Babak 1: Rumah Baru

Drama Sebabak (One-Shot Drabbles) -HIATUS T^T-

Selepas masing-masing menamatkan sesi persekolahan dan menerima keputusan SPM, masing-masing ingin membawa kehidupan mereka ke peringkat yang lebih tinggi seperti menyambung pelajaran. Tapi bukan kepada manusia 7 orang bersaudara. Mereka berpakat untuk menangguhkan hasrat untuk menyambung pengajian mereka demi tinggal bersama-sama sebelum membawa haluan masing-masing. Dan mereka duduk bersama di dalam sebuah rumah di apartment murahan sementara menunggu keputusan upu keluar. (biasanya budak lepasan spm akan menunggu keputusan kemasukan ke universiti/institusi yang dipohon).

Dan tibalah hari yang dinantikan.....

Perbualan dalam whatsapp grup:

Jimin Sakai
Weyh, jadi ke korang nak pi sewa rumah?
                                                               10:30

Jung Hoseok
Jadi la kan? Ummi ngan Abi aku kasi je
                                                                       10:31

Kookie
Aku pun okay! Semua aku dah packing, tinggal nak
berambus je
                                                                        10:31

Pinky Jin
Mind your language ._.
 Eh, aku pun pergi jugak. Jap mana yang lain?
Mimpi di siang hari lagi ka?
                                                               10:35

Jimin Sakai
Entah
                        10:36

Taetae
Korangggg mak aku macam ragu-ragu…. dia kata boleh ke
aku hidup dengan  korang semua?
                                                                                      10:37
Pinky Jin
Pastu ko jawab apa??

                                               10:37

Kookie
Alaaa…jom la weyhhhhhh pleaseeeee
                                                             10:38

 

Taetae
Aku jawab yang aku selamat dengan korang semua…
lagipun tak jauh kan rumah sewa tu? Aku rasa la
Tapi jangan risau, deme mesti kasi punya
                                                                                             10:39

Pinky Jin
Betul ni? Kalau macam tu okay lah dah cepat siap-siap.
Satgi kita pi sana ramai-ramai!
                                                                                     10:41

Jimin Sakai
Anak mak la katakan…ceh.
                                                                                    10:43

Namjoon Sayang
Okay korang, semua dah setel, barang2 aku dah kemas, so tinggal tuan
empunya badan sendiri.
/menyeru suga/                                        
                                                                                         10:45

 

Satu jam kemudian…tanpa sebarang mesej yang dibalas Suga akhirnya dia tersedar dari tidurnya.
“My god!!!! Aku terlupa harini big dayyy!!! Mampus aku kena marah!”, Suga terus membuka whatsapp grupnya. Panggilan tidak berjawab pun hampir mencecah 10 kali terutamanya daripada Rapmon.

Suga membaca semula dari awal sampai yang terakhir. Lalu dia segera menarik nafas dalam-dalam dan mula taip….

Jung Hoseok
Suga is typing….
                                          11:46

 

“Aish dia ni, suka kacau mood aku hmmm”, Suga mengerut dahinya.  
                                                                                        

Ye ye aku tgh taip…lol
Korang aku nak mintak maaf sebab…aku tertido tadi. Kejap lagi korang
tunggu depan court ye. Kita pi naik bas.

11:47    

Namjoon Sayang
Cepat sikit >_>
Aku dah lama mereput semata-mata nak tunggu kau bangun.
                                                                                         11:48

Maafkan saya kalian semua. Maaf dari hujung rambut ke hujung kuku kaki saya…
sobs
 11:48

 

Maka tersebutlah kisah 7 manusia bersaudara tinggal bersama-sama di sebuah apartment yang tak seberapa. Mereka semua tiba di kaki apartment tersebut. Rupanya pun sudah menunjukkan bangunan lama, seperti sudah berabad berkurun ditinggalkan…

Tatkala itu masing-masing berubah sugul dan muram.

“Kau yakin ni tempatnya wahai Encik Yoongi?”, tanya Namjoon.

“Ye la betul lah! Kenapa dengan korang semua?”, Suga memandang pelik muka member-membernya.

“Baik tinggal dekat rumah aku je, lagi selesa, nyaman…ada aircond”, kata Jhope dengan muka bangganya.

“Ala, tapi ada orang gaji kau yang emphh tu tak mahu la!! Eii”, Jimin membuat muka pau nya lalu menyiku lengan Jhope.

“Eh, jangan risau. Ni je rumah yang paling selesa skali. Pakcik aku rekemen kat aku. Dijamin 100% puas hati punya! Kelengkapan semua ada! Tv pun ada! Siap astro 24 jam bhai!”, Suga mengangkat keningnya. Lalu muka member-membernya terus berubah tatkala mendengar kata-katanya.

“Okay, nak bincang lebih lagi, kita bincang kat sana. Sekarang moh le kita gerak ke ‘taman syurga’ kita~~”, kata Suga sambil bernyanyi riang.

Mereka bertujuh mula mendaki tangga dengan segala backpack dan makanan yang diangkut masing-masing menyebabkan mereka kepenatan.

“Be…berapa lagi nak sampai ni weyh??”, Jin mengeluh kepenatan.

“Aku rasa nak mati la…alamak…pandangan aku…haa…aku nampak muka Namjoon macam raksasa…”, Jungkook mencangkung sambil merenung Namjoon di anak tangga.

“Eh eh jangan nak over sangat! Orang kata muka aku la yang paling menawan, menjadi pujaan hati gadis-gadis tau tak? heheheh”, hidung Namjoon kembang kempis memuji diri sendiri.

“Ala korang ni, baru tingkat 3 dah penat. Kejap lagi la sampai! Hishh”, Suga meneruskan pendakiannya sambil menghentak kakinya dengan geram.

“Tingkat berapa sebenarnya weyh?”, tanya Taehyung.

“….tingkat tujuh kalau kau nak tau la”, perlahan Suga menjawab.

“APA??!”, akibat reaksi terkejut yang terlalu over, Taehyung tidak dapat mengimbangkan badannya lalu badannya tertolak ke belakang tapi mujurlah dia sempat berpaut pada besi pemegang tangga yang hampir reput tu. Tapi orang di belakangnya menjadi mangsa.

“ADUHHH!!! BONTOT AKUUU”, Jimin terjatuh ke belakang dan menghempap badan Jhope dan juga badan Jin.

“Aduh…sakit la sengal! Nasib baik makanan ni tak tumpah kalau tak aku tak tau nak makan apa!”, marah Jimin.

“Alaaa…sorry ar, bukan aku sengaja huhu”, Taehyung membuat muka kasihannya. Jhope masam mencuka kerana badannya lenguh-lenguh dihempap backpack Jimin yang besar melebihi badan orang itu sendiri.

“Dah dah diam, nanti jiran-jiran kat sini mengamuk dengar kita bising.”, kata Namjoon.
Mereka meneruskan perjalanan hinggalah tiba di hadapan sebuah pintu bergril yang menempatkan rumah sewa mereka.

“Inikah dinamakan taman syurga itu?”, perli Jungkook.

Rupanya pun seperti sudah lama ditinggalkan. Jiran-jiran kiri kanan pun macam ada tak de je. Suasana seram sejuk mula menguasai.

“Bagi aku bukak mangga dulu eh…jap ehh”, Suga meletakkan backpacknya di tepi dinding lalu mengambil kunci rumah dari poket seluarnya.

“Assalammualaikum ya habibi ya maulana…”, Jhope melangkah dahulu ke dalam rumah tersebut. Lalu turut sama diikuti yang lain.

“Haa…amacam? Best en?”, tanya Suga lalu menutup semula pintu rumah.

“Ini yang hang kata best??”, kata Jin sambil terbesin-bersin dengan penuh seksa sekali.

“Kita kena buat gotong-royong dulu. Bersihkan apa yang patut. Lagipun habuk pun dah 10 juta inci aku tengok hmm”, kata Namjoon sambil memerhatikan sekeliling.

“Aku pilih bilik ni!!”, suara Taehyung memecah suasana. Dia meletakkan begnya di atas sebuah katil yang empuk lagi selesa. Bilik yang paling besar yang menempatkan sebuah katil queen size, mempunyai sebuah almari baju besar yang boleh memuatkan tiga orang di dalam dan sebuah bilik mandi.

“Oi! Tu bilik aku jugak!”, Jungkook turut serta.

“Eh eh…ummi aku kata kena berkongsi. Bukankah berkongsi itu amalan mulia?”, Jhope memulakan ceramahnya yang tak seberapa pada tengah hari yang panas itu.

“Okay okay fine”, Taehyung dan Jungkook mengeluh lalu keluar dari bilik tersebut dengan langkah longlai.

“Okay, aku sebagai ‘ketua’ rumah ni, secara rasminya aku akan tidur di bilik tu. Muktamad. Okay lagi 2 orang yang bertuah akan tidur dengan aku”, kata Suga selamba badaknya.

“Sape lah yang ‘bertuah’ sangat tu…eeiii ntahpape nanti Suga buat dengan manusia-manusia bertuah tu”, Jimin memandang Suga.

“Oi, ke situ pulak dia! Aku gigit kau kang!”, Suga menjeling Jimin.
“Aku cadangkan kita main pistol,batu,air tu. Nak tak?”, Taehyung memberi ideanya.

Semua member mengangguk kepala tanda setuju lalu bermula lah sesi pemilihan berdasarkan nasib yang bakal mereka terima.

Akhirnya dua manusia yang bertuah tersebut adalah Jin dan Namjoon.

“Alaaa mana aci dia dapat bilik tu!”, Taehyung mengetap bibirnya. Geram.

“Nasib kau la”, Namjoon mengejek.

“Jangan risau, di sana ada lagi sebuah bilik, kat situ maybe lagi selesa kot, katil double-decker. Tapi sebelum tu aku nak Jhope tidur sekali kat bilik aku…tapi…”, Suga memberhentikan ayatnya.

“Tapi apa??”, Jhope memandangnya dengan muka kosong.

“Kau tido kat lantai, boleh?”, Suga membuat muka sinisnya.
“Macam ni la kawan kan? Tapi aku tak kisah, aku bersyukur dengan apa yang aku dapat. Terima kasih kawan”, Jhope menjawab dengan penuh skemanya padahal dalam hati mahu je dia tumbuk muka Suga tu.

“So kiteorang la tidur kat sana?”, tanya Jimin.
“Yup”, balas Suga.

Taehyung dan Jungkook tidak dapat menerima hakikat yang mereka akan tidur di situ. Tak mampu bayangkan apa yang bakal terjadi bila mereka tidur bersama-sama.

Dan selepas itu acara gotong-royong di rumah tersebut bermula.
Sedang mereka berusaha membersihkan rumah terdengar seorang seperti wanita bersuara garau menjerit.

“Ahhhh!!!! Lipas lipaaaassss!!!”, Namjoon berlari sekuat hatinya lalu berdiri di atas kerusi meja makan.

“Mana lipas??”, Jin automatik membawa keluar senjata Ridsectnya.

“Tu tuuu!!!”, Namjoon bersungguh-sungguh menunjukkan kedudukan lipas tersebut. Tapi dia tidak menunjukkan tanda-tanda untuk turun daripada kerusi tersebut.

Jin menyembur menggunakan Ridsect tersebut ke bawah sebuah almari. Lipas tersebut keluar dan berjalan seperti mabuk.

Tapi…..dalam keadaan mabuk itulah, lipas tersebut tanpa disangka-sangka mengeluarkan sayapnya dan…

“AHHHHHH!!! MAKKK!!!”, jerit Namjoon sekuat hatinya dan terus berlari mengambil selimutnya dan menutup seluruh tubuhnya.

Jin tak mahu mengaku kalah. Dia menyembur Ridsectnya lagi. Jungkook turut membantu dengan menyembur semburan lipas jenama Fumakilla.

“Nah amik ni!!”, Jin dan Jungkook berkata serentak. Dan beberapa minit kemudian, lipas itu sudah terkulai di atas lantai dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ sambil disaksikan manusia-manusia yang sedang bersorak gembira.

“Dah…dah mati ke?”, tanya Namjoon yang berdiri di belakang Jimin.

“Dah selamat ke alam roh”, jawab Jhope.

“…marilah kita buat kenduri doa selamat”, sambung Jhope.

“Tapi…kenapa hang takut sangat dengan lipas? Hahahaha”, Jin mula ketawa mengejek. Yang lain turut serta.

“Hahahaha muka je ganas tapi hati awww… penakut rupanyaaa!! hahahaha”, Jimin ketawa terkekek-kekek.

Namjoon tertunduk malu lalu membuka selimutnya dan berjalan menuju ke bilik air.

“Dah kenapa tu? Merajuk ke?”, tanya Taehyung.

“Tak de la nak buang hajat yang tak kesampaian”, jawab Namjoon sambil mengeluh.

“Ini ke yang Suga cakap taman syurga tu? Dah la rumah macam rumah hantu, habuk bukan kemain tinggi, tapi nasib baik bilik okay tandas pun okay…hmm takpe la redha je ler bak kata Ustaz Hoseok lulz”.

-Babak pertama tamat-


"bwahahahaha inilah taman syurga tu wahai Namjoon sayanggg"
-Suga-

hahahaha amacam? Best tak? lulz so hope korang suka, and thanks sebab yang dah subscribe dan sudi baca fanfic merapu merapik ni 

hahaha.

so jangan lupa temu janji kita di babak yang akan datang! 

/throw confetti/

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiMatoki
ada orang rindu ke ff ni? kalau rindu tu pi lah baca balik xD /disepak berjemaah/ sorry sbb dah setahun x update T.T /hembos hingos

Comments

You must be logged in to comment
Eli_Shane
#1
bila mau hapdetttttt
aishahdaebak #2
Chapter 7: Wah!daebak !!!!!mmg klakar!!update soon!
minlee123 #3
Chapter 7: mesti org ingat sy gila sbb gelak kuat2 bulan puasa ni
Eli_Shane
#4
Chapter 7: Ckp pasal layha teringat lak aku kat lay lama angel..wuuuu gyahaha abe update soon naa
Eli_Shane
#5
Chapter 7: Ckp pasal layha teringat lak aku kat lay lama angel..wuuuu gyahaha abe update soon naa
SongHaBin #6
Chapter 7: Dia datang.. Dengan senyum simpulnyaaaa...(nyanyi ala2 lgu ghazal) Jajajaja.. Dpt jiran baru,ensem lak tuu..
Hoboyobo
#7
This was really good!
tyhah_nad #8
Chapter 7: Aku dh agak dh, mesti yg tu lay XD HAHAHAHA..sengal