Babak 4: Nenek Kebayan

Drama Sebabak (One-Shot Drabbles) -HIATUS T^T-

Seminggu kemudian...

“Nah dinner kita malam ni”, Jin meletakkan semangkuk besar berisi nasi goreng ke atas meja makan.

“Nasi goreng lagi? Sarapan nasi goreng, makan tengah hari nasi goreng, makan malam pun nasi goreng jugak? Bosan la kalau macam ni!”, Jhope merungut.

“Ha’ah mana aku tak gemuk setiap hari makan nasi goreng!”, Jimin memonyokkan mukanya.

“Nasi goreng aku tetiap hari lain-lain menu tau! Malam ni nasi goreng dengan sambal tempoyak”, Jin mengelap peluhnya.

“Dah dah jom makan, tak payah merungut. Tapi nampak sedap la pulak”, kata Taehyung. Dia sememangnya kelaparan kerana dia tidak makan apa-apa lepas makan tengah hari tadi.

Sedang penghuni-penghuni sedang berbahagia menjamu selera, tiba-tiba terdengar satu ketukan dari luar pintu rumah.

“Pergi cek sape kat luar tu”, arah Namjoon kepada Suga.
“Malas”, selamba Suga menjawab.

“Kau kan dekat dengan pintu”, Namjoon mula meninggikan suaranya.

“Tak larat la nak jalan pergi sana”, Suga menyuapkan lagi nasi goreng ke dalam mulutnya.

Ketukan tersebut semakin kuat. Masing-masing berhenti makan.

“Aku rasa tak sedap hati la”, Jhope memandang Namjoon.

Namjoon memandang member-member yang lain.

“Korang semua pergi amik apa-apa yang berguna. Semua stand by belakang aku, cepat pergi!”, Namjoon berkata perlahan. Masing-masing pergi ke merata tempat mengambil barang yang berguna.

Namjoon mencapai sebuah kerusi, Suga mengambil pasu bunga dari beranda rumah, Taehyung mengambil sepinggan nasi goreng yang dia tak habiskan lagi.

“Kau buat apa bawak nasi goreng tu?”, tanya Suga.

“Erk, mana tau dia lapar? Aku boleh suapkan dia”, Taehyung tersenyum kambing.
Namjoon mengetuk kepalanya ke dinding melihat kelakuan aneh kawannya yang sorang ni.

Jhope, Jimin dan Jin datang sambil membawa alatan masing-masing.

“Bagus! Sorang bawak garam yang entah nak buat jampi ke apa, sorang lagi bawak Ridsect, sorang lagi bawak apa??”, Suga dan Namjoon serta yang lain memandang Jin atas bawah.

“Kenapa? Tak boleh ke pisau ni? Mueheheheh”, Jin ketawa jahat. Semua member menjauhi Jin.

“DUMMM DUMMM DUMM!!!”

Namjoon menghela nafas yang panjang. Perlahan-lahan dia mencapai tombol pintu.

“Dalam kiraan satu,,,,dua,,, tigaaa!!!”

“HUWARGHHH!!! KORANG!!! SELAMATKAN  AKUUUU”

Jungkook melompat masuk ke dalam rumah. Namun tak semena-mena Taehyung terus menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut Jungkook. Yang lain semua terpinga-pinga.

“Nampaknya tindakan Tae lagi pantas dari kita semua”, kata Namjoon sambil menahan tangisnya kerana terharu.

Jungkook tercekik nasi di kerongkongnya.
“Aiippp aiipp (air air)”, Jungkook terduduk di lantai.

“Kau kata apa??”, Jimin melaung  kuat betul-betul di hadapan Jungkook.

“Aku nak air la bengong! Asal kau cakap kuat sangat?!” Jungkook mengusap kerongkongnya.

“Ni apasal semua bawak barang-barang pelik ni? Nak bunuh aku ke apa??”, Jungkook bangun sambil membetulkan baju seragamnya.

“Erm hehhe kiteorang ingatkan ada penceroboh nak rompak “, jawab Namjoon.

“Gila ke apa penceroboh rajin sangat sampai nak panjat tingkat 7 heeii”, Jungkook menelan segelas air yang dihulurkan kepadanya.

Masing-masing mendiamkan diri. Malu dengan tindakan melulu yang hampir mencabut buah pinggang Jungkook.

“Ma….makan dulu eh”, Jin menghulurkan sepinggan nasi goreng kepadanya.

“Jungkook…asal kau ketuk kuat sangat macam nak roboh??”, giliran Suga pula bertanya kepada Jungkook.

“Sebenarnya tadi…..”, Jungkook membawa nasi goreng ke ruang tamu sambil duduk menghadap member-membernya.

Flashback

Di KFC (tempat Jungkook bekerja)

Jungkook mengelap sebuah meja yang berada di hujung.

“Nak…ma mana tandas?”, seorang nenek tua datang menegur Jungkook dari belakang.
“Owh tandas kat sini makcik”, kata Jungkook sambil tersenyum lalu menunjukkan arah tandas yang dimaksudkan.

“Terima kasih ye nak”, jawab nenek tua itu lalu masuk ke dalam tandas.

“Pastu pastuu??”, tanya Jhope beria-ia.

“Lepas tu…time aku tengah lap meja aku dengar dia cakap…”

“Dia nampak tak? Dia nampak tak?”, Jungkook mengecilkan matanya.

/acah-acah buat muka seram lulz/

“Nenek tu cakap sesorang dalam tandas?”, Jimin terkejut.
“Ala maybe tengah cakap kat telefon kot”, Jin membuat andaiannya.

“Tak! Aku pasti dia tak bawak apa-apa time masuk tandas tu”, jelas Jungkook.
“Hmmm okok then citer la kenapa kau ketuk kuat-kuat tu? Kena kejar ke apa?”, Suga menongkat dagunya.

Jungkook menghembuskan nafasnya.
“Ya…aku kena kejar dengan nenek tu, seram weyh! Masa aku nak balik tadi, aku rasa kelibat nenek tu ikut kat belakang aku”, Jungkook terus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya kerana gelabah.

“Rilek bro. Apasal nenek tu boleh kejar kau? Boleh logik sikit tak?”, tanya Jhope.

“Serius weyh. Aku balik tadi, aku sempat toleh belakang tapi tak de orang. Tapi bila aku naik sampai tingkat ni, aku betul-betul nampak nenek tu kat belakang aku! Terkejut aku weyh! Tu yang aku terus lari ketuk-ketuk pintu tu!” Jungkook menyuapkan lagi nasi hingga dia hampir tercekik.

“Kau biar betul?? Seram pulak aku dengar”, Jin menelan air liurnya.

“DUM DUMM !”

Semua penghuni tersentak mendengar bunyi ketukan tersebut.

“Anak…kenapa kamu lari?”

Tatkala mendengar suara tersebut, bulu roma mereka terus sahaja menegak. Namjoon terus berlari menutup semua suis lampu dan kipas.

“Semua masuk dalam bilik!!”, teriak Jungkook. Semua berlari lintang pukang masuk ke dalam bilik utama.

“Dah semua masuk bilik aku pehal?”, Suga mendegus.

“Ala, sekali sekala”, Taehyung mencubit peha Suga perlahan.

“Hish budak ni kang!”, Suga mencubit peha Taehyung semula.

“Hushh korang boleh diam tak?”, suara Jhope memecah suasana kecoh tersebut.

Ketukan tersebut kedengaran lagi untuk beberapa kali sehinggalah mereka semua mengantuk lalu tertidur di situ. (lulz)

Keesokan paginya di hujung minggu…

Jin menyusun kasut di luar pintu rumah dan menyapu sampah walaupun tiada satu sampah pun yang kelihatan di situ. Sedang dia menyapu sampah, dia terlihat akan seorang wanita tua yang sedang berdiri statik di hadapan sebuah pintu rumah yang terletak di hujung tingkat tersebut.

“Aik? Peliknya. Jap takkanlah…”, Jin berasa tidak sedap hati lalu terus membawa masuk penyapu sampah ke dalam rumah lalu terus mengunci pintu.

“Kau okay ke?”, tanya Suga.

“Aku rasa nenek yang Jungkook cakap semalam memang ada kat sini”, bisik Jin perlahan.

“Haish kau ni, jangan la memain. Mana tau dia duduk sini. Si Jungkook tu bukan boleh percaya sangat!”, kata Suga untuk menenangkan rakannya itu walaupun jauh di sudut hatinya terfikir akan kewujudan nenek yang dimaksudkan Jongkook.

“Korang cakap pasal siapa?”, Jungkook datang ke arah  mereka.

“Tak de sape. Dah la lupakan”, Suga tidak mahu member-membernya berasa takut. Dia menolak badan Jongkook ke ruang tamu.

Suga berdiri di tengah-tengah rumah tersebut dan menepuk tangannya.

“Okay kawan-kawan. Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa kita akan jual burger mulai malam ni. Semua perancangan dari A sampai Z semua aku dah uruskan. Stok makanan semua pak cik aku yang sponsor tapi tu pun stok untuk 2 minggu je. Lepas tu dia tak nak sponsor dah, kita kena beli stok pakai hasil jualan kita sendiri”, Suga menjelaskan usul cadangan beliau.

“Waahhh serius la?!”, Namjoon menganga seketika.

“Yup! So korang okay tak?”, Suga memandang muka member-membernya.

“Aku okay je, tapi tapi, tempat kita nak jual tu kat mana? Bahan-bahan? Tong gas sume? Kalau tak de orang nak beli macam mana?”, soalan Jin keluar bertalu-talu.

Dan selepas itu mulalah masing-masing mempersoalkan apa yang disoalkan Jin sebentar tadi.

“Dah dahhh..shuuhh okay hal semua tu pakcik aku yang handle sebab dia jual burger part time. So dia mintak tolong kita jualkan. Tapi dia kata dia ada kerja lagi so dia ingatkan nak bagi semua aset dia kat kita semua, percayalah!”, Suga menepuk dadanya.

“Hmm okay, kita tunggu dan lihat”, Taehyung mengangguk kepalanya.

Malam itu…mereka bertujuh turun ke bawah apartment dan pergi ke tempat yang mereka akan berniaga. Kelihatan dari jauh terdapat seorang lelaki bertopi sedang memasang lampu di gerai itu.

“Pakcik Jae Suk!”, laung Suga dari jauh.

Lelaki tersebut melambai tangannya sambil tersenyum.
“Okay Yoongi, semua pakcik dah buat, semua bahan-bahan ada dalam bekas tu. Gas semua dah ada. Tapi kalau lampu ni padam, pandai-pandai lah kamu betulkan. Hahahaha (sempat lagi ketawa)
Kalau ada apa-apa telefon pakcik tau”, Pakcik Jae Suk menepuk bahu Suga sambil membetulkan cermin matanya.

Semua tergamam melihat gerai itu. Gerai itu sangat menarik perhatian orang kerana dihiasi dengan lampu disko. Betul apa yang Suga cakap. Pakciknya banyak tolong mereka semata-mata untuk meneruskan legasi jualan burger ni.
Masing-masing bersalaman dengan Pakcik Jae Suk sebelum lelaki itu beredar dengan menaiki keretanya.

“Bertuah sungguh ada pakcik macam tu”, Namjoon berbisik ke telinga Suga.
“owh well… pakcik ai tu”, Suga perasan.

Mujurlah Suga terer dalam pembuatan burger. Jin di sebelah Suga hanya memerhati untuk belajar.
Yang lain tukang menyibuk.

“Ada ke yang nak beli??”, tanya Taehyung.

“Apa kata kau promote kat sape-sape yang lalu kat sini”, kata Suga.

“Promote? Tapi yang aku perhatikan dari tadi macam kita je yang wujud kat sini. Entah-entah hantu yang datang nanti”, Taehyung menjeling Suga.

“Eh kau ni, kang tak pasal-pasal nanti kau jadi daging burger kita nanti!”, Suga mengangkat sudipnya.

“Tunggu je la, ada la tu pelanggan pertama kita”, Jin mencekak pinggangnya.

Jungkook, Jimin dan Taehyung duduk di tepi longkang sambil bernyanyi kerana kebosanan. Jhope dan Namjoon bermain batu seremban di atas jalan tar betul-betul di hadapan sebuah tiang lampu.

Yang sedang bertungkus-lumus yang berniaga hanya Suga dan Jin.

Masa berlalu begitu sahaja, namun tiada satu pun pelanggan yang sudi datang ke gerai mereka sampai mereka semua dihantui rasa kebosanan terlampau.

“Weyh jom la balikkk”, Jimin merengek macam budak kecik sambil menggoncang badan Jungkook.

“Ha’ah. Tak pasal-pasal aku jadi penderma darah malam ni. Haishh”, Jungkook menggaru-garu lengannya.

“Kejap lagi la eh, nah makan ni dulu”, Namjoon datang ke arah mereka sambil membawa beberapa bungkus burger ayam dan daging.

“Terima kasih”, Jimin dan Jungkook mengambil bungkusan tersebut.
“Eh jap, mana Hopie?”, tanya Jimin.

“Dia kata nak cari batu yang lagi besar. Dia tak nak kalah main batu seremban dengan aku. Cis, dah kalah kalah je la!”, Namjoon memuncungkan mulutnya.
“Burger lagi satu tu nak bagi sapa?”, tanya Jungkook sambil menunjukkan burger yang dipegang Namjoon.


“Bagi kat Taehyung. Eh mana dia??”, Namjoon memandang sekeliling ke kawasan sekitar yang sememangnya sudah gelap.
“Yeah! Aku dah dapat batu lagi besarrrr bwahahaha”, Jhope datang sambil membawa sebuah batu bata yang dijumpainya di tepi jalan.

“Gila ke apa kau ni?!”, Namjoon terkejut melihat Jhope.

“Ha…by the way, tadi aku nampak Taehyung tengah promote kat sorang ni. Ada kat hujung sana…”, Jhope menunjukkan kedudukan Taehyung.

Yang lain terus mengalihkan pandangan kepada Taehyung.
“Owh tidak owhhhh tidaaaakkkk”, Jungkook membeliakkan matanya.
“Kau dah kenapa?”, Namjoon memandang Jungkook.

“Taehyung…dia ajak ‘nenek’ yang aku cakap harituuuu!!!”, Jungkook terus terbangun dan berlari sepantas kilat ke arah gerai.

“Tutup gerai sekarang!! Please pleaseeee”, kata Jungkook.

“Haaaaa!!!”

Jimin, Jhope dan Namjoon sudah berlari masuk ke dalam apartment meninggalkan member-member yang lain.

“Kau kena sawan ke apa? Baru pukul 1.30 pagi. Rilek ar”, marah Suga.

“Aku bukan nak kata apa tapi…”, Jungkook mengalihkan pandangan ke sebelah kirinya.

“Sedap makcik, cuba lah burger ni. Ada burger ayam, daging lembu, daging rusa, arnab, alpaca semua ada!”, gigih Taehyung bercerita kepada nenek tersebut.

Nenek itu hanya berdiam diri dan hanya ikut ke mana Taehyung pergi. Jungkook, Suga dan Jin terus membatu di situ.

“Erk, nah, bur…burger free makcik…”, Suga menghulurkan sebungkus burger kepada nenek itu.
Nenek itu hanya tersenyum sehingga menampakkan giginya yang kehitaman.

“Aku rasa baik kau tutup sekarang”, bisik Jin perlahan ke telinga Suga.
“Kamu nak tutup gerai ni ke?”, tanya nenek itu.

Suga dan Jin membeliakkan mata lalu tersenyum.
“Eh..erm, ye kot sebab dah malam sangat ni”, kata Suga.

“Baiklah. Eh, kamu kenapa kamu lari ye nak?”, tanya nenek itu sambil menyentuh perlahan tangan Jungkook.
“Mak ai, sejuknya tangan orang tua ni.”, Jungkook menelan air liurnya.
Dia tidak berkata apa-apa. Nenek itu melepaskan tangannya dan berjalan seorang diri dan hilang di dalam kegelapan malam.

Suga, Jin dan Jungkook terus mengemas gerai itu dan membawa segala barangan untuk dibawa pulang ke rumah dalam keadaan tergesa-gesa.

“Kau apahal tercegat kat situ lagi!”, Suga menarik tangan Taehyung yang sememangnya dia hanya blur seorang menyaksikan kejadian tadi.
Setibanya di rumah, kelihatan Jimin, Namjoon dan Jhope sudah pun tertidur bergelimpangan di ruang tamu.

Taehyung menyepak kaki Jhope perlahan namun tiada sebarang reaksi.
“Tidur mati betul dia ni”
Lalu dengan kejam, dia menutup suis kipas dan membiarkan mereka bertiga tidur di dalam kepanasan.

Menjelang pagi esoknya…
“Sungguh panas neraka ni”, Jhope terbangun dari tidurnya. Dia memerhatikan Namjoon yang masih lagi tertidur dan Jimin yang sudah tidak berbaju.

“Dum dum dum”

Kedengaran ketukan dari pintu. Dalam keadaan mamai itu, Jhope terus melangkah mendekati pintu rumah.

“Sape kat luar tu? Pos laju ke?”, tanya Jhope sambil menguap-nguap.

“Nak…kenapa kamu lari?”

Suara tersebut menyebabkan Jhope terus terjaga dari mamainya.
“Nak bukak ke tak nak…”, Jhope berfikir sendirian.

“Sape tu?”, Jungkook datang ke arah Jhope yang hanya berdiri tegak dari tadi.

“Nak…nenek nak bagi sesuatu ni”

Jungkook dan Jhope saling berpandangan.
“Kalau aku bukak, kau rasa apa nenek kebayan tu nak buat?”, tanya Jhope. Mukanya yang penuh dengan kerisauan.

“Entah…ala aku takut”, Jungkook menyorok belakang Jhope.

Jhope membaca beberapa ayat lalu menghembuskan ke pintu lalu membuka pintu perlahan.
Nenek tersebut berdiri betul-betul di hadapan rumah mereka tapi kepalanya menunduk.

“Makcik?”, kata Jungkook perlahan.

“Cantik kasut kamu”, nenek tersebut berkata sambil tersenyum.

“Haa?”, Jhope mula ragu-ragu lalu memandang Jungkook. “Apa?”, Jungkook mengangkat bahunya.

“Maaf ler kalau nenek ganggu kamu tapi nenek nak bagi ni. Nasi lemak yang nenek buat khas untuk kamu semua. Dah lama nenek perhati kamu semua, rupa-rupanya kamu semua anak-anak yang baik. Teruskan lah berniaga burger tu. Nenek makan semalam rasa tenang je, sedap pulak tu!”, nenek tersebut mula bercerita lalu menghulurkan tiga bungkus nasi lemak kepada Jhope.

“Te..terima kasih nenek?”, Jhope menundukkan kepalanya.

“Panggil nenek Salbiah je. Rumah nenek kat hujung sana tu. Haa, kamu yang kerja kat KFC haritu kan? Nenek ikut kamu balik haritu sebab nenek susah nak nampak kalau gelap. Tu yang nenek ikut kamu balik. Tapi nenek pelik yang kamu tetiba je lari.”, nenek tersebut memandang pelik Jungkook.

“Owh ye ke? Saya lari sebab saya dah nak terkucil haritu, hehe”, Jungkook menipu. Jhope menyiku lengan Jungkook.

“Ha..pape pun terima kasih nenek Salbiah”, Jhope menunduk 90 darjah dan nenek tersebut berlalu pergi.

Jhope menutup pintu rumah semula dan menyekeh kepala Jungkook semahunya.

“Itu yang kau kata nenek kebayan??”

“Adeh adehhh sorri ar!! Mana aku tau!!”, Jungkook merintih kesakitan akibat disekeh Jhope.

“Ni dah kenapa pagi-pagi dah gaduh ni”, Suga datang dengan rambutnya yang berserabai.

“Ni ha, budak ni memandai ja cakap nenek tu nenek kebayan padahal dia tinggal kat sini. Siap bagi nasi lemak tiga bungkus pulak tu bagi kita makan!”, Jhope naik geram.

"Eh bila masa aku cakap dia tu nenek kebayan? Kau tu saje buat cerita!", Jungkook mendongakkan mukanya.

"Eh kau ni kang!", Jhope membuka silatnya.

“Wow cam best je! Nak join skali boleh?”, Suga menarik lengan bajunya dan datang ke arah Jungkook dengan perasan meluap-luap.

“TIDAAAKKKKKK”

-babak 4 tamat-


/masing2 buat muka creepy lmao/
Hahaha sorry ler lmbat update, and jyeah agak panjang gak babak ni ye la citer hantu en (walaupun x brp nak jadi) XD

so hope kome sume enjoy and jgn lupa komen tau! tau!! hehe
so jumpa lagi (?) /bow 90 degrees/

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
ada orang rindu ke ff ni? kalau rindu tu pi lah baca balik xD /disepak berjemaah/ sorry sbb dah setahun x update T.T /hembos hingos

Comments

You must be logged in to comment
Eli_Shane
#1
bila mau hapdetttttt
aishahdaebak #2
Chapter 7: Wah!daebak !!!!!mmg klakar!!update soon!
minlee123 #3
Chapter 7: mesti org ingat sy gila sbb gelak kuat2 bulan puasa ni
Eli_Shane
#4
Chapter 7: Ckp pasal layha teringat lak aku kat lay lama angel..wuuuu gyahaha abe update soon naa
Eli_Shane
#5
Chapter 7: Ckp pasal layha teringat lak aku kat lay lama angel..wuuuu gyahaha abe update soon naa
SongHaBin #6
Chapter 7: Dia datang.. Dengan senyum simpulnyaaaa...(nyanyi ala2 lgu ghazal) Jajajaja.. Dpt jiran baru,ensem lak tuu..
Hoboyobo
#7
This was really good!
tyhah_nad #8
Chapter 7: Aku dh agak dh, mesti yg tu lay XD HAHAHAHA..sengal