membawa tilam dari katil atas lalu diletakkan ke atas lantai.

“Kenapa turunkan tilam aku?”, tanya Taehyung.

“Aku tak nak nanti kawan aku masuk hospital sebab tulang dia patah-patah sebab selalu terjatuh dari katil atas hmph”, Jungkook memandang Taehyung dengan mukanya yang menahan geram.

“Jap, kau cakap kawan kau yang mana satu ni?”, soalan yang tak munasabah keluar dari mulut Taehyung.

“Hah! Pape je la! Dah dah jom tido!”, malas Jungkook mahu melayan kerenah kawannya yang sorang ni dan apa yang dia mahu sekarang adalah dia mahu tidur.

Menjelang pagi

“Hui hui bangunnn”, Suga berusaha mengejutkan member-membernya bangun. Jin adalah orang pertama yang dia bangunkan dan reaksinya…

“Owh my goodness. Kau buat apa dengan mata kau?!”, Jin terus terjaga sambil mengusap dadanya.
Suga tidak bercakap banyak lalu terus menunding jari ke arah Namjoon.

“Manusia itulah yang membuat mata saya merah begini!! Kerana dialah saya tak dapat tidur malam tadi!”, Suga naik ke atas katil lalu menampar punggung Namjoon.

“Eh mak kau ketipang payung”, Namjoon melatah dan mengusap punggungnya.

“Apa salah tuan hamba hingga diperlakukan sedemikian rupa?”, Namjoon berusaha membuka matanya yang agak sepet.

“Hmmm”, Suga merengus geram lalu baring di atas katil dan menutup seluruh badannya dengan selimut.

“Eh dah kenapa pulak ni?”, tanya Jin.

“Jangan kacau aku. Aku nak qadha’ tidur. Dah dah main jauh-jauh”, Suga memalingkan badannya ke arah dinding.

“Merajuk la tu”, Namjoon tersengih-sengih sambil memandang Jin. Jin hanya menjeling.

“Bwahahahaha lawak sial kartun ni! Bongok la!! Hahahahaha”
Kedengaran suara yang amat dikenali sedang ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia.

“Aku tahu tu sape…”, Namjoon berjalan perlahan ke arah ruang tamu dan kelihatan seekor makhluk sedang bertenggek di hadapan televisyen sambil mulutnya mengunyah Twisties.

“Apa yang lawak sangat kartun tu Hoseok hoi~~”, tegur Namjoon dari belakang Jhope.

“Eh eh meh la tengok! Best kartun ni, apa punya merapu sampai gajah boleh terbang, lembu boleh bernyanyi…bwahaha”, Jhope ketawa terkekek-kekek.

“Kau jangan hina kartun feveret aku”, Jin datang lalu berdiri betul-betul di hadapan televisyen.
“Eh tepi la aku nak tengok!”, Jhope naik berang akibat tindakan Jin yang menghalang tontonannya.

“Citer apa yang kome dok citer ni?”, Namjoon memanjangkan lehernya untuk melihat kaca televisyen tersebut namun gagal.

“Citer Barbie dia la tu…dah berpuluh-puluh kali ulang tayang sampai aku dah boleh hafal citer tu!”, Jimin berjalan melintasi mereka bertiga lalu berjalan masuk ke dalam bilik air.

“Heheheheh”, Jin menunduk malu.

“Eeii macam pompuan!”, Namjoon mengejek Jin.
“Eh eh kau apa kurangnya!”, Jin tak mahu mengalah.

Taehyung keluar dari biliknya dengan langkah teramat longlai dan terbongkok-bongkok seperti nenek kebayan.

“Ni sorang lagi apasal jalan macam tu? Buang tebiat ke apa?”, selamba Namjoon menegur Taehyung.

“Sapukan minyak cap kapak kat belakang badan aku weyh…sakit…huhu”, Taehyung duduk di hadapan Namjoon lalu membuka bajunya.

“Mak aih, lebam ha belakang kau ni, kau buat apa malam tadi…jap takkan lah…kau dengan….”, Namjoon memandang Jungkook yang baru sahaja keluar dari bilik sambil ternguap-nguap.

“Hoi! Aku tak ada nafsu dengan mana-mana jantan eh, aku lelaki sejati! Hmphh dah dah cepat sapu”, Taehyung mencubit peha Namjoon.

“Adeh!! Okay aku gurau ja, jangan la marah sangat! Hahaha”, Namjoon menahan sakit sambil ketawa.

Jungkook membuka peti ais. Yang ada hanya telur ayam 10 biji, sedozen vitagen, kuah masak lemak cili api yang Jimin bawak semalam dengan segala jajan Jhope semua disimpan di dalam peti ais tersebut.

“Weyh…aku lapar….”, Jungkook memandang muka member-membernya dengan wajah yang sugul seperti anak kecil kehilangan gula-gulanya.

Muka yang paling ditenung lama adalah muka Jin.

/close up muka mulus Jin/

“Aku tahu la muka aku licin, tok sah pandang macam tu, bernafsu dengan aku ke apa?”, Jin datang ke arah Jungkook lalu menolak kepala Jungkook dengan jari telunjuknya.

“Lapar mak…”, Jungkook memasamkan mukanya. Sebiji rupanya macam bayi merengek nak mintak susu.

“Alolo, meh mak buatkan…nak susu mak ke?”, Jin membuat muka comelnya.

“Eh sakai. Aku lapar la! Tak hingin nak susu kau! Eiii”, giliran Jungkook menolak kepala Jin cuma kali ini lebih ganas.

“Eh melebih pulak kau eh, aku tak masak kang ada yang masuk Bersamamu sebab mak tak bagi makan minum anaknya!”, Jin mengugut.

Jin malas melayan kerenah budak yang seorang itu lalu pergi ke bahagian dapur. Dia membuka almari kecil di bahagian bawah yang tempat tong gas diletakkan.

“Okay, tong gas ada, cuma nak kena cek dulu boleh guna lagi ke tak”
Jin menyalakan dapur elektrik itu dan gas memasak dibuka maka api pun berjaya dihidupkan.

“Yes yes  boleh gu….na?!”, namun kegembiraan tersebut hanya bertahan selama 0.02 mili saat  tatkala api itu terpadam semula.

Jin berjalan ke arah ruang tamu. “Weyh, gas dah habis nak masak apa ni?”, Jin mencuit perlahan bahu Namjoon.

“Haa dah habis? Hmm apa susah pi tapau lauk kat luar, nasi kita masak sendiri amacam?”, Namjoon memberi ideanya.

“Boleh jugak tapi takkanlah tetiap hari kena tapau lauk, kang duit habis, mak aku membebel”, rungut Jin.

“Hopie, tolong tanya Suga ada tak kedai yang jual gas kat sini?”, arah Namjoon.

“Jap jap…tunggu iklan”, Jhope masih tak henti-henti menonton televisyen, maklumlah kat rumah jarang tengok kartun, tetiap hari tengok rancangan Usrah kadang-kadang bosan jugak lulz.

Apabila iklan menjelma, Jhope bingkas bangun lalu berjalan ke bilik Suga. 

“Yoongi sayang~~ Nak tanya ada tak kedai yang jual gas kat sini?”, Jhope menggoncang badan Suga yang sedang nyenyak tidur.

“Hmmm….jangan kacau laaa”, Suga menepis tangan Jhope.

“Weyhhh kat mana jual gas?”, Jhope menggoncang badan Suga buat kesekian kalinya.

“Ada kat tingkat bawah skali, pastu belok kiri, nampak kedai motor. Pastu naik bas Rapid KL, pastu sampai kat jambatan berhenti kat situ. Kat situ ada kawasan perumahan dan ada banyak kedai. Haa kat situ la ada tong gas”, kata Suga lalu menarik selimutnya semula.

Jhope ternganga sebentar.

“Apa kena dengan Yoongi ni?? Gila ke apa nak kena naik bas bagai semata-mata nak beli tong gas?”, bisik hati kecilnya. 
“Buat susah susah je tanya kau hmph…Haaa!!! Aku kan ada nombor uncle tong gas tu! Aduhai Hoseok apa la kau lembab sangat!”, Jhope mengetuk kepalanya sendiri.

“Aku ada nombor uncle tong gas, kita order je nanti dia hantar la”, kata Jhope kepada Jin dan Namjoon sambil membawa keluar telefon bimbitnya.

Mujurlah uncle itu mahu hantar tong gas ke rumah mereka tetapi tatkala Jhope mengatakan rumahnya berada di tingkat tujuh, terus uncle tu berkata…

“Lu ambil sendiri boleh ka? Wa letak kat tingkat bawah. Wa sudah tua, sudah penat mahu itu angkat tong gas solang-solang (sorang-sorang).”, kata uncle tong gas di talian.

Nak tak nak Jhope terpaksa bersetuju.

“Okay, dia kata dalam 10 minit dia sampai. Nanti kita sendiri kena ambik kat tingkat bawah. Aku nak mandi dulu”, pesan Jhope kepada dua orang membernya itu.

Selepas sepuluh minit

“Okay sape nak tolong pergi ambik ni? Duit?”, Jhope memandang seorang demi seorang.

“Dia”

“Dia”
“Kau la yang bayar!”

Mula lah masing-masing tunjuk sesama sendiri. Masing-masing tak mahu bayar.

“Kalau aku yang bayar, maknanya aku je la yang layak makan kat sini…hahaha”, kata Jin.

“Apa kata kongsi je duit tu. Apa susah?”, jawapan Taehyung membuat masing-masing tersentak.

Semua terdiam dan seorang demi seorang mengeluarkan dompet.

“Harga berapa?”, tanya Jimin.

“Dalam 33 kot termasuk gst.”, jawab Jhope.

Masing-masing menghulurkan duit kepada Jhope.

“Jimin dengan Jungkook ikut aku”, arah Jhope.

“Apasal aku pulak?”, rungut Jimin sambil mengetap bibirnya.

“Ikut je la, aku ni otot pun ada tak de je. Kau je nampak sado, takkanlah angkat tu je pun tak boleh?”, perli Jhope.

“Okayyyyy”, Jimin membalas dengan senyuman yang penuh tak ikhlas.

Di tingkat bawah apartment

“Kita angkat dua orang dulu pastu tukar orang lain”, kata Jungkook. Jimin dan Jhope mengangguk.
Ternyata usaha membawa sebuah tong gas walaupun dua tenaga lelaki yang mengangkat masih tak mampu melawan kepenatan yang membatasi.

Masing-masing baju basah kerana peluh.

Tiba-tiba Jungkook di belakang Jimin dan Jhope terdengar akan suara bunyi pintu besi yang bergesel. Bunyinya agak menyeramkan dan memekikkan telinga.

Jimin dan Jhope berhenti melangkah.
“Korang dengar apa yang aku dengar?”, kata Jungkook perlahan. Wajahnya berubah curiga.

Bunyi geseran pintu itu semakin kuat tatkala mereka melangkah ke tingkat 5.

Dan…kelihatan dua orang gadis sedang menyusun pasu bunga di luar rumah mereka.
Jimin terus menolak Jhope perlahan.

“Takpe biar aku bawak tong gas ni”, kata Jimin dengan muka yang penuh yakin.

“Eh?? Apa motif kau? Haa..takpe-takpe bawak la sampai tingkat tujuh eh”, Jhope melepaskan pegangannya.

Muka Jimin berkerut-kerut menahan berat tong gas itu. Salah seorang gadis di situ perasan akan kehadiran mereka terutamanya Jimin yang berusaha mengangkat tong gas seorang diri. Gadis tersebut hanya tersenyum malu.

Sempat jugak Jimin mengenyit matanya.

“Amboi!! Ada hati nak pikat anak dara orang eh!”, Jungkook menolak kepala Jimin.

“Bwahaha dalam hati bernyanyi riang~~ Sha la lalalala”, Jimin akhirnya membawa tong gas itu sampai lah ke rumah mereka dengan perasaan yang teramat riang.

“Hopie…aku rasa ada yang tak kena dengan Jimin”, bisik Jungkook ke arah Jhope.

“Kau rasa?”, Jhope memandang Jungkook. Matanya dikecilkan.

“Aku rasa dia kena sampuk”, Jungkook membuat andaiannya tanpa bukti yang kukuh.
“Jangan nak main-main la hishh”, Jhope memijak kaki Jungkook yang sudah berkaki ayam di luar rumah.
“Sakit la sengallll!!!”, jerit Jungkook.

-babak 2 tamat-


/serangan comel dari kanak-kanak terlebih riang/

Bwahahahaha  aku x tau kenapa tapi aku sendiri asyik tergelak baca ff aku sndiri lol
btw, jyeah hope kome suke chapter ni :3

dan komen la jika anda suka... suka tak suka tak?? hahahaha /gila/

see u guys at another scene!!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
ada orang rindu ke ff ni? kalau rindu tu pi lah baca balik xD /disepak berjemaah/ sorry sbb dah setahun x update T.T /hembos hingos

Comments

You must be logged in to comment
Eli_Shane
#1
bila mau hapdetttttt
aishahdaebak #2
Chapter 7: Wah!daebak !!!!!mmg klakar!!update soon!
minlee123 #3
Chapter 7: mesti org ingat sy gila sbb gelak kuat2 bulan puasa ni
Eli_Shane
#4
Chapter 7: Ckp pasal layha teringat lak aku kat lay lama angel..wuuuu gyahaha abe update soon naa
Eli_Shane
#5
Chapter 7: Ckp pasal layha teringat lak aku kat lay lama angel..wuuuu gyahaha abe update soon naa
SongHaBin #6
Chapter 7: Dia datang.. Dengan senyum simpulnyaaaa...(nyanyi ala2 lgu ghazal) Jajajaja.. Dpt jiran baru,ensem lak tuu..
Hoboyobo
#7
This was really good!
tyhah_nad #8
Chapter 7: Aku dh agak dh, mesti yg tu lay XD HAHAHAHA..sengal