Babak 3: Burger & ...

Drama Sebabak (One-Shot Drabbles) -HIATUS T^T-

 

“Air pasang malam surut pukul lima~ Nyonya bangun pagi siram pokok bunga~~ Pokok bunga melur tanam tepi batas~ Itik bertelur ayam menetas~~”, Jungkook bernyanyi di dalam bilik air tak ingat dunia.

“HOI BERAPA LAMA LAGI NAK BERTELUR DALAM TU HAH??!!”, Suga menjerit dari luar bilik air. Sudah lama dia menunggu makhluk di dalam bilik air itu mandi tapi sampai ke saat ini makhluk itu masih tak keluar lagi.

 Dan dek kerana rasa terkucilnya itu membuatkan Suga menari macam orang kena sawan.
“Kejap lagi aku keluar la”, teriak Jungkook lalu sambung dengan nyanyiannya.

“Bukak la weyh!!! Grrr”, Suga tidak mampu bertahan lama, dia terpaksa guna cara kekerasan dengan mengetuk pintu sekuat hatinya. Akibat daripada itu, pintu bilik air terus terkuak dan tak semena-mena dia terlihat sekujur tubuh tanpa seurat benang sedang berdiri di hadapannya.

“MAKKKK!!!”

Jungkook dan Suga sama-sama menjerit akibat terkejut.

“Aku tak nampak apa-apa!”, Suga terus masuk ke dalam bilik air sambil menutup matanya. Jungkook menggelabah lalu dengan pantas mencapai tuala mandi dan menutup tubuhnya.

Taehyung terpandang Jungkook yang hanya berkemban dan berlari ke dalam bilik.

“Dah kenapa pakai macam tu?”, tanya Taehyung. Soalannya terhadap Jungkook dibiarkan tergantung kerana Jungkook sudah masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu.

Suga keluar dari bilik air dengan muka yang teramat lega.
“Ada bilik air lain tak nak guna yang tu, bilik air aku jugak dia nak guna, bwahaha padan muka”, ketawa Suga seorang diri.

Mereka semua menghabiskan masa dengan menonton siaran televisyen. Namjoon tertidur kerana dia tidak tahu berbuat apa-apa jadi dia pun tidur namun tak sampai 10 minit dia melelapkan mata dia terbangun semula.

“KORANG! AKU DAPAT IDEA!” , jerit Namjoon.

Semua member terus memandang pelik Namjoon yang tetiba sahaja bangun dari tidur.

“Eh kau ni, buat aku terkejut ja. Nak je la aku sumbat remote tv kat mulut kau!” Jin mengacukan remote tv tepat ke arah mulut Namjoon.

“Hahaha sorry la, entah macam mana tadi aku dapat mimpi pelik”, Namjoon mendengus perlahan.

“Mimpi apa tu? Mimpi tuan puteri kayangan ke?”, tanya Jimin.

“Eh tak de la”, Namjoon memandang rakan-rakannya dengan muka yang amat sedih.

“Erm, takkan lah kau mimpi ular kot? Orang kata tu jodoh nak datang atau pun dah nak mati”, Taehyung membuat kesimpulannya yang entahpape.

“Aku tak bersedia nak mati la! Bengong mu ni. Aku nak kahwin, nak ada cucu cicit”, Namjoon berangan seorang diri.
 

“Habis tu??”

Semua member menunggu jawapan sebenar Namjoon yang dari tadi jawapan melalut sahaja keluar dari mulut.

“Aku mimpi yang satu hari nanti…kita makan pasir je weyh, mak ayah kita tak mahu sara hidup kita lagi, kita hidup terbiar, kita kelaparan sampai badan kurus keding, lagi keding dari Hopie dan kita makin tak hensem.”, kata Namjoon sambil mengeluh.

“Mygoddd seramnyaaaa”, Jimin hampir pengsan mendengar kata-kata Namjoon lalu mengusap badannya yang sado itu.

Rumah menjadi sunyi sepi untuk seketika. Jin menutup siaran televisyen dan memandang serius Namjoon.

“Jadi apa kesimpulannya dari mimpi kau tadi?”, tanya Jin.

“Kita kena kumpul duit tanpa bantuan mak ayah kita”, jawab Namjoon sambil mengangguk.

“AKU TAHUUU!! KITA JUAL BURGER NAK TAK??”, Suga datang ke arah member-membernya dengan gaya seperti diva.

Jin dan Namjoon serta yang lain terus memandang sesama sendiri.

“Apa? Boleh en? Habis tu nak jual apa? Nasi lemak? Jual karpet? Jual badan?? Eeeii”, Suga menjeling Jungkook yang hanya duduk statik dari tadi.

Muka Jungkook merah menyala.

“Mengikut kajian saintifik saya, saya rasa menjual burger adalah perkara yang tidak sihat untuk kesihatan manusia, apa pula pendapat Ustaz Hoseok?”, Taehyung bertanya kepada Jhope seperti rancangan bual bicara.

“Erm, bagi saya itu masih dibenarkan syarak kerana manusia perlu mencari rezeki seperti bekerja dan menjual apa-apa selagi ia tidak melanggar syariat”, jelas Jhope. Penjelasan sebiji macam ustaz yang berbicara dalam rancangan usrah.

“Baiklah jikalau begitu professor Taehyung dan Ustaz Hoseok. Maka dengan ini menjual burger adalah perkara yang mulia dan tidak melanggar syarak.”, Suga menyambung.

“Aishh okay okay, so target kita adalah jual burger?”, tanya Namjoon.

Tiba-tiba sahaja Jungkook mengangkat tangannya.

“Ada bantahan?”, tanya Suga memandang tepat ke arah Jungkook.

“Aku…aku sebenarnya dah hantar resume aku, nak kerja sementara kat KFC. Sorry ar kalau aku tak dapat tolong korang handle tapi jangan risau, aku bagi modal untuk korang.”, kata Jungkook sambil menundukkan mukanya.

“Yahhooo kalau macam tu hari hari kita makan ayam yay!!”

Entah kenapa semua bersorak gembira tatkala mendengar pengakuan Jungkook. Jungkook mendongakkan mukanya kerana tak percaya melihat kawan-kawannya terkinja-kinja bagai.

“Serious la korang tak marah?”, Jungkook masih lagi tak percaya.

“Tak de la, tak pe kiteorang tak kisah. Lagipun belum confirm lagi rancangan ni. Banyak nak kena fikir sebelum nak mulakan perniagaan”, kata Jin sambil tersenyum.

“Okay, nanti kita bincang lagi pasal ni. Majlis bersurai”, sesuka hati sahaja Namjoon berkata.

Selepas itu masing-masing melayan diri, ada yang tertidur, ada yang main henfon, ada yang bercakap seorang diri di beranda dan ada yang rajin pergi basuh baju dalam bilik air. (pfftt)

Sedang Jimin ingin mengambil pakaian untuk dicuci, dia terjumpa akan seluar dalamnya di hujung katil.
“Aik? Macam mana boleh sampai ke luar seluar dalam ni? Bukan aku letak dalam almari ke?”, tanya Jimin sendirian.

Tatkala dia mengambil seluar dalam tersebut, dia terkejut kerana terdapat kesan seperti kuah kari melekat di atasnya.

“Sape yang pergi lap pakai seluar dalam akuuuu???!!”, Jimin naik berang.

Hoi!! Sape yang kotorkan seluar dalam ultraman aku hah??!", jerit Jimin dari dalam bilik.
"Bukan aku lah!!!", teriak Jungkook.

"Bukan aku jugak!"
"Bukan aku!!"

Jin,RapMon,Suga turut menjawab.

"Habis sape yang kotorkan??!!", teriak Jimin semula lalu membawa seluar dalam ultraman kesayangannya ke ruang tamu dan menunjuk seorang demi seorang.

"Dia yang kotorkan...", jawab Jhope selamba sambil mengunyah cikedis.

"Seluar hang nampak cantik bebenor sampai aku rasa nak kotorkan...heheh", jawab Taehyung sambil ketawa sendirian.

"Kau ingat lawak ar??", Jimin menggumpal seluar dalam  tersebut lalu mengejar Taehyung.

Lalu bermula lah adegan kejar mengejar dalam rumah tersebut. 

“Oi, pening la kepala aku tengok korang lari macam ni, aku nak tengok tv pun tak boleh!”, marah Jhope.

Taehyung dan Jimin tidak menghiraukan kata-kata Jhope dan terus berlari macam kanak-kanak ribena.

Taehyung berhenti berlari lalu menyorok belakang sofa tempat Namjoon tidur.

“Menyorok eh? Takpe takpe”, Jimin berhenti daripada mengejar Taehyung lalu melangkah menuju ke dalam bilik.

“Hahahahaha cantiknya seluar dalam ni, tali pun halus, mesti mahal kan?”, Jimin membawa keluar seluar dalam mahal milik Taehyung dari dalam almari.

Semua mata terpegun melihat kecantikan seluar dalam tersebut.

“Bapak ar! Tu seluar dalam G-string kan???”, tanya Jungkook. Jhope menggosok matanya berulang kali kerana tidak percaya apa yang dilihatnya. Suga tersedak air liurnya manakala Jin pula tidak memberi reaksi apa-apa.

“Jangan apa-apakan seluar dalam aku!!! Edisi terhad tau! Aku beli kat Mid Valley sebab ada promotion 70%. Weyhh pleaseee”, Taehyung keluar dari sarang persembunyian dan datang ke arah Jimin sambil meraih simpati.

“Owh eh? Ye ke? Alolo siannya. Peduli apa aku! Aku nak kotorkan seluar dalam kau jugak! Bwahahaha”, Jimin ketawa jahat.

“Jangan la weyhhh”, Taehyung memasamkan mukanya.

“Ingat comel la buat muka camtu?”, Jimin berjalan ke arah dapur dan pergi ke arah tong sampah.

“Sorry sorry salah aku. Aku makan nasi dengan kuah kari haritu dalam bilik pastu tumpah kat lantai. Jadi, aku gu..guna seluar dalam kau”, akhirnya Taehyung berterus terang. Tapi kemarahan Jimin masih belum reda.

Suga datang ke arahnya lalu mengambil seluar dalam G-string Taehyung dan seluar dalam ultraman Jimin dari tangan.

“Kau nak buat apa?”, Jimin terkejut melihat tindakan Suga yang merampas ‘benda’ tersebut dari tangannya.

“Sebab korang bising sangat”, Suga berjalan ke arah beranda dan menghalakan ke arah luar. Angin mula bertiup kencang. Bila-bila masa sahaja Suga akan melepaskan seluar-seluar dalam itu dan terbang dibawa angin.

Jimin dan Taehyung terkejut bagaikan orang hampir hilang separuh nyawanya.

“Maafkan kami tuanku, maafkan kami”, Jimin dan Taehyung merayu-rayu.

“Apa? Sebut kuat sikit mueheheh”, Suga mula perasan.

“Maafkan kami tuanku, kami berjanji tak akan bising lagi”, kata mereka serentak.

“Hmm bagus bagus”, Suga tersenyum seorang diri. Belum sempat dia ingin menghulurkan seluar dalam milik Taehyung, seluar dalam tersebut sudah dibawa dek angin.

“TIDAAAKKKKK!!!”

Taehyung berlari ke arah beranda dan menjerit.

“SELUAR DALAM AKUUUU TIDAAKKK!!”, Taehyung tidak dapat menahan rasa kecewanya. Lalu memandang wajah Suga dengan penuh berapi.

“Hmm…bukan salah aku…”, Suga perlahan-lahan berjalan ke arah ruang tamu. Seram jugak melihat wajah Taehyung yang seperti mahu memakannya hidup-hidup. Jimin tidak dapat menyembunyikan ketawanya lagi lalu ketawa terbahak-bahak menyaksikan kejadian itu.

“Habis la kau Suga”, kata Jin kepada Suga.

"Dia kan kaya..eewww", Suga memandang ke atas sambil tangannya diletakkan ke bahu.

 

Namjoon yang ketiduran sebentar tadi bangun semula.

“Erghh…hurrmmm aku ada terlepas apa-apa ke???”, tanya Namjoon sambil menguap.

“Tak de pape”, jawab Suga, Jimin dan Taehyung sambil masing-masing menjeling sesama sendiri.

"Mana ada pape kan kann??"
-Taehyung

-babak 3 tamat-


Pfftt, begitulah kisah 7 sekawan di pagi hari yang serba kelam kabut.
Sebenarnya tajuk asal untuk babak ni adalah Burger dan Spender (lol) tapi atas nasihat Suga, terpaksa saya tulis ... hahaha

sorry la lambat hupdate sbb line lembab namatey >_>

okay la papai~~

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
ada orang rindu ke ff ni? kalau rindu tu pi lah baca balik xD /disepak berjemaah/ sorry sbb dah setahun x update T.T /hembos hingos

Comments

You must be logged in to comment
Eli_Shane
#1
bila mau hapdetttttt
aishahdaebak #2
Chapter 7: Wah!daebak !!!!!mmg klakar!!update soon!
minlee123 #3
Chapter 7: mesti org ingat sy gila sbb gelak kuat2 bulan puasa ni
Eli_Shane
#4
Chapter 7: Ckp pasal layha teringat lak aku kat lay lama angel..wuuuu gyahaha abe update soon naa
Eli_Shane
#5
Chapter 7: Ckp pasal layha teringat lak aku kat lay lama angel..wuuuu gyahaha abe update soon naa
SongHaBin #6
Chapter 7: Dia datang.. Dengan senyum simpulnyaaaa...(nyanyi ala2 lgu ghazal) Jajajaja.. Dpt jiran baru,ensem lak tuu..
Hoboyobo
#7
This was really good!
tyhah_nad #8
Chapter 7: Aku dh agak dh, mesti yg tu lay XD HAHAHAHA..sengal