Babak 5: Oh no!!

Drama Sebabak (One-Shot Drabbles) -HIATUS T^T-

“Bye korang! Aku pergi kerja dulu~”, kata Jungkook sambil membetulkan baju seragamnya.

“Weyh, jangan lupa tapau ayam kfc banyak-banyak! Amek yang cheesy garlic yang baru tu!”, teriak Jhope dari ruang tamu.

“Eh eh kau ingat aku ni kuli kau ke apa! Hmm tengok la kalau ada ayam lebih aku bawak balik”, Jungkook mendengus dan berlalu pergi. Nasib baiklah restoran KFC tu tak jauh mana. Tu yang Jungkook sanggup berjalan kaki tanpa menggunakan motosikalnya. Ye la nak jimat katanya.

“Hati-hati ye nak…isk isk”, Jin berdrama air mata sambil melambai tangannya ke arah Jungkook.
Jungkook yang memerhati gelagat Jin menjelir lidahnya.

Beberapa minit kemudian…

“Weyh! Ada orang tertinggal dompet! Urghh”, Jimin keluar dari bilik sambil membawa dompet Jungkook yang ditinggalkan di atas katil.

“Apa kata kau tolong hantarkan?”, kata Namjoon.

“Eh semua aku. Asyik-asyik aku. Budak ni yang 24 jam tengok tv kau tak nak suruh. Si sepet gula tu tidur je kejenye. Yang sorang lagi tu entah dengan sape dia cakap sorang-sorang dalam bilik. Arghh serabut la.”

Jimin memonyokkan mukanya sambil membebel macam makcik.

“Kau jangan banyak songeh. Kang tak pasal-pasal Jungkook kena tangkap sebab tak de ic pastu orang cop dia sebagai pendatang haram! Kau nak??”, Namjoon menjeling Jimin.

“Tak de nya. Muka dia kan comel. Mana ada pendatang haram comel macam dia”, Jimin menjawab.

“Ish kau ni dah la! Terbantut sel-sel otak aku nak berhubung bila cakap dengan kau!”, Namjoon merajuk.

“Hmm merajuk la tu! Ye la aku hantar kan…”, Jimin masuk ke dalam bilik untuk menukar bajunya. Dia terlihat Taehyung yang leka bermain candy crush di tabnya di atas lantai.

Tak semena-mena dia terpijak kaki Taehyung menyebabkan Taehyung menjerit kesakitan.

“Sakit la sial!”

Taehyung bingkas bangun dan memijak semula kaki Jimin.
“Apa ni weyh! Aku tak sengaja kot pijak kaki kau! Hmm kenapalah malang sangat aku harini…”, Jimin menggeleng-geleng kepalanya.


/pasang lagu sedih/ huhu~

“Amboi wangi giler kau!”, Jhope memandang Jimin sambil hidungnya kembang kempis menikmati wangian yang dipakai Jimin. Jimin berdiri di hadapan cermin di ruang tamu sambil menyikat rambutnya.

“Owh well~ Wangi en?”, Jimin mengangkat keningnya.

“Jenama apa?”, tanya Jhope.

“Playboy…”, Jimin memandang mukanya di cermin.

“Tengok muka pun dah tau”, Jin mencelah.
“Alah setakat beli kat pasar malam pun nak bajet”, Namjoon mengejek.

“Uhuk uhuk!! Bau apa ni!?”, Suga terbangun dari tidurnya sambil berteriak dari biliknya.
“Haishh tercemar atmosfera dengan bau tak semerbak ni!”, Suga menyambung.

“Dah la. Aku tau korang jeles. Okay la aku nak pergi dulu”, Jimin segera beredar dari rumah itu tatkala suara-suara sumbang mengkritiknya bertubi-tubi di pagi yang mulia itu.

“Kau jangan nak melencong ke tempat lain!”, Jin memesan.

“Baiklah awak~~”, Jimin mengenyit matanya ke arah Jin.
“Dasar gatal!”, Jin hampir-hampir  membaling selipar jepun Jhope ke arah Jimin. Mujurlah Jimin dah beredar dari situ dengan pantas.

Di restoran KFC,

Jimin tercari-cari kelibat Jungkook namun kelibatnya masih tiada.
“Owh maybe tengah cuci tandas kot, ish ish kesian…”, Jimin membuat andaiannya.

Tatkala itu dia terpandang Jungkook yang sedang bediri di kaunter sambil menerima pesanan dari seorang pelanggan.

“Owh kat situ rupanya. Sebesar dia pun aku tak nampak. Aish dah rabun agaknya aku ni”, Jimin mengomel sendirian.

Dia hanya duduk di sebuah meja makan kecil tidak jauh dari kaunter itu. Dia hanya memerhatikan gerak-geri Jungkook yang sedang menekan-nekan pada skrin komputer.

“Selamat pagi, cik nak pesan apa?”
“Bagi ayam goreng hot and spicy 3, original 2. Nak wing semua”

“Makan sini ke bungkus?”

“Bungkus”

Jungkook mengambil sebungkus kotak dan mengambil ayam-ayam goreng yang telah dipesan.

“Okay  semuanya RM22”

Pelanggan itu menghulurkan duit dan beredar dari situ sebaik sahaja Jungkook memberi duit baki berserta resit.

“Sila datang lagi”, Jungkook tersenyum.

“Eh apa aku buat ni, tapi seronok la tengok dia kerja…hahaha agak-agak ada tak peminat dia serbu KFC ni nak tengok dia kerja…hahaha eh macam aku je lol”, Jimin berhenti berangan sebaik sahaja Jungkook terpandang akan dirinya.

Jimin hanya melambai dari jauh. Jungkook terkejut dan dahinya berkerut-kerut.
Jimin datang ke arah kaunter.

“Apa kau buat kat sini?”, tanya Jungkook perlahan.

“Aku nak tengok kau la…eh sebenarnya aku nak bagi ni”, Jimin menghulurkan dompet Jungkook.

“Laa terima kasih weyh! Aku betul-betul tak ingat! Wahhh kau la penyelamat akuu”, Jungkook memeluk dompetnya.

“Whatever la…bye aku nak balik dulu. Selamat bekerja wahai encik kaunter yang comel”, kata Jimin.

“Hahaha terima kasih kerana puji. Aku janji malam ni aku bawak balik ayam ehh”, Jungkook tersenyum sumbing dipuji sedemikian.

“Ye la…”, ringkas jawapan Jimin dan berlalu keluar.

Dalam perjalanan pulang, dia terserempak akan seorang gadis yang sedang berusaha mengangkut beg-beg plastik yang berisi barangan dapur. Agaknya dia baru sahaja pulang dari sebuah pasar raya yang tidak jauh dari situ.

Tanpa segan silu Jimin terus datang menegur gadis itu.

“Cik…takpe biar saya tolong”, kata Jimin sambil tersenyum. (Langkah awal untuk mengorat awek lulz).

“Owh terima kasih banyak-banyak”, gadis itu membalas senyuman.
Tatkala mata mereka saling berpandangan, muka Jimin terus kemerahan. Muka gadis itu hanya biasa-biasa je.

“Eh awak kan yang angkat tong gas tu kan??”, riak wajah gadis itu berubah teruja.
“Haa…sayalah tu”, Jimin mengangguk perlahan sambil mengangkut kesemua beg-beg plastik tersebut.

“Terima kasih sebab tolong saya. Tapi muka awak merah? Awak demam ke?”, tanya gadis itu.

“Hmmm dia risaukan aku?? Waahhh tak sangkaaaa”, fikiran Jimin sudah melayang entah ke mana.

“Ehem…awak hello?”, gadis itu memandang muka Jimin.

“Erm, tak de pape sebab cuaca panas kot. Disebabkan pemanasan global yang membuatkan muka saya macam ni”, Jimin cuba bergurau.

“Owh…”, kata gadis itu perlahan.

Mereka berdua berhenti setibanya di hadapan rumah gadis itu yang berada di tingkat 5.
“Terima kasih la sangat-sangat sebab tolong saya angkat semua ni. Kuat betul awak. Sebelah tangan angkat beras 10 kilo, sebelah tangan lagi angkat barangan dapur. Dahsyat!”, puji gadis itu.

“Eh tak de pape la biasa je tu”, Jimin menunduk malu.

Dan dalam pada masa yang sama….

“Aku dah cakap budak ni mesti melencong kat tempat lain!”
Jin mencekak pinggangnya sambil menunggu di hadapan pintu rumah.

“Kejap lagi balik la tu! Baru 40 minit…eh jap 40 minit?? Bapak lama!”, Namjoon yang menyedari akan Jimin yang masih tak pulang-pulang lagi.

“Kenapa? Jimin tak balik lagi?”, tanya Jhope.

“Alah jangan risau la. Yang pasti dia tengah buat maksiat. Dia balik nanti biar kena tarbiah. Paksa dia duduk depan tv tengok usrah hari-hari. Biar suci otak dia”, kata Taehyung memberi ideanya yang merapu.

“Ha’ah en…”, Jhope mengukirkan senyuman jahatnya.

“Lalalalala~~~  Jimin is coming to the house bebeh!!”, Jimin membuka baju selamba badaknya kerana terlalu gembira. Namun tak semena-mena dia terlihat tubuh Jin yang sedang berdiri tegak macam pocong di hadapan pintu rumah sambil memandang tepat ke anak matanya.

“Alamakk aku half !!”, Jimin menutup badannya dengan baju.

“Owh…ni kerja kau eh!”, Jin berlari ke arah Jimin. Belum sempat dia nak lari, Jin dengan pantas mencapai bajunya.

“Kau tak nak balik en? Kau duduk kat luar!”, Jin berlari ke rumah semula dan menutup pintu gril rumah.

“Weyhh please pleasee aku janji aku tak balik lambat lagi! Sumpah aku tak buat pape weyh!!”, Jimin datang sambil merayu-rayu.

Jin mendengus perlahan lalu membuka pintu gril semula.

“Wuuuu. Seronok ‘main’ nampak!”, Jhope datang sambil meletakkan songkok di kepalanya. (Ustaz Hoseok dah mai)

Semua mata perhatikan ke arah Jimin. Jimin hanya berdiri kaku di sebelah Jin.
“Nah pakai baju balik. Kang cair abs kau sebab cuaca panas macam ni”, Jin menolak perlahan badan Jimin.

“Hmm korang ni. Aku tak buat pape tadi.”, Jimin cuba berterus terang.

“Mengikut firasat aku, kau mesti pergi ke rumah seseorang tadi kan?”, Taehyung seperti dapat membaca fikiran Jimin. Jimin terkejut.

“Erk…ha’ah.  Jiran kat tingkat 5 tadi, aku tolong dia angkat barang. Pastu aku borak kejap, pastu aku balik ah. Aku lama kat KFC tadi. Seronok tengok Jungkook kerja. Haa tu je apa yang aku buat tadi. Titik.”, Jimin berterus terang.

“Hmmm”, Jin dan yang lain memandang Jimin atas bawah.

“Dah la korang…huhu”, Jimin menyarung bajunya semula. Mukanya penuh dengan kecewa kerana rakan-rakannya masih tak percaya.

“Hahahaha kiteorang gurau je la…hahaha cuma agak suspicious tadi tengok kau balik terus bukak baju. Aku nampak la apa kau buat dari jauh…”, Jin menyiku lengan Jimin.

“Ishh…buat suspen je la korang ni! Haa by the way, jiran yang aku tolong tadi ajak kita datang rumah. Kalau sesapa yang nak pergi la…”, ajak Jimin.

“Owh jiran kat tingkat lima haritu eh?”, Jhope baru teringat akan babak haritu di mana adegan di tangga, dia, Jungkook dan Jimin terserempak gadis di tingkat 5.

“Aku nak ikut…boleh?”, tanya Namjoon sambil membuat muka comelnya.

“Boleh boleh. Dah la tak payah buat muka camtu. Seram aku tengok!”, Jimin mencebik.

“Nak ikut jugak…”, kata Jhope.

“Korang pergi la. Aku nak lepak sini je.”,kata Jin. Taehyung hanya menggeleng-geleng kepala dan matanya tertumpu pada skrin tabnya.

Di rumah gadis itu….

Perabot semua tersusun rapi. Ciri-ciri reka bentuk dalamannya penuh dengan barangan antik dan penuh bergaya.

“Awak tinggal sorang je ke kat rumah ni?”, tanya Jimin sambil menghirup teh. Jhope dan Namjoon hanya memerhatikan rumah tersebut kerana kagum yang tak terhingga. Macam orang tak pernah masuk rumah.

“Saya tinggal dengan keluarga. Tapi mak ayah saya kerja. Yang ada dalam rumah ni ada adik perempuan saya dengan adik lelaki saya. Hmm..yang lain minum la teh ni. Nanti sejuk”, pelawa gadis itu.

Namjoon hanya mengangguk dan tangannya tersentuh tangan gadis itu secara tak sengaja.
“So sorry..”, kata Namjoon perlahan.
“Takpe lah…eh kejap saya nak pergi dapur dulu. Ada kerja sikit”, gadis itu meminta izin dan berjalan ke arah dapur.

Muka Namjoon terus merah kerana malu. Jimin dan Jhope memandang Namjoon sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Bertaubatlah nak…”, Jhope bukan menepuk bahu Namjoon tapi sebaliknya dia mencubit lengan kawannya itu semahunya.

“Ouch!! Sakit la weyhh”, Namjoon menepis tangan Jhope.
“Tu adalah sebahagian azab yang kau rasakan kat dunia”, Jhope mula berceramah.

“Shuhh diam. Kita kan kat rumah orang. Boleh senyap sikit tak?”, Jimin meninggikan sedikit suaranya. Kat rumah orang pun nak buat kecoh.

“Tok tok tokk…”, terdengar ketukan dari pintu rumah.
“Siapa tu??”, tanya Namjoon.

“Entah-entah bapaknya. Tak nak la aku bukak!”, Jimin menyorokkan badannya ke belakang Jhope.
“Erk…ada orang tak? Eh korang kat sini!”, kelihatan sebahagian kepala Taehyung menjenguk ke dalam rumah itu. Sungguh tidak sopan. Hahahaha.

“Hish budak ni! Aku ingatkan sape la tadi!”, Jhope mengusap dadanya.

“Dah dah duduk sini…tadi sibuk sangat main game! Haa menang ke main candy crush tu?”, perli Jimin.
“Bateri habis. Aku ingatkan nak letak bateri AA kat tab tu tapi tak jumpa pun tempat letak bateri. Dasar murahan!”, Taehyung mendengus.

“Aduyaiii….kenapalah kau ni….”, Jimin mengeluh tengok kelakuan Taehyung yang perangai masih tak ubah-ubah macam kanak-kanak.

“KAKAK! KAKAK!! CANTIK TAK TOPENG BARU ADIK!”, kelihatan seorang budak lelaki berlari ke arah dapur. Namun lariannya terhenti sebaik sahaja terlihat akan beberapa orang jejaka sedang duduk di ruang tamu.

“Abang-abang ni siapa eh? Pakwe akak ke??”, budak lelaki itu memandang seorang demi seorang.

“Eh ehhh tuuu….”, Taehyung terkejut. Dia tidak percaya apa yang dilihatnya.
“Apa benda??”, Jhope memandang Taehyung. Taehyung memuncungkan bibirnya.

“Abang ni kenapa? Nak cium akak eh? Jap itew panggil akak itew”, budak lelaki itu berjalan ke arah dapur. Taehyung segera bangun dan menarik tangan budak itu.

“Hmmm…adik, abang nak cakap yang topeng adik cantik…adik dapat kat mana eh?”, tanya  Taehyung. Dia sememangnya berniat ingin merampas‘topeng’ tersebut yang terletak kemas di kepala budak itu.

“Kat beranda rumah”, budal lelaki itu menunjukkan beranda rumah menggunakan jari telunjuknya.

“Kejap…topeng tu macam aku pernah nampak laa…cuma fizikal dia dah lain sikit…”, Jimin mengecilkan matanya.

“Topeng??”, tanya Namjoon dengan Jhope serentak.

“Seluar dalam G-String si Taehyung…”, Jimin tersenyum sumbing.

“What the??? Eiii”, Jhope membuat muka jijiknya.

“Erm boleh abang cuba seluar dalam…ehh topeng tu boleh??”, Taehyung mengukirkan senyuman plastiknya.
“Nah pakai la…tapi rasanya topeng ni muat dengan kepala abang.”, budak lelaki itu membuka ‘topeng’nya dan memberi kepada Taehyung.
“Pakai lah…nak tengok!”, budak itu menghentak hentak kakinya.

Taehyung menelan air lirnya. Nak pakai seluar dalam ni kat kepala?? Gila ke apa??!
Nak tak nak dia terpaksa akur. Perlahan-lahan dia menyarungkan seluar dalam mahalnya di kepala.

“Tae apa kau buat tu?”, tanya Namjoon melihat Taehyung yang semakin pelik.

“Abang abang! Cantik tak dia pakai?? Cantik en??”, budak lelaki itu memusingkan badan Taehyung dan kelihatanlah Taehyung dengan seluar dalam G-stringnya di kepala.

“BWAHAHAHAHAHAAHAHAH”

Namjoon, Jhope dan Jimin ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia.

“Korangg tolong la akuu. Jom blah dari sini!!”, Taehyung berkata perlahan.
“Kau nak suruh kiteorang blah??…hahaha”, Jimin mengerutkan dahinya dan sambung ketawa.

“Aku tak sempat nak kenal dengan kakak dia…hish kau ni!”, Namjoon memasamkan mukanya.

Tanpa berfikir panjang, Taehyung terus menanggalkan seluar dalam di kepalanya dan berlari keluar dari rumah itu.

“KAKAK!!! ABANG TU CURI TOPENG ADIK!!! HUAAAAAA” , budak lelaki itu berteriak sambil menangis.
“Alamakkk…jom jom blah!! Mati aku kalau bapak dia balik…”, Jimin menarik tangan Namjoon dan Jhope.

“Haa…kenapa nangis-nangis ni adik??”, kakak kepada budak lelaki itu datang ke arahnya sambil memujuk.

“Tadi abang-abang tadi….isk iskk”, budak lelaki itu masih menangis.

“Aik? Mana diorang pergi? Takkan dah balik kot…pelik??”, gadis itu mengangkat bahunya dan berlari ke luar. Dia memerhatikan luar rumahnya. Tiada langsung kelibat jejaka-jejaka tersebut.

“Dah balik kot…”, dia membuat andaian.

Namun mereka sebaliknya sedang menyorok di celah-celah tembok yang berdekatan dengan rumah tersebut.

“Fuhh nasib baik tak nampak kita! Kau lah punya pasal!”, Namjoon mengetuk kepala Taehyung.
“Baik kau pergi basuh seluar dalam kau tu! Habis kena marker pen budak tu. Dah la warna warni…hahahaha”, Jhope mengejek.

“Bwahahaha kesiannnn”, Jimin ketawa sakan.

 Taehyung dengan perasan meluap-luap menonyoh seluar dalam tersebut kat muka kawan-kawannya. Mangsa pertama yang paling dekat dengannya adalah Namjoon.

“Hoi!! Apa kau buat ni???”
Namjoon tak dapat mengelak kerana sebahagian seluar dalam itu termasuk ke dalam mulutnya.

“Owh no please!!!”, Jimin dan Jhope berlari sepantas kilat. Melarikan diri dari menjadi mangsa kekejaman seluar dalam Taehyung.

“KORANG JANGAN LARI!!!!”

"Oh tidak matilah nak....isk isk..."


-BABAK 5 TAMAT-
 


"Korang nak tau tak, aku terseksa sepanjang 7 hari 7 malam nak bersihkan mulut aku dari kesan seluar dalam dia.
Inilah mimpi paling ngeri yang pernah aku ada seumur hidup aku...terima kasih Tae...>_>"
-Pengakuan Namjoon- hahahaha

Wahhh ini kali ketiga aku tulis benda yang sama, ni semua gara2 gugel aku yang macam bij. Huhu sorry sebab lambat post.
By the way thanks kepada readers yang setia tunggu ff ni update dan thanks kepada tukang voters yang hebat2 belaka.
Terima kasih korang....
syg kome semua~  <3

sign out, ShiMatoki

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
ada orang rindu ke ff ni? kalau rindu tu pi lah baca balik xD /disepak berjemaah/ sorry sbb dah setahun x update T.T /hembos hingos

Comments

You must be logged in to comment
Eli_Shane
#1
bila mau hapdetttttt
aishahdaebak #2
Chapter 7: Wah!daebak !!!!!mmg klakar!!update soon!
minlee123 #3
Chapter 7: mesti org ingat sy gila sbb gelak kuat2 bulan puasa ni
Eli_Shane
#4
Chapter 7: Ckp pasal layha teringat lak aku kat lay lama angel..wuuuu gyahaha abe update soon naa
Eli_Shane
#5
Chapter 7: Ckp pasal layha teringat lak aku kat lay lama angel..wuuuu gyahaha abe update soon naa
SongHaBin #6
Chapter 7: Dia datang.. Dengan senyum simpulnyaaaa...(nyanyi ala2 lgu ghazal) Jajajaja.. Dpt jiran baru,ensem lak tuu..
Hoboyobo
#7
This was really good!
tyhah_nad #8
Chapter 7: Aku dh agak dh, mesti yg tu lay XD HAHAHAHA..sengal