Babak 6: Jiran owh jiran

Drama Sebabak (One-Shot Drabbles) -HIATUS T^T-

Taehyung: “Hey you”

Jungkook: …..

Taehyung: “Yes you..”

Jungkook: …?

Taehyung: Why you look so handsome man?

Jungkook: ….??

Taehyung: Because I’m born to be handsome like you…

Jungkook: /campak pen kat kepala Taehyung/
                   “Sudah la weyh!! Dah berapa lama kau hadap cermin tu! Perah santan betul!”

Taehyung: “Ala aku tau kau jeles dengan aku! kan kannn hahaha”  /sambil berposing dan memakai cermin mata hitam mahalnya/

Tatkala itu Jimin melangkah masuk ke dalam bilik untuk mengambil pakaiannya untuk dicuci…

“Ni dah pehal? Meroyan ke pakcik oi!”, Jimin menepuk punggung Taehyung.
“Eh apa tepuk-tepuk aset berharga aku ni! Suka hati la”, Taehyung sempat menarik seluar Jimin yang agak londeh masa tu maka tak disangka sangka seluar Jimin pun terlucut….

“Eh ehhh apa main tarik-tarik ni!”, sempat Jimin menarik seluarnya semula.

Jungkook hanya menelan air liurnya melihat adegan itu.

“Nasib baik kau pakai spender kalau tak…..”, Jungkook memandang Jimin.

“Kalau tak? Dah daahhh hishh aku tak tau la dengan kome berdua ni. Entah pape la yang korang dah buat. Aku bagitau kat pak ustad tu baru tau!”, Jimin mengugut dan melangkah keluar dari bilik dengan mukanya yang kemerahan.

Belum sempat dia hendak mengadu kepada Jhope, kelihatan Jhope sedang terkulai di atas lantai dengan segala jajannya bertaburan di atas lantai.

“Aduhaiii sedihnya kawan-kawan aku ni….sobs”

“Sedapnya burger aku buat ni…hmm”, Suga melayan perasaanya seorang diri di meja makan sambil makan burger ayam yang dibuatnya.

“Makan tak ajak eh”, Jin mencuit bahu Suga.

“Kalau nak, pergi buat sendiri”, Suga berkata selamba dan terus menyuap burger dengan lahap nya.

/Bunyi drill entah dari mana kedengaran/

Suga hampir tercekik bawang tatkala mendengar bunyi yang memekikkan telinga itu. Jhope yang tertidur di atas lantai terus sahaja terbangun.

Namjoon di dalam bilik air terus keluar dengan hanya bertuala.
“Gempa bumi ke weyhhh alamak aku tak sempat nak pakai apa-apa!!”

Namjoon menggelabah macam orang gila.

“Bunyi orang tengah bertukang kot. Apa orang omputih kata….’renovate’ rumah macam tu la”, kata Jin.

“Nak renovate apa, rumah kat sini pun macam rumah hantu je aku tengok, nak renovate bagai..”, Jimin datang menyampuk.

Suga memandang tajam Jimin.

“Kau cakap rumah hantu? Sampai hati kau eh”, Suga mengambil bawang dari dalam mulutnya dan membaling ke arah Jimin. Tapi balingannya tidak menepati sasaran sebaliknya tersasar ke arah Namjoon yang masih lagi bertuala.

“Kau pehal weyh?!! Alaaa aku kena mandi lagi skali!”, Namjoon dengan geram mengambil bawang di atas kepalanya dan membaling semula ke arah Suga.

Adegan membaling bawang semakin sengit.

“Hahahaha seronoknya!”, Jin hanya memerhati  member-membernya sambil bertepuk tangan begitu juga dengan Jimin.

Sehinggalah bawang tersebut mendarat ke atas muka Jhope yang sudah tertidur balik di atas lantai.

“Hmm biarkan je la…”, Suga sambung makan burgernya. Namjoon masam mencuka dan melangkah ke bilik air.

“Dah la aku nak basuh baju aku”, Jimin pun melangkah ke bilik air lagi satu ambil membawa berus.

“Aku nak buat apa eh…erkk”, Jin kematian akal. Tidak tahu untuk membuat apa pada masa itu.

Selang beberapa jam kemudian, bunyi orang men’drill’ rumah kedengaran lagi.

Jungkook dan Taehyung keluar dari bilik dan memandang Suga dengan wajah yang sugul.

“Berapa inci korang pakai bedak?!! Bapak putihh!! Bwahahahaha”, Suga ketawa terkekek kekek.

“Ha’ah cantik kan? Qu puteh barulah putehhh!!”, Taehyung mengibas rambutnya di hadapan Suga.
Suga terbatuk-batuk dengan seksa.

“Hoi hoiii dah daahhh”, Suga menolak sedikit badan Taehyung.

“Bedak kebendaa? Ni haa habuk dinding! Habis rambut, muka baju aku semua putih!! Ni semua sebab orang yang buat bising tu la!!”, Jungkook geram.

Bunyi tersebut masih lagi kedengaran. Kali ini makin mengganas.

“Aku tak boleh tahan la weyh!!”, Jungkook membuka langkah drastik dan berjalan ke arah luar rumah.

“Dari mana datangnya bunyi tu? Eh jap”

Jungkook memerhatikan banyak barang di sebelah rumah.
“Eh ada orang baru pindah ke?”, tanya Suga.

“Rasenye la…”, Jungkook mengangguk.
“Aku rasa bunyi tu datang dari sini…”, Suga melangkah ke rumah sebelah dengan hanya berkaki ayam.

/Ketuk pintu rumah sebelah/

“Saya wakil dari Ibu Pejabat Jabatan Jiran Tetangga meminta awak menghentikan projek mencantikkan rumah kerana awak telah mengganggu ketenteraman awam. Jika tidak awak akan disabitkan kesalahan akta…..”, belum sempat Suga menghabiskan kata-katanya kelihatan seorang lelaki berketinggian 187 sentimeter (detail betul hahaha) membuka pintu pagarnya sambil memegang alat drill di tangan kanannya.

“Maafkan saya encik, saya tak tahu saya telah ganggu jiran-jiran kat sini. Saya yang bersalah. Encik janganlah tangkap saya. Saya kena telefon keluarga saya kat kampung dulu, awek saya, dan Alpaka saya baru encik boleh tangkap saya…”

Lelaki itu meminta simpati.

“Eh tidak mengapa lah…saya saja datang melawat kawasan sini, tapi saya mendengar aduan dari penduduk di sini, kata awak telah membuat bising”, Suga menolak badan Jungkook.

Jungkook membuat senyuman tak ikhlas memandang lelaki tinggi itu a.k.a jiran baru.

Lelaki itu membalas senyuman Jungkook.
“Maafkan saya encik. Saya janji tak akan bising lagi. Erm, sedap la bau ayam ni…awak ke yang berbau ayam tu?”, lelaki itu memandang Jungkook seperti ingin memakannya.

Jungkook dan Suga saling berpandangan.

“Muka saya macam ayamkah?”, tanya Jungkook.

“Eh tak ada, cuma bau encik macam bau ayam KFC. Lapar pulak saya hahaha”, lelaki itu cuba begurau.

“Hahahaha saya bagi awak 2 bintang. Boleh cuba lagi ya!”, Suga menepuk bahu lelaki itu.

“Sampai bila nak merapu ni weyhh. Jom jom balik”, Jungkook menarik lengan Suga.

“Baiklah saya kena balik ke pejabat sebab ada urusan penting. Have a nice day!”, Suga melambai tangannya ke arah lelaki tinggi itu.

“Hmm style jugak pegawai tu, tak pakai selipar. Patut aku cuba style baru ni…mueheheh”, lelaki itu memandang Suga dari jauh.

“Eh kat sini rupanya unicorn ni…laa ingatkan dah hilang entah ke mana!”, lelaki itu mengambil anak patung unicorn dari luar rumahnya.

“Lelaki tu pelik la weyh! Tengok la tu!”, Jungkook melihat lelaki tinggi itu melalui celah pintu rumah.

“Pelik tapi boleh tahan kacak. Muka macam Edward Cullen, yang hero filem Twilight tu!”, Suga ketawa sendirian.

“Hoi korang ni buat apa bertenggek celah pintu ni?? Skodeng awek cantik ke??”, Jimin datang lalu memeluk belakang badan Jungkook.

“Skodeng jiran baru la…” Jungkook berkata perlahan.

“Dah dah senyapp”, Suga menyuruh Jimin senyap. “Waahhh boleh tahan kacak siot!!”, Jimin begitu teruja melihat jiran barunya.

“Eh Jimin Sakai diam sikit! Kang aku hempuk kau pakai selipar jepun Hopie baru tau!”, Suga geram tengok Jimin. Patut lah nama ‘Jimin Sakai’ diletakknya sebagai nama panggilan kat Whatsapp (rujuk babak 1 lololol)

Jimin menjeling Suga.
“Okay fineee”

Keesokan harinya…
Mereka bertujuh makan di KFC memandangkan Jungkook ingin belanja member-membernya setelah mendapat gaji pertama.

“Order la apa yang korang nak tapi aku tak nak resit lebih dari RM 100. Kalau lebih, korang bayar sendiri!”, kata Jungkook sambil mencekak pinggangnya.

“Ceh kata nak belanja tapi letak syarat pulak! Banyak songeh betul!”, Namjoon membebel.

Setelah membuat pesanan, mereka berbual kosong di meja makan. Dalam pada masa yang sama, pandangan Suga, Jimin dan Jungkook tertumpu pada satu meja. Terdapat seorang lelaki berkaca mata bulat sedang duduk sambil memeluk patung unicorn.

“Weyh berapa lama nak tunggu kau ni?? Kau pergi mana?? Malu la aku pegang benda ni lama-lama! Rosak imej aku tau tak!”, lelaki itu menengking di telefon.

“…apa?? Kau sesat? Kau kata kau tau jalan! Kata tak nak buang air besar kat sini la sebab tak selesa konon. Bukan dekat je ke KFC dengan rumah? Takkan dah lupa jalan kot!”, sambung lelaki itu.

Suga, Jimin dan Jungkook mengangguk-angguk kepala.

“kesian….”

“Korang dah kenapa diam dari tadi?”, tanya Namjoon sambil memandang pelik member-membernya.

“Kita ada jiran baru…”, bisik Jimin.

“Sape? Lelaki yang bising-bising tu ke?”, tanya Hopie yang hanya berdiam diri dari tadi.

“Ha’ah”

“Makanan dah sampaii~~”, Taehyung datang sambil membawa sebekas makanan bersama air gas.

“Ni je kau bawak? Yang lain mana?”, tanya Suga.

“Ada kat atas kaunter tu. Pergi amik sendiri!”, Taehyung terus melabuhkan punggungnya di kerusi.

“Hmphhh”, Suga bingkas bangun begitu juga Jhope dan Jin.

Mereka bertujuh makan bersama-sama. Jungkook hanya memerhatikan lelaki itu dari tadi. Dia makan ayam goreng seorang diri. Agak terkejut juga bila melihat meja lelaki itu penuh dengan set ayam goreng.

“Bapak ar dia ni. Semua tu dia makan ke? Gila ayam betul dia ni”, kata Jungkook.

Yang lain menjadi tukang perhati. “ish ish ishh kesian makan sesorang…”

Usai mereka habis makan, mereka bertujuh berjalan kaki pulang ke rumah. Setibanya di hadapan rumah, kebetulan lelaki tinggi tadi juga sampai di hadapan rumahnya.

“Wahh ramainya. Kamu semua ini tinggal sini ka?”, tanya lelaki itu.

“Ha’ah”, jawab mereka bertujuh serentak. Jin membuka pintu pagar rumah.

“Kamu semua ini kerja di mana? Kerja kontraktor ka?”, tanya lelaki itu lagi.

“Eh dia ni ingat kita ni bangla ke apa?”, Taehyung tanya seorang diri.

“Kiteorang kerja jual burger. Singgahlah datang kat gerai kiteorang malam nanti kalau sudi”, jawab Jhope sambil tersenyum hingga menampakkan gusinya.

“Owh…okay. Kalau saya rajin saya singgah. Tapi kaki saya kata malas pulak nak pergi malam nanti. Jadi tak pe la. Kalau korang buat delivery hantar burger ke rumah lagi bagus. Senang sikit kerja saya, hanya order dan makan….kan bagus!”, lelaki itu tersenyum lalu masuk ke dalam rumahnya.

“oh my god!! Annoyingnya makhluk puaka tu!!”, Namjoon mengipas-ngipas badannya dengan tangan kanannya.

“Fuhhh panas je aku rasa dia cakap macam tu!!”, Suga mengetap bibirnya.

“Ingat senang kita nak turun naik pergi hantar burger! Urghhh”, Jimin mencebik.

“Dah dahh masuk dalam semua. Lantaklah dia”, Jin menyuruh membernya masuk ke dalam rumah.

Tak sampai beberapa minit, kedengaran bunyi drill. Dan ya, bunyi itu datang dari jiran sebelah yang annoying tu.

“LAGI SKALIII OWH TIDAK!! BOLEH TAK AKU CEKIK DIA!”, Taehyung keluar dari dalam bilik. Rambut dan bajunya diselaputi habuk dinding.

Suga dengan pantas keluar dan mengetuk-ngetuk pintu rumah sebelah.

“Hei jiran sebelah! Tidak tahukah adab menghormati jiran tetangga? Tidak belajarkah engkau sewaktu di sekolah rendah dahulu? Hendak aku sekolahkah kamu balik kah?”, Suga berbahasa baku dengan spontannya. Jin turut mengikuti Suga.

“Maafkan saya encik…owh encik pegawai haritu! Bukan saya yang buat! Tapi kawan saya sorang ni. Saya dah halang dia drill rumah ni. Tapi dia nak jugak!”, kata lelaki tinggi itu.

“Hah lupakan! Saya bukan pegawai ke apa. Tapi jiran sebelah. Tolonglah jangan buat bising lagi pleaseee… Saya dah tak tahan!”, Suga menahan marahnya.

“Woi Layha!! Meh sini kejap!!”, lelaki itu berteriak memanggil kawannya.

Dan selepas itu, datanglah seorang lelaki ke arah lelaki tinggi itu.
“Ni dia kawan saya”

Lelaki itu hanya senyum hingga tertimbul lesung batu di pipinya. Eh lesung pipit lewls.

“Owh ni ke kawan awak…erkk hehe comelnya”, Suga menunduk malu. Tak jadi untuk marah.

“Aku cakap jangan drill rumah lagi. Entah pape kau gantung gambar unicorn dalam rumah! Kang malaikat tak masuk dalam rumah!”, lelaki tinggi itu menyekeh kepala kawannya itu.

“Laa ye ke? Takpe la kalau malaikat tak nak datang rumah. Setan kan ada, boleh dia datang rumah, tengok-tengok gambar tu…”

Suga terkejut mendengar kata-kata itu.
“Bwahahaha tak sangka ada manusia lagi gila dari Tae”

“Owh lupa nak perkenalkan diri…nama saya Min Yoongi. Panggil saya Encik Suga, jiran sebelah rumah awak”, Suga berjabat tangan dengan lelaki tinggi itu.

“Nama saya Kim Seokjin. Panggil saya Jin!”, Jin tersenyum sumbing.

“Jiran sebelah? Yang ramai-ramai tu siapa? Anak-anak awak?”, tanya lelaki itu kepada Jin.

“Ehh saya terlalu muda untuk ada anak…hahaha tu kawan-kawan saya.” , Jin tidak dapat tahan gelak bila lelaki itu berkata sedemikian.

“Awak Jin?? Owh masuk lah rumah saya, tengok koleksi gambar unicorn sayaa!”, kawan lelaki tinggi itu teruja sambil memandang Jin.

“Aku bukan ‘Jin’ la aku ‘Jin’ ehh takde beza rasanya nama aku…ahhh kenapa nama aku camtu??”, Jin mengomel sendirian.

“owh…okay la nama saya Wu Yi Fan, dan sebelah saya ni Zhang Yixing…”,kata lelaki itu.

“Eh nama aku bukan tu la, panggil saya Lay Unicorn sebab saya obses dengan unicornn…saya harap saya dapat kawen dengan unicorn dan dikurniakan 10 orang anak”, kata Lay sambil memeluk anak patung unicorn.


/kelip2 mata/ awwww 

“Maafkan saya, ada hal sikit kat rumah..heheh…okay la bai”, Suga menunduk 90 darjah dan berlari masuk ke dalam rumah. Jin melambai tangannya dari jauh.

“Korang!!”, Suga memanggil member-membernya.

“Sah aku rasa jiran sebelah kita ni…..”

Suga memandang seorang demi seorang.

“GILA”, kata Jin dan Suga serentak.

“Laa ye ke?? Tapi aku rasa kita dengan diorang tak de beza”, kata Taehyung sambil mengunyah jajan Jhope.

“Hoi!! Tergamak kau makan jajan feveret aku!!! Aku sumpah kau jadi batu kalau kau habiskan jajan akuu!!”, Jhope begitu terkejut dan datang ke arah Taehyung sambil membawa sebatang penyapu.

“Jajan kau, jajan aku jugakkk hahaha”, Taehyung berlari masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu.

“Memang tak de beza….kesiannnn….”, Jungkook dan Jimin berkata serentak sambil menggeleng kepala.

-BABAK 6 TAMAT-


"OEMJIII!! Apa nak jadi ni. Dah la kawan-kawan aku gila. Jiran aku pun gila jugak! Owh tidakkk"
-Suga-

Hai korang~~ Apa khabar kome sume? Hopefully sihat la ye :)
Sorry by the way sebab lambat sangat update due to my life event yang sungguh bizi la sangat haha.
Sebenarnya aku mereput sangat harini, so aku tulis la bagi nak menghilangkan rasa mereput tu lulz.

Jumpa korang di babak akan datang. Doakan semoga authornim x bizi dan update selalu wakaka
Papai~~
xoxo, ShiMatoki.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
ada orang rindu ke ff ni? kalau rindu tu pi lah baca balik xD /disepak berjemaah/ sorry sbb dah setahun x update T.T /hembos hingos

Comments

You must be logged in to comment
Eli_Shane
#1
bila mau hapdetttttt
aishahdaebak #2
Chapter 7: Wah!daebak !!!!!mmg klakar!!update soon!
minlee123 #3
Chapter 7: mesti org ingat sy gila sbb gelak kuat2 bulan puasa ni
Eli_Shane
#4
Chapter 7: Ckp pasal layha teringat lak aku kat lay lama angel..wuuuu gyahaha abe update soon naa
Eli_Shane
#5
Chapter 7: Ckp pasal layha teringat lak aku kat lay lama angel..wuuuu gyahaha abe update soon naa
SongHaBin #6
Chapter 7: Dia datang.. Dengan senyum simpulnyaaaa...(nyanyi ala2 lgu ghazal) Jajajaja.. Dpt jiran baru,ensem lak tuu..
Hoboyobo
#7
This was really good!
tyhah_nad #8
Chapter 7: Aku dh agak dh, mesti yg tu lay XD HAHAHAHA..sengal